Alat Yang Haram Di Gunakan Untuk Beristinjak
Transcript of Alat Yang Haram Di Gunakan Untuk Beristinjak
Alat yang haram di gunakan untuk beristinjak
Sabil al-Muhtadin
Seperti yang telah terkandung di dalam kitab Sabil al-Muhtadin karangan Syeikh
Mohammad Arsyad Bin Abdullah al-Banjari , terdapat beberapa alat atau benda yang
diharamkan untuk digunakan semasa beristinjak. Antara ciri-ciri alat yang diharamkan
untuk beristinjak ialah alat atau benda yang di hormati yang diatas tertulis ilmu-ilmu
seperti :-
Ilmu
Hadis
Fikah
Tafsir
Dapat di simpulkan di sini semua benda yang tertulis perkara-perkara agama adalah di
haramkan untuk berisnjak dengannya.Walaubagaimanapun, terdapat juga alat yang
tertulis ilmu yang diboleh untuk beristinjak dengannya seperti kitab falsafah,taurat dan
injil kerana telah berubah isi kandungannya jika tiada nama Allah di dalamnya.
Menurut kitab ini lagi, selain daripada alat yang tertulis ilmu, makanan juga di kira
sebagai perkara yang dihormati, Oleh itu, adalah di haramkan untuk beristinjak
menggunakan makanan. Makanan tersebut tidak kira makanan manusia atau makanan
jin seperti tulang. Hal ini merujuk di dalam hadith sabda Rasulullah s.a.w:-
Hadis ini membawa maksud :-Janganlah kamu beristinjak dengan tahi dan tulang
binatang Sesungguhnya tulang adalah bekalan saudara-saudara kamu daripada
golongan jin
Hadis di atas telah dipetik dari kitab Fiqh Manhaj Karangan Dr Mustafa Al Khin et. Al ().
Di sini jelaslah bahawa makanan jin Islam sekalipun telah diharamkan untuk beristinjak
dengannya.
Menurut Syeikh Mohammad Arsyad Bin Abdullah Banjari di dalam kitabnya lagi,
makanan manusia dan makanan haiwan juga diharamkan untuk beristinjak. Sama ada
ramai manusia memakannya atau sama-sama banyak manusia dan haiwan memakan
makanan tersebut. Tetapi, lain pula bagi makanan haiwan yang makanan tersebut
banyak di makan oleh haiwan sahaja dan kurang di makan oleh manusia atau tiada
langsung manusia memakannya .Makanan haiwan seperti ini boleh di gunakan untuk
beristinjak kerana manusia tidak memakannya seperti, rumput dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, menurut kitab tuhfah jika makanan tersebut sama-sama banyak
dimakan oleh manusia dan haiwan, dibolehkan untuk beristinjak tetapi hukumnya
makruh.
Selain itu, kulit binatang yang belum di samak juga tidak boleh di gunakan untuk
beristinjak kerana ianya di kira sebagai bangkai iaitu najis.Najis tidak boleh di gunakan
untuk beristinjak.Di dalam kitab Fiqh Manhaj Karangan Dr Mustafa Al Khin menyatakan
bahawa tidak sah beristinjak dengan najis atau benda-benda yang terkena najis kerana
di khuartiri akan menambahkan lagi kesan najis.Hal ini jelas diterangkan di dalam
hadis:-
Daripada (Abdullah bin Masud r.a katanya, "Nabi s.a.w pergi ke lurah untuk buang air.
Baginda menyuruh aku membawa tiga biji batu kepadanya. Aku hanya memperolehi
dua biji batu dan mencari yang ketiga tetapi tidak memperolehinya. Kemudian aku
mengambil tahi binatang yang keras dan membawanya kepada Baginda, lalu Baginda
mengambil dua biji batu tersebut tetapi membuang tahi binatang itu seraya bersabda,
ini adalah najis. "
Dari hadis ini dapat di lihat bahawa, najis adalah satu benda yang haram untuk di
gunakan untuk beristinjak.Jika kulit itu dari binatang yang di sembelih dengan cara yang
halal,kulit tersebut sudah di kira sebagai makanan.Jadi , haramlah untuk beristinjak
dengan kulit waalupun ianya dari kulit binatang yang di sembelih.Hal ini kerana
beristinjak dengan makanan hukumnya haram seperti yang telah di nyatakan di atas.
Di dalam kitab nihayah , haram untuk beristinjak menggunakan tikus dan semua haiwan
yang sejenis dengannya,Selain itu tubuh orang kafir harbi atau orang islam yang murtad
juga di haramkan untuk beristinjak dengannya kerana ia juga tergolong dalam perkara
perkara yang di hormati. Oleh itu,haram beristinjak menggunakannya.
Walaubagaimanapun. didalam kitab nihayah itu lagi,mengatakan tidak haram
menggunakan sebahagian daripada haiwan untuk istinjak seperti kulit binatang jika kulit
tersebut suci.
Tetapi lain pula di katakana di dalam kitab tuhfah , di dalam kitab tersebut menyatakan
bahawa tubuh orang kafir harbi atau orang murtad tidak di kira di hormati .Oleh itu tidak
haram untuk beristinjak menggunakan sebahagian daripada tubuh orang kafir harbi dan
murtad menurut kitab tuhfah.Tamabahan di dalam kitab itu lagi, kulit buah-buahan yang
dimakan juga haram di gunakan seperti kulit buah tembikai.Tambahan lagi, bagi buah
yang tidak di makan kulit nya di bolehkan untuk beristinjak.Tetapi makruh jika masih
ada isinya lagi.
Kitab al-um
Kitab Arab
Kitab Terjemahan Melayu
Dari Abu Hurairah
Menurut kitab Al-Um pula , halnya lebih kurang sama seperti di dalam kitab Sabil Al-
Muhtadin.Alat yang di haramkan untuk beristinjak ialah:-
Kotoran haiwan
Najis
Pendapat ulama mengenai alat yang di haramkan untuk beristinjak
Mazhab Hanafi berpendapat makruh tahrim beristinjak dengan menggunakan alat
berikut:-
Najis:-Tahi unta,Tahi kambing ,dan lain-lain
Makanan :- Tulang ,roti yang menjadi bahan manusia dan binatang kerana di
anggap sebagai satu perbuatan menghina.
Menggunakan sesuatu yang tidak boleh menghilangkan najis :-kaca,bulu,tebu
yang licin atau batu bata.
Bahan yang tidak kuat atau bercerai-berai :- tanah liat, arang lembut,Boleh jika
keras
Bahan yang bernilai dari segi zat :- emas,perak,batu permata atau pun hak milik
orang seperti dinding walupun telah di wakafkan.
Mazhab Maliki berpendapat makruh beristinjak dengan menggunakan alat berikut:-
Tulang
Tahi binatang yang bersih
Dinding milik sendiri
Mazhab Syafie berpendapat haram beristinjak dengan menggunakan alat berikut:-
Tulang
Tahi kering
Makanan manusia, jin, haiwan(dengan beberapa syarat iaitu makanan itu sama
banyak di makan manusia
Helaian atau kitab yang tertulis ilmu-ilmu atau nama Allah
Kulit binatang yang di samak dan di sembelih atau bangkai
Kulit buah yang di makan manusia
Isu-isu semasa mengenai alat yang haram di gunakan beristinjak
Ramai yang berpendapat semua benda boleh di gunakan asalkan keras dan
menghilangkan najis
Istinjak menggunakan tisu.Ulama bersepakat harus untuk istinja’menggunakan
tisu bagi Negara-negara yang sejuk