Alat Penyaring

20
Bagaimanakah pendidikan digunakan sebagai alat penyaring? Dengan merujuk kepada konsep mobiliti ditaja dan mobiliti bersaing, bagaimana konsep kesamaan peluang pendidikan dapat dilaksanakan?

description

slide powerpoint

Transcript of Alat Penyaring

Alat Penyaring

Bagaimanakah pendidikan digunakan sebagai alat penyaring? Dengan merujuk kepada konsep mobiliti ditaja dan mobiliti bersaing, bagaimana konsep kesamaan peluang pendidikan dapat dilaksanakan?Alat PenyaringAlat penyaring @ hipotesis penyaring dipelopori oleh pakar ekonomi seperti Berg (1970), Spence (1973), Stiglitz (1975) dan Wolpin (1977). Ia menerangkan bagaimana majikan menggunakan pencapaian pendidikan untuk mengenalpasti kualiti pekerja yang bakal diambil bekerja. Sijil, diploma dan ijazah merupakan antara pentauliahan pendidikan dijadikan antara pra-syarat untuk menjawat jawatan dalam kumpulan profesional di samping peluang kenaikan pangkat.Konsep Penyaringan Bagaimana pendidikan formal (pencapaian akademik) digunakan sebagai alat penyaring bagi penawaran pekerjaan berbanding kebolehan sedia ada dan keupayaan individu.Objektif penyaringan adalah untuk menghasilkan produktiviti yang optimum untuk pembangunan dan kemajuan negara.

Malaysia: Taraf pendidikan digunakan sebagai alat penyaring untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Afrika Selatan: mengamalkan keutamaan terhadap warna kulit berbanding taraf pendidikan. Contohnya, golongan kulit putih memonopoli sektor swasta manakala golongan kulit hitam ditawarkan untuk memenuhi jawatan di sektor awam.Perspektif PeribadiPendapatan yang tinggi sebagai ganjaran kepada tahap pendidikan yang tinggi.Perspektif SosialSukar diterima kerana pelaburan kerajaan dalam pendidikan akhirnya dijadikan kayu ukur penyaringan majikan.

Contoh 1 Pelajar PISMP vs pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari mana-mana IPTA dan IPTS.

Contoh 2 - Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan pelajar tajaan PETRONAS.Bagaimanakah pendidikan digunakan sebagai alat penyaring?

- secara literalnya, ujian digunakan sebagai makenisme untuk menyaring setiap murid. Contohnya; UPSR, PMR dan SPM.- secara ekonomi, taraf pendidikan digunakan untuk membantu majikan mengenalpasti pekerja yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan. Kajian oleh Li Feng Liang, Ding Xiaohoa dan W. John Morgan (2008) Job Search Channels and Educational Level in China : Testing the Screening Hypothesis- Menyatakan bahawa graduan yang memiliki taraf pendidikan yang rendah cenderung untuk memilih saluran tidak formal. Manakala graduan yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi tidak cenderung untuk memilih saluran tidak formal yang mana menunjukkan ia menyokong pendidikan digunakan sebagai alat penyaring.Menurut Kaedah Albrecht yang dibangunkan oleh Albrecht dan Ours:

-Terdapat 2 saluran untuk pengambilan pekerja :

Saluran FormalPengambilan melalui public employment office, iklan dalam surat khabar, permohonan terbuka.Contoh: Di Malaysia melalui JPA, SPA8, SPP, temuduga.

2) Saluran Tidak FormalPengambilan pekerja melalui cadangan@ recommendation oleh pekerja sedia ada, help of relations of the firm and through temporary employment agency.

Konsep Mobiliti

Mobiliti ialah kemampuan menggerakkan status atau kedudukan samada :-sosial-ekonomi

Mobiliti boleh berlaku secara -ditaja-bersaing

8- Wujud dalam sistem sosial yang meletakkan individu atau kumpulan tertentu sebagai elit; sama ada secara langsung atau melalui institusi atau agen sosial individu direkrut supaya dapat masuk ke kelompok atasan.- Tidak memerlukan usaha atau strategi.- Golongan elit memilih dan melatih bakal elit untuk mencapai kepentingan bersama- Pareto menyarankan agar golongan reformasi diserap dengan memberikan status elit kepada mereka.- Penggunaan bakat dengan mengagihkan ahli mengikut kepakaran mereka yang tersendiri.

Mobiliti Ditaja-Contoh di Malaysia, MCKK (Malay College Kuala Kangsar) pada awal penubuhannya adalah institusi pendidikan untuk golongan elit Melayu khasnya kerabat diraja untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan.-Namun selepas kebangkitan Nasionalisme melayu pada tahun 1947, syarat kemasukan dilonggarkan. Anak-anak Melayu yang berpotensi tanpa mengira darjat dan status berpeluang belajar di MCKK daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Mobiliti BersaingBerlandaskan peraturan yang adil dan saksama.Pesaing menggunakan pelbagai strategi untuk mencapai objektif.Pesaingan yang tidak dikawal oleh elit.Memberikan status elit kepada mereka yang berusaha untuk mencapai pengiktirafan yang tertinggi dalam bidang pendidikan.Setiap orang mempunyai persamaan peluang untuk meningkatkan status sosial dan ekonomi.Perbandingan antara sistem pendidikan di Britain dan Amerika Syarikat (1950 an)AmerikaMelibatkan persaingan terbukaPersaingan tidak diasingkan pada peringkat awalTidak terdapat perbezaan kurikulumMembantu meningkatkan daya saing pelajar yang lemah

BritainPenapisan bakal elit menerusi sistem peperiksaan 11+Mobiliti pendidikan pelajar sekolah grammar (bakal elit) ditaja dengan mempelajari mata pelajaran yang berbeza dari sekolah menengah moden.sistem di sekolah grammar menitikberatkan pembudayaan elit.Peruntukkan kewangan lebihNisbah guru-murid yang rendah.

Kajian penyelidikan oleh Ralph H. Turner (1960)

-sistem Amerika dan British pendidikan menengah dan mendapati kedua-dua menjadi sangat berbeza . Beliau mengenal pasti sistem Amerika sebagai salah satu di mana mobiliti bersaing adalah perkara biasa.

-Dalam mobiliti bersaing, setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk berjaya. Yang membezakan ialah pencapaian akademik individu tersebut yang bergantung atas usaha untuk berjaya.

-Menurut Turner, objektif mobiliti bersaing adalah untuk memberi status elit kepada mereka yang berusaha untuk mendapatkannya.Kesamaan Peluang PendidikanPra perindustrian Anak mewarisi pekerjaan bapanya (Sistem Patriarchal Kinship).Keluarga sebagai unit pengeluaran ekonomi.

Era Revolusi PerindustrianPermulaan bagi perubahan organisasi ekonomi berlaku di luar rumah.Wujud organisasi ekonomi di luar keluarga.Keluarga hilang kepentingan sebagai tempat latihanMembuka peluang kepada pendidikan awam.Petikan Ucapan Y.A.B. Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia semasa memperkenalkan Wawasan 2020 di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28hb. Februari, 1991:

"Daripada pengalaman yang menakjubkan selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua negara yang dulunya terbatas 'sumber alamnya', maka amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang paling utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya Malaysia mestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang amat penting ini.

Dalam pembangunan sumber tenaga manusia, kita tidak harus mengabaikan separuh jumlah penduduk kita, yakni golongan Bumiputra. Jika golongan ini tercicir, jika kemungkinan-kemungkinan yang ada pada mereka tidak diperkembangkan, jika mereka dibiarkan menjadi rintangan terhadap pertumbuhan kebangsaan kita, maka kemajuan kita pastilah akan pincang.Konsep Kesamaan Peluang Pendidikan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf Antarabangsa.

Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6 tahun dan ke atas, disokong dengan program pengekalan yang disasarkan. Menjelang 2020, setiap murid akan meninggalkan alam persekolahan dengan kelayakan minimum SPM atau kelayakan vokasional yang setara. Perubahan ini bermaksud pendidikan wajib akan ditingkatkan daripada 6 tahun kepada 11 tahun. Enrolmen murid dianggarkan akan meningkat masing-masing sebanyak 5%, 10% dan 20% di peringkat pendidikan rendah, menengah rendah dan menengah atas (berdasarkan kadar enrolmen pada 2011 untuk sekolah awam dan swasta). Murid yang mempunyai risiko tercicir akan dibantu menerusi pelbagai inisiatif, merangkumi bimbingan pemulihan untuk ibu bapa dan kaunseling murid, bagi mengekalkan mereka dalam sistem pendidikan.

Dengan merujuk kepada konsep mobiliti ditaja dan mobiliti bersaing, bagaimana konsep kesamaan peluang pendidikan dapat dilaksanakan?

Mobiliti bersaing mewujudkan kebolehan individu untuk bersaing dalam memperoleh sesuatu. Setiap individu mempunyai kesamaan peluang untuk bersaing dan tidak wujud sebarang pengecualian terhadap mana - mana individu.Setiap individu akan melalui alat penyaring (ujian) yang sama untuk mengenalpasti tahap penguasaan dan kefahaman mereka.Walaupun mereka diberi peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan, kejayaan tidak akan dikecapi sekiranya mereka tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.Taraf pendidikan yang diperolehi akan mengubah status sosial dan ekonomi mereka.

Bagi mobiliti ditaja pula, konsep kesamaan peluang tidak dapat dibentuk kerana hak keistimewaan telah diberikan kepada individu tertentu mengikut status dan darjat. Maka, bagi individu yang tidak tergolong dalam kumpulan elit tidak mendapat hak keistimewaan tersebut. Lantaran itu, mobiliti ditaja seharusnya tidak ditekankan dalam bidang pendidikan negara kerana ianya tidak adil kepada sesetengah golongan masyarakat.Walaupun golongan elit kekal sebagai elit tanpa perlu berusaha, sesetengah daripada mereka yang ingin memajukan diri perlu melalui alat penyaring yang sama dan bersaing.Contoh: Raja Dr Nazrin ShahPendidikan: Ijazah Sarjana Muda dalam Falsafah,Politik dan Ekonomi dari Kolej Worcester, Oxford. Sarjana (Master) Pentadbiran Awam daripada Kennedy School of Government, Harvard Doktor Falsafah (PHD) dalam Ekonomi Politik dan Kerajaan dari Universiti Harvard.Prof. Diraja Ungku Aziz: Ijazah ekonomi dari Universiti Malaya,SingapuraIjazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi dari Universiti Waseda, Tokyo.