Aktiviti Sains

7
Aktiviti Sains : "Buku Skrap haiwan terancam dan haiwan pupus" Pengenalan Membuat buku skrap merupakan satu aktiviti seni di mana pelbagai maklumat berkaitan dengan sesuatu topik atau tema dikumpulkan sebagai sebuah album atau buku. Di dalam aktiviti ini, pelajar diberi tugasan untuk membuat sedikit penyelidikan tentang haiwan yang pupus dan terancam, dengan bantuan guru. Apa yang diperlukan? Kertas pelbagai warna dan ketebalan (boleh didapati di kedai alat tulis) Gunting Gam Penebuk lubang (opsyenal) Reben (opsyenal) Pen pelbagai warna (opsyenal) Bahan seni untuk menghias buku skrap (gam glitter, fancy stickers dan lain-lain) Pelbagai gambar haiwan pupus dan terancam Fakta berkenaan haiwan pupus dan terancam

description

sains

Transcript of Aktiviti Sains

Page 1: Aktiviti Sains

Aktiviti Sains : "Buku Skrap haiwan terancam dan haiwan pupus"

Pengenalan

Membuat buku skrap merupakan satu aktiviti seni di mana pelbagai maklumat berkaitan dengan sesuatu topik atau tema dikumpulkan sebagai sebuah album atau buku. Di dalam aktiviti ini, pelajar diberi tugasan untuk membuat sedikit penyelidikan tentang haiwan yang pupus dan terancam, dengan bantuan guru.

Apa yang diperlukan?

Kertas pelbagai warna dan ketebalan (boleh didapati di kedai alat tulis)GuntingGamPenebuk lubang (opsyenal)Reben (opsyenal)Pen pelbagai warna (opsyenal)Bahan seni untuk menghias buku skrap (gam glitter, fancy stickers dan lain-lain)Pelbagai gambar haiwan pupus dan terancamFakta berkenaan haiwan pupus dan terancam

Apa yang perlu dibuat?

1. Pelajar ditunjuk cara untuk membuat buku skrap secara asasnya. Pelajar kemudian boleh membuat buku mengikut kreativiti masing-masing. Guru dicadangkan untuk menstandardkan buku skrap, sebagai contohnya semua dikehendaki membuat buku skrap sekurang-kurangnya 10 muka.

2. Guru berbincang tentang :

Page 2: Aktiviti Sains

a) Apakah maksud bagi haiwan yang pupus. Contoh haiwan-haiwan yang pupus.

b) Apakah maksud bagi haiwan yang terancam. Contoh haiwan-haiwan yang terancam.

c) Faktor-faktor yang menyebabkan dan menyumbangkan kepada ancaman kepupusan.

Guru menyediakan beberapa gambar dan fakta tentang haiwan terancam dan pupus. Pelajar akan memilihnya untuk dimasukkan ke dalam buku skrap masing-masing. Minta pelajar untuk:

a) Membuat penyelidikan tambahan dan juga menambahkan lagi koleksi haiwan.

b) Mencari fakta tambahan yang menarik untuk ditambah di dalam buku skrap mereka.

Selepas seminggu, minta pelajar untuk mempamerkan buku skrap mereka kepada rakan-rakan. Guru juga boleh membuat aktiviti ini lebih menarik dengan memberikan mereka pelekat-pelekat berwarna untuk dilekatkan kepada buku skrap yang mereka rasakan paling informatif dan menarik.

Terpulang kepada budi bicara guru, pilihlah hari yang sesuai untuk membawa mereka kepada perbincangan yang aktif tentang apa yang mereka telah pelajari, perasaan mereka tentang topik berkenaan dan apa yang mereka ingin tahu lagi jika diberikan lebih banyak masa untuk membuat penyelidikan.

Apa yang berlaku? 

Dengan adanya teknik membuat buku skrap, pelajar bukan hanya sekadar menyimpan dan menyelidik maklumat, malah mereka juga boleh menjadikannnya sebuah hasil karya yang boleh dikongsi bersama sesiapa sahaja yang anda kehendaki. Ia juga boleh menjadi satu bahan untuk memulakan satu perbincangan yang bernas tentang sebarang topik!

Pengisian sains

Haiwan yang pupus (extinct animals) ialah haiwan yang tidak lagi wujud di muka Bumi kita dan tiada sebarang spesisnya yang masih hidup pada hari ini. Beberapa haiwan yang telah pupus ialah dinosaur, Thylacine, burung Moa, burung Dodo dan Mammoth.

Page 4: Aktiviti Sains

Sesetengah haiwan pupus disebabkan perubahan cuaca. Ada juga haiwan yang pupus disebabkan oleh aktiviti manusia.

Pada hari ini, ada pelbagai spesis haiwan yang semakin jarang dijumpai dan populasinya juga semakin berkurangan. Haiwan ini mengalami ancaman kepupusan. Ia dikategorikan sebagai spesis yang terancam (endangered species). Beberapa haiwan yang terancam ialah orangutan, badak sumbu, gorila, unta Bactrian dan penyu Belimbing.

Page 5: Aktiviti Sains

Aktiviti manusia merupakan faktor utama yang menyebabkan kepupusan haiwan. Contoh aktiviti-aktiviti ini adalah seperti pembalakan haram atau keterlaluan, pemburuan haram atau keterlaluan dan pembangunan tanah yang keterlaluan.

Page 6: Aktiviti Sains

Tahukah anda?

Projek Zoo Beku atau Frozen Zoo bertujuan untuk membawa semula spesies terancam dari ambang kepupusan. Projek yang dijalankan oleh Zoo San Diego ini mula mengumpul sampel kulit dari haiwan yang terancam sejak dari tahun 1972 dengan harapan yang ia boleh digunakan untuk melindungi haiwan ini dari kepupusan di masa hadapan. Kemajuan di dalam bidang teknologi sel tunjang (stem cell) masa kini bermakna yang usaha ini mempunyai harapan yang cerah!

Cubalah!

Apakah yang boleh anda hasilkan lagi dengan buku skrap?

Guru juga boleh meminta pelajar untuk merakamkan pelbagai bentuk Bulan pada setiap malam. Pelajar bukan sahaja boleh melihat dengan sendirinya fenomena fasa Bulan, tetapi ia juga akan membantu mereka memahami dan mengingati topik ini dengan lebih mudah.

Sebenarnya tidak ada batasan untuk membuat sebuah buku skrap, kerana semuanya dibataskan oleh kreativiti anda.