AL- Khawarizmi

10
AL-KHAWARIZMI Biografi AL-KHAWARIZMI Mohammad bin Musa Al-Khawarizmi, dikenali juga dengan panggilan Abu Abdullah, seorang ahli matematik, astronomi dan sejarah. Beliau dilahirkan pada 780 M di daerah Hawarizmi yang sekarang ini dikenali dengan nama Khiwa (satu daerah ke selatan Laut Arab). Beliau telah dilantik oleh Khalifah Al- Ma'mun sebagai penasihat astronomi dan pengawas Khalifah di Baghdad. Pada tahun 830M Al-Ma'mun telah membina sebuah Marsod (bilik memerhati bintang) berhubungan dengan Khizanatul- hik'mahnya (perbendaharaan hikmah atau perpustakaan). Selain daripada mengumpul serta menterjemahkan kerja-kerja Sarjana Greek, beliau sendiri telah menulis beberapa buah buku. Ada di antaranya yang telah diterjemahkan kepada bahasa Latin, contohnya Hisah al-Jabr isa. al-Muqabalah buku yang memperkenalkan al-jabar dan menjadi buku teks matematik yang utama di universiti-universiti Eropah semenjak diterjemahkan pada abad ke-12 M hingga abadke-16M. Al-Khawarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan sistem angka kita sekarang ini kepada kebudayaan Barat. Dengan sistem angka yang salah satu daripadanya adalah sifar (angka kosong) telah membuka jalan bagi kefahaman kepada konsep nombor positif dan negatif, memudahkan wakilan bagi nombor-nombor besar serta memudahkan perhitungan dilakukan ke atas nombor-nombor tersebut. Hanya apabila sistem ini telah digunakan di Barat barulah mereka dapat mengembangkan ilmu matematik dengan pesatnya. Hasil kerja Al-Khawarizmi juga terdapat di dalam bidang astronomi, trigonometri, geometri dan kaedah berangka. Oleh sebab sumbangannya yang begitu besar kepada matematik dan selalu disebut oleh penulis-penulis Barat, sehingga namanya ditulis dengan beberapa variasi ejaan, contohnya al-Karismi, al- Chowarizmi, al-Goritmi, al-Chwarizmi dan sebagainya. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 850 M. 1

description

Biodata, Sejarah Peribadi Kehidupan.

Transcript of AL- Khawarizmi

AL-KHAWARIZMIBiografi AL-KHAWARIZMI Mohammad bin Musa Al-Khawarizmi, dikenali juga dengan panggilan Abu Abdullah, seorang ahli matematik, astronomi dan sejarah. Beliau dilahirkan pada 780 M di daerah Hawarizmi yang sekarang ini dikenali dengan nama Khiwa (satu daerah ke selatan Laut Arab). Beliau telah dilantik oleh Khalifah Al- Ma'mun sebagai penasihat astronomi dan pengawas Khalifah di Baghdad. Pada tahun 830M Al-Ma'mun telah membina sebuah Marsod (bilik memerhati bintang) berhubungan dengan Khizanatul-hik'mahnya (perbendaharaan hikmah atau perpustakaan).Selain daripada mengumpul serta menterjemahkan kerja-kerja Sarjana Greek, beliau sendiri telah menulis beberapa buah buku. Ada di antaranya yang telah diterjemahkan kepada bahasa Latin, contohnya Hisah al-Jabr isa. al-Muqabalah buku yang memperkenalkan al-jabar dan menjadi buku teks matematik yang utama di universiti-universiti Eropah semenjak diterjemahkan pada abad ke-12 M hingga abadke-16M.Al-Khawarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan sistem angka kita sekarang ini kepada kebudayaan Barat. Dengan sistem angka yang salah satu daripadanya adalah sifar (angka kosong) telah membuka jalan bagi kefahaman kepada konsep nombor positif dan negatif, memudahkan wakilan bagi nombor-nombor besar serta memudahkan perhitungan dilakukan ke atas nombor-nombor tersebut. Hanya apabila sistem ini telah digunakan di Barat barulah mereka dapat mengembangkan ilmu matematik dengan pesatnya.Hasil kerja Al-Khawarizmi juga terdapat di dalam bidang astronomi, trigonometri, geometri dan kaedah berangka. Oleh sebab sumbangannya yang begitu besar kepada matematik dan selalu disebut oleh penulis-penulis Barat, sehingga namanya ditulis dengan beberapa variasi ejaan, contohnya al-Karismi, al-Chowarizmi, al-Goritmi, al-Chwarizmi dan sebagainya. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 850 M.

Pendahuluan Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Pendidikan Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Peribadi al-Khawarizmi Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur.... Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri. Al-Khawarizmi patut disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata.... al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Sumbangan Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah Al-Jabr wal Muqabalah di mana beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah adalah sumbangan beliau bagi mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.Sistem Nombor pula telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini. Setlap tamadun yang terdahulu mempunyai sistem nombor atau angka masing-masing. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa satu sistem nombor yang baik adalah suatu perkara yang penting bagi perkembangan sesuatu tamadun.Setiap Muslim itu perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan satu, dua, banyak dan sangat banyak, sekurang-kurangnya dalam bahasa masing- masing kerana dengan adanya konsep bilangan inilah, seseorang itu mampu memahami apa yang diserukan oleh setiap Rasul yang diutuskan ke dunia ini, iaitu supaya manusia ini mengesakan Allah s.w.t. dan jangan menduakan-Nya dengan yang lain.Untuk menyempurnakan amalan-amalan agama, manusia Muslim itu perlu tahu tentang bilangan waktu sembahyang dan rakaatnya. Begitu juga dengan amalan puasa (hari), zakat (berat / jumlah harta) dan haji, yang seseorang itu perlu tahu membilangnya. Bukan sahaja nombor paling diperlukan bahkan juga nombor pecahan, supaya pembahagian zakat dapat dikeluarkan dengan lebih tepat.Kemajuan aritmetik membawa kemajuan kepada aljabar, iaitu satu bidang matematik yang menggunakan tanda-tanda dan huruf-hurf untuk mewakili nombor, nilai atau pembolehubah atau nngkasnya ilmu persamaan. Bagi masyarakat umum, aljabar membicarakan kaedah memanipulasikan simbol- simbol dengan hukum-hukum atau petua-petua tertentu, iaitu suatu penjurusan kepada aritmetik.Pada abad ke-9 M, Al-Khawarizmi telah menulis tentang aljabar bertajuk Al-fahar wa al-Muqabalah. Di sini "al-Jabar" bermaksud mengubahkan satu kuantiti dari sebelah persamaan ke sebelah yang satu lagi, dan "al-Muqabalah" bermaksud memudahkan atau menngkaskan ungkapan yang terhasil (dengan menghapuskan sebutan yang sama di kedua-dua belah persamaan).Al-Khawarizmi orang yang pertama sekali mengajar aljabar dalam bentuk yang mudah dan menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di dalam kehidupan harian, seperti masalah perwarisan, pembahagian hana dan perniagaan. Walaupun kebanyakan masalah tersebut mudah diselesaikan mengikut ketetapan al-Quran dan al-Hadis, kerapkali juga masalah-masalah yang timbul memerlukan perhatian yang lebih teliti.Geometri merupaka satu bidang matematik tentang ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal di dalam ruang. Ilmu ini adalah berkenaan dengan masalah magnitud dan ciri-ciri ruang.Al-Khawarizmi juga telah memberi satu teorem tentang segi tiga sudut tegak sama kaki serta menghitung luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan. Di dalam satu bab daripada buku aljabarnya tentang sukatan, Al-Khawarizmi menumpukan perhatiannya khusus kepada geometri sahaja. Bab itu bertajuk "Bab al-Misaha" (bab sukatan luas). Kerjanya dalam geometri tidak mempunyai pengaruh Euklid (sarjana geometri Greek yang terkenal) kerana tidak kedapatan unsur Euklid dm segi kandungan atau istilah-istilah yang digunakan.Trigonometri merupakan satu bidang matematik mengenai segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya. Ilmu yang berkaitan dengan aljabar ini pada asalnya (ketika tamadun Greek) hanya dilihat sebagai perkembangan daripada geometri. Perkembangan trigonometri berikutnya (pada abad ke-12 M) didorong oleh keperluan penyelesaian berangka berhubung dengan astronomi yang dipelopori oleh sarjana-sarjana Muslim. Maka bolehlah dikatakan bahawa trigonometri adalah sebagai suatu ilmu yang memenuhi keperluan praktikal bagi kedua-dua bidang astronomi dan geometri.

Hasil Karya Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah sistem nombor yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. Seterusnya ialah karya Mufatih al-Ulum yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.Kitab Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind pula telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah pada tahun 820M dan ia mengenai algebra. Kitab yang ialah Al-Amal bi Usturlab, Al-Tarikh, Al-Maqala Fi dan Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Ketokohan al-KhawarizmiSetiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji. Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam. Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri. Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang. Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orang Sepanyol dan Kristian.

Lampiran

Rumusan

Al-Khwarizmi adalah seorang ahli matematik muslim yang terkenal dan wajar kita jadikan contoh. Sumbangan besar beliau kepada perkembangan ilmu perlu kita jadikan sebagai muhasabah kepada diri kita kerana satu ketika dahulu umat islam adalah pendominasi ilmu pengetahuan. Mereka berlumba-lumba menimba ilmu atas dasar keimanan kepada Allah. Hari ini budaya ilmu kurang menjadi budaya umat islam dan agak jauh terkebelakang dari segi ilmu pengetahuan. Oleh itu janganlah diculaskan diri, sama-sama kita budayakan semula ilmu pengetahuan dalam hidup kita atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Rujukan1. http://syumulislam.wordpress.com/2009/04/01/al-khwarizmi-ahli-matematik-islam-pengenalan/

2. http://tokohislam2u.tripod.com/id3.html

3. http://www.al-azim.com/~smasyraf/ALKHAWARIZMI.htm 8