Akta taman asuhan kanak kanak 1984

7
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Kemudahan Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak dibawah usia 4 tahun. Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan. Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2,000.00. Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan.

Transcript of Akta taman asuhan kanak kanak 1984

Page 1: Akta taman asuhan kanak kanak 1984

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan

Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

Kemudahan

Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang

memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka

di tempat kerja.

Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak

dibawah usia 4 tahun.

Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan

keselamatan.

Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar 

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi

kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi

RM2,000.00.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat 

Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan.

Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah

untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan

kelulusan.

Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis

yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin

bahawa:

kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan;

Page 2: Akta taman asuhan kanak kanak 1984

daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna;

alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;

struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;

pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana lain

yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya.

Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)  

Latar Belakang 

Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) didefinasikan sebagai premis di mana empat atau

lebih kanak-kanak di bawah 4 tahun diterima masuk untuk dijaga dengan upah

Permohonan

Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan

Penubuhan TASKA berharga RM10.00 di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu

Pejabat). Buku ini secara amnya, menggariskan kehendak-kehandak Jabatan Kebajikan

Masyarakat, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan

Kesihatan.

Setelah membaca buku itu, sekiranya masih terdapat kekeliruan tentang maklumat yang

disediakan, pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan memandangkan mereka lebih mahir

mengenai kehendak 3 agensi teknikal setempat.

Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan

atau Pertubuhan.

Page 3: Akta taman asuhan kanak kanak 1984

Pemohon mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikal di atas bagi mendapatkan

kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen

sokongan yang lengkap.

Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian, senarai

aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan Borang

Permohonan (Jadual 2).

Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan

Masyarakat Daerah berkaitan dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan

iaitu:

Jadual 2 yang telah dilengkapi

Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat

serta Jabatan Kesihatan)

Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta

pengiraannya

Senarai aktiviti harian

Senarai menu

Senarai aktiviti bersama ibubapa

Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan

Senarai kakitangan (nama, no.k/p, jawatan dan sijil)

Wang pos/cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

Nota: senarai menu dan aktiviti disediakan mengikut peringkat umur iaitu bagi kanak-kanak

di bawah 2 tahun dan 2-4 tahun

Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap, pemohon akan

diminta oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau

mengemukakan maklumat tambahan.

Page 4: Akta taman asuhan kanak kanak 1984

Bagi permohonan yang lengkap, seliaan oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan

dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.

Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri sebelum dikemukakan

kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)

Permohonan akan diproses dan sekiranya ianya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan

TASKA, suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah setahun dari tarikh

mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan.

Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set Borang

Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan

itu beserta dokumen-dokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat

Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan.

Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah

permohonannya lengkap.

CARTA ALIR PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA

(BARU/PENDAFTARAN SEMULA)

Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10.00

(Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari

PKMD/JKMN/JKMM

Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan

Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis Berkuasa Tempatan,

Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan

Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta

wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD

Permohonan dikemukakan ke JKMN

Page 5: Akta taman asuhan kanak kanak 1984

Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN

Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)

Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat

Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya

Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan