Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

download Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

of 45

Transcript of Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    1/46

    PENDAHULUAN

    Ketahuilah bahawa manusia ini bukanlah dijadikan untuk gurau-senda atau "saja-saja"semata-mata. Tetapi adalah dijadikan dengan 'Ajaib sekali dan untuk tujuan yang besar

    dan mulia. Meskipun manusai itu bukan Qadim(kekal dari azali lagi), namun ia hidup

    selama-lamanya. Meskipun badannya kecil dan berasal dari bumi, namun Ruh atauNyawa adalah tinggi dan berasal dari sesuatu yang bersifat Ketuhanan. Apabila hawa

    nafsunya dibersihkan sebersih-bersihnya, maka ia akan mencapai taraf yang paling

    tinggi. Ia tidak lagi menjadi hamba kepada hawa nafsu yang rendah. Ia akan mempunyaisifat-sifat seperti Malaikat. Dalam peringkat yang tinggi itu, didapatinya SyurgaNyaadalah dalam bertafakur mengenang Allah Yang Maha Indah dan Kekal Abadi.

    Tidaklah lagi ia tertakluk kepada kehendak-kehendak kebendaan dan kenafsuan semata-mata. Al-Kimiya' Keruhanian yang membuat pertukaran ini. Seorang manusia itu adalah

    ibarat Kimia yang menukarkan logam biasa(Base Metal) menjadi emas. Kimia ini bukan

    senang hendak dicari. Ia bukan ada dalam sebarang rumah orang.

    Kimia ini ialah ringkasya berpaling dari dunia dan menghadap kepada allah SubhanahuwaTaala. Bahan-bahan Kimia ini adalah empat;

    1. Mengenal Diri2. Mengenal Allah3. Mengenal Dunia ini Sebenarnya. (Hakikat Dunia)4. Mengenal Akhirat sebenarnya (Hakikat Akhirat)

    Suka suluk tambah lagi satu bahan-bahan kimianya iaitu Mencintai Allah sebagaimanayang terdapat dalam senarai tajuk-tajuk perbincangan.

    Kita akan teruskan perbincangan kita berkenaan bahan-bahan ini satu-persatu...InsyaAllah.

    Untuk menerangkan Al-Kimiya' itu dan cara-cara operasinya, maka pengarang(ImamGhazali) cuba menulis Kitab ini dan ianya diberi judul "Al-Kimiya' As-Saadah" yakni

    Kimia Kebahagiaan. Bahwa perbendaharaan Tuhan di mana Kimia ini boleh didapati

    ialah Hati Para Ambiya' dan pewaris-pewarisNya dari kalangan ulama-ulama Sufi

    kalangan Aulia Allah. Sesiapa yang mencarinya selain daripada itu adalah sia-sia dan

    akan Muflis di Hari Pengadilan kelak apabila ia mendengar suara yang mengatakan ,"Kami telah angkat tirai dari kamu, dan pandangan kamu hari ini sangat tajam dan

    nyata".

    Allah Subhanahuwa Taala telah turunkan ke bumi ini 124,000 orang Ambiya untuk

    mengajar manusia tentang bahan-bahan Al-Kimiya ini. Bagaimana hendak menyucikan

    hati mereka dari sifat-sifat rendah dan keji itu.

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    2/46

    Ikuti perkembangan perbincangan Imam Ghazali ini dari satu tingkat ke satu tingkat yang

    membuka jalan-jalan orang-orang Sufi yang mencapai Maqam Mahabbah; puncak

    tertinggi kebahagiaan yang ingin dimiliki oleh orang-orang yang Mengenal Allah.

    ANAK KUNCI MENGENALALLAH

    Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah. Hadis ada mengatakan;

    'Siapa yang kenal kenal dirinya akan Mengenal Allah".

    Firman Allah Taala;

    "Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam

    diri mereka sendiri, supaya Hakikat itu boleh terzhohir kepada mereka"(Al-

    Fusilat:53)

    Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri. Jika anda tidak kenal diri sendiri,bagaimana anda hendak tahu perkara-perkara yang lain? Yang dimaksudkan dengan

    Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir anda, badan, muka, kaki, tangan

    dan lain-lain anggota anda itu. Kerana mengenal semua perkara itu tidak akan membawa

    kita menegnal allah. Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri anda iaitu bilaanda lapar anda makan, bila dahaga anda minum, bila marah anda memukul dan

    sebagainya. Jika anada bermaksud demikian, maka binatang itu sama juga dengan anda.

    Yang dimaksudkan sebenar mengenal diri itu ialah;

    Apakah ada dalam diri anda itu?

    Dari mana anda datang?

    Kemana anda pergi?

    Apakah tujuan anda berada dalam dunia fana ini?

    Apakah sebenarnya bahagian dan apakah sebenarnya derita?

    Sebahagian daripada sifat-sifat anda adalah bercorak kebinatangan. Sebahagian pula

    bersifat Iblis dan sebahgian pula bersifat Malaikat. Anda hendaklah tahu sifat yang mana

    perlu ada; dan yang tidak perlu. Jika anda tidak tahu, maka tidaklah anda tahu di manaletaknya kebahagian anda itu.

    Kerja binatang ialah makan, tidur dan berkelahi. Jika anda hendak jadi binatang,

    buatlah itu sahaja. Iblis dan syaitan itu sibuk hendak menyesatkan manusia, pandai

    menipu dan berpura-pura. Kalau anda hendak menurut mereka itu, buatlah sebagaimanakerja-kerja mereka itu. Malaikat sibuk dengan memikir dan memandang Keindahan

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    3/46

    Ilahi. Mereka bebas dari sifat-sifat kebinatangan. Jika anda ingin bersifat dengan sifatKeMalaikatan, maka berusahalah menuju asal anda itu agar dapat anda mengenali

    dan meikirkan Allah Yang Maha Tinggi dan bebas dari belenggu hawa nafsu. anda

    hendaklah tahu kenapa anda dilengkapi dengan sifat-sifat kebintangan itu. Adakah

    sifat-sifat kebinatangan itu akan menaklukkan anda atau adakah anda menakluki

    mereka?. Dan dalam perjalanan anda ke atas martabat yang tinggi itu, anda akangunakan mereka sebagai tunggangan dan sebagai senjata.

    L angkah pertama untuk mengenal diri ialah mengenal yang anda itu terdiri dari bentukyang zhohir, iaitu badan; dan perkara yang batin iaitu hati atau Ruh. Yang dimaksudkan

    dengan "HATI" itu bukanlah seketul daging yang terletak dalam sebelah kiri badan.

    Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu ialah satu perkara yang menggunakan semua

    keupayaan; yang lain itu hanyalah sebagai alat dan kakitangannya. Pada hakikat

    hati itu bukan termasuk dalam bidang Alam Nyata(Alam Ijsam) tetapi adalah

    termasuk dalam Alam Ghaib. Ia datang ke Alam Nyata ini ibarat pengembara

    yang melawat negeri asing untuk tujuan berniaga dan akhirnya kembali akankembali juga ke negeri asalnya. Mengenal perkara seperti inilah dan sifat-sifat

    itulah yang menjadi "Anak Kunci" untuk mengenal Allah.

    Sedikit idea tentang hakikat Hati atau Ruh ini bolehlah didapati dengan memejamkan

    mata dan melupakan segala perkara yang lain kecuali diri sendiri. Dengan cara ini, dia

    akan dapat melihat tabiat atau keadaan "diri yang tidak terbatas itu". Meninjaulebih dalam tentang Ruh itu adalah dilarang oleh hukum. Dalam Al-Quran ada diterang;

    Mereka bertanya kepadamu tentang Ruh. Katakanlah Ruh itu adalah dari

    Amar(perintah atau urusan) TuhanKu". (Bani Israil:85)

    Demikianlah sepanjang yang diketahui tentang Ruh itu dan ia adalah jauhar yang tidak

    boleh dibahagi-bahagi atau dipecah-pecahkan dan ia termasuk dalam "Alam Amar".Ianya bukanlah tidak ada permulaan. Ia ada permulaan dan diciptakan oleh Allah.Pengetahuan falsafah yang tepat berkenaan dengan Ruh ini bukanlah permulaan yang

    mesti ada dalam perjalanan Agama, tetapi adalah hasil dari disiplin diri dan berpegang

    teguh dalam jalan itu; seperti tersebut di dalam Al-Quran;

    "Siapa yang bersungguh-sungguh dalam jalan Kami, nescaya Kami akan pimpin

    mereka ke jalan yang benar itu". (Al-Ankabut:69)

    Untuk menjalankan perjuangan Keruhanian ini, bagi mencapai pengenalan kepada diri

    dan Tuhan, maka

    badan itu bolehlah diibaratkan sebagai sebuah Kerajaan,

    Ruh itu ibarat Raja.

    Pelbagai deria(senses) dan keupayaan(fakulti) itu ibarat satu ketumbukan

    tentera,

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    4/46

    Aqal itu bolehlah diibaratkan sebagai Perdana Menteri.

    Perasaan itu ibarat Pemungut Hasil.

    Marah itu ibarat Pegawai Polis. Dengan pakaian Pemungut Hasil, perasaan

    itu berterusan ingin hendak merampas dan merabuk. dan marah sentiasa

    cenderung kepada kekasaran dan kekasaran.

    Kedua-dua mereka ini perlu ditundukkan ke bawaah perintah Raja. Bukan

    dibunuh atau dimusnahkan kerana mereka ada tugas yang perlu mereka jalankan,

    tetapi jika perasaan dan marah menguasai Aqal, maka tentulah Ruh akan hancur.

    Ruh yang membiarkan keupayaan-keupayaan yang bawahnya menguasai keupayaan-

    keupayaan yang atas adalah ibarat orang orang yang menyerahkan malaikat kepada

    kekuasaan Anjing atau menyerahkan seorang Muslim ke tangan orang Kafir yang zalim.Orang yang menumbuh dan memelihara sifat-sifat iblis atau binatang atau Malaikat akan

    menghasilkan ciri-ciri atau watak yang sepadan den dengannya iaitu iblis atau binatang

    atau Malaikat itu. Dan semua sifat-sifat atau ciri-ciri ini akan dizhohirkan dengan

    bentuk-bentuk yang kelihatan di Hari Pengadilan.

    Orang yang menurut hawa nafsu terzhohir seperti babi,

    orang yang garang dan ganas seperti anjing dan serigala,

    dan orang yang suci seperti Malaikat.

    Tujuan disiplin akhlak(moral) ialah untuk membersihkan Hati dari karat-karat hawa nafsu

    dan marah, sehingga ia jadi seperti cermin yang bersih yang akan membalikkan Cahaya

    Allah Subhanahuwa Taala.

    Mungkin ada orang bertanya;

    "Jika seorang itu telah dijadikan dengan mempunyai sifat-sifat binatang, Iblis dan

    juga Malaikat, bagaimanakah kita hendak tahu yang sifat-sifat Malaikat itu adalah

    jauharnya yang hakiki dan yang lain-lain itu hanya sementara dan bukan sengaja?"

    Jawabannya ialah jauhar atau zat sesuatu makhluk itu ialah dalam sifat-sifat yang paling

    tinggi yang ada padanya dan khusus baginya. Misalnya keldai dan kuda adalah dua jenisbinatang pembawa barang-barang, tetapi kuda itu dianggap lebih tinggi darjatnya dari

    keldai kerana kuda itu digunakan untuk peperangan. Jika ia tidak boleh digunakan dalam

    peperangan, maka turunlah ke bawah darjatnya kepada darjat binatang pembawa barang-barang. sahaja.

    Begitu juga dengan manusia; keupayaan yang paling tinggi padanya ialah ia boleh

    berfikir iaitu ia ada Aqal. Dengan fikiran itu dia boleh memikirkan perkara-perkara

    Ketuhanan. Jika keupayaan berfikir ini yang meliputi dirinya, maka bila iamati(bercerai nyawa dari badan), ia akan meninggalkan di belakang semua

    kecenderungan pada hawa nafsu dan marah, dan layak duduk bersama dengan Malaikat.

    Jika berkenaan dengan sifat-sifat Kebinatangan, maka manusia itu lebih rendah tarafnya

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    5/46

    dari binatang, tetapi Aqal menjadikan manusia itu lebih tinggi tarafnya, kerana Al-

    Quran ada amenerangkan bahawa;

    "Kami telah tundukkan segala makhluk di bumi ini kepada manusia" (Luqman:20)

    Jika sifat-sifat yang rendah itu menguasai manusia, maka setelah mati, ia akanmemandang terhadap keduniaan dan rindukan kepada keseronokan di dunia sahaja.

    Ruh manusia yang berakal itu penuh dengan kekuasaan dan pengetahuan

    yang sangat menakjubkan.

    Dengan Ruh Yang Berakal itu manusia dapat menguasai segala cabang ilmu

    dan Sains;

    dapat mengembara dari bumi ke langit dan balik semula ke bumi dalam

    sekelip mata,

    dapat memeta langit dan mengukur jarak antara bintang-bintang.

    Dengan Ruh itu juga manusia dapat menangkap ikan ikan dari laut dan

    burung-burung dari udara, dan menundukkan binatang-binatang untuk berkhidmat kepadanya seperti

    gajah, unta dan kuda.

    Lima deria(pancaindera) manusia itu adalah ibarat lima buah pintu terbuka menghadap ke

    Alam Nyata(Alam Syahadah) ini. Lebih ajaib dari itu lagi ialah ia ada Hati. Hatinya

    itu ada sebuah pintu yang terbuka menghadap ke Alam Arwah(Ruh-ruh) yang

    ghaib. Dalam keadaan tidur, apabila pintu-pintu deria tertutup, pintu Hati ini terbuka

    dan manusia menerima khabaran atau kesan-kesan dari Alam Ghaib dan kadang-kadang

    membayangkan perkara-perkara yang akan datang. Maka hatinya adalah ibarat cerminyang membalikkan(bayangan) apa yang tergambar di Luh Mahfuz. Tetapi meskipun

    dalam tidur, fikiran tentang perkara keduniaan akan menggelapkan cermin ini. Dandengan itu gambaran yang diterimanya tidaklah terang. Selepas bercerai nyawa denganbadan(mati), fikiran-fikiran tersebut hilang sirna dan segala sesuatu terlihatlah dalam

    keadaan yang sebenar. Betullah firman Allah dalam Al-Quran;

    "Kami telah buangkan hijab dari kamu dan pandangan kamu hari ini sangatlah

    terang dan nyata". (Surah Qaf:22).

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    6/46

    PEMBUKAAN HATIKE ALAM GHAIB

    Pembukaan pintu hati terhadap ke Alam Ghaib ini berlaku juga dalam keadaan-keadaan

    yang hampir dengan Wahyu Kenabian, di mana Intuisi atau Wahyu atau Ilham terbitdalam fikiran tanpa di bawa melalui saluran-saluran deria(pancaindera) sebagaimana

    seseorang itu menyucikan dirinya dari pengaruh nafsu kebendaan dan

    menumpukan(konsentrasi) fikirannya kepada Allah. Maka semakin bertambah teranglahkesedarannya terhadap Intuisi atau Ilham sedemikian itu. Mereka yang tidak sedar

    tentang perkara ini tidak berhak menafikan hakikat tersebut.

    Intuisi(Ilham) ini bukanlah terhad bagi mereka Kenabian sahaja. Ibarat besi, jika selalu

    digosok dan digilap akan menjadi berkilat seperti cermin. Begitu juga jiwa dan fikiranyang diasuh dengan disiplin sedemikian rupa akan dapat menerima khabaran dari Alam

    Ghaib itu. Sebab itulah Nabi Muhammad SAW. ada bersabda;

    "Tiap-tiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan Islam(fitrah), maka kemudian

    ibu-bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi"

    Tiap-tiap manusia dalam kesedaran batinnya yang dalam itu pernah mendengar soalan;

    Bukankah aku ini Tuhanmu?" dan mereka menjawab; "Ya", sebenarnya" tetapi

    sesetengah hati adalah ibarat cermin yang penuh berhabuk dan berkarat sehingga tidak

    memberi bayangan apa-apa di dalamnya. Tetapi hati Ambiya dan Aulia meskipunmereka itu manusia biasa yang mempunyai perasaan seperti kita, mereka sangat senang

    dan cepat menerima semua gambaran atau Ilham Ketuhanan Yang Maha Tinggi itu.

    Bukanlah kerana Ilmu yang didapati dari Ilham atau Wahyu atau Intuisi itu sahaja yang

    menyebabkan Ruh manusia itu boleh menduduki martabat pertama atau paling tinggi dikalangan makhluk, tetapi juga oleh kerana kekuasaannya(Ruh). Sebagaimana Malaikat-

    malaikat menguasai atau memerintah unsur-unsur, maka begitu jugalah Ruh itu. Ia

    memerintah anggota-anggota badan. Ruh-ruh yang mencapai peringkat kekuasaan yangkhusus bukan sahaja memerintah badan mereka sendiri tetapi juga badan-badan yang

    lain. Jika mereka hendakkan orang sakit supaya sembuh, maka sembuhlah ia,

    atau orang yang sihat boleh disakitinya; atau jika mereka inginkan seseorangsupaya datang kepada mereka, maka datanglah orang itu. Oleh kerana kerja-kerja

    Ruh yang kuat ada dua macam; iaitu baik dan jahat, maka perbuatan mereka itu pun

    dibahagikan dua macam juga iaitu Mukjizat dan yang lagi satu Sihir.

    Ruh-ruh yang kuat ini berbeza dari Ruh-ruh orang biasa dalam tiga perkara:

    1. Apa yang orang lain dapat lihat secara mimpi dalam tidur, mereka lihat dalam jaga.

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    7/46

    2. Orang lain hanya dapat menguasai badan mereka sendiri sahaja. Mereka ini dapat

    menguasai badan-badan yang lain dari diri mereka juga.

    3. Ilmu orang lain dapat secara belajar dan mengkaji bersungguh-sungguh. Mereka inidapat Ilmu itu secara Ilham atau Wahyu.

    Bukanlah ini sahaja tanda yang membezakan mereka dari orang biasa. Ada lagi yang

    lain. Tetapi itulah sahaja yang kita ketahui. Sebagaimana juga kita ketahui iaitu Allah

    itu sahaja yang mengenal DiriNya Yang Sebenar-benarNya, begitu jugalah hanya Nabi-nabi itu juga yang mengenal Hakikat Kenabian itu sebenarnya. Ini tidaklah

    menghairankan. Sedangkan dalam kehidupan sehari-harian ini pun kita ada mengalami

    kesulitan untuk menerangkan keindahan sesuatu Syair atau Puisi kepada orang yang tidak

    tahu dan tidak faham tentang Syair dan Puisi; atau keindahan warna pada orang buta.

    Di samping ketidakupayaan biasa itu, ada lain-lan lagi yang menghalang seseorang itu

    mencapai Hakikat Keruhanian. Satu daripadanya ialah Ilmu yang diperolehi dari luar.

    Sebagai ibarat, hati itu adalah sebuah telaga, dan lima deria ialah lima batang taliair yang sentiasa mengalirkan air ke telaga itu. Untuk mengetahui isi telaga itu

    sebenarnya, taliair itu hendaklah dihentikan mengalir ke dalam telaga itu untuk

    sementara waktu, dan sampah sarap yang di bawa oleh taliair itu hendaklah

    dibuang dari telaga itu. Demikianlah ibaratnya.

    Sekiranya kita hendak mencapai Hakikat Keruhanian yang suci itu, maka kita hendaklah

    sementara waktu mengenepikan Ilmu yang diperolehi dari proses luar(iaitu yang datang

    dari luar seperti belajar, membaca dan sebagainya) yang mana selalunya telah menjadi

    beku dan keras dan bersifat Prasangka Yang Dokmatik(Doqmatic Prejudice).

    Di samping itu ada pula satu kesilapan yang dilakukan oleh orang-orang yang singkatIlmuNya, iaitu setelah mereka mendengar percakapan orang-orang Sufi, mereka pun

    merendah-rendahkan taraf ilmu. Ini adalah ibarat seorang yang bukan ahli dalam bidangIlmu Kimia mengatakan, "Kimia itu lebih baik dari emas!", dan ia enggan menerima

    apabila emas diberikan kepadanya. Kimia lebih baik dari emas, tetapi ahli-ahli Kimia

    yang sebenar-benar pakar sangat sedikit bilangannya. Begitu jugalah ahli-ahli Sufi yang

    pakar sebenarnya amat sedikit bilangannya.

    Orang yang hanya tahu sedikit sahaja berkenaan Kesufian adalah tidak lebih tinggi

    martabatnya dari orang-orang yang berpengetahuan. Begitu juga orang yang baru

    mencuba beberapa percubaan dalam bidang Kimia, janganlah hendak merendah-

    rendahkan orang yang kaya.

    Orang-orang yang melihat berkenaan hal ini tentu akan melihat betapa kebahagian itu

    adalah sebenarnya berkaitan dengan Mengenal Allah Subhanahuwa Taala. Tiap-tiap

    anggota kita ini suka dan seronok dengan untuk apa yang sebenarnya ia dijadikan.Misalnya hawa nafsu suka dengan apa yang dikehendakinya; marah suka hendak

    membalas dendam; mata suka dengan benda yang indah; telinga suka mendengar muzik

    yang merdu dan sebagainya. Fungsi(tugas) Ruh manusia yang paling tinggi ialah

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    8/46

    Menyaksi atau Melihat Hakikat, dan di sanalah ia mendapat keseronokan dan

    kesukaannya. Seorang itu amat gembira diberi jawatan Perdana Menteri, tetapi

    kegembiraan itu akan bertambah jika Raja berkawan baik dengannya dan menceritakankepadanya rahsia-rahsia negeri.

    Ahli Ilmu Falak(Astronomer) dengan ilmunya dapat membuat peta-peta bintang danperjalanan falaknya, akan merasai lebih seronok dari ilmunya itu daripada pemain catur

    dengan ilmunya. Tidak ada yang lebih tinggi dari Allah Subhanahuwa Taala. Alangkah

    besarnya keseronokan dan kebahgiaan yang didapati oleh seseorang itu hasil dari

    Makrifat Allah.

    Barangsiapa yang sudah hilang kemahuan untuk mencapaai Ilmu yang sedemikian tinggi

    itu, maka orang itu adalah ibarat orang yang telah seleranya untuk memakan makananyang baik-baik; atau pun seperti orang yang lebih suka memakan tanah daripada

    memakan roti. Semua selera badan kasar ini hilang sirnanya apabila mati (bercerai

    nyawa dengan badan). Selera itu mati bersama badan kasar itu. Tetapi Ruh tidak mati

    dan ia tetap membawa apa juga Ilmu tentang Ketuhanan yang ada padanya, bahkanmenambahkan Ilmu itu lagi.

    Sebahagian penting berkenaan Ilmu kita tentang Allah adalah timbul dari kajian dan

    pemikiran kita tentang badan kita sendiri, yang membukakan kepada kita kekuasaan,kebijaksanaan dan Cinta Tuhan Yang Menjadikan segalanya. KekuasaanNya

    menunjukkan betapa setitik air djadikan kita seorang manusia yang cukup lengkap.

    KebijaksanaanNya ditunjukkan dengan betapa rumit dan sulitnya anggota-anggota kitadan saling persesuaian antara bahagian-bahagian anggota itu antara satu dengan yang

    lain. CintaNya ditunjukkan dengan KurniaNya kepada kita bukan sahaja anggota-

    anggota yang paling perlu untuk hidup seperti jantung, hati, otak, tetapi juga anggota-

    anggota yang tidak paling perlu seperti tangan, kaki, lidah dan mata. Kemudianditambah pula dengan perhiasan seperti hitam rambut, merahnya bibir, bulu mata yang

    melentik dan sebagainya.

    Maka sewajarnyalah manusia itu diibaratkan sebagai " ALAM KECIL" dalam dirinyasendiri bentuk dan susunan badan itu hendak dikaji bukan sahaja oleh mereka yang

    hendak jadi doktor tetapi juga hendaklah dikaji oleh mereka yang ingin mencapai

    MakrifatuLlah sebagaimana juga mengkaji dengan mendalam tentang susunan keindahanbahasa dalam Puisi yang agung membukakan kepada kita makin lama makin banyak

    kebijaksanaan pengarangnya.

    Bahawa Ilmu atau Mengenal Ruh itu memainkan peranan yang lebih penting untuk

    membawa kepada MakrifatuLlah; lebih penting dari mengenal badan dan tugas-tugasnya. Badan ini ibarat kuda tunggangan dan Ruh itu ibarat Penunggangnya. Badan

    itu dijadikan untuk Ruh, dan Ruh itu untuk badan. Jika seseorang itu tidak tahu dirinya

    yang mana adalah yang paling hampir dengan Dia, maka apakah gunanya ia mengenal

    yang lain? Ibarat pengemis; yang dirinya sendiri pun payah hendak makan berkata pulaia boleh memberi makan kepada penduduk sebuah pekan.

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    9/46

    Dalam bab ini kita akan cuba sedikit-sebanyak membicarakan keagungan Ruh manusia.

    Orang yang tidak peduli kepada jiwa atau RuhNya dan membiarkan Ruh atau jiwa

    itu berkarat dan bergelap, maka rugilah ia di dunia dan di akhirat juga.

    Keagungan seseorang manusia itu sebenarnya terletak pada keupayaan untuk Maju yang

    kekal abadi. Jika tidak, dalam dunia fana ini, manusia itulah yang paling lemah dari

    segala makhluk kerana tertakluk kepada kepada lapar, dahaga, panas, sejuk dandukacita.

    Perkara yang paling ia suka selalunya paling bahaya kepadanya, dan perkara yang

    memberi faedah kepadanya itu tidak dapat diperolehi tanpa usaha dan susah payah.

    Berkenaan dengan Aqalnya pula, kesilapan yang sedikit saja pada otak bolehmenyebabkan ia gila dan rosak. Berkenaan kekuasaan pula, gigitan nyamuk sahaja telah

    cukup menyebabkan ia resah gelisah dan tidak dapat tidur. Berkenaan dengan perasaan

    pula, dia rasa dukacita hanya dengan kehilangan beberapa sen wang. Berkenaan dengankecantikan pula, dia tidak lebih dari perkara yang kotor dibalut dengan kulit yang licin

    lunak. Tanpa dibasuh selalu, ia menjadi Ain dan tidak menarik lagi.

    Pada hikikatnya, manusia itu dalam dunia ini adalah sangat lemah dan hina. Hanya di

    akhirat kelak manusia itu akan bernilai dan berharga. Jika dengan cara "KimiaKebahgiaan" dia meningkat naik dari peringkat binatang kepada peringkat Malaikat.

    Kalau tidak, peringkat lebih hina dan rendah dari binatang yang akan hancur dan akan

    jadi tanah. Maka perlulah bagi manusia di samping sedar tentang ketinggian martabatnyadari semua makhluk, sedarlah hendaknya tentang lemah hinanya, kerana itu pun adalah

    satu daripada "anak kunci" membuka pintu Mengenal Allah (MakrifatuLlah).

    MENGENAL ALLAHSUBHANAHUWA TAALA

    Satu daripada Hadis Nabi Muhammad SAW. yang masyhur ialah;

    "Siapa yang mengenal dirinya, mengenal ia akan TuhanNya"

    Ini bererti dengan mematuhi dan memikirkan tentang dirinya dan sifat-sifatnya, manusia

    itu boleh sampai kepada mengenal Allah. Tetapi oleh kerana banyak juga orang yang

    memikirkan tentang dirinya tetapi tidak dapat mengenal Tuhan, maka tentulah ada cara-caranya yang khusus bagi mengenal ini.

    Sebenarnya ada dua cara untuk mencapai pengetahuan atau pegenalan ini. Satu daripada

    cara itu sangat sulit dan sukar difaham oleh untuk orang-orang biasa, maka cara yang ini

    tidak usahlah kita terangkan di sini. Yang satu cara lagi adalah seperti berikut: apabilaseseorang memikirkan dirinya, dia tahu bahawa ada satu katika apabila ia tidak ada

    wujud, seperti tersebut dalam Al-Quran: "Tidakkah terjadi kepada manusia itu iaitu

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    10/46

    ada satu ketika apabila ia tidak ada apa-apa?"Selanjutnyaia juga tahu bahawa ia

    dijadikan diri setitik air yang tidak ada akal, pendengar, penglihatan, kepala, tangan,

    kaki dan sebagainya dari sini, teranglah bahawa walaubagaimanapun seseorang itumencapai taraf kesempurnaan, tidaklah dapat ia membuat dirinya sendiri atau pun

    membuat sehelai rambut.

    Tambahan pula jika ia setitik air, alangkah lemahnya ia? Demikianlah seperti yang kita

    lihat di bab pertama dulu, didapatinya dalam dirinya kekuasaan, kebijaksanaan dan cintaAllah terbayang dalam bentuk yang kecil. Jika semua pendita dalam dunia ini berkumpul

    dan mereka tidak mati, nescaya mereka tidak dapat mengubah dan membaiki bentuk

    pembinaan walau satu bahagian pun dari badannya itu.

    Misalnya, dalam penggunaan gigi hadapan dan gigi sisi untuk menghancurkan makanan,pembinaan lidah, gelunjur air liur, tengkuk, kerongkong, kita dapatinya penciptaan itu

    tidak dapat diperbaiki lagi. Begitu juga, fikirkan pula tangan dan jari kita. Jari ada lima

    dan tidak pula sama panjang, empat daripada jari itu mempunyai tiga persendian, dan

    ibu jari hanya ada dua persendian, dan lihat pula bagaimana ianya boleh digunakanuntuk memegang, mencincang, memukul dan sebagainya. Jelas sekali manusia tidak

    akan dapat berbuat demikian, betapa pula hendak menambah atau mengurangkanbilangan jari itu dan susunannya mengikut cara dan bentuk yang lain.

    Lihat pula makanan, tempat tinggal kita dan sebagainya. Semuanya cukup dikurniakan

    oleh Allah yang maha kaya. Tahulah kita bahawa rahmat atau Kasih Sayang Allah itu

    sama dengan Kekuasaan dan KebijaksanaaNya, seperti firman Allah SubhanahuwaTaala.

    "RahmatKu itu lebih besar dari kemurkaanKu"

    Dan sabda Nabi SAW.,

    "Allah itu sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu kepada anaknya"

    Demikianlah, dari makhluk yang dijadikanNya, manusia dapat tahu tentang wujudnyaAllah; dari keajaiban badannya, ia dapat tahu tentang Kekuasaan dan Kebijaksanaanya

    Allah; dan dari Pengurniaan rezeki Tuhan yang tidak terbatas itu, nampaklah Cinta

    Allah kepada hambaNya. Dengan cara ini, mengenal diri sendiri itu menjadi anak

    kunci kepada pintu untuk mengenal Allah Subhanawa Taala.

    Sifat-sifat manusia itu adalah bayangan Sifat-sifat Allah. Begitu juga cara wujudnya ruhmanusia itu memberi kita sedikit pandangan tentang cara wujudnya Allah, iaitu Allahdan ruh itu tidak kelihatan, tidak boleh dibagi-bagi atau dipecah-pecahkan, tidak

    tertakluk kepada ruang dan waktu, diluar sempadan kuantiti (bilangan) dan kualiti

    (kaifiat), dan tidak boleh diperikan dengan bentuk, warna atau saiz. Ada orang merasapayah hendak membentuk satu konsep berkenaan hakikat-hakikat ini kerana ianya tidak

    termasuk dalam bidang kualiti dan kuantiti, dan sebagainya, tetapi cuba perhatikan

    betapa susah dan payahnya memberi konsep tentang perasaan kita sehari-hari seperti

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    11/46

    marah, suka, cinta dan sebagainya. Semua itu adalah konsep fikiran atau tanggapan

    khayalan, dan tidak dapat dikenali oleh deria. kualiti, kuantiti dan sebagainya dan itu

    adalah konsep Deria(tanggapan pancaindera). Sebagaimana telinga kita tidak dapatmegenal warna, dan mata kita tidak dapat mengenal bunyi, maka begitu jugalah

    mengenal Ruh dan Allah itu bukanlah dengan derianya.

    Allah itu adalah Pemerintah alam semesta raya ini. Dia tidak tertakluk kepada ruang dan

    waktu, kuantiti dan kualiti, dan menguasai segala makhluknya. Begitu juga ruh itumemerintah badan dan anggotanya. Ia tidak boleh dilihat, tidak boleh dibagi-bagi atau

    dipecah-pecahkan dan tidak tertakluk kepada tempat tertentu. Kerana bagaimana pula

    sesuatu yang tidak boleh dibagi-bagikan itu diletak kedalam sesuatu yang boleh

    dibagi-bagikan atau dipecah-pecahkan? Dari penerangan yang kita baca diatas itu,

    dapatilah kita lihat bagaimana benarnya sabda Nabi SAW.: "Allah jadikan manusiamenurut rupanya".

    Setelah kita mengenal Zat dan Sifat Allah hasil dari pemerhatian dan tafakur kita tentah

    zat dan sifat Ruh, maka sampai pulalah pengenalan kita kepada cara-cara kerja danpemerintahan Allah Taala dan bagaimana ia muwakilkan Kuasa-Kuasanya kepada

    malaikat-malaikat, dan lain-lain, dengan cara memerhati dan bertafakur tentang

    bagaimana diri kita memerintah alam kecil kita sendiri.

    Kita ambil sati misalan: Katakanlah seorang manusia hendak menulis nama Allah.

    Mula-mulanya kehendak atau keinginan itu terkandung dalam hatinya. Kemudian

    dibawa ke otak oleh tenaga keruhanian. Maka bentuk perkataan "Allah" itu terdiri dalambahagian khayalan atau fikiran otak itu. Selepas itu ia mengembara melalui saluran urat

    saraf, lalu menggerakkan jari dan jari itu mengerakkan pena. Maka tertulislah nama

    "Allah" atas kertas, serupa seperti yang ada didalam otak penulis itu.

    Begitu juga apabila Allah Subahanahuwa Taala hendak menjadikan sesuatu perkara, Iamula-mulanya terzhohir dalam peringkat keruhanian yang disebut didalam Quran sebagai

    "Al-Arash". Dari situ ia turun dengan urusan Keruhanian ke peringkat yang di bawahnya

    yang digelar "Al-Kursi". Kemudian bentuknya terzhohir dalam "Al-Luh Al-Mahfuz".Dari situ dengan perantaraaan tenaga-tenaga yang digelar "Malaikat" terzhohirlah perkara

    itu dan kelihatanlah di atas bumi ini dalam bentuk tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan

    binatang; yang mewakilkan atau menggambarkan Iradat dan Ilmu Allah. Sebagaimanajuga huruf-huruf yang tertulis, yang menggambarkan keinginan dan kemahuan yang

    terbit dan terkandung dalam hati; dan bentuk itu dalam dalam otak penulis tadi.

    Tidak ada orang yang tahu Hal Raja melainkan Raja itu sendiri. Allah telahjadikan kita Raja dalam bentuk yang kecil yang memerintah kerajaan yang kecil.

    Dan ini adalah satu salinan kecil Diri(Zat)Nya dan KerajaanNya. Dalam kerajaan

    kecil pada manusia itu, Arash itu ialah Ruhnya; ketua segala Malaikat itu ialah

    hatinya; Kursi itu otaknya; Luh Mahfuz itu ruang khazanah khayalan atau

    fikirannya. Ruh itu tidak bertempat dan tidak boleh dibahagikan dan ia

    memerintah badanya; sebagaimana Allah memerintah Alam Semester Raya ini.

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    12/46

    Pendeknya, tiap-tiap orang manusia itu diamanahkan dengan satu kerajaan kecil

    dan diperintahkan supaya jangan cuai dan lalai mentadbir kerajaan itu.

    Berkenaan dengan mengenal ciptaan Allah Subhanahuwa Taala, ada banyak darjahpengetahuan. Ahli Ilmu Alam yang biasa adalah ibarat semut yang merangkak atas

    sekeping kertas dan memerhatikan huruf-huruf hitam terbentang di atas kertas itu danmerujukkan sebab kepada pena atau qalam itu sahaja.

    Ahli Ilmu Falak adalah ibarat semut yang luas sedikit pandangannya dan nampak jari-jaritangan yang menggeakkan pena itu, iaitu ia tahu bahawa unsur-unsur itu adalah kuasa

    bintang-bintang, tetapi dia tidak tahu bahawa bintang itu adalah di bawah kuasa

    Malaikat.

    Oleh kerana berbeza-bezanya darjah pandangan manusia itu, maka tentulah timbulpertelingkahan dalam mengesan natijah atau kesan(akibat) kepada sebab. Mereka yang

    tidak memandang lebih jauh dari sempadan alam nyata ini adalah ibarat orang yang

    mengganggap hamba abdi yang paling rendah itu sebagai raja. Undang-undang alamnyata itu (Fenomena) itu mestilah tetap. Jika tidak, tidak adalah sains.

    Walaubagaimanapun, adalah salah besar menganggap hamba itu tuannya.

    Selagi ada perebezaan ini, segala itulah pertelingkahan akan berterusan. Ini adalah ibarat

    orang buta yang hendak mengenal gajah. Seseorang memegang kaki gajah itu laludikatakannya gajah itu seperti tiang. Seorang lain memegang gadingnya lalu katanya

    gajah itu seperti kayu bulat yang keras. Seorang lagi memegang telinganya lalu katanya

    gajah itu macam kipas. Tiap-tiap seorang mengganggap bahagian-bahagian itu sebagai

    kaseluruhan. Dengan itu, ahli ilmu alam dan ahli ilmu Falak menyanggah hukum-hukum yang mereka dapat dari ahli-ahli hukum. Kesilapan dan sangkaan seperti itu

    terjadi juga kepada Nabi Ibrahim seperti yang tersebut dalam Al-Quran, Nabi Ibrahimmenghadap kepada bintang, bulan dan matahari untuk disembah. Lma kelamaan beliausedar siapa yang menjadikan semua-benda-benda itu, lalu boleh berkata, "Saya tidaksuka kepada yang tenggelam."

    Kita selalu mendengar orang merujuk kepada sebab yang kedua bukan kepada sebab

    yang pertama dalam hal apa yang digelar sakit. Misalnya; jika seseorang itu tidak lagicenderung kepada hal-ehwal keduniaan, segala keseronakkan biasa tidak lagi

    dipedilikannya, dan tidak peduli apa pun, maka doktor mengatakan, "Ini adalah kes

    penyakit gundah gulana, dan ia perlu sekian-kian ubat atau priskripsi."

    Ahli fizik akan berkata "Ini adalah kekeringan otak yang disebabkan oleh cuaca panasdan tidak dapat dilegakan kecuali udara menjadi lembab."

    Ahli nujum akan mengatakan bahawa itu adalah pengaruh bintang-bintang.

    "Setakat itulah kebijaksanaanya mereka."Kata Al-Quran, tidaklah mereka tahu

    bahawa sebenarnya apa yang terjadi ialah: Allah Subahana Wataala mengambil berattentang kebajikan orang yang sakit itu dan dengan itu memerintahkan hamba-hambanya

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    13/46

    seperti bintang-bintang atau unsur-unsur, mengeluarkan keadaan seperti itu kepada orang

    itu agar ianya berpaling dari dunia ini mengadap kepada Tuhan yang menjadikannya.

    Pengetahuan tentang hakikat ini adalah sebuah mutiara yang amat bernilai dari

    lautan ilmu yang berupa Ilham; dan ilmu-ilmu yang lain itu jika dibandingkan

    dengan Ilmu Ilham ini adalah ibarat pulau-pulau dalam lautan Ilmu Ilham itu.

    Doktor, Ahli Fizik dan Ahli Nujum itu memang betul dalam bidang ilmu mereka

    masing-masing. Tetapi mereka tidak nampak bahawa penyakit itu bolehlah dikatakansebagai "Tali Cinta" yang dengan tali itu Allah menarik AuliaNya kepadaNya.

    Berkenaan ini Allah ada berfirman yang bermaksud;

    "Aku sakit tetapi engkau tidak melawat Aku".

    Sakit itu sendiri adalah satu bentuk pengalamaan yang dengannya manusia itu bolehmencapai pengetahuan tentang Allah; sebagaimana firman Allah melalui mulut Rasul-

    rasulNya;

    "Sakit itu sendiri adalah hambaKu dan dikepilkan(disertakan) kepada orang-orang

    pilihanKu".

    Dengan ulasan-ulasan yang terdahulu, dapatlah kita meninjau lebih mendalam lagimaksud kata-kata yang selalu diucapkan oleh orang-orang yang beriman iaitu;

    "Maha Suci Allah" (SubhanaLlah)

    "Puji-pujian Bagi Allah (Alhamdulillah)

    "Tiada Tuhan Melainkan Allah (La ilaha iLlaLlah)

    "Allah Maha Besar" (Allahu Akhbar).

    Berkenaan dengan "Allahu Akbar" itu bukanlah bermaksud Allah itu lebih besar dari

    makhluk, kerana makhluk itu adalah penzhohiranNya sebagaimana cahayamemperlihatkan matahari. Tidaklah boleh dikatakan matahari itu lebih besar daripada

    cahayanya. Ianya bermaksud iaitu Kebesaran Allah itu tidak dpat disukat dan diukur dan

    melampaui jangkauan kesedaran; dan kita hanya boleh membentuk idea yang tidak

    sempurna dan tidak nyata berkenaanNya.

    Jika seorang kanak-kanak bertanya kepada kita untuk menerangkan keseronokkan

    mendapat pangkat yang tinggi, kita hanya dapat mengatakan seperti perasaan kanak-

    kanak itu tatkala seronok bermain bola, meskipun pada hakikat kedua-dua itu tidak ada

    persamaan langsung, kecuali hanya kedua-dua perkara itu termasuk dalam jeniskeseronokkan. Oleh yanag demikian, kata-kata "Allahu Akhbar" itu berertiKebesaran itu melampaui semua kuasa pengenalaan dan pengetahuan kita. Tidak

    sempurna pengenalan kita berkenaan Allah itu bukanlah sangka-sangka sahaja

    tetapi adalah dsertai oleh ibadat dan pengabadian kita.

    Apabila seorang itu mati, maka ia bersangkut-paut dengan Allah sahaja. Jika kita

    terpaksa hidup dengan orang lain, kebahagiaan kita bergantung kepada darjah kemesraan

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    14/46

    kita terhadap orang itu. Cinta itu adalah benih kebahagiaan, dan Cinta kepada Allahitu dimaju dan dibangun melalui ibadat. Ibadat dan sentiasa mengenang Allah itu

    memerlukan kita supaya bersikap sederhana dan mengekang kehendak-kehendak badan.Ini bukanlah bererti semua kehendak badan itu dihapuskan; kerana itu akan

    menyebabkan hapusnya bangsa manusia. Apa yang diperlukan ialah membatas atau

    mengehad kehendak-kehendak badan itu. Oleh itu seseorang itu bukanlah Hakim yangpaling bijak untuk mengadili dirinya sendiri tentang Had itu. Maka ia lebih baik

    merundingi pemimpin-pemimpin keruhanian dalam perkara ini, dan hukum-hukum yang

    mereka bawa melalui Wahyi Ilahi menentukan batas dan Had yang mesti diperhatikandalam hal ini. Siapa yang melanggar batas atau had ini "Menzholimi dirinya

    sendiri"(Al-Baqarah; 231).

    Walaupun Al-Qur'an telah memberi keterangan yang nyata, masih ada juga orang yang

    melanggar batas kerana kejahilan mereka tentang Allah dan kejahilan ini adalah keranabeberapa sebab;

    Pertama; ada golongan manusia yang kekal mencari Allah melalui pemerhatian, lalumereka membuat kesimpulan dengan mengatakan tidak ada Tuhan dan alam ini terjadi

    dengan sendirinya atau wujudnya tanpa permulaan. Mereka ini seperti orang yangmelihat surat yang tertulis dengan indahnya, dan mereka mengatakan surat itu sedia

    tertulis tanpa penulis atau telah sedia ada. Orang yang seperti ini telah jauh tersesat dan

    tidak berguna berhujah dan bertengkar dengan mereka. Setengah daripada orang-orangseperti ini adalah Ahli Fizik dan Ahli Kaji Bintang yang telah kita sebutkan di atas tadi.

    Ada pula setengah orang keana kejahilan tentang keadaan sebenarnya Ruh itu. Mereka

    menyangkal adanya hidup di Akhirat dan menyangkal manusia itu diadil di sana. Mereka

    anggap diri mereka itu satu taraf dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan dan akan hancur

    begitu sahaja.

    Ada juga orang yang percaya dengan Allah dan Hari Akhirat, tetapi kepercayaan atau

    Iman mereka itu sangat lemah. Mereka berkata kepada diri mereka sendiri;

    "Allah itu Maha Agung dan tidak ada sangkut-paut dengan kita, walaupin kita

    sembah Dia atau tidak; tidak menjadi apa-apa kepadaNya".

    Fikiran mereka ini seperti orang sakit yang disuruh makan ubat, tetapi ia berkata; "Apa

    untung atau ruginya doktor itu jika aku makan ubat atau tidak makan ubat?". Memang

    tidak terjadi apa-apa kepada doktor itu tetapi pesakit itulah yang akan bertambah teruk

    kerana degilnya. Badan yang sakit berakhir dengan mati. Maka Ruh atau Jiwa yangsakit berakhir dengan kesusahan dan kesiksaan di akhirat nanti, seperti firman Allah

    Taala dalam Al-Qur'an yang bermaksud;

    "Hanya mereka yang kembali kepada Allah dengan hati yang Salim itulah yang

    akan terselamat".

    Jenis orang yang tidak beriman yang keempat ialah mereka yang berkata;

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    15/46

    "Hukum Syariat menyuruh kita jangan marah, jangan menurut nafsu, jangan

    bersikap munafik. Ini tidak mungkin kerana sifat-sifat ini telah memang ada semula

    jadi pada kita. Lebih baik tuan suruh saya membuat yang hitam itu jadi putih".

    Mereka ini sebenarnya bodoh. Mereka jahil dengan hukum Syariat. Hukum Syariat

    tidak menyuruh manusia membuang sama sekali perasaan itu, tetapi hendaklah ianyadikontrol supaya tidak melanggar batas yang dibenarkan. Supaya dengan mengelakkan

    diri dari dosa besar, kita boleh memohon keampunan terhadap dosa-dosa kita yangkecil. Sedangkan Rasulullah ada bersabda;

    "Saya ini manusia juga seperti kamu, dan marah juga seperti orang lain".

    Firman Allah dalam Al-Qur'an;

    "Allah kasih kepada mereka yang menahan kemarahan mereka".(Al-Imran:146)

    Ini bererti bukan mereka yang tidak ada langsung perasaan marah.

    Golongan yang kelima ialah mereka yang menekankan Kemurahan Tuahn sahaja tetapimengenepikan KeadilanNya, lalu mereka berkata kepada diri mereka sendiri;

    "Kami buat apa sahaja kerana Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang".

    Mereka tidak ingat meskipun Allah itu Pengasih dan Penyayang, namun beribu-ribu

    manusia mati kebuluran dan kerana penyakit. Meraka tahu, barangsiapa hendak hidupatau hendak kaya, atau hendak belajar, mestilah jangan hanya berkata; "Allah itu Kasih

    Sayang". tetapi perlulah ia berusaha sungguh-sungguh. Meskipun ada firman Allah

    dalam Al-Qur'an; "Tiap-tiap makhluk yang hidup itu Allah beri ia rezeki"(SurahHud:06); tetapi hendaklah juga ingat Allah juga berfirman; "Manusia tidak akan

    mendapat apa-apa kecuali dengan berusaha". Sebenarnya mereka yang berpendapat di

    atas itu adlah dipengaruhi oleh Syaitan dan mereka bercakap di mulut sahaja, bukan di

    hati.

    Golongan keenam pula menganggap mereka telah sampai ke taraf kesucian dan tidak

    berdosa lagi. Tetapi kalau anda layan mereka dengan kasar dan tidak hormat, anda akan

    dengar mereka merungut bertahun-tahun mengata anda; dan jika anda ambil makanan

    sesuap pun yang sepatutunya mereka perolehi dari mereka, seluruh alam ini kelihatangelap dan sempit pada perasaan mereka. Jikalau pun mereka itu sebenarnya telah dapat

    menakluki hawa nafsu mereka, mereka tidak berhak menganggap dan mengatakan dirimereka itu tidak berdosa lagi, kerana Nabi Muhammad SAW. sendiri, manusia yangpaling tinggi darjatnya, sentiasa mengaku salah dan memohon ampun kepada Allah.

    Setengah daripada Rasul-rasul itu sangat takut berbuat dosa sehingga daripada perkara-

    perkara yang halal pun mereka menghidarkan diri mereka.

    Adalah diriwayatkan, suatu hari Nabi Muhammad SAW. telah diberi sebiji Tamar.Beliau enggan memakannya kerena beliau tidak pasti sama ada Tamar itu ddapati secara

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    16/46

    halal atau tidak. Tetapi mereka menelan arak bergelen-gelen banyaknya dan berkata

    mereka lebih mulia daripada Nabi. (Saya menggeletar semasa menulis ini) pada hal

    sebutir Tamar pun tidak disentuh oleh Nabi jika belum pasti sama ada halal atau tidak.Sesungguhnya mereka telah diheret dan disesatkan oleh Iblis.

    Aulia Allah yang sebenarnya mengetahui bahawa orang yang tidak menakluki hawanafsunya tidak patut dipanggil "orang" dan orang Islam yang sebenarnya ialah mereka

    yang dengan rela hati tidak mahu melanggar Syariat sewenang-wenangnya. Mereka

    yang melanggar Syariat adalah sebenarnya dipengaruhi oleh Syaitan dan mereka

    ini sepatutnya bukan dinasihati dengan pena, tetapi adalah sewajarnya dengan

    pedang.

    Sufi-sufi yang palsu ini kadang-kadang berpura-pura tenggelam dalam lautan kehairananatau tidak sedar, tetapi jika anda tanya mereka apakah yang mereka hairankan itu,

    mereka tidak tahu. Sepatutnya mereka disuruh menungkan kehairanan sebanyak-banyak

    yang mereka suka, tetapi di samping itu hendaklah ingat bahawa Allah Subhanahuwa

    Taala itu adalah Pencipta mereka dan mereka itu adalah hamba Allah sahaja.

    MENGENAL DUNIA INIDunia ini adalah ibarat pasar yang dilalui oleh pengembara dalam perjalanannya menujuke tempat yang lagi satu. Di sinilah pengembara itu mengumpulkan bekalan untuk

    perjalanannya. Pendeknya di sinilah manusia itu dengan menggunakan deria

    jasmaninya, memperolehi sedikit sebanyak pengetahuan tentang kerja-kerja Allah, danmelalui pengetahuan itu untuk Mengenal Allah. Pandangan terhadap Allah inilah yang

    menentukan kebahagiaan dan keselamatan di hari kemudian; kerana untuk mendapatkanIlmu Pengetahuan inilah, maka manusia turun ke dunia dan tanah ini. Selagi derianyaada bersama dengannya, orang itu dikatakan berada "dalam dunia ini". Apabila deria ini

    meninggalkan jasad dan hanya sifat-sifatnya yang perlu sahaja yang tinggal. maka orang

    itu dikatakan telah kembali "ke akhirat".

    Semasa manusia itu berada dalam dunia ini, dua perkara perlu baginya.

    Pertama; melindungi dan mengasuh(memelihara) Ruhnya dan

    Keduanya; memelihara dan menyelenggara badannya.

    Makanan Ruh itu seperti yang tersebut sebelum ini, ialah Mengenal dan Cinta kepadaAllah. Jika cinta itu ditumpukan sepenuhnya kepada "ghair Allah" (selain Allah), makabinasalah Ruh itu. Badan itu hanya ibarat binatang tunggangan bagi Ruh. Badan itu

    akan hancur tetapi Ruh tetap hidup. Ruh itu sepatutnya memelihara badan. Ibarat orang

    yang hendak mengerjakan Haji ke Mekah, ia perlu memelihara untanya, tetapi jika ia

    menghabiskan masa dengan memberi makan dan menghias untanya sahaja, maka kafilahakan meninggalkan ia di belakang dan binasalah ia di padang pasir.

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    17/46

    Keperluan badan manusia itu terbahagi kepada tiga sahaja iaitu makanan; pakaian;dan tempat tinggal. Tetapi kemahuan badan yang ada pada seseorang untuk

    mendapatkan tiga perkara itu cenderung memberontak melawan akal dan ini tumbuhkemudian dari tiga perkara itu. Oleh itu, perlulah kemahuan itu disekat dan dibataskan

    dengan undang-undang syariat yang dibawa oleh Rasul-Rasul.

    Berkenaan dunia ini pula, di mana kita tinggal seketika, kita dapati ada terbahagi kepada

    tiga bahagi - iaitu binatang, tumbuh-tumbuhan dan galian(logam). Hasil daripadaketiga-tiga perkara perkara ini sentiasa diperlui oleh manusia dan ini menerbitkan tiga

    pekerjaan yang utama pada manusia iaitu;

    Kerja Menenun,

    Kerja Membina dan

    Kerja-kerja Logam.

    Ini pula terbahagi kepada beberapa cabang lagi seperti Tukang Jahit, Tukang Batu,

    Tukang Besi dan lain-lain lagi. Tidak ada yang bebas sendiri; perlu saling berkaitan.Maka timbullah perhubungan dan perkaitan perdagangan dan perniagaan. Di sini timbul

    pula keadaan-keadaan yang menerbitkan Hasad, Dengki, Tamak, Haloba dan berbagai-

    bagai penyakit Jiwa(Ruh). Dengan itu timbul pulalah perbalahan dan persengketaan dan

    keperluaan untuk berpolitik, berkerajaan dan pengetahuan tentang undang-undang.

    Oleh yang demikian, pekerjaan dan perdagangan di dunia ini makin bertambah rumit dan

    kusut dan menyusahkan(kompleks). Ini ialah kerana manusia telah lupa bahawa

    keperluaan mereka yang utama adalah hanya tiga perkara sahaja iaitu pakaian,

    makanan dan tempat tinggal. Diri ini wujud hanya bertujuan untuk menjadikan badanitu layak bagi tunggangan Ruh dalam perjalanan menuju ke akhirat. Mereka telah sama

    tersilap seperti orang yang pergi ke Mekah itu iaitu mereka telah lupa tujuan perjalanandan dirinya sendiri, lalu menghabiskan masa memberi makan dan menghias untanya.Manusia pasti terpesona dan terpikat oleh dunia kecuali ia berhati-hati benar supaya tidak

    tergoda. Nabi ada bersabda mengatakan bahawa dunia ini ibarat Tukang Sihir yang lebih

    pintar dari Harut dan Marut.

    Dunia ini menipu kita dengan cara berikut.

    Pertama; ia berpura-pura kekal bersama kita padahal sebenarnya ia sentiasa berlalu saat

    demi saat sambil melambaikan tangan mengatakan Selamat Tinggal kepada kita, seperti

    bayang-bayang yang nampaknya tetap tetapi sebenarnya bergerak.

    Kedua; Dunia ini berpusing seperti seperti Ahli Sihir yang menarik tetapi jahat. Iaberpura-pura Cinta kepada kita, suka kepada kita, tetapi kemudian ia pergi kepada

    musuh dan meninggalkan kita manusia kesedihan dan putus asa. Nabi Isa Alaihissalam

    ternampak dunia ini seperti bentuk nenek kebayan tua yang buruk. Beliau bertanyakepada dunia itu berapakah suami yang ia ada. Dunia itu menjawab suaminya tidak

    terkira banyaknya. Beliau bertanya lagi adakah suaminya itu telah mati atau telah

    diceraikan. Katanya semua mereka itu telah dibunuhnya. Nabi Isa Alaihissalam berkata;

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    18/46

    "Aku hairan kenapa manusia bodoh yang telah melihat bagaimana anda

    melakukan kekejaman itu namun masih juga mereka suka dan cinta kepada anda".

    Nenek Kebayan yang jahat ini memakai pakaian yang indah-indah dan menutupmukanya. Kemudian ia pergi menggoda manusia. Banyaklah manusia yang tergoda dan

    tertipu dan dibinasakannya. Nabi SAW. pernah bersabda bahawa di hari Qiyamat kelak,dunia ini akan berupa dengan bentuk Ahli Sihir, matanya hijau dan giginya tertonjol

    keluar. Orang yang melihatnya akan berkata;

    "Kasihanilah kami! Siapakah ini?"

    Malaikat akan menjawab;

    "Inilah dunia yang kamu perbuat dan pertengkarkan, yang kamu bunuh-membunuh

    dan sembelih-menyembelih antara satu sama lain".

    Kemudian dia akan dilemparkan ke Neraka dan di situlah ia akan menjerit; "OhTuhan!!! Di manakah mereka yang mencintai aku dahulu". Kemudian Allah

    perintahkan mereka itu dilemparkan juga ke dalam Neraka itu.

    Barangsiapa bertafakur dengan serius bahawa dahulunya dunia ini tidak wujud dan di

    masa akan datang ia akan hilang sirna, maka nampaklah ia bahawa dunia ini ibaratperjalanan di mana peringkat-peringkatnya berupa tahun, bulan dan batunya dengan

    harinya, dan langkahnya dengan saat. Tidak dapat hendak diceritakan bagaimana

    ruginya mereka yang menganggap dunia ini tempat kediamannya yang kekal danmembuat rancangan untuk sepuluh tahun yang akan datang pada mungkin ia akan berada

    dalam kubur dalam tempoh sepuluh hari lagi. Siapa tahu!!!.

    Siapa yang meninggalkan dirinya dalam lautan keseronokan dunia fana ini, di masa

    matinya akan jadi seperti orang yang menyumbatkan mulut dan perutnya denganmakanan dan kemudian ia memuntahkan semula. Kelazatannya hilang sirna. Tinggallah

    malu dan aib. Makin banyak harta-benda, wang ringgit, rumah dan taman yangindah dipunyainya, makin pedih dan payahlah ia hendak meninggalkan semua itu.

    Kepedihan dan kepayahan ini akan dibawa hingga selepas mati kerana jiwa yang

    sudah biasa dengan Tamak Haloba itu akan menjadi Tamak Haloba juga selepas

    mati dan di Akhirat kelak akan merasai kesusahan dan kepedihan kerana

    kemahuan dan keinginan yang tidak merasa puas.

    Satu daripada ciri atau sifat perkara keduniaan ini ialah pada mulanya nampak sepertiperkara kecil sahaja, tetapi tiap-tiap perkara yang nampak"kecil" ini bercabang dan

    bercawang hingga tidak terhingga lagi banyaknya, hingga ia menelan dan membolot

    seluruh masa dan tenaga manusia itu. Nabi Isa Alaihissalam pernah berkata;

    "Orang yang cinta kepada dunia itu ibarat orang yang meminum air laut, makin

    diminum makin dahaga hingga akhirnya ia binasa, namun dahaga tidak juga

    hilang".

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    19/46

    Nabi SAW. pernah bersabda;

    "Tidaklah kamu bercampur dengan keduniaan itu melainkan kamu dikotori

    sebagaimana orang yang masuk ke air, pasti akan basah".

    Dunia ini ibarat meja yang di atasnya ada hidangan untuk tetamu yang datang silihberganti. Di atasnya ada pinggang mangkuk emas dan perka, penuh dengan makanan

    yang sedap-sedap, dan bau-bauan yang harum mewangi. Tetapi yang bijak akan makan

    seperlunya, menghidu wangi-wangian itu, mengucapkan terima kasih kepada tuanrumah, dan kemudian pergi. Tetapi tetamu yang bodoh, sebaliknya cuba mendak

    membawa pulang pinggang mangkuk emas dan perak itu, tetapi benda-benda itu

    dirampas balik darinya. Ia ditolak pergi. Maka malu dan hina serta putus asa sahaja

    yang diperolehinya.

    Sekarang kita tutup penerangan kita tentang tipu muslihat dunia ini dengan ibarat yang

    berikut. Katalah sebuah kapal tiba di sebuah pulau yang penuh dengan kayu-kayan.

    Nakhoda kapal itu memberitahu penumpang-penumpang kapal itu ia hendak singgahbebarapa jam sahaja di pulau itu, dan mereka boleh naik ke pantai untuk sementara

    waktu tetapi jangan terlampau lama. Maka turunlah penumpang-penumpang itu ke pantai

    dan masing-masing pergi ke sana dan kemari sesuka hatinya.

    Orang yang bijak di antara mereka itu akan kembali ke kapal dalam masa yang singkatsahaja dan apabila melihat kapal itu lapang mereka pun mencari tempat yang selesa untuk

    duduk.

    Kumpulan penumpang yang kedua pula berjalan ke sana ke mari lama sedikit sambil

    menikmati keindahan pokok-pokok dan bunga-bunga dan mendengar burung-burung

    menyanyi. Setelah kembali ke kapal, mereka dapati tempat-tempat yang baik di kapalitu telah diduduki dan terpaksalah mereka berpuas hati dengan tempat yang kurang selesa

    itu..

    Kumpulan yang ketiga berjalan dan bersiar makin jauh di pulau itu dan merekamembawa batu-batu yang beraneka warna untuk dibawa ke kapal. Kerana mereka lambat

    kembali ke kapal itu, terpaksalah mereka duduk di tempat-tempat yang kurang baik di

    dalam perut kapal itu. Mereka dapati batu yang berkilauan yang mereka bawa itu telahhilang kilauan dan warna-warninya.

    Kemudian yang terakhir pula telah merayau-rayau terlalu jauh ke tengah pulau itu hingga

    tidak sedar masa untuk belayar telah hampir dan tidak pula mendengar panggilannakhoda itu kerana mereka terlampau jauh. Maka terpaksalah kapal itu belayar semulatanpa mereka bersama. Maka merayaulah mereka dengan putus asa dan dukacita dan

    akhirnya binasalah mereka kerana dahaga dan kepalaran ataupun dimakan oleh binatang-

    binatang buas.

    Kumpulan pertama itu ibarat orang-orang yang beriman yang menjauhkan diri daripengaruh keduniaan; dan kumpulan yang terakhir ialah ibarat orang-orang kafir yang

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    20/46

    hanya memandang dunia ini sahaja dan lupa akhirat. Dua golongan yang di antara itu

    adalah mereka yang memelihara Imannya mereka tetapi mengikut pautan diri mereka

    kurang lebih dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah di dunia ini.

    Meskipun kita telah bercakap banyak mengecam dunia ini, tetapi hendaklah diingat

    bahawa ada juga perkara-perkara di dunia ini yang bukan terdiri dari benda keduniaan,seperti Ilmu Pengetahuan dan Amal Sholeh. Manusia akan membawa bersamanya

    apa-apa Ilmu yang ia punyai masuk ke Alam Akhirat. Meskipun amal sholehnya telahberlalu, namun kesannya tetap tinggal dalam wataknya atau keperibadiannya khususnya

    dalam hal peribadatan, yang menghasilkan Cinta kepada Allah dan mengenangNya

    sentiasa. Inilah sebahagian dari "perkara-perkara yang baik" yang tersebut di dalam Al-Qur'an sebagai "Tidak akan hancur musnah".

    Lain-lain perkara baik dalam dunia ini, seperti berkahwin, makanan, pakaian dan

    sebagainya digunakan oleh orang-orang yang bijaksana menurut kadarnya kerena ini

    semua menolongnya untuk mencapai ke Alam akhirat. Apa sahaja yang menarik seluruh

    perhatian hati yang menyebabkan ianya tertambat ke dunia ini dan lupa ke Akihrat,adalah sebenarnya jahat semata-mata. Ini diibaratkan oleh Nabi SAW demikian;

    "Dunia ini celaka dan semua perkara dalam dunia ini celaka, kecuali Zikir

    Allah(mengenang Allah) dan apa-apa sahaja yang membantu(untuk mengingati

    Allah)

    MENGENALAKHIRAT

    Semua orang-orang yang percaya dengan Al-Qur'an dan Hadis mengetahui tentangkebahagiaan di Surga dan keazaban di Neraka yang akan dirasai di Akhirat kelak.Tetapi

    banyak orang yang tidak mengetahui adanya Surga dan Neraka Ruhaniah.

    Berkenaan Surga Ruhaniah ini, Allah pernah berfirman kepada Nabinya;

    "mata tidak pernah melihat, telinga tidak pernah mendengar, dan hati tidak pernah

    berfikir tentang perkara-perkara yang disediakan bagi orang-orang yang sholeh."

    Dalam hati orang-orang yang diberi Nur (cahaya) oleh Allah s.w.t, ada satu pintu yang

    terbuka menghala kepada hakikat-hakikat Alam Keruhaniaan, dan dengan itu ia tahu rasa

    pengalaman sebenarnya, bukan omong-omong kosong saja atau kepercayaan yang turun-menurun, berkenaan apa yang mendatangkan kerosakan dan apa yng mendatangkan

    kebahagiaan dalam Jiwa (ruh) sebagaimana terang dan pastinya doktor-doktor

    mengetahui apa yang menyebabkan sakit dan apa yang menyebabkan kesihatan pada

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    21/46

    badan. Dia tahu bahawa mengenal Allah dan ibadat itu adalah ubat penawar; danjahat serta dosa itu adalah racun bisa kepada ruh.

    Banyak orang, bahkan orang-orang "Alim", oleh kerana membabi buta menurutpendapat-pendapat orang lain, tidak yakin sebenarnya dalam kepercayaan mereka

    berkenaan kebahagian dan keazaban ruh di Akhirat nanti. Tetapi orang yang penuhkeyakinan tanpa diganggui oleh perasangka akan mencapai keyakinan penuh dalam hal

    ini.

    Manusia ada dua jiwa (Ruh) iaitu Ruh Kehaiwanan dan Ruh Insan (Ruh Keruhanian).

    Ruh Keruhanian ini adalah tabiatnya bersifat malaikat. Tempat duduk Ruh kehaiwanan

    ialah hati. Dari hati itu ruh ini keluar seperti wap halus dan meliputi semua anggota

    badan, yang memberi dan penglihatan kepada mata, dia mendengar kepada telinga, dandia pada tiap-tiap anggota yang lain untuk menjalankan tugasnya masing-masing. Ruh

    ini bolehlah diibaratkan sebagai lampu rumah dalam sebuah rumah. Cahayanya

    menyinari dinding rumah itu. Hati itu ibarat sumbu lampu tersebut. Apabila bekalan

    minyak terpotang kerana sebab-sebab tertentu, maka padamlah lampu itu. Demikianlahjuga matinya ruh binatang (ruh kehaiwanan) itu.

    Berlainan dengan Ruh Keruhanian. Ruh Keruhanian itu tidak boleh dipecah-pecah atau

    dibagikan-bagikan. Dengan ruh inilah manusia mengenal Tuhannya. Bolehlah dikatakanbahawa Ruh Keruhanian ini adalah penunggang ruh kehaiwanan itu. Meskipun Ruh

    kehaiwanan mati dan hancur binasa, namun Ruh Keruhanian itu tetap hidup dan tidak

    binasa. Ruh keruhanian ini ibarat penunggang yang telah turun dari kudanya atau ibaratpemburu yang telah hilang senjatanya, apabila seseorang itu meninggal dunia. Kuda dan

    senjata itu diberi kepada ruh manusia itu supaya dengan itu ia dapat memburu dan

    menangkap Cinta dan Makrifat kepada Allah. Jika buruan tadi telah ditangkap, maka

    tidaklah ada sesal dan duka lagi. Sebaliknya suka dan puas hatilah ia dan dapatlah iameletakkan senjata dan kuda keletihan itu ke tepi Berhubung dengan hal ini, Nabi

    pernah dan bersabda,

    "Mati itu adalah hadiah Allah kepada orang-orang mukmin."

    Tetapi sayang sekali, seribu kali sayang bagi ruh yang kehilangan kuda dan senjatasebelum ia dapat menangkap barang buruan itu. Tidaklah terkira lagi sesal dan dukanya.

    Kita akan terangkan lebih lanjut bagaimana berbezanya Ruh Insan atau Ruh Keruhanian

    itu dari badan dan anggotanya. Anggota badan mungkin lumpuh dan tidak berkerja lagi.

    Tetapi ruh tidak rosak apa-apa. Begitu juga badan sekarang ini, tidak lagi badan kitasemasa bayi dahulu, bahkan berbeza langsung. Tetapi keperibadian kita sekarang adalah

    serupa dengan keperibadian kita di masa bayi dahulu. Nampaklah kepada kita betapa

    kekalnya ruh itu meskipun badan telah hancur binasa. Ruh ini kekal bersama dengan

    sifat-sifatnya yang tidak bersangkutan dengan badan seperti Cinta kepada Allah

    dan Makrifat Allah. Inilah maksud Al-Quran,

    "Perkara yang baik itu berkekalan".

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    22/46

    Tetapi jika kita meninggal dunia tidak membawa ilmu atau pengenalan tentang Allah

    (makrifat) dan sebaliknya mati dalam Jahil tentang Allah, yang mana Jahil itu adalah

    satu dari sifat utama juga, maka berkekalan kita dalam kegelapan ruh dan azab sengsara.Sebab itu Al-Quran ada menyatakan:

    "Siapa yang buta didunia ini akan buta juga di Akhirat, bahkan bertambahsesat lagi."(Al-Israil:72)

    Sebab Ruh lnsan kembali ke Alam Tinggi itu ialah kerana asalnya di sana dan tabiatnya

    bersifat kemalaikatan. Ruh Insan itu dihantar ke alam rendah atau dunia ini, berlawanan

    dengan kehendaknya, dengan tujuan mencari pengetahuan dan pengalaman, seperti

    firman Allah dalam Al-Qur'an;

    "Pergilah kamu dari(Jannah) ini, kemudian jika datang kepada kamu satu petunjuk

    daripadaKu, maka sesiapa yang turut petunjukkan itu, tidaklah ia ketakutan atas

    mereka dan tidaklah mereka dukacita".

    dan firman Allah lagi;

    "Aku hembuskan pada manusia RuhKu"(Al-Hijr:29)

    Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa tempat asal Ruh Insan itu ialah dari Alam Tinggi

    sana.

    Kesihatan Ruh Kehaiwanan atas perseimbangan bahagian-bahagian. Apabila

    keseimbangan ini telah cacat, maka ia dapat diperbaiki dengan ubat-ubat yang sesuai.Maka begitu jugalah kesihatan Ruh Insan; ia terdiri ada perseimbangan akhlak.

    Perseimbangan akhlak ini dipelihara dan diperbaiki, apabila perlu. Denganarahan-arahan kesusilaan(akhlak) dan ajaran akhlak.

    Berkenaan wujudnya Ruh Insan ini di akhirat kelak, maka kita telah tahu bahawa RuhInsan itu adalah tidak terikat kepada badan. Segala bantahan terhadap wujudnya ruh ini

    selepas mati adalah berdasarkan pada anggapan iaitu ia terpaksa mendapatkan semula

    badannya yang di dunia dulu yang telah hancur menjadi tanah. Setengah orangmenyangka Ruh Insan itu binasa setelah mati, kemudian diwujudkan dan dihidupkan

    semula. Tetapi ini adalah berlawanan dengan Akal dan juga Al-Qur'an. Akal

    membuktikan bahawa mati itu tidak membinasakan hakikat seseorang itu dan Al-Qur'an

    mengatakan;

    "Janganlah kamu berkira-kira bahawa orang-orang yang mati(gugur) di jalan Allah

    mati, bahkan mereka itu hidup di sisi TuhanNya dengan mendapat rezeki" (Al-Imran:169)

    Tidak ada satu perkataan pun tersebut dalam hukum berkenaan orang-orang yang mati itutelah binasa, sama ada orang itu baik atau jahat, bahkan Nabi SAW. pernah bertanyakepada Ruh orang-orang kafir yang terbunuh, sama ada mereka telah menjumpai

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    23/46

    hukum yang baginda katakan kepada mereka itu benar atau bohong. Apabila

    sahabat-sahabat Nabi bertanya kepada baginda apakah faedahnya bertanya kepada

    mereka yang telah mati, baginda menjawab;

    "Mereka mendengar kata-kataku lebih jelas dari kamu mendengarnya".

    Ada juga orang-orang Sufi yang dibukakan hijab bagi mereka. Maka nampaklah oleh

    mereka syurga dan neraka, dalam keadaan mereka itu tidak sedar diri. Setelah mereka

    sedar semula, muka mereka menunjukkan apa yang mereka lihat itu, sama ada syurgaatau neraka. Jika muka mereka menunjukkan tanda-tanda gembira dan seronok, maka

    itulah tanda mereka telah melihat syurga. Jika mereka seperti orang ketakutan dan

    cemas, itulah tanda mereka melihat neraka. Tetapi pandangan seperti ini tidaklah perlu

    untuk membuktikan apa yang akan terjadi itu kepada tiap-tiap orang yang berfikir, iaituapabila mati telah melepaskan derianya pergi dan segalanya hilang kecuali peribadinya

    sahaja yang tinggal dan jika semasa di dunia ini ia sangat terikat kepada benda yang

    dipandang oleh deria sahaja seperti isteri, anak, harta-benda, tanah, wang ringgit, dan

    sebagainya, maka tentu sekali ia akan terazab apabila semua itu telah hilang darinya.

    Sebaliknya jika ia seboleh-bolehnya memalingkan mukanya dari segala benda ke dunia

    dan menumpukan Cinta kepada Allah Taala, maka jadilah mati itu sebagai cara

    melepaskan diri dari tanggapan dan kaitan dunia, dan teruslah ia berpadu dengan Allahyang diCintainya. Sebab itulah Nabi SAW. pernah bersabda,

    "Mati itu ialah jaminan yang menyambungkan sahabat dengan sahabat".

    dan sabda beliau lagi;

    "Dunia ini syurga bagi orang kafir, tetapi penjara bagi orang mukmin".

    Sebaliknya pula, Azab sengsara yang dirasai oleh Ruh itu setelah mati adalah berpuncadari terlalu kasih kepada dunia. Nabi pernah mengatakan bahawa tiap-tiap orang

    kafir setelah mati akan diazab oleh 99 ekor ular. Tiap-tiap seekor ada sembilan

    kepala. Ada juga orang yang bodoh. Mereka menggali kubur orang kafir dan melihat

    tidakpun ada ular di situ. Mereka tidak sedar bahawa ular itu berada dalam Ruh si Kafirdan ular itu telah ada di situ bahkan sebelum ia mati lagi, kerena ular itu adalah

    sebenarnya sifat-sifat jahat mereka sendiri. Diperlambangkan iaitu sifat-sifat dengki,

    benci, menafiq, sombong, penipu dan lain-lain. Semua itu secara langsung atau tidaklangsung adalah kerana terlampau Kasih Kepada Dunia. Itulah akibat mereka yang

    diperikan oleh Al-Qur'an demikian; "Menumpukan hati mereka kepada dunia ini dantidak ke akhirat".

    Jika ular itu perkara di luar diri mereka, bolehlah mereka lepasdari siksaan itu barang sebentar, tetapi sebenarnya ular itu ialahsifat-sifat mereka sendiri. Bagaimana mereka hendak melepaskandiri???.

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    24/46

    Kita ibaratkan demikian; Katalah seorang yang menjual hamba perempuan tanpa

    mengetahui bagaimana kasihnya ia kepada si hamba itu hinggalah hamba itu telah jauh

    darinya. Lama kelamaan, cintanya itu bertambah hebat dan kuat benar hingga mahulahia menyiksa dirinya. Cinta itu menyiksanya seperti seekor ular yang telah menggigitnya

    hingga pengsan, dan kemudian cuba menghumbankan dirinya ke dalam api atau terjun

    ke air untuk lari dari siksaan itu. Demikianlah misalnya akibat kasih kepada dunia danbagi mereka yang ada berperasaan itu selalu, tidak sedar hinggalah ia meninggal dunia.

    Maka kemudian itu siksaan rindu dam berahi yang sia-sia bertambah hebat hingga ia

    lebih suka menukarkannya dengan berapa banyak pun ular dan kala.

    Oleh itu, tiap-tiap orang berbuat dosa membawa bersamanya keakhirat alat-alat penyiksaannya sendiri. Al-qur'an ada menerangkan;

    "Sesunguhnya kamu akan melihat Neraka; kamu akan melihatnya dengan mata

    yang yakin". (Al-Takatsur:07)

    dan firman Allah Taala lagi;

    "Neraka Jahanam meliputi orang-orang Kafir" (Al-Taubah:49)

    Dia(Allah) tidak berkata; "Akan meliputi mereka".kerana liputan itu telah pun adasekarang juga.

    Mungkin ada orang yang membantah; "Jika demikian keadaannya, siapakah yang akan

    dapat melepaskan diri dari neraka, kerana sedikit sebanyak manusia itu pasti ada nerakakepada dunia?

    MENGENALAKHIRAT

    NERAKA KERUHANIAN

    Petikan dari perbincangan yang lalu;

    dan firman Allah Taala lagi;

    "Neraka Jahanam meliputi orang-orang Kafir" (Al-Taubah:49)

    Dia(Allah) tidak berkata; "Akan meliputi mereka".kerana liputan itu telah pun ada

    sekarang juga.

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    25/46

    Mungkin ada orang yang membantah; "Jika demikian keadaannya, siapakah yangakan dapat melepaskan diri dari neraka, kerana sedikit sebanyak manusia itu pasti

    ada neraka kepada dunia?

    Kami menjawab:

    Ada juga orang, khususnya Faqir. Mereka ini melaksanakan kaitan cintanya kepada

    dunia. Walaupun begitu, ada juga orang yang beristeri, beranak, berumah-tangga danlain-lain lagi; walaupun mereka ada kaitan dengan semua itu, namun Cinta mereka

    tehadap Allah tidak ada tandingan dan mereka lebih Cinta kepada Allah melebihi dari

    yang lain.

    Mereka ini adalah seperti orang yang ada berumah-tangga di sebuah bandar yangdicintainya. Tetapi apabila Raja atau Pemerintah memberinya jawatan untuk bertugas di

    bandar yang lain, dia rela berpindah ke bandar itu kerana jawatan itu lebih dicintai dari

    rumah-tangganya di bandar itu. Ramai Ambiya' dan Aulia yang sedemikian ini.

    Sebilangan besar pula manusia yang ada sedikit Cinta kepada Allah, tetapi sangat cinta

    kepada dunia. Maka dengan itu mereka terpaksalah menerima azab di akhirat sebelum

    mereka dibersihkan dari karat-karat cinta kepada dunia itu. Ramai orang yang mengaku

    Cinta kepada Allah, tetapi seseorang itu boleh menilainya dan menguji dirinya denganmemerhatikan kemanakah cenderung lebih berat kalau perintah Allah bertelagah dengan

    kehendak nafsunya? Orang yang mengatakan Cinta kepada Allah tetapi tidak dapatmenahan dirinya dari menderhaka dan tidak patuh kepada Allah, maka orang itusebenarnya bercakap bohong.

    Kita telah perhatikan di atas bahawa satu jenis Neraka Keruhanian ialah berpisah secara

    paksa dari keduniaan dengan keadaan itu sangat terkait dan terikat dengan keduniaan itu.

    Banyak pula orang yang membawa dalam diri mereka, kuman-kuman neraka seperti initanpa mereka sedari. Di akhirat kelak, mereka akan rasai diri mereka seperti Raja yangditurunkan dari takhta kerajaan dan dijadikan alat gelak ketawa orang ramai, pada halsebelum ini mereka hidup dengan mewah dan senang lenang.

    Jenis Neraka Keruhanian yang kedua ialah Malu; iaitu apabila manusia itu tersedar danmelihat keadaan perbuatan yang dilakukan dalam keadaan hakiki yang sebenarnya tanpa

    selindung lagi. Orang yang membuat fitnah akan melihat dirinya dalam bentuk orang

    yang memakan daging saudaranya sendiri; dan orang yang Hasad dengki seperti yang

    melempar batu kepada tembok dan batu itu melantun ke belakang lalu mengenai mata

    anaknya sendiri.

    Jenis neraka seperti ini, iaitu Malu, bolehlah dilambangkan dengan ibarat berikut.

    Katakanlah seorang Raja merayai perkahwainan anak lelakinya. Di waktu petang, orang

    muda itu pergi bersama sahabatnya berjalan-jalan dan tidak lama kemudian kembali keIstana(sebagimana yang disangkanya dalam keadaan mabuk). Dia masuk ke sebuah

    Dewan di mana dian(lilin) sedang menyala. Ia baring. Disangkanya ia baring dekat

    isterinya. Besoknya, apabila ia sedar semula, terperanjatlah ia apabila dilihatnya dirinya

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    26/46

    berada dalam Rumah Mayat orang-orang Majusi. Tempat baringannya itu ialah usungan

    mayat itu dan bentuk orang yang disangkakan isterinya itu ialah sebnarnya mayat seorang

    perempuan tua yang mula hendak busuk dan reput. Ia pun keluar dari Rumah Mayat itudengan pakaian ang kotor dan rupa yang comot. Alangkah malunya ia berjumpa dengan

    bapanya, Raja itu bersama dengan pengiring-pengiringnya. Demikianlah gambaran

    Malu yang dirasi di akhirat kelak oleh mereka yang di dunia ini Tamak Haloba danmenumpukan seluruh jiwa raga kepada apa yang mereka sangka sebagai keseronokan dan

    kenikmatan.

    Nereka Keruhanian Yang Ketiga ialah sesal dan putus asa dan gagal mencapai tujuan

    hidup yang sebenarnya. Manusia dijadikan untuk Mencerminkan Cahaya MakrifatAllah. Tetapi jika ia kembali ke akhirat dengan jiwanya penuh mabuk dan karat hawa

    nafsu, maka gagal lah ia mencapai matlamat atau tujuan hidupnya di dunia ini. Sesalan

    atau putus asanya boleh digambarkan demikian.

    Katalah seseorang melintasi hutan yang gelap bersama kawan-kawannya. Di sana siniterlihat kilauan cahaya batu yang berwarna-warni. Kawannya memungut batu itu dan

    menasihatnya supaya berbuat demikian juga. Kawannya berkata, "Batu ini sangat mahal

    harganya di tempat yang kita akan pergi sana". Tetapi beliau mentertawakan mereka danmengatakan mereka bodoh kerana mengharapkan keuntungan yang sia-sia yang belum

    tentu lagi. Dia pun terus berjalan. Akhirnya mereka pun keluarlah dari hutan yang gelap

    itu setelah berjalan beberapa lama. Mereka dapati batu itu sebenarnya batu Delima,

    Intan Berlian dan sangat bernilai dan berharga. Alangkah sesal dan putus asanya iakerana tidak mahu mengutip batu-batu itu dahulu. Begitulah ibaratnya orang yang sesal

    di kahirat kelak kerana semasa mereka hidup di dunia ini mereka lalai dan tidak berusaha

    untuk mendapatkan intan permata kebajikan dan perbendaharaan agama.

    Perjalanan Insan melalui dunia ini bolehlah di-bahagi-bahagikan kepada empat peringkat;

    Peringkat Nafsu;

    Peringkat Percubaan;

    Peringkat Naluri dan

    Peringkat Berakal.

    Dalam Peringkat Pertama, manusia itu adalah ibarat kelkatu. Meskipun ia ada

    penglihatan, tetapi tidak ada ingatan. Ia terus membakar dirinya berkali-kali ke dalamapi lampu yang sama itu juga.

    Dalam Peringkat Kedua, ia adalah ibarat anjing , apabila dipukul sekali akan lari apabila

    melihat kayu selepas itu.

    Dalam Peringkat Ketiga, manusia itu ibarat kuda atau biri-biri. Kedua-duanya akan lari

    secara naluri, apabila melihat singa atau serigala; kerana haiwan itu adalah musuhnyasemula jadi. Tetapi meeka tidak lari apabila melihat unta atau lembu, meskipun

    binatang-binatang itu lebih besar dari badannya.

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    27/46

    Dalam Peringkat Keempat, manusia itu melampaui perbatasan binatang dan boleh sedikit

    sebanyak melihat ke hari muka dan bersedia untuk hari yang akan datang.

    Pergerakannya mula-mula bolehlah diumpamakan seperti berjalan di atas tanah,kemudian mengembara atas lautan dalam kapal, kemudian ia mengenal hakikat-hakikat

    hingga dapat berjalan di atas air lait. Di atas peringkat itu ada satu taraf lagi yangdiketahui oleh Ambiya dan Aulia Allah; kemajuan mereka diibaratkan sebagai burung

    terbang.

    Oleh yang demikian, manusia dapat wujud dalam beberapa peringkat dari binatang

    hingga ke Malaikat. Di sini juga terletak bahayanya, iaitu mungkin terjatuh ke taraf

    yang paling bawah dan rendah. Dalam Al-Qur'an ada termaktub,

    "Kami jadikan beban itu(iaitu tanggungjawab atau kebebasan memilih) kepada langit danbumi dan gunung-ganang, mereka itu enggan menerimanya, tetapi manusiamenerimanya. Sesungguhnya manusia itu zholim". (Al-ahzab:72)

    Binatang dan Malaikat tidak dapat menukar peringkat atau pangkat yang ditetapkankepada mereka, tetapi manusia boleh turun ke tempat atau peringkat yang paling bawah,atau pun naik ke peringkat Malaikat. Inilah maksud "beban" yang dimaksudkan itu.Kebanyakan manusia memilih tempat dalam dua peringkat yang bawah seperti tersebut

    dahulu. Tempat yang tetap selalunya tidak disukai oleh orang yang mengembara.

    Kebanyakan mereka dalam peringkat atau kelas yang bawah itu kerana tidak adakepercayaan yang penuh dan tetap tentang hari Akhirat itu. Kata mereka, Neraka itu

    adalah rekaan orang-orang Agama sahaja untuk menakut-nakutkan orang ramai, dan

    mereka pandang hina terhadap orang-orang Agama. Untuk bertengkar dengan mereka ini

    tidaklah berguna. Cukuplah bertanya kepada mereka demikian untuk membuat mereka

    merenung sebentarnya;

    "Adakah kamu anggap 124, 000 orang Nabi dan juga Aulia Allah itu semuanya percayadengan Hari Akhirat itu semuanya salah dan kamu itu sahaja yang betul?".

    Jika ia menjawab, "Ya, saya percaya sebagaimana percaya saya dua itu lebih dari satu.Saya penuh yakin tidak ada Ruh dan tidak ada bahagia dan hidup sengsara di Hari

    Akhirat".

    Maka orang seperti itu tidak ada harapan lagi. Biarkanlah mereka di situ. Kenanglah

    nasihat Al-Qur'an;

    "Meskipun kamu ajak mereka ke jalan yang benar, namun mereka tidak akanmenerimanya" (Al-Kahfi:57)

    Tetapi sekiranya orang itu berkata bahawa hidup di Akhirat itu adalah satu kemungkinan

    tetapi doktrin(kepercayaan) itu penuh dengan keraguan dan kesulitan. Maka tidaklah

    mungkin untuk membuat keputusan sama ada perkara itu betul atau tidak. Maka bolehlahdikatakan kepadanya;

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    28/46

    "Lebih baik kamu fikirkan. Kalau kamu lapar hendak makan dan tiba-tiba ada orangberkata kepadamu dalam makanan itu ada racun yang diludahkan oleh seekor ular yangbisa. Kamu mungkin enggan memakan makanan itu dan kamu rasa lebih baik tahankansahaja lapar itu, meskipun orang yang berkata itu mungkin berbohong atau melawaksahaja".

    Atau pun katalah kamu sedang sakit dan seorang pembuat Azimat berkata;

    "Beri saya RM1.00 dan saya boleh tuliskan satu Azimat untuk kamu gantung pada leher

    dan Azimat itu akan menyembuhkan sakitmu".

    Mungkin kamu memberi orang itu wang untuk membuat Azimat itu dengan harapanmendapat faedah dari Azimat itu. Atau jika seorang ahli Nujum berkata;

    "Apabila bulan masuk ke falak bintang yang tertentu, minumlah sekian-sekian ubat,

    maka sembuhlah kamu".

    Meskipun tidak percaya dengan Ilmu Nujum, namun kamu mungkin mencubanyadengan harapan supaya disembuhkan. Tidakkah kamu terfikir bahawa adalah lebih baikbergantung kepada cakap-cakap Ambiya', Auliya' dan orang-orang Sholeh itu tentang Hari

    Akhirat itu lebih baik daripada percaya akepada penulis Azimat atau Ahli Nujum? Ada

    orang yang belayar dalam kapal merempuh lautan yang penuh ombak gelombang yangmenelan manusia semata-mata dengan tujuan untuk mendapat keuntungan yang sedikit,

    kenapa pula kamu tidak kamu berkorban sedikit pun di dunia ini kerana untuk

    kebahgiaan yang abadi di Akhirat kelak?

    Pernah Sayyidina Ali berkata kepada seorang Kafir; "Jika pendapat kamu betul, keduakita akan teruklah di Akhirat kelak, tetapi jika kami betul, maka terlepaslah kami dan

    kamulah yang akan menderita". Beliau berkata demikian bukan kerana beliau ragu-ragu,

    tetapi semata-mata untuk menyedarkan orang Kafir itu.

    Dari apa yang kita baca di atas itu, maka tahulah kita bahawa tugas utama hidup manusia

    di dunia ini ialah untuk membuat persediaan bagi Akhirat. Walaupun seorang itu ragu

    dan waham tentang hidup di Akhirat itu, Akal mencadangkan supaya orang itu bertindak

    seolah-olah ianya ada, memandangkan perkara-perkara besar yang akan ditempuh kelak.Selamat sejahteralah mereka yang menurut ajaran Allah dan RasulNya.

    MEMERIKSA DIRI SENDIRI DANMENGINGAT ALLAH

    Ketahuilah wahai saudaraku, dalam Al-Qur'an Allah berfirman, lebih kurang

    maksudnya,

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    29/46

    "Kami akan adakan pertimbangan yang adil pada hari berbangkit, dan tidak ada jiwa yangdizalimi sedikit pun. Barangsiapa yang berbuat sebesar zarah kejahatan atau kebaikan,akan melihatnya".

    Termaktub juga dalam Al-Qur'an firman yang berbunyi lebih kurang maksudnya;

    "Biarlah tiap-tiap jiwa melihat apa yang dibawanya kehari perhitungan".

    Khalifah Umar ada berkata, "perhitunglah dirimu sebelum engkau diperhitungkan".

    Allah berfirman lebih kurang maksudnya,

    "Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah dan lawanlah hawa nafsumu, danteruskanlah perjuangan itu dengan gagah".

    Wali-wali Allah sentiasa mengetahui bahawa mereka datang ke dunia ini untuk

    menjalankan pengembaraan keruhanian, yang akibatnya ialah rugi atau untung yang

    merupai neraka atau syurga. Sentiasalah mereka itu berwaspada terhadap kehendak-kehendak jasamaniah (badan) yang diibaratkan sebagai rakan perkongsian dalam

    perniagaan yang bersifat jahat dan bila-bila masa ia boleh mendatangkan kerugian kepadaperniagaan itu. Sebenarnya bijaklah orang itu iaitu orang yang mahu merenung sebentar

    selepas sembahyang subuh memikirkan hal dirinya dan berkata kepada jiwanya;

    "Wahai jiwaku, engkau hanya hidup sekali. Tiap-tiap saat yang berlalu tidak akan datanglagi dan tidak akan dapat diambil kembali kerana di Hadirat Allah Subhanahuwa Taala,bilangan nafas turun naik yang dikurniakan kepada engkau itu telah ditetapkan dan tidakboleh ditambah lagi. Inilah perjalanan hidup dalam dunia hanya sekali, tidak ada kali yangkedua dan seterusnya. Oleh itu, apa yang engkau hendak buat, buatlah sekarang.Anggaplah seolah-olah hidupmu telah berakhir, dan hari ini adalah hari tambahan yangdiberi kepada engkau dengan kurnia Allah Subhanahuwa Taala jua. Alangkah ruginyamembiarkan hari ini berlalu dengan sia-sia. Tidak ada yang lebih rugi dari itu lagi."

    Di hari berbangkit di akhirat kelak, seseorang itu akan melihat semua waktu hidupnya di

    dunia ini tersusun seperti susunan peti harta dalam satu barisan yang panjang.

    Pintu sebuah daripada peti itu terbuka dan kelihatanlah penuh dengan cahaya: Inimenunjukkan waktu yang dipenuhinya dengan membuat amalan yang sholeh.Hatinya akan berasa seronok dan bahagia sekali, bahkan sedikit sahaja rasabahagia itu pun sudah cukup membuat penghuni neraka lupakan api neraka yangbernyala itu.

    Kemudian peti yang kedua terbuka, maka terlihatlah gelap gelita di dalamnya.Dari situ keluarlah bau busuk yang amat sangat hingga orang terpaksa menutup

    hidungnya: Ini menunjukkan waktu yang dipenuhinya dengan amal maksiat dandosa. Maka akan dirasainya azab yang tidak terhingga bahkan sedikit saja pundari azab itu sudah cukup menggusarkan ahli syurga.

    Selepas itu terbuka pintu peti yang ketiga, dan kelihatanlah kosong saja, tidakada gelap dan tidak ada cahaya di dalamnya: Inilah melambangkan waktu yangdihabiskannya dengan tidak membuat amalan sholeh dan tidak juga membuatamalan maksiat dan dosa. Ia akan merasa sesal dan tidak tentu arah seperti orangyang ada mempunyai harta yang banyak membiarkan hartanya terbuang dan lepasbegitu saja dengan sia-sia.

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    30/46

    Demikianlah seluruh waktu yang dijalannya itu akan dipamerkan kepadanya satu lepas

    satu. Oleh yang demikian, seseorang itu hendaklah berkata kepada jiwanya tiap-tiap

    pagi;

    "Allah telah mengurniakan engkau dua puluh empat jam peti harta. Berhati-hatilahmengawasinya supaya jangan kehilangan, kerana engkau tidak akan boleh menanggungrasa kesal yang amat sangat jika engkau kehilangan harta itu".

    Aulia Allah ada berkata,

    "Walaupun sekiranya Allah mengampuni kamu, setelah hidup disia-siakan, kamu tidakakan mencapai pangkat orang-orang yang Sholeh dan pasti kamu akan ratapi dan tangisikerugianmu itu. Oleh itu jagalah lidahmu, matamu dan tiap-tiap anggota mu yang tujuhitu kerana semua itu mungkin menjadi pintu untuk menuju ke Neraka".

    Katakanlah kepada badanmu; "Jika kamu memberontak, sesungguhnya kamu akankuhukum"; kerana meskipun badan itu degil, ia boleh menerima arahan dan bolehdijinakkan dengan zuhud". Demikianlah tujuan memeriksa atau memperhitung diri

    sendiri. Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda;

    "Berbahgialah orang yang beramal sekarang apa yang menguntungkannya di akhiratkelak".

    Maka sekarang kita masuk pula kepada bahagian berkenaan denganZikiruLlah(mengenang atau mengingati Allah). Ini ialah seseorang itu hendaklah ingat

    bahawa Allah Melihat dan Memerhatikam semua lakuan dan fikirannya. Manusia hanya

    melihat yang zhohir sahaja, tetapi Allah Melihat zhohir dan batinnya seseorang itu.Orang yang percaya dengan ini sebenarnya dapatlah ia menguasai dan mendisiplinkan

    zhohir dan bathinnya. Jika ia tidak percaya ini, maka KAFIRLAH ia. Jika ia

    percaya tetapi ia bertindak berlawanan dengan kepercayaan itu, maka salahbesarlah ia.

    Suatu hari, seorang Negro menemui Nabi SAW. dan berkata; "Wahai Rasulullah! Sayatelah melakukan banyak dosa. Adakah taubatku diterima atau tidak?". Nabi SAW.menjawab; "Ya". Kemudian Negro itu berkata lagi; "Wahai Rasulullah! Setiap kali akumembuat dosa adakah Allah Melihatnya?". Nabi SAW. menjawab lagi; "Ya"

    Negro itu pun menjerit lalu mati. Sehingga seseorang itu benar-benar percaya bahawa iasentiasa dalam pemerhatian Allah, maka tidaklah mungkin baginya membuat amalan yangbaik-baik.

    Seorang Sheikh ada seorang murid yang lebih disayanginya daripada murid-murid yanglain. Dengan itu murid-murid yang lain itu pun berasa dengki kepada murid yangseorang itu. Suatu hati Sheikh itu memberi tiap-tiap seorang murid itu seekor ayam dan

    menyuruh mereka menyembelih ayam itu di tempat yang tidak ada seseorang pun melihat

    ia menyembelih itu. Maka pergilah mereka tiap-tiap seorang membawa seekor ayam ketempat yang sunyi dan menyembelih ayam di situ. Kemudian membawanya kembali

    kepada Sheikh mereka. Semuanya membawa ayam yang telah disembelih kepada Sheikh

    mereka kecuali seorang iaitu murid yang lebih disayangi oleh Sheikh itu. Murid yang

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    31/46

    seorang ini tidak menyembelih ayam itu. Ia berkata; "Saya tidak menjumpaitempat yang dimaksudkan itu kerana Allah di mana-manapun Melihat".Sheikh itu pun berkata kepada murid-murid yang lain; "Sekarang sekelian telah lihat

    sendiri peringkat pemuda ini. Dia telah mencapai ke taraf ingat sentiasa kepada Allah".

    Apabila Zulaiha cuba menggoda Nabi Yusof, ia menutup dengan kain muka sebuahberhala yang selalu disimpannya. Nabi Yusof berkata kepadanya;

    "Wahai Zulaiha, adakah kamu malu dengan batu? sedangkan dengan batu engkau malu,betapa aku tidak malu dengan Allah yang menjadikan tujuh petala langit dan bumi".

    Ada seorang datang berjumpa dengan Juanid dan berkata; "Saya tidak dapat

    menghindarkan mataku daripada melihat perkara-perkara yang membawa dosa.

    Bagaimanakah saya hendak mengawalnya?". Junaid menjawab; "Dengan cara ingatiaitu Allah Melihat kamu lebih jelas dan terang lagi daripada kamu melihatorang lain".

    Dalam hadis ada diterangkan bahawa Allah ada berfirman seperti demikian;

    "Syurga itu ialah bagi mereka yang bercadang hendak membuat sesuatu dosa, dankemudian mereka ingat bahawa Aku sentiasa Memandang mereka, lalu mereka punmenahan diri mereka".

    Abdullah Ibnu Dinar meriwayatkan;

    "Satu ketika saya berjalan dengan Khalifah Omar berhampiran kota Mekah. Kami

    bertemu dengan seorang gembala yang sedang membawa gembalaannya. Omar berkatakepada gembala itu; "Jualkan pada saya seekor kambing itu". Gembala itu menjawab;

    "Kambing itu bukan saya punya, tuan saya yang mempunyainya." Kemudian untukmencubanya, Omar berkata; "Baiklah, kamu katakanlah kepada tuanmu bahawa yang

    seeekor itu telah dibaham oleh serigala". Budak gembala itu menjawab; "Tidak,sesungguhnya tuan saya tidak tahu tetapi Allah Mengetahuinya".Mendengar jawapan budak gembala itu, bertitisanlah air mata Omar. Beliau pun pergiberjumpa dengan tuan budak gembala kambing itu lalu membelinya dan

    membebaskannya. Beliau berkata budak itu; "Kerana kata-katamu itu, engkau bebasdalam dunia dan akan bebas juga di akhirat kelak".

    Ada dua darjat berkenaan Zikir Allah(mengenang Allah) ini. Darjat pertama ialah darjatAulia Allah. Mereka bertafakur dan tenggelam dalam tafakur mereka dalam mengenang

    Keagungan dan Kemuliaan Allah. dan tidak ada tempat langsung dalam hati merekauntuk 'gairuLlah"(selain dari Allah). Ini adalah darjat zikir Allah yang bawah, keranaapabila hati seseorang itu telah tetap dan anggotanya dikontrol penuh oleh hatinya hingga

    mereka dapat mengalwal mereka dari perkara-perkara yang halal pun, maka tidak

    perlulah lagi ia sebarang alat atau penahan untuk menghalang dosa. Maka kepada zikirAllah seperti inilah Nabi Muhammad (S.W.T) maksudkan apabila ia berkata,

    "Orang yang bangun pagi-pagi dengan hanya Allah dalam hatinya, Allah akanmemeliharanya didunia dan diakhirat."

  • 8/8/2019 Al Kimiya' as Saadah(Imam Al Ghazali)

    32/46

    Setengah daripada mereka golongan ini sangat asyik dan tenggelam dalam mengenang

    dalam mengingati Allah hinggakan kalau ada orang bercakap kepada mereka tidaklah

    mereka dengar, kalau orang berjalan dihadapan mereka tidaklah mereka nampak.Mereka seolah-olah diam seperti dinding. Seseorang Wali Allah ada berkata demikian:

    "Suatu hari saya melintasi tempat ahli-ahli pemanah sedang bertanding memanah. Tidak

    berapa jauh dari situ ada seoarang duduk seseorang diri. Saya pergi kepadanya dan cubahendak berbual dengannya.

    Tetapi ia menjawab, "Mengenang Allah itu labih baik dari berbual".

    Saya bertanya, "tidakkah kamu merasa keseorangan?"

    "Tidak"jawabnya, "Allah dan dua orang malaikat ada bersamaku".

    Saya bertanya kepada beliau sambil menunjukkan kepada pemanah-pemanah itu,"Antara mereka itu, yang manakah akan menang?"

    Beliau menjawab, "Yang itu, Allah telah beri kemenangan kepadanya."

    Kemudian saya bertanya, "dari manakah datangnya jalan ini?"

    Mendengar itu, ia merenung ke langit lalu berdiri dan pergi sambil berkata, "OhTuhan! Banyak hamba-hambamu mengganggu seseorang itu dalammengingatimu!"

    Seorang wali Allah bernama Syubli satu hari pergi berjumpa seorang sufi bernama

    Thauri. Beliau lihat Thauri duduk dengan berdiam diri dalam tafakkur hingga sehelai

    bulu romanya pun tidak bergerak. Syubili bertanya kepada Thauri, "Daripada siapa anda

    berlajar latihan bertafakkur dengan diam diri seperti itu?" Suri menjawab, "Daripadaseekur kucing yang saya lihat menunggu di lubang tikus. Kucing itu lebihtetap dan diam lagi daripada ini."

    Ibn Hanif meriwayatkan:

    "Saya diberitahu bahawa di Bandar Thur ada seorang Syeikh dan muridnya sentiasa

    duduk dan tenggelam dalam zikir Allah. Saya pergi ke situ dan saya dapati kedua orang

    itu duduk dengan muka mereka menghadap ke kiblat. Saya memb