Berpantang Pemakanan Ketika Senarai - · PDF fileAyam Kampung, Ayam Hitam, Burung Merpati,...
Transcript of Berpantang Pemakanan Ketika Senarai - · PDF fileAyam Kampung, Ayam Hitam, Burung Merpati,...
Aisyah Samat (NuhaBaby)
SenaraiPemakanan KetikaBerpantangKetahui senarai makanan yang digalakkandan dilarang ketika berpantang, 11 jenismakanan berkhasiat ketika pantang dan 6jenis makanan untuk membanyakkan susuketika berpantang khas buat ibu. made with
-
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Tentang Penulis
Senarai Pemakanan BerkhasiatKetika Berpantang
Ketahui 7 Jenis Makanan YangDigalakkan Ketika Berpantang
Ketahui 7 Jenis Makanan YangDilarang Ketika Berpantang
Ketahui 11 Makanan BerkhasiatKetika Berpantang
Kenali 6 Jenis MakananBanyakkan Susu & Sihat UntukIbu Berpantang
Anda Ada Masalah PutingTenggelam?
Kandungan
-
Siti Aisyah Samat
Kaunselor Penyusuan Bertauliah & Pembimbing Ibu Menyusu
Penulis blog dan ebook berkaitan penyusuan dan berpantang di
www.nuhababy.com
Antara ebooknya ialah:
1) Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!
2) Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan
3) Ebook : Khas Buat Ibu Hamil
4) Checklist Ibu Berpantang 44 Hari
Boleh lihat senarai ebook Puan Aisyah di ebook.nuhababy.com
Tentang Penulis
-
Senarai PemakananBerkhasiat Ketika
BerpantangMengandungi topik berkaitan makanan yang
digalakkan dan dilarang ketika berpantang, 11 jenismakanan berkhasiat untuk ibu dan 6 jenis makanan
untuk banyakkan susu ibu khas buat ibu berpantang.
-
Antara persoalan ibu
Boleh syorkan makanan yang dibolehkan ketika berpantang?
Ibu yang menjaga pantang, mempunyai stamina yang kuat dan cergas uruskan
urusan rumahtangga, anak-anak dan kerjaya.
Ketahui 7 Jenis MakananYang Digalakkan KetikaBerpantangAisyah Samat
-
Stamina mereka kuat, dan susah mendapat sakit urat dan sendi kerana dalaman
mereka sihat kesan dari pemakanan herba dan sajian harian yang sangat
menyihatkan.
Seorang ibu itu benar-benar sihat, mengambil masa selama 6 bulan selepas
bersalin. Ini kerana, 6 bulan pertama selepas bersalin, sistem hormon ibu masih
tidak stabil.
Jadi, berpantanglah dengan tekun ye supaya hormon kembali seimbang dan
barulah badan benar-benar sihat.
Okey, mari kita lihat apakah makanan-makanan yang perlu dimakan ketika
berpantang!
1# BUAH YANG DIGALAKKAN KETIKA BERPANTANG
Kurma, Roselle, Anggur, Delima, Epal, Oren, Buah Tin dan juga Kismis.
2# SAYUR DAN ULAMAN YANG DIGALAKKAN KETIKA BERPANTANG
Bawang putih, Kunyit, Serai, Halia, Tomato, Sawi, Lobak Merah, Ulam Pegaga, Ulam
Raja dan Lengkuas.
3# IKAN YANG DIGALAKKAN KETIKA BERPANTANG
Ikan Haruan, Salmon, Yu, Tenggiri, Bawal Putih, Siakap, Selar, Merah dan Jenahak.
4# DAGING YANG DIGALAKKAN KETIKA BERPANTANG
Ayam Kampung, Ayam Hitam, Burung Merpati, Burung Puyuh dan Daging
Kambing.
5# MINUMAN YANG DIGALAKKAN KETIKA BERPANTANG
Susu Kambing, Air Madu, Air Rebusan Herba/ Ubat Periuk, Jus Carrot dan Air
Suam.
Di NuhaBaby, kami juga menyediakan minuman yang enak lagi berkhasiat khas
buat ibu berpantang iaitu Go Choc dan Gomilk.
Go Choc dan Go Milk ialah susu kambing berperisa Vanilla/Coklat yang
mengandungi ekstrak kurma, madu, habbatus sauda dan protein beras.
6# MINYAK YANG DIGALAKKAN KETIKA BERPANTANG
Minyak Habbatus Sauda dan Minyak Zaitun yang boleh dimakan, disapu dan juga
digunakan dalam penyediaan masakan berpantang.
7# HERBA YANG DIGALAKKAN KETIKA BERPANTANG
Herba seperti Misai Kucing, Kacip Fatimah, Kurma Merah, Lada Hitam, Manjakani
dan Habbatus Sauda ialah herba yang sangat menyihatkan untuk ibu selepas
bersalin.
Sajian pemakanan daripada herba yang sangat menyihatkan benar-benar
membantu ibu supaya sihat kembali selepas berpantang.
Di NuhaBaby, kami menyediakan Rempah Herba Khas buat Ibu Berpantang yang
mengandungi campuran kepelbagaian herba-herba di atas iaitu Rempah Ayam
Bakar, Ikan Bakar, Nasi Ulam, Sup Ikan Gamat dan Rendang.
Supaya ibu tetap dapat mengambil khasiat herba-herba di atas disamping
menikmati menu makanan yang sedap ketika berpantang.Akhir kata, semoga
perkongsian ini bermanfaat!
Dan anda dapat melalui fasa berpantang dengan lebih sihat!
Kali ini, saya ingin berkongsi 7 jenis kategori makanan yang dilarang buat ibu
berpantang.
Ramai ibu selalu tertanya-tanya,
Apakah makanan dan minuman yang dilarang dan tidak boleh dimakan oleh ibu
Ketahui 7 Jenis MakananYang Dilarang KetikaBerpantangAisyah Samat
-
berpantang ini ye?
Jadi, di sini saya nak senaraikan jenis-jenis makanan tersebut.
APA RASIONAL BERPANTANG MAKANAN INI?
Okey, apa rasionalnya nak pantang makanan ini ye?
Ini kerana, makanan-makanan ini bersifat tajam dan berbisa. Malah, buah-
buahan yang berasa masam dan sayur yang menjalar pula selalunya bersifat
angin.
Kekacang pula, boleh mendatangkan tindak balas seperti alahan dan kegatalan
di kawasan jahitan.
Benda-benda yang diperam seperti pekasam dan ikan kering pula, akan
menyebabkan darah nifas tidak lancar keluarnya dan akan berbau hanyir serta
punca keputihan.
KESANNYA KEPADA KESIHATAN IBU?
Ibu yang melanggar pantang makanan, kesannya kita dapat lihat sangat berbeza
berbanding ibu yang menjaga pantang.
Ibu yang menjaga pantang, mempunyai stamina yang kuat dan cergas uruskan
urusan rumahtangga, anak-anak dan kerjaya.
Stamina mereka kuat, dan susah mendapat sakit urat dan sendi kerana dalaman
mereka sihat kesan dari pemakanan herba dan sajian harian yang sangat
menyihatkan.
Manakala, ibu yang melanggar pantang pula sering kelihatan sentiasa penat,
senang rasa mengantuk, dan rasa letih itu membuatkan mereka cepat marah dan
moody.
Mereka juga senang mendapat sakit sendi dan sakit urat, badan mudah masuk
angin, ketumbuhan jerawat dan senang gemuk serta berisiko untuk fibriod
kerana rahim mereka tidak bersih daripada darah kotor, dan ketidakseimbangan
hormon.
Seorang ibu itu benar-benar sihat itu mengambil masa selama 6 bulan selepas
bersalin. Ini kerana, 6 bulan pertama selepas bersalin, sistem hormon ibu masih
tidak stabil.
Jadi, berpantanglah dengan tekun ye supaya hormon kembali seimbang dan
barulah badan benar-benar sihat.
Okey, mari kita lihat apakah makanan-makanan yang perlu dielakkan oleh ibu
berpantang! Jom..
1#BUAH-BUAHAN YANG SEJUK DAN BERANGIN
Nenas, jambu air, pear, duku, langsat, dokong, mangga, pisang (terutama pisang
embun), nangka, cempedak, petai, tebu, jagung, rambutan, tembikai, durian,
sengkuang, manggis, isi kelapa, ubi kayu, ubi keledek, ubi bit dan buah berangan.
Pendek kata, buah-buahan tempatan lah ye..
2# SAYUR- SAYURAN YANG SEJUK DAN BERANGIN
Labu, timun, terung, cili (sebarang cili), bayam, kubis, kangkung, keladi, pucuk ubi,
pucuk paku pakis, rebung, kacang botol/kacang kelisa.
3# KEKACANG YANG SEJUK DAN BERANGIN
Kacang soya (tempe, tauhu, taufufah), barli, kacang kuda (dhal), kacang tanah,
kacang merah, kacang hijau dan taugeh.
4# DAGING DAN AYAM
Ayam suntik, telur, organ dalaman dan daging lembu (kecuali hiris nipis dan
bakar kering).
5# IKAN DAN MAKANAN LAUT
Ikan tongkol/kayu, pari, sotong, udang, kembung, sardin, cencaru, pekasam, ikan
masin dan tamban.
Ikan masin bukan sahaja kurang berkhasiat buat ibu berpantang, ia juga boleh
melemahkan urat saraf, punca keputihan dan menyebabkan darah nifas berbau
hanyir.
Manakala, ikan yang bisa dan boleh menyebabkan ibu turun darah dan bentan
dipintu rahim ialah parang, sembilang, pari, duri, terubuk, bawal hitam dan keli.
Udang, sotong, kerang dan ketam juga boleh menyebabkan alahan dan kegatalan
kulit terutama di kawasan jahitan.
6# MINUMAN
Air yang sejuk, berais, berkarbonat (gas) dan kafein yang tinggi.
7# LAIN-LAIN MAKANAN
Laksa, mee kuning, keju, budu, jeruk dan nasi dingin.
Okey setakat ini dulu perkongsian saya.
Semoga bermanfaat dan selamat bersiar-siar di blog NuhaBaby ye.
Ketahui 11 MakananBerkhasiat KetikaBerpantangAisyah Samat
-
Kali ini, saya ingin kongsikan 6 jenis makanan yang boleh dimakan oleh anda
yang berpantang dan sekaligus membanyakkan susu ibu.
Ini kerana, ramai ibu ketika berpantang..keliru dengan apa yang boleh dan tidak
boleh dimakan.
Terutama bagi ibu yang baru, sesetengahnya mahu banyakkan susu namun tidak
tahu apakah makanan tersebut boleh atau tidak diamalkan ketika pantang?
Contohnya seperti,
Air masak bergelen-gelen, soya dan juga lobak putih.
3 Contoh makanan ini, memang mampu membanyakkan susu tetapi ianya
bersifat sejuk dan bisa buat anda yang berpantang.
Ianya hanya memberi manfaat kepada bayi sahaja iaitu susu banyak, akan tetapi
tidak bagi ibu.
Jadi, lebih baik jika kita amalkan makanan yang bukan saja MEMBANYAKKAN
SUSU IBU namun ia juga mampu membaik pulihkan dalaman dan kesihatan
badan anda sendiri ketika berpantang.
Ibu dan bayi akan mendapat manfaatnya juga.
Okey, jom lihat 6 makanan tersebut!
Kenali 6 Jenis MakananBanyakkan Susu & SihatUntuk Ibu Berpantang
-
Seterusnya, saya kongsikan juga panduan 6 makanan yang mana tidak berapa
baik untuk menyihatkan badan ibu berpantang.
Anda Ada MasalahPuting Tenggelam?
Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagalmenyusukan anak kerana masalah puting tenggelam?
Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam(puting buta) membuatkan anda pernah gagal
menyusukan bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu?
Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk fahamasas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan
masalah puting tenggelam
Supaya anda berjaya menyusukan bayi anda dengansusu ibu sepenuhnya?
KLIK SINI UNTUK LIHAT PANDUAN
made with
-