Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

25
SPL 3002 ALAT KELENGKAPAN SISTEM BEKALAN AIR DOMESTIK A. PILI AIR /WATER TAP Pili merupakan sebuah alat yang sangat penting di dalam sistem bekalan air domestik.Bahagian ini terletak di bahagian hujung paip. Pili berfungsi mengawal pengaliran keluar air dari batang paip. Terdapat pili yang diperbuat daripada plastik,pili besi bersadur kromium dan pili Loyang bersadur kromium Saiz pili yang lazim digunakan ialah 13mm dan 20mm mengikut diameter alur masuk. Pelbagai jenis pili * Bahagian-bahagian pada sebuah pili air 1

description

kerja-kerja paip

Transcript of Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

Page 1: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

ALAT KELENGKAPAN SISTEM BEKALAN AIR DOMESTIK

A. PILI AIR /WATER TAP

Pili merupakan sebuah alat yang sangat penting di dalam sistem bekalan air domestik.Bahagian ini terletak di bahagian hujung paip.

Pili berfungsi mengawal pengaliran keluar air dari batang paip.

Terdapat pili yang diperbuat daripada plastik,pili besi bersadur kromium dan pili Loyang bersadur kromium

Saiz pili yang lazim digunakan ialah 13mm dan 20mm mengikut diameter alur masuk.

Pelbagai jenis pili

* Bahagian-bahagian pada sebuah pili air

Jenis-jenis pili ditentukan berdasarkan:

1

Page 2: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

a) bentuk pilib) kedudukan alur masuk

1. JENIS-JENIS PILI AIR

Pili berbibir Pili bertiang

1.1 Pili berbibir

Mempunyai alur air keluar masuk secara mendatar. Biasa digunakan di sinki dapur,bilik mandi dan bahagian lain di

rumah.

2

Page 3: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

1.2 Pili Bertiang

Mempunyai alur air keluat secara menegak. Pili ini dipasang di lubang khas sama ada di tab mandi atau besen

cuci.

3

Page 4: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

B. SINKI/SINK

Dikenali juga sebagai besen untuk mencuci. Berbentuk seperti sebuah mangkuk yang digunakan untuk mencuci

pinggan-mangkuk,mencuci tangan dan lain-lain. Pada sebuah sinki biasanya terdapat sebatang paip yang boleh

mengeluarkan air untuk tujuan pembersihan. Sinki juga dilengkapi sebuah salur paip buangan yang boleh

mengalirkan air yang telah digunakan terus ke dalam longkang dan sebagainya.

Terdapat pelbagai bahan dalam penghasilan sinki diantaranya ialah:

- Stainless Steel - Enamel- Cast Iron- Composite - Acrylic - Fireclay- handcrafted

sinki Stainless steel

4

Page 5: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

sinki Enamel

sinki cast iron

sinki Composite

sinki Acrylic

5

Page 6: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

* sinki Fireclay

C. PERANGKAP SINKI

Perangkap adalah bahagian pada sinki yang digunakan untuk menyekat serangga,bau busuk dan gas masuk ke dalam rumah melalui salur paip buangan.

Perangkap diperbuat daripada polivinilklorida(PVC) atau besi galvani Terdapat beberapa jenis perangkap yang biasa digunakan seperti: i- Perangkap S

ii- Perangkap Piii- Perangkap botol

Kawasan kedap air ialah had kawasan yang mengandungi air. Kedap air berfungsi untuk menghalang serangga,gas dan udara yang

berbau busuk masuk ke dalam rumah.

6

Page 7: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

Penyelenggaraan perangkap

i) Perangkap tidak boleh berfungsi untuk mengalir keluar air dari sinki akibat daripada ia tersumbat oleh sisa-sisa makanan.

ii) Perangkap yang tersumbat boleh dibersihkan dengan mengunakan pelocok dan mengeluarkan endapan melalui plag buangan.

\

Membersihkan perangkap dengan pelocok

7

Page 8: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

Pelocok

Langkah-langkah membersihkan perangkap

- Tuangkan air di sinki sehingga penuh- Letakkan diagfragma pelocok betul-betul di atas bukaan salir.- Tekan pelocok perlahan-lahan dan tarik secara tiba-tiba

sehingga air dapat mengalir keluar.- Sekiranya perangkap masih tersumbat selepas menggunakan

pelocok,maka endapan boleh dikeluarkan melaui plag buangan atau mangkuk endapan.

D. SHOWER/PANCUR AIR

8

Page 9: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

Merupakan sebuah kelengkapan yang khususnya digunakan di bilik mandi.

Alat ini berfungsi dengan cara memancutkan air terus ke atas badan seseorang.

Terdapat pelbagai bentuk shower di pasaran.

E. TANGKI PEMANAS AIR

9

Page 10: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

Tangki pemanas air digunakan untuk menyediakan air panas dalam

kuantiti yang banyak.

Biasanya tangki pemanas ini disediakan di hotel-hotel bagi

menyediakan air panas ke bilik-bilik penginapan. Penggunaan tangki

pemanas air ke bilik-bilik penginapan hotel lebih menjimatkan

berbanding dengan penggunaan Alat Pemanas Terus (segera).

Biasanya air panas tersebut akan disalurkan melalui pili sinki dan pili

di bath tub.

Langkah keselamatan semasa menggunakan pemanas air

10

Page 11: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

1. Suis untuk air panas mesti diletakkan di luar bilik. Tujuannya

adalah supaya suis sentiasa berada dalam keadaan kering dan

pengguna tidak menggunakan suis dalam keadaan tangan basah

yang boleh menyebabkan kejutan elektrik.

2. Bagi membuat pendawaian elektrik, gunakan suis dua kutub.

3. Biasanya punca air panas diletakkan label merah yang

melambangkan bahaya. Tujuannya supaya pengguna sentiasa

berhati-hati.

F. PEMANAS AIR(JENIS TERUS)

1. Fungsi

- Alat ini merupakan alat yang sangat mudah digunakan terutama untuk

menyediakan air panas dengan segera.

- Harganya sangat kompetitif bergantung kepada jenama yang hendak

digunakan.

- Semua ahli keluarga boleh menggunakannya.

- Dapat menghilangkan ketakutan kesejukan terutama kepada kanak-kanak

yang mandi pada waktu pagi atau hari hujan.

2. Bahagian-bahagian Utama Pemanas air

11

Page 12: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

3. Kebaikan

- Sangat mudah dipasang dan digunakan di dalam bilik air.

- Kadar suhu air boleh dikawal dengan hanya melaras set kadaran

suhu.

- Dapat mengurangkan kesejukan terutama bagi yang mengalami

demam.

4. Keburukan

- Memerlukan tekanan yang kuat.

- Boleh menyebabkan litar pintas sekiranya air disiram ke

bahagian badan pemanas air.

- Air akan menjadi terlalu panas sekiranya berlaku kerosakan

pada kawalan suhu.

CONTOH-CONTOH ALAT PEMANAS AIR TERUS DI PASARAN

12

Page 13: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

13

Page 14: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

G. ALAT PENAPIS AIR

1. Penapis air merupakan sebuah alat yang digunakan untuk menapis air

yang keluar daripada pili air.

2. Alat penapis air berfungsi untuk menapis pepejal asing,meneutralkan

kadar klorin didalam air paip dan memperbaiki nilai Ph air supaya lebih

beralkali.

3. Penggunaan alat penapis air dipercayai dapat mengurangkan risiko

terhadap penyakit-penyakit tertentu seperti kelemahan sistem imunisasi

badan.

4. Walaupun kita menerima bekalan air paip yang terawat,namun risiko air

tercemar semasa melalui proses penghantaran ke rumah tetap ada.

5. Penapis air yang ingin dibeli perlu mendapat sijil halal daripada pihak

berkuasa untuk menjamin kesucian air yang bakal digunakan.

ALAT PENAPIS AIR YANG BIASA DIPASANG PADA PILI

DAPUR

14

Page 15: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

SISTEM PENAPIS AIR YANG DIPASANG PADA PAIP UTAMA

RUMAH

Boleh menapis air yang digunakan di seluruh bahagian rumah.

Harga yang lebih mahal berbanding penapis air pada paip dapur.

KATRIJ PENAPIS AIR

15

Page 16: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

Bahagian yang sangat penting di dalam sistem penapis air.

Perlu ditukar dalam tempoh yang ditetapkan agar air yang ditapis

terjamin kebersihannya.

CARA KATRIJ PENAPIS AIR BERFUNGSI

Peringkat pembersihan

16

Page 17: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

Penapis air yang sudah kotor dan perlu dibersihkan

Artikel tentang kepentingan penapis air

17

Page 18: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

Sijil Pengiktirafan/Sijil Halal

H. TANGKI SIMBAH

Tangki simbah merupakan sebuah alat yang digunakan untuk

menyimpan air kemudian menyimbah keluar melalui paip simbah

untuk membersihkan mangkuk tandas.Tangki simbah boleh

menyimpan sehingga 9 liter air.

18

Page 19: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

Terdapat tiga jenis tangki simbah iaitu:

a) Tangki simbah aras tinggi

- Digunakan bersama mangkuk tandas jenis cangkung

- Dipasang pada jarak 2 meter dari aras lantai

b) Tangki simbah aras rendah

- Digunakan bersama mangkuk tandas jenis duduk.

- Diperbuat daripada tembikar atau PVC dan terletak tinggi

Sedikit dari mangkuk tandas.

c) Tangki simbah automatik

- Menyimbah air pada bekas urinal secara automatik mengikut masa

tertentu.

- Kebiasaannya dilihat di dalam tandas lelaki.

Tangki simbah Tangki simbah aras tinggi

aras rendah

BAHAGIAN UTAMA TANGKI SIMBAH

19

Page 20: Alat Kelengkapan Sistem Bekalan Air Domestik (Autosaved)

SPL 3002

20