All Ab Berpantang

23
RAWATAN TRADISIONAL Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang. Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang. Misalnya cara wanita Kelantan mungkin berbeza dengan orang utara. Begitu juga ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina atau India berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka. Walau apa jua cara yang digunakan, tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepas bersalin. Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai dan terjawab tentang rawatan selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan pusaka. Apa lagi kalau hendak dihuraikan secara saintifik kerana masih belum ada penyelidikan dijalankan untuk membuktikan kebaikannya terhadap kaum wanita. Namun kita sedia maklum akan khasiat herba dalam mengubati beberapa penyakit seperti akar Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia, Bunga Pakma dikenali juga sebagai Rafflesia, Kacip Fatimah iaitu Labisia pumila dan lain-lain lagi. Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu. Antara rawatan tersebut adalah bertungku, berurut, mandi herba dan mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum. Bertungku

description

BERPANTANG

Transcript of All Ab Berpantang

Page 1: All Ab Berpantang

RAWATAN TRADISIONAL

Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang.

Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang.

Misalnya cara wanita Kelantan mungkin berbeza dengan orang utara. Begitu juga ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina atau India berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka.

Walau apa jua cara yang digunakan, tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepas bersalin.

Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai dan terjawab tentang rawatan selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan pusaka. Apa lagi kalau hendak dihuraikan secara saintifik kerana masih belum ada penyelidikan dijalankan untuk membuktikan kebaikannya terhadap kaum wanita.

Namun kita sedia maklum akan khasiat herba dalam mengubati beberapa penyakit seperti akar Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia, Bunga Pakma dikenali juga sebagai Rafflesia, Kacip Fatimah iaitu Labisia pumila dan lain-lain lagi.

Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu.

Antara rawatan tersebut adalah bertungku, berurut, mandi herba dan mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum.

Bertungku

Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.

Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan.

Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia.

Page 2: All Ab Berpantang

Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan.

Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada).

Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.

Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku adakala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

Berurut Menyegarkan Badan

Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman.

Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.

Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.

Page 3: All Ab Berpantang

Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya:

Minyak kelapa [Dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak]

3 camca besar halba

4 cm halia (Zingiber officinale)

4 cm kunyit hidup (Curcuma domestica)

3 ulas bawang putih (Allium sativum)

5 biji bawang merah (Allium cepa)

Cara membuat: Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.

Mandi

Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.

Mandi Dedaun

Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.

Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang.

Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi (Vitex negundo), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai (Lawsonia terma), daun bonglai, daun mengkudu (Morinda citrifolia) dan rempah halba.

Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.

Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi:

1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar

10 helai daun limau purut

Page 4: All Ab Berpantang

6 batang daun serai bersama serai

Halia muda sebesar 4 kali ibu jari

7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa

2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci

Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya

Segenggam halba (dipunjutkan)

CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI:

Ambil periuk tanah ukuran sederhana.

Sediakan bahan-bahan di atas.

Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.

Masukkan halba yang dipunjutkan.

Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.

Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua.

Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki kanan] kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri.

Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.

Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit.

Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot disamping menghalang air dari masuk ke dalam badan.

Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

Mandi Lulur

Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit.

Page 5: All Ab Berpantang

Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.

Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit.

Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita.

Kebanyakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.

BERTANGAS

Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan prolapse (keluar tombong).

Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.

Ramuan Tangas:

9 keping asam gelugur

2 camca besar garam jantan

3 helai daun sirih (Piper betel)

Segenggam inai (Lawsonia terma)

Halia sebesar ibu jari (Zingiber officinale)

3 biji manjakani

Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.

PEMAKAIAN PARAM, PILIS, TAPEL, JADAM DAN BENGKUNG

Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis.

Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin.

Page 6: All Ab Berpantang

Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel (ubat barut) yang dicampurkan dengan 5 titik minyak kayu putih, 3 titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis.

Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.

Selain menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.

Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut:

Segenggam jadam (diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya)

Halia (Zingiber officinale) sebesar ibu jari

Isi kunyit terus sebesar ibu jari

3 ulas bawang putih (Allium sativum)

Asam jawa (Tamarindus indica) sebesar bola pingpong

Secawan air kosong

Periuk tembikar dan sudip

Cara membuatnya: Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak.

Cara menyapu jadam:

Biarkan jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan kain kecil dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung.

Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara.

Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.

BERTASAK

Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan. Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan.

Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan petang. Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan.

Page 7: All Ab Berpantang

Caranya: Bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air, ditapis dan diminum.

Pada hari pertama hingga ketiga: Segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma, garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum.

Pada hari keempat hingga keenam: Gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan.

Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan: Bahannya adalah 5cm kunyit iaitu Curcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum.

Minum air akar kayu dan jamu

Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional.

Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan disamping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.

Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan.

Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.

Makanan berkhasiat untuk yang berpantang

Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan, samalah seperti mandi tidak bersabun.

Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.

Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.

Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.

Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.

Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Apa yang nyata, mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.

Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus.

Page 8: All Ab Berpantang

Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.

Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu disamping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang.

Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu.

Cara makannya: Ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.

Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi dimana seseorang terasa sangat kenyang.

Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Institut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin.

Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------

Cara-cara mengikat bengkung:

1. Sempurnakan ikatan barut.

2. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. Lilit bermula di bawah paras punggung. Pastikan satu hujung kain pendek, agak-agak melepasi kepala. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung.

3. Lilitan dipusing ke belakang, apabila tiba di depan, simpul pada bahagian pendek, kemudian pusing ke belakang semula.

4. Bahagian depan siap diikat.

5. Bahagian belakang, dililit kemas dan bertindih setiap satunya.

Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut:

1. Legumes: Kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya.

2. Susu dan hasil susu: Susu, aiskrim dan keju.

3. Sayur-sayuran: Kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli.

Page 9: All Ab Berpantang

4. Sayuran berubi: Kentang dan sengkuang.

5. Buah-buahan: Prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic.

6. Bijirin dan roti: Kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin, roti dan pastri.

7. Makanan berlemak: Makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar.

8. Cecair: Minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk.

9. Seserat (fiber): Kacang, oat, bran dan kacang panggang.

Wallahu a'lam.

Page 10: All Ab Berpantang

Amalan dan Petua Melayu Ketika Tempoh Berpantang

1. PENGAMBILAN MAKANAN YANG LEMBUT & MUDAH HADAMUntuk 2 minggu yang pertama anda digalakkan mengamalkan makanan yang lembut, mudah hadam, berserat dan seimbang seperti nasi bubur, sup sayur, oat mill dll kerana ia akan melancarkan sistem penghadaman dan memudahkan pembuangan air besar. Elakkan makan makanan yang sukar dihadam dan berminyak atau pedas seperti nasi, sambal, berlemak dll kerana ia akan menyebabkan usus pedih dan sembelit.

2. PILIHAN MAKANAN SEMASA DALAM PANTANGSeboleh mungkin, banyakkan pilihan makanan dari kalangan sayur-sayuran yang direbus atau makanan yang dipanggang, direbus atau dibakar berbanding makanan yang digoreng. Pastikan makan makanan seimbang dimana setiap hidangan mesti ada protein, kabohidrat & sayur- sayuran. Elakkan makan makanan atau buah-buahan yang masam atau berasid. Menurut petua tradisional, elakkan makan tumbuhan@sayuran yang berlilit dan/atau untuk ulam pastikan ia dicuci bersih dan dicelur sebentar untuk elak kembung perut atau keracunan makanan.

3. AMALKAN MINUM AIR MASAK 2 – 3 LITER SEHARIPakar-pakar pemakanan mengesahkan kekurangan air didalam badan menyebabkan kekurangkan cecair didalam darah dan fenomena ini melemahkan badan dan menyebabkan keletihan. Anda dinasihati minum air masak segelas setiap sejam atau 2 – 3 liter air sehari kerana ia akan membuat anda cergas dan mengekalkan tenaga. Jangan takut anda tidak akan boyak dengan minum air kerana ia akan mengembalikan bentuk badan anda serta mengempiskan perut. Hindari minum minuman manis ,berkafein, bergas atau berakohol kecuali susu dan koko kerana ia akan mengurangkan cairan tubuh anda dan membuat anda sakit kepala, pening dan/atau kembung perut.

4. AMALAN MANDIAN & KEBERSIHAN DIRIDinasihati untuk tujuh (7) hari pertama,lap badan dengan air suam sebersih-bersihnya dan jangan mandi dahulu kerana badan sedang sakit dan urat membengkak. Hari-hari seterusnya mandi sekali sehari sahaja sebelum pukul 9 pagi dan lap badan pada waktu petang sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan diri dari jadi boyak dan kembang. Anda tidak akan berbau busuk sebab anda tidak berparam, berpilis atau bertangas.

5. HADAPI KESAKITAN PADA JAHITAN VAGINA, BEDAH DAN KEBENGKAKKAN PAYU DARAAnda dinasihati memakan ubatan yang diberikan oleh doktor seperti antibiotik atau Vitamin C untuk merawat luka-luka jahitan atau bedah dengan segera serta mendengar arahan-arahan yang diberi oleh Doktor Pakar. Kadang kala luka jahitan amat memeritkan dan mengerikan. Nasihat kami, sentiasa jaga kebersihan dan cuci jahitan dengan campuran air suam dan sedikit garam halus. Selepas cuci lap kering luka jahitan tersebut untuk elakkan jangkitan. Sentiasa tukar pad bersalin walaupun darah tidak banyak keluar untuk kesihatan dan kebersihan luka jahitan tersebut. Untuk melegakan keperitan tersebut, kami menasihatkan anda ambil sepeket air batu dan/ atau sebungkus kacang pea beku dibungkus dan dibalut dengan tuala bersih dan tekap pada luka jahitan tersebut. Atau anda boleh juga menyimpan pad

Page 11: All Ab Berpantang

bersalin anda didalam freezer untuk memberi kelegaan serta merta apabila memakainya.Pastikan kebersihannya. Kebengkakan payu dara sering terjadi kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Menurut petua tradisional, untuk melegakan kebengkakan tersebut ambil sekelopak kobis sejuk (yang telah disejukkan dalam peti sejuk) dan diletakkan didalam coli untuk melegakkan kebengkakan payu dara tersebut. Ini hanya petua, Apa-apa pun dapatkan nasihat pakar sekiranya keadaan teruk.

6. ELAKKAN KEJADIAN BENTANOrang tua dahulu menasihati ibu-ibu bersalin agar jangan menjerit atau mengangkat benda-benda berat dalam masa sebulan sebab TAKUT BENTAN dimana badan akan sejuk mengigil dan darah turun dengan banyak. Rehatkan diri dan tidur secukupnya untuk kembalikan stamina. Sentiasa pakai stoking dan berselipar didalam rumah. PETUA Sekiranya ANDA BENTAN, ambil dua ulas bawang putih dan dititik bersama kulit. Sapu bawang putih tersebut pada kuku jari tangan dan jari kaki sahaja selalu. Insyaallah berkurangan. Tiada perubahan jumpa dengan Doktor Pakar dengan segera.

7. MEROYAN & CUKUP REHATUntuk elakkan Meroyan, PERTAMA: Rehatkan diri secara fizikal dan mental. KEDUA: Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang berpantang dan selepas berpantang sehingga badan kembali sihat. KETIGA: SAYANGI DIRI ANDA, jangan rasa bersalah sekiranya anda berehat dan mengagihkan tugasan kepada suami, ahli keluarga atau pembantu rumah kerana sesungguhnya anda dalam proses penyembuhan daripada kesakitan yang amat. KEEMPAT: Pilih amalan berpantang yang selesa dengan anda sebelum anda bersalin dan waktu berpantang akan menjadi sesuatu yang disenangi. KELIMA: Hormati pilihan & diri anda dan tolak pilihan orang lain sekiranya ia membuat anda tertekan. Tekanan patut dihindari semasa dalam atau selepas pantang kerana ia boleh menyebabkan gangguan emosi berpanjangan. Sebarang masalah atau ketidakselesaan beritahu kepada orang yang disayangi atau dipercayai dan elakkan bersendirian untuk mengelak kemurungan. SEKALI LAGI! Ingat anda sebenarnya sakit dan jangan bebankan diri dengan tugasan yang berat. Belajar agihkan tugasan menjaga bayi atau apa-apa sekalipun dengan suami, pembantu rumah atau ahli keluarga anda. Jangan rasa bersalah apabila melakukan agihan tersebut kerana sebenar yang sakit ialah anda dan bukan mereka. Lagipun ia hanya mengambil masa lebih atau kurang dua (2) bulan sahaja sebelum anda kembali bertenaga, tenang dan normal.ISLAM menganggap tidur sebagai ibadah dan menekankan ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.

8. BERURUT, BERSENGKAK, BERTUNGKU DAN BERBENGKUNGAnda boleh berurut badan tapi nasihat kami jangan bersengkak dahulu kerana rahim tengah cedera dan membengkak. Kalau boleh tunggu selepas pantang apabila rahim telah kembali kesaiz asal. Bertungku juga elok untuk mengurangkan kebengkakkan kecederaan dalaman. Tetapi biarlah berpada-pada.

Page 12: All Ab Berpantang

KHASIAT HERBA KAT DAPUR KETIKA DALAM PANTANG

Hari ni tentang khasiat herba kat dapur rumah kita. Berpantang kali ni aku pilih yang asli. Tak mo makan jamu yang beli tu sama ada, kapsul,pil,serbuk atau gel minum-minum ke hape ke..semua aku katakan tak nak ketika seawal tempoh berpantang dan kelahiran ni. Tujuan nak elakkan bb kena kuning. Alhamdulillah. hari ni dah 18hari Alwan tiada diserang gejala kuning langsung..

So berbeza cara aku berpantang masa Aryan dan Aeman dulu,semua bergantung pada produk instant yg aku beli kat pasaran.. Yelah..kali ni dah berpengalaman.. Apa kata kita cuba yang lain.Insya allah pilihanku kali ni paling tepat. Sebab setakat tempoh ni aku praktiskan segala masalah yang membimbangkan dari sudut kesihatan bayi dan ibu semasa kelahiran 2 anak yang lepas dapat dielakkan dan tidak berulang kali ni. Herba tu kita boleh pilih mengikut kesesuaian diri kita. Kita suka atau tidak tolak tepi. Yang penting ianya baik atau boleh mempercepatkan proses pemulihan badan sendiri selepas bersalin itu yang perlu ditekankan di sini.

HERBA yang aku amalkan ketika dalam pantang ialah pilihanku sendiri. Semuanya selepas aku kaji dan belajar dari bidan tradisional dan juga mereka yang berpengalaman. Even dok kat tengah KL ni aku tetap cari dan pilih bidan berurut tradisional. Sebab aku nak tips mereka.. Yelah mak bapak pulak dah tiada sejak kecil. Even mertua pun tak ada pernah guide pasal pantang berpantang ni. Tapi aku tetap ingat dan praktiskan cara arwah emakku menjaga kakak-kakakku ketika mereka dalam pantang dulu. Even masa tu aku kecil. Arwah mak orang Jawa bab-bab minum akar kayu, air rebusan tu rebusan ni,herba,jamu buat sendiri, dan macam-macamlah lagi memang la dia sangat berdisiplin, pakai bengkung lilit-lilit satu rumah dari tiang ke tiang (memang seksa aku tengok dulu huhuhu),bertangas,mandi wap,bertungku,makan makanan org pantang diasingkan ..ish dan macam-macamlah sampai aku tak tau nak sebut tu semua ape.. Kalau arwah mak ada lagi ni yang jaga aku dalm pantang mesti la aku kena ikut itu semua.. Huhuhu..Semua tu untuk kebaikan diri kita sebagai wanita..Ingatlah wanita sekalian bahawa berpantang bersalin boleh melanjutkan jangka hayat anda. Jagalah kerana dirimu sungguh bermakna! Pesan bidanku.. badan nak pakai lama bukan sekejap! Hehehe..

Tapi sedih kali ni.. bidan yang biasa urut dan banyak bagi tips masa aku berpantang Aeman dan Aryan dulu dah meninggal. Dia mak penyayi Amir Ukay's. Aku panggil dia Opah jer.. So kali ni aku berurut dengan bidan kampung yg lain.. Aku gelarkan dia Wan..umur dia dah 78tahun.. lebih kurang dengan arwah opah kut.. Entah tahun-tahun depan nanti kalau aku bersalin lagi Wan ni pun ade lagi ke tak ye...? Susah nak cari bidan tradisional kampung dekat tengah KL ni... Yang banyak bersepah bidan terjun...Wakakaka.. means bidan sambut bayi lahir dekat hospital yang dah bersara tiba-tiba jadi tukang urut orang bersalin.. Yang bidan jenis ni pun aku dah pernah try... Mengecewakan servisnya...Sangat jauh la beza dengan bidan asli menurun tu..

Ok back to the tajuk utama.. Selalu tersasar dari topik ye aku ni... Huhuhu..harap bersabar...

Page 13: All Ab Berpantang

HERBA & KHASIAT PILIHANKU KETIKA BERPANTANG :

HALIA : Boleh sembuhkan luka, hilangkan kesejukan yang terdapat dalam buah-buahan atau sayur-sayuran kalau termakan ketika dalam pantang,keluarkan angin dlm usus kecil, elakkan masalah kembung perut/sakit perut, bantu hpenghadaman makanan,menghilangkan bau mulut,menghilangkan lendir dalam rahim (darah nifas) dan kahak ,tambah tenaga berjimak,awet muda dan halang kedutan kulit.

LADA HITAM : Panaskan badan lepas bersalin, segarkan tubuh,ubat demam,pening kepala,loya,cirit birit,melawaskan kencing,elak kembung perut bayi dan kuarkan tenaga dalaman lelaki.

MANJAKANI : Merawat luka dalamam dan luaran lepas bersalin, penawar keputihan, mengeratkan hubungan suami isteri, memebaiki tisu rosak selepas bersalin,kurangkan lelehan mukus,menstabilkan hormon,melancarkan darah,melawaskan buang air besar,memebri tenaga.

PEGAGA : Awet muda, sejukkan badan,tonik untuk otak,merawat sakit badan,demam,berak berdarah,sakit sendi,mencuci luka ulser.

SERAI : Mengecutkan rahim bengkak lepas bersalin, memecahkan lendir dalam rahim lepas bersalin (darah nifas) ,memecahkan angin dalam badan,merawat bisa otot dan badan,kuatkan saraf yang lemah,elakkan angin meroyan,mencegah kehamilan(family planning),awet muda, menyihat dan menyegarkan rahim, meredakan sakit kepala,sengal sendi, melawaskan kencing dan pencegah perut kembung.

BUAH PALA : Buang angin dari badan.

ASAM JAWA : Penyejuk badan,kurangkan berat badan,antiseptik,menyembuhkan luka,gatal,bisul,demam,akit teakk,batuk dan lemah badan.

BAWANG MERAH : Mencegah bakteria, merawat sengal tulang dan insomnia.

BAWANG PUTIH : Penyembuh luka,menghalang penyakit sengal dan saraf,keluarkan angin dan parasit dalam tubuh badan.

DAUN KUCAI : Membunuh bakteria dalam usus, merangsang proses pengecutan dan pengembanagan usus,melancarkan pengaliran darah, elakkan pembekuan darah,merawat sakit rengat senggugut,keputihan dan sembelit.

GINSENG/AKAR KAYU KERING HERBA : Meningkatkan stamina,mencegah kelesuan badan,meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan awet muda.

HALBA : Menambahkan susu ibu dan menghangatkan badan.

Page 14: All Ab Berpantang

Sebenarnya banyak lagi tau herba yang berkhasiat memang secara tak sedar semua ni senang dapat kat dapur rumah kita.. Korang jangan ingat ni aje semuanya.. Tapi aku cuma serasi dengan yang dekat atas ni sahaja. Yang lain mungkin tak sesuai dengan keadaan badan aku..

CARA AKU MENGAMALKAN KHASIAT HERBA INI KETIKA BERPANTANG :

1. Rebus biji manjakani dan gula batu jadikan pati : minum 1 cawan teh.

2. Tumbuk buah pala.Taburkan serbuknya dalam air suam.minum 1 cawan teh.

3. Rebus halia,manjakani,buah pala,serai,biji halba,asam keping dan gula batu.minum 1 cawan teh.

4. Buat salad pegaga/kucai. Tumbuk lada hitam, hiris pegaga,hiris bawng merah dn bawang putih,sedikit garam,gula dan perahan limau nipis atau limau kasturi. Gaul semua bahan. Kalau nak sedap boleh tumbuk ikan tenggiri atau ikan bilis yang digoreng dengan minyak zaitun.

5. Minum air rebusan serai dan halia. 1 cawan teh at least.

6. Lada hitam aku jadikan pengganti kunyit. Aku langsung elakkan makan kunyit ketika 20hari selepas bayi lahir untuk elakkan baby terkena kuning. Semua menuberpantang letak lada hitam.

7. Masak menu berpantang kalau nak goreng guna minyak zaitun sahaja. Elakkan minyak masak yang lain semasa dalam pantang untuk penyembuhan dalaman. Ini sangat penting!

8. Masak menu berpantang dengan cara berkukus,rebus atau bakar. tanpa minyak. kalau nak guna minyak,guna minyak zaitun sahaja okay.

9. Minum air rebusan biji halba untuk tambah susu. Aku amalkan sejak dulu lagi.sejak bagi aeman susu badan sepenuhnya ketika bekerja. Ini usaha untuk tambah susu paling mujarab dan berkesan.Cubalah.Kalau habis pantang pun boleh amalkan.Susu badan mesti melimpah ruah :)

10. Mandi air rebusan daun dan herba.

11. Kalau ada luka jahitan bersalin cuci tempat luka dengan air suam+garam+asam keping.

Page 15: All Ab Berpantang

Petua baby jaundis@kuning

22:22 Maznah MN No comments

Pg ni layan fb..tgk page Pa&Ma...ada topik yg agak menarik utk di kongsikan...

#Karangkraf Assalam'mualaikum dan selamat pagi. Baby baru lahir selalu kena jaundis. Jom kongsi pengalaman dan petua anda

Byk gak respon yg di terima dr para ibu....sampai beratus jugak lah...kalo korang nak baca perkongsian tips/petua dr ibu2 tu..silakan...baca kat SINI yer...Aku pun baca sikit jerk...setakat yg aku baca, tade lg yg amalkan petua cam aku buat...So entry ni aku nak share apa yg aku buat utk baby aku dulu....Owh lupe...ni kisah baby kedua aku yer! Anak sulung aritu ade jaundis...anak 2nd ni bebas jaundis..yeay!!! (gigih gugel info pasal jaundis sblm deliver baby tempoh hari hikhikhik)...Mungkin btol jugak dr segi pemakanan ibu semasa mengandung. So entry ni jugak aku share apa yg aku amalkan masa mengandung yer....

Masa mengandung:1. Aku byk makan kurma...jgn tanya sehari bape biji. Sbb aku mmg sentiasa mengunyah heheh...baca khasiat kurma tu yer..Sehingga la masa dah turun tanda (air ketuban pecah vs sakit2) aku sempat makan 3 biji kurma sblm g spital..And ternyata, kurma membantu beri tenaga semasa proses kelahiran...masa dlm pantang pun makan kurma! Susu melimpah ruah dan dpt BF jasmine secara exclusive ngeee...2.Minum air kelapa..yg ni bukan tiap hari..yg ni aku minum after 7 bln kandungan...org kata kulit baby bersih dan chantek..Yess! sgt btol...kulit jasmine sgt chantek...skrg jasmine umur 2thn n kulit dia lembut gila...jeles mama oke!3.Membaca surah2 amalan semasa mengandung. Kalo malas sgt, sambil2 rilex tu aku pasang mp3 surah2 ni kat perut.4.Rajin2kan mengugel segala info ttg mengandung, berpantang dan segala apa yg terkua kat minda. Sbb nnt dlm pantang x sempat nak gugel..sibuk dok jaga bb..So persediaan2 ni sgt penting in case apa2 yg kita x tahu terjadi dlm pantang..<< apa aku bebel ni? paham2 jer la sdri. baca 14x pun taper. Cth skrg...korang sibuk gugel pasal nak elak bb kena jaundis kekekeke....

Lepas bersalin:Owh, entry pasal jaundis kan?Ok, ni citer pasal jaundis plak..sbb dah bersalin hahaha...Ok aku pun cm korang...sibuk gugel sana sini...So bila dah bersalin, aku apply cara ni kat bb...Sebaik saja discharge dr HKL, n sebaik saje sampai umah...jengjengjeng....Bermulala operasi utk elak jaundis....(aku pantang sdri. so kena gigih pgg bb yg halus tu...seram gak nak mandikan bb. tp cuba jaya jer lah ngeee)

Page 16: All Ab Berpantang

1.Aku guna daun kucai. Dah pesan asben beli siap2 sblm aku kuar wad hehehe...Ok, daun kucai tu aku blend dgn air...then tapis...buang hampasnya...Amik air jer ok..Air tu kite wat mandi bb...Jgn la mandikan air kucai tu sejuk2...korang campur la dgn air suam...br la bb mandi dgn senyap hahahha. Cam aku...aku campurkan 1 gelas air kucai dan 7 gelas air suam. Motif air suam 7 gelas tu sbb aku pakai besen kecik jer hahaha...so muat 7 gelas air jer....Lagipun bb x mandi beria oke...Pastu anak korang akan bertuko kaler ijau...jd anak incredible hulk. (gurau jer ni). Ok, kalo korang x tanak campur cam aku buat tu pun taper. Kalo nak mandikan dgn air suam dulu pun tade masalah. N nak sudahi dgn air kucai pun ok...lepas siram ngan air kucai tu, x yah bilas anak..Lap jer bb terus...Lupe nak ckp...lebihan air kucai yg x guna lg tu, simpan dlm peti yer...Nnt tiap kali mandikan bb, x yah nak blend dah...jgn lupe campur ngan air suam...gile apa nak mandikan bb dgn air yg br kua peti ais hahahah...

2. Susukan bb dengan susu ibu sekerap mungkin. Kalo bb tido, sila kejut bb yer mommies...sambil2 tu aku masih lg makan kurma....

And endingnya di sini...Jasmine bebas jaundis...mungkin btol sbb amalan pemakanan aku tu dan hasil mandian air kucai tu tadi....Lagi petua,,baca SINI. Kawan aku amalkan n anak dia bebas jaundis!

Siaran tamat....selamat mencuba. Ikhtiar jer la mana2 cara yer....aku skdr berkongsi...

Page 17: All Ab Berpantang

Rawatan penyakit kuning bayiAir rebusan untuk penyakit kuning

7 helai daun sirih7 helain daun hujan- hujan3 keping hirisan kunyit3 biji buah keranda (kedai singsie ada jual)1 jemput daun inai1jemput jintan hitam1 jemput jintan putih1 liter air

Cara menyediakan-Rebus semua bahan hingga menddidih.-Campurkan dengan air sejuk bagi menjadiakan air suam- suam kuku.

Selepas mandi, kesat kering badan bayi kemudian lumur minyak bayi keseluruh badan.Setiap pagi, letakkan bayi hampir dengan cahaya matahari yang terang selama 1jam. Biasanya bayi diletakkan di tepi tingkap yang dimasuki cahaya matahari pagi antara pukul 8.00pg - 10.00pg