Alat Yang Digunakan

2
Alat – alat yang digunakan : Gasing diperbuat daripada pelbagai jenis kayu seperti bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu yang paling sesuai adalah dari jenis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa juga sering digunakan untuk membuat gasing. Kayu tersebut akan dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan, besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatannya dapat dilakukan ketika melarik. Pada masa sekarang , kaedah ini sudah tidak memerlukan masa yang panjang kerana melalui peralatan moden, kerja ini boleh dipercepatkan dengan menggunakan gergaji mesin atau gasing boleh dilarik daripada kayu beroti atau kayu untuk membuat tiang. Peralatan seperti pembaris, kertas kaca, sesiku, penggarik, tolok luar, jangka lukis, ragum, kikir, berus kikir, gandin, kakak tua, apit, pemutar skru,

Transcript of Alat Yang Digunakan

Page 1: Alat Yang Digunakan

Alat – alat yang digunakan :

Gasing diperbuat daripada pelbagai jenis kayu seperti bebaru, kemuning, merbau,

rambai, durian atau kundang. Kayu yang paling sesuai adalah dari jenis merbau, seperti

merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah. Jenis kayu yang mudah

didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa juga sering digunakan untuk

membuat gasing. Kayu tersebut akan dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz

dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan, besi paksi

dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatannya dapat

dilakukan ketika melarik.

Pada masa sekarang , kaedah ini sudah tidak memerlukan masa yang panjang

kerana melalui peralatan moden, kerja ini boleh dipercepatkan dengan menggunakan

gergaji mesin atau gasing boleh dilarik daripada kayu beroti atau kayu untuk membuat

tiang. Peralatan seperti pembaris, kertas kaca, sesiku, penggarik, tolok luar, jangka lukis,

ragum, kikir, berus kikir, gandin, kakak tua, apit, pemutar skru, tukul, gerudi, gunting,

pahat, kapak, mesin pelarik dan acuan juga digunakan dalam pembuatan gasing.

Tali gasing pula diperbuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing

dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang

tangan seseorang yang biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk

melicinkan pergerakan tali gasing.