Aktiviti 6 kkd

4
Aktiviti 6.2 Berdasarkan pengalaman anda, pernahkah anda menemui rakan-rakan anda yang mempunyai tujuh elemen utama Kemahiran Insaniah? Sekiranya anda pernah menemui rakan seperti itu, apakah antara tujuh elemen utama yang ditonjolkan ? Jawapan: Berdasarkan pengalaman saya, saya pernah menemui rakan-rakan saya yang mempunyai tujuh elemen utama Kemahiran Insaniah. Rakan saya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dengan guru mahupun dengan pelajar lain tanpa mengira agama, kaum serta keputusan. Oleh itu, ramai orang suka berkawan dengannya serta berkomunikasi dengannya. Selain itu, rakan saya juga menunjukkan kemahiran kepimpinan yang hebat. Rakan saya merupakan bekas ketua pengawas sekolah. Dia suka menganjurkan aktiviti dengan bermanfaat kepada semua pelajar. Rakan saya akan menggunakan kemahiran kepimpinannya untuk memimpin rakannya untuk memberi kerjasama supaya aktiviti tersebut berjaya dilancarkan. Melalui memimpin rakannya, kemahiran kerja berpasukan juga telah ditunjukkan oleh rakan saya. Rakan saya. Rakan saya bekerjasama dengan rakan sejawatnya tanpa mengira apa-apa. Dia bertolak-ansur serta bertimbang rasa dengan rakan sejawatnya semasa menghadapi sesuatu masalah. Walaupun dia diagihkan di dalam kumpulan yang dia tidak kenal, dia masih dapat memberi kerjasama dengan ahli kumpulannya. Semasa dia menghadapi masalah semasa menganjurkan aktiviti, rakan saya telah menunjukkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Dia akan cuba menyelesaikan masalah dengan ahli-ahli kumpulannya. Jikalau dia masih tidak dapat menyelesaikan, dia akan meminta bantuan daripada guru-guru. Dengan itu, dia telah menjalankan pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat. Dia lebih memahami proses tertentu serta apabila dia menghadapi masalah yang sama, dia dapat menyelesaikannya dalam tempoh yang pendek. Walaupun dia menghadapi masalah, dia tidak pernah membuat pilihan atau keputusan yang bercanggah dengan etika dan moral profesional. Rakan saya memahami betapa pentingnya ciri-ciri sahsiah yang terdapat dalam diri sendiri. Oleh itu, dia tidak akan cuba melanggar peraturan dan undang-undang sekolah serta negara yang ditetapkan. Melalui ini, kami boleh mendapati rakan saya merupakan seorang yang berdisiplin. Aktiviti 6.3 Pada pandanagan anda, mengapakah aspek kemahiran insaniah menjadi suatu kemahiran utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Jawapan: Pada pandangan saya, aspek kemahiran insaniah menjadi suatu kemahiran utama dalam prosese pengajaran dan pembelajaran kerana dalam pasaran buruh, kemahiran insaniah amat diperlukan. Pihak swasta atau majikan tidak memerlukan buruh yang hanya menghafal ilmu pengetahuan yang seseorang mengetahui sebaliknya mereka memerlukan buruh yang pandai menggunakan ilmu pengetahuan yang pernah mempelajari semasa melaksanakan sesuatu perkara. Dengan ini, kerja tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh pendek serta mendatangkan keuntungan yang banyak.

description

kkd

Transcript of Aktiviti 6 kkd

Page 1: Aktiviti 6 kkd

Aktiviti 6.2

Berdasarkan pengalaman anda, pernahkah anda menemui rakan-rakan anda yang mempunyai tujuh elemen utama Kemahiran Insaniah? Sekiranya anda pernah menemui rakan seperti itu, apakah antara tujuh elemen utama yang ditonjolkan ?

Jawapan:

Berdasarkan pengalaman saya, saya pernah menemui rakan-rakan saya yang mempunyai tujuh elemen utama Kemahiran Insaniah. Rakan saya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dengan guru mahupun dengan pelajar lain tanpa mengira agama, kaum serta keputusan. Oleh itu, ramai orang suka berkawan dengannya serta berkomunikasi dengannya.

Selain itu, rakan saya juga menunjukkan kemahiran kepimpinan yang hebat. Rakan saya merupakan bekas ketua pengawas sekolah. Dia suka menganjurkan aktiviti dengan bermanfaat kepada semua pelajar. Rakan saya akan menggunakan kemahiran kepimpinannya untuk memimpin rakannya untuk memberi kerjasama supaya aktiviti tersebut berjaya dilancarkan.

Melalui memimpin rakannya, kemahiran kerja berpasukan juga telah ditunjukkan oleh rakan saya. Rakan saya. Rakan saya bekerjasama dengan rakan sejawatnya tanpa mengira apa-apa. Dia bertolak-ansur serta bertimbang rasa dengan rakan sejawatnya semasa menghadapi sesuatu masalah. Walaupun dia diagihkan di dalam kumpulan yang dia tidak kenal, dia masih dapat memberi kerjasama dengan ahli kumpulannya.

Semasa dia menghadapi masalah semasa menganjurkan aktiviti, rakan saya telah menunjukkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Dia akan cuba menyelesaikan masalah dengan ahli-ahli kumpulannya. Jikalau dia masih tidak dapat menyelesaikan, dia akan meminta bantuan daripada guru-guru. Dengan itu, dia telah menjalankan pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat. Dia lebih memahami proses tertentu serta apabila dia menghadapi masalah yang sama, dia dapat menyelesaikannya dalam tempoh yang pendek.

Walaupun dia menghadapi masalah, dia tidak pernah membuat pilihan atau keputusan yang bercanggah dengan etika dan moral profesional. Rakan saya memahami betapa pentingnya ciri-ciri sahsiah yang terdapat dalam diri sendiri. Oleh itu, dia tidak akan cuba melanggar peraturan dan undang-undang sekolah serta negara yang ditetapkan. Melalui ini, kami boleh mendapati rakan saya merupakan seorang yang berdisiplin.

Aktiviti 6.3

Pada pandanagan anda, mengapakah aspek kemahiran insaniah menjadi suatu kemahiran utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Jawapan:

Pada pandangan saya, aspek kemahiran insaniah menjadi suatu kemahiran utama dalam prosese pengajaran dan pembelajaran kerana dalam pasaran buruh, kemahiran insaniah amat diperlukan. Pihak swasta atau majikan tidak memerlukan buruh yang hanya menghafal ilmu pengetahuan yang seseorang mengetahui sebaliknya mereka memerlukan buruh yang pandai menggunakan ilmu pengetahuan yang pernah mempelajari semasa melaksanakan sesuatu perkara. Dengan ini, kerja tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh pendek serta mendatangkan keuntungan yang banyak.

Untuk memenuhi permintaan buruh dalam pasaran buruh, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berperanan untuk melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum. Oleh itu,

Page 2: Aktiviti 6 kkd

KPM telah mewajibkan pemarkahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 90% daripada akademik malah 10% daripada aktiviti kokurikulum. Melalui ini, ibu bapa, guru, serta pelajar akan menyedarkan kepentingan kemahiran isaniah yang perlu dikuasai.

Aktivit 6.4

Mulakan suatu perbualan dengan rakan sekelas anda dan perhatikan kadar emosi dan gerak badan rakan anda terhadap butir bicara perbualan. Adakah anda rasa selesa untuk berkomunikasi dengan rakan anda itu atau sebaliknya. Berikan justifikasi kepada jawapan anda.

Jawapan:

Melalui perbualan dengan rakan sekelas saya, saya berasa selesa untuk berkomunikasi dengan rakan saya itu. Hal ini kerana rakan sekelas saya bersopan-santun semasa perbualan tersebut dijalankan. Kami berdua-dua berkongsi ilmu pengetahuan supaya dapat menolong antara satu sama lain. Kami bertoleransi kesalahan kami yang telah dibuat kerana kami memahami tiada seorang dapat melaksanakan kerja dengan 100% sempuran.

Oleh sedemikian, saya dapat berkongsi banyak ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Kadang kala, kami juga akan menggunakan gerak badan untuk memberi penerangan yang lebih lanjut. Selain itu, kami juga akan melukis sesuatu rajah supaya kami berdua-dua dapat memahami konsep tersebut dengan jelas. Apabila kami berbincang tentang pelajaran kami, isu semasa dalam negara, kami akan menggunakan nada yang serius serta berpendapat dengan kritikal. Dengan itu, kami memahami kami patut memberi pendapat yang bernas supaya perselisihan faham dapat dielakkan.

Aktiviti 6.5

Kemukakan suatu isu semasa yang sedang melanda negara kini dan mulakan suatu perbincangan dengan rakan-rakan anda. Perhatikan gerak badan dan lontaran idea dalam menyatakan pendapat masing-masing.

Jawapan:

Semasa saya berbincang dengan kawan saya tentang isu semasa yang melanda negara Malaysia, kawan saya akan memberi tumpuan sepenuhnya semasa saya memberi pendapt saya. Melalui ini, kawan saya telah menggunakan kemahiran mendengar untuk menerima pendapat orang lain. Kawan saya juga duduk tegak semasa mendengar pendapat saya. Pergerakan badan kawan saya telah menunjukkan dia sedang memberi perhatiannya dengan sepenuh terhadap pendapat saya.

Selain itu, dia juga memberi pendapatnya selepasa saya memberi pendapat saya. Dia juga akan menunjukkan beberapa gerak badannya seperti tangan menggelombang untuk menunjukkan maksud tidak. Melalui ini, perhatian saya lagi ditarikkan olehnya kerana dia bercakap bersama dengan pergerakkan badannya.

Idea yang kawan saya berikan adalah positif. Dia masih berharap terdapat jalan penyelesaian untuk menyelesaikan konflik dan cabaran yang dihadapi secepat mungkin. Melalui ini, saya dapat mengetahui pemekiran seseorang. Dengan itu, perselisihan faham juga dapat dielakkan.

Page 3: Aktiviti 6 kkd

Aktiviti 6.6

Berdasarkan pengalaman anda dalam melaksanakan program di UPSI, bagaimanakah program tersebut dapat berjalan dengan lancar? Dan nyatakan bagaimana anda mendapatkan kesepakatan dalam melaksanakan program tersebut.

Jawapan:

Saya pernah melibatkan diri dalam persediaan pameran Persatuan Cina semasa majlis konvoksyen dilangsungkan. Saya berasa bersyukur semua persediaan tersebut sempat kumpulan saya menyiapkan. Walau saya tidak mempunyai pengalaman yang banyak untuk membuat persediaan bagi pameran Persatuan Cina, ketua saya sudi mengajar saya dan mengasingkan kerja kepada saya. Selain itu, rakan kumpulan saya juga mengajar saya walaupun kami baru berkenalan. Kami dapat menyiapkan persediaan kami dalam sehari akibat ketua saya sudah membuat persediaan yang lebih awal. Hal ini telah menunjukkan ketua saya telah memberi usaha yang banyak supaya kumpulan kami dapat menyiapkan persediaan dalam tempoh pendek atau ditetapkan.

Selain itu, rakan kumpulan saya juga berusaha mewarnakan gambar-gambar yang dilukis oleh ketua. Saya juga merujuk teknik mewarna yang rakan kumpulan saya warnakan dan berusaha untuk menyiapkan gambar yang diagihkan. Akhirnya, kami berjaya menyiapkan bagi pameran Persatuan Cina.

Aktiviti 6.7

Pada pendapat dan pandangan anda, apakah yang boleh anda nyatakan mengenai aspek pembelajaran berterusan pada masa kini dan pengurusan maklumat di sesebuah institusi.

Jawapan:

Pada pendapat saya, aspek pembelajaran berterusan pada masa kini dan pengurusan maklumat di sesebuah institusi amat dititikberatkan kerana persaingan sengit dalam era globalisasi ini. Pembelajaran berterusan penting dalam kehidupan kita kerana ilmu pengetahuan merupakan alat yang membantu kita mendapat banyak benda seperti kekayaan, keselesaan dan lain-lain.

Pendidikan merupakan pemboleh ubah kepada nasib sebuah keluarga mahupun negara. Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia sanggup memperuntukkan 25% bajetnya kepada sektor pendidikan untuk membangunkan modal insan. Oleh sedemikian, pengurusan maklumat di sesebuah institusi semakin dititikberatkan juga. Pada era globalisasi, maklumat disebar dengan cepat akibat perkhidmatan internet yang dibekalkan. Oleh itu, pengurusan maklumat amat penting supaya maklumat yang tidak baik tidak akan mencemarkan fikiran generasi muda.

Aktiviti 6.8

Berdasarkan pengalaman anda dalam menguruskan kepelbagaian program yang bertemakan keusahawanan di UPSI, berikan justifikasi anda terhadap program yang dijalankan serta kemahiran keusahawanan yang boleh anda terapkan.

Jawapan:

Berdasarkan pengalaman saya dalam menguruskan kepelbagaian program yang bertemakan keusahawanan di UPSI, saya telah mengaplikasikan ilmu keusahawanan yang telah saya pelajari untuk mencapai matlamat disasarkan. Sebagai contoh, saya tidak akan menjadi seorang pemalu untuk meminta kerja. Untuk mencapai matlamat yang disasarkan, kami harus berproaktif dan berusaha mencari jalan-jalan lain. Tanpa usaha, tanpa hasil akan dijanakan.

Page 4: Aktiviti 6 kkd

Saya berasa bersyukur saya pernah mempelajari ilmu keusahawanan. Dengan menggunakan ilmu keusahawanan, saya dapat menjayakan program yang dijalankan di UPSI. Lagi, saya juga mendapat pengalaman yang lebih dalam kehidupan saya. Pengalaman yang saya perolehi mendorong saya berusaha untuk memperbaiki kelemahan saya dan memperkukuh kekuatan saya.

Aktiviti 6.9

Huraikan bagaiman anda dapat melaksanakan konsep kemahiran moral dan etika profesional dalam diri anda bagi menjadi seorang pelajar yang berjaya.

Jawapan:

Konsep kemahiran moral dan etika profesional telah dididik dalam diri saya sejak saya kecil lagi. Oleh sebab itu, nilai-nilai murni yang baik telah diterapkan. Saya sentiasa mengingati saya apa konsep kemahiran moral dan etika profesional yang pernah diajar oleh ibu bapa dan guru-guru saya.

Selain itu, saya juga akan sentiasa mengemaskini diri dengan mendengar cerita orang tua. Hal ini kerana cerita orang tua yang diberitahu akan memberi kesan yang baik kepada saya. Sebagai contoh, jika saya mendapati tingkah laku orang tua yang pernah buat akan mendatangkan impak yang buruk, saya akan mengingati pengajaran orang tua supaya tidak mengulangi kesalahannya.

Aktivit 6.10

Pada pendapat anda, apakah yang anda fahami akan kemahiran kepimpinan dan berikan contoh seorang daripada rakan anda yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang terdapat pada dirinya.

Jawapan:

Pada pendapat saya, saya faham akan kemahiran kepimpinan telah memainkan peranan yang amat penting dalam bidang kerja saya sama ada dalam kehidupan saya. Sebagai pemimpin yang berjaya, pemimpin patut mempunyai kemahiran berkomunikasi, kemahiran mendengar, semangat kerja berpasukan dan lain-lain. Oleh itu, saya akan mengamalkan pembelajaran berterusan supaya kemahiran saya dapat dipertingkatkan. Dengan itu, saya dapat bersaing dalam pasaran buruh yang semakin sengit. Lagi, pencapaian kehidupan saya juga dapat dicapai pada tahap yang lebih tinggi.