Alat Perkusi

6
ALAT PERKUSI ALAT PERKUSI Alat perkusi merupakan alatan muzik yang menghasilkan bunyi. Alat perkusi terbahagi kepada 2 jenis iaitu : 1. ALAT PERKUSI BERPIC 2. ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC 1. ALAT PERKUSI BERPIC Alat perkusi berpic ialah alat perkusi yang boleh memainkan melodi sesebuah lagu. Contoh alat perkusi GLOKENSPIAL

description

Pendidikan Muzik -Alat Perkusi

Transcript of Alat Perkusi

Page 1: Alat Perkusi

ALAT PERKUSI

ALAT PERKUSI

Alat perkusi merupakan alatan muzik yang menghasilkan bunyi. Alat perkusi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

1. ALAT PERKUSI BERPIC2. ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC

1. ALAT PERKUSI BERPIC

Alat perkusi berpic ialah alat perkusi yang boleh memainkan melodi sesebuah lagu.

Contoh alat perkusi

GLOKENSPIAL

XYLOPHONE

Page 2: Alat Perkusi

2. ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC

Alat perkusi tidak berpic pula ialah alat perkusi yang menghasilkan bunyi satu ton sahaja.contoh alat perkusi

TAMBORIN

Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di

sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang.

Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:

1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.

2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit

tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.

 

TIK TOK

Page 3: Alat Perkusi

Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.

Cara memegang dan memainkan tik-tok 1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

KERINCING

Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga.

Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing

mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut

yang nyaring.

1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan

yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak

menyentuh kerincing.

1. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya

dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar

kerincing atau dalam kerincing.

Page 4: Alat Perkusi

LOCENG

Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.

Cara memegang dan memainkan loceng : 

1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.

2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan      tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.

DRAM TENOR

Dram tenor mempunyai dua permukaan berkulit. Saiz dram tenor adalah besar sedikit

daripada dram getar. Sepasang pemukul digunakan untuk memainkannya. Dram tenor tidak

mempunyai gegetar.

Cara mengendali dan memainkan dram tenor :

1. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan tidak rapat

dengan badan dram, atau

2. Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang.

3. Pegang kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.

4. Gunakan pemukul khas (mallet) dan palu permukaan dram sebelah atas

Page 5: Alat Perkusi

KASTANET

Kastanet merupakan alat muzik yang dibuat daripada plastik atau kayu.  Alat ini

terbahagi kepada dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah. Bagi memainkan

kastanet ialah memasukkan jari tengah ke dalam tali tersebut dan biarkan kastanet

terletak di atas tapak tangan kiri dan ketuk dengan menggunakan jari kanan.