Aktiviti 1

2
1.1 Aktiviti 1 Program Kem Bina Insan 2007 Program Kem Bina Insan merupakan salah satu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah pada 18 dan 19 September 2007. Program ini bertemakan Murid Cemerlang Sekolah Gemilang . Program ini telah disertai oleh murid sekolah tahun lima. Bidang yang difokuskan ialah skop tugasan dan prinsip berbudi bahasa yang amat dititikberatkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa para murid di sekolah mempunyai sikap yang berlainan. Apa yang menjadi masalah ialah murid yang mempunyai sikap negatif. Sikap negatif akan mempengaruhi murid secara negatif dalam pelbagai aspek terutamanya dalam pencapaian akademik. Murid ini mempunyai motivasi yang rendah dan sukar baginya memberi tumpuan yang baik terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, program ini telah diadakan bertujuan untuk memberikan tumpuan kepada perkembangan sahsiah murid-murid yang seimbang. Dengan adanya sahsiah murid yang cemerlang, maka prestasi akademik murid-murid dapat ditingkatkan secara tidak langsung. Bagi pendapat kami, Program Kem Bina Insan ini dapat memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya mengurus masa diri dan belajar dengan berkesan untuk menjalankan kewajipan seorang murid. Salah satu aktiviti iaitu ceramah bertajuk Cara Pembelajaran Berkesan dapat mendorong murid untuk peka dan cekap dalam pengurusan masa bagi belajar dengan lebih berkesan. Murid akan mengelakkan diri daripada membazir masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah. Mereka akan didedahkan cara mengurus serta membahagikan masa untuk belajar semua subjek yang dianggap sama penting bagi mereka. Selain itu, program dua hari satu malam ini juga dapat menanamkan keyakinan murid dan menyedarkan mereka bahawa sikap positif boleh dibentuk melalui latihan dan bimbingan yang diberi oleh

description

aktiviti

Transcript of Aktiviti 1

1.1 Aktiviti 1Program Kem Bina Insan 2007

Program Kem Bina Insan merupakan salah satu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah pada 18 dan 19 September 2007. Program ini bertemakan Murid Cemerlang Sekolah Gemilang. Program ini telah disertai oleh murid sekolah tahun lima. Bidang yang difokuskan ialah skop tugasan dan prinsip berbudi bahasa yang amat dititikberatkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.Memang tidak dapat dinafikan bahawa para murid di sekolah mempunyai sikap yang berlainan. Apa yang menjadi masalah ialah murid yang mempunyai sikap negatif. Sikap negatif akan mempengaruhi murid secara negatif dalam pelbagai aspek terutamanya dalam pencapaian akademik. Murid ini mempunyai motivasi yang rendah dan sukar baginya memberi tumpuan yang baik terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, program ini telah diadakan bertujuan untuk memberikan tumpuan kepada perkembangan sahsiah murid-murid yang seimbang. Dengan adanya sahsiah murid yang cemerlang, maka prestasi akademik murid-murid dapat ditingkatkan secara tidak langsung.Bagi pendapat kami, Program Kem Bina Insan ini dapat memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya mengurus masa diri dan belajar dengan berkesan untuk menjalankan kewajipan seorang murid. Salah satu aktiviti iaitu ceramah bertajuk Cara Pembelajaran Berkesan dapat mendorong murid untuk peka dan cekap dalam pengurusan masa bagi belajar dengan lebih berkesan. Murid akan mengelakkan diri daripada membazir masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah. Mereka akan didedahkan cara mengurus serta membahagikan masa untuk belajar semua subjek yang dianggap sama penting bagi mereka.Selain itu, program dua hari satu malam ini juga dapat menanamkan keyakinan murid dan menyedarkan mereka bahawa sikap positif boleh dibentuk melalui latihan dan bimbingan yang diberi oleh guru. Aktiviti seperti Merentasi Halangan dalam program ini dapat memberi kesedaran kepada murid bahawa sikap positif dan yakin pada diri sendiri adalah unsur yang amat penting untuk menghadapi apa-apa jua cabaran. Apabila murid berkeyakinan dan rajin melatihkan diri, prestasi mereka dipercayai akan semakin meningkat.Di samping itu, tayangan video yang bertajuk Insan Yang Mulia turut merupakan salah satu usaha unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mengikiskan pemikiran tidak rasional murid-murid kepada pemikiran yang lebih rasional. Murid didedahkan dengan cara-cara untuk menjadi seorang yang bersahsiah mulia dalam kehidupan. Ini sememangnya akan memperkembangkan sahsiah mereka untuk menjadi seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Tambahan pula, program ini juga merangkumi satu ceramah yang bertajuk Mengenang Budi Ibu Bapa untuk murid. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid supaya jangan sesekali lupakan budi ibu bapa dan seharusnya berusahakan diri untuk mendapat pencapaian yang cemerlang dalam akademik bagi membalas budi ibu bapa. Secara keseluruhan, program Kem Bina Insan ini sememangnya dapat mengubah sikap negatif murid dan meningkatkan prestasi akedemik murid. Program ini juga dapat mengelakkan murid-murid daripada menjadi mangsa keciciran sistem persekolahan. Usaha unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini amat berkesan dalam membantu murid-murid untuk memotivasikan diri supaya menjadi seorang insan yang cemerlang.