aLLattaarrbbeellaakkaanngg : ::::: KKeellaayyakkann :MM ... · PDF fileMenjelang tahun 2000,...

2
:: Latarbelakang :: Ilmu falak disebarkan di Malaysia sebagai satu disiplin ilmu-ilmu agama yang menjadi sebahagian daripada keperluan ilmu fiqh. Dominasi para ulama dalam mengembangkan ilmu ini bukan semata-mata kerana kewibawaan institusi ulama, tetapi disebabkan perkaitan rapat ilmu tersebut dengan keperluan agama. Dengan mengekalkan status ilmu falak sebagai bidang sains-agama, tanggung jawab melaksanakan aktiviti falak di Malaysia terus diletakkan sebagai bidang tugas pihak berkuasa agama. Menjelang tahun 2000, secara lebih jelas, aktiviti falak diletakkan bawah jabatan mufti negeri. Sedekad lebih awal, KUSZA dalam usaha menerajui kursus-kursus berorientasikan kemahiran bersepadu dan integrasi ilmu, telah memperkenalkan Program Persijilan Falak. Apabila UniSZA ditubuhkan pada tahun 2007 Program Persijilan Falak ini diteruskan. Program kursus ini terbahagi kepada kursus untuk peserta jabatan/agensi kerajaan dan kursus untuk pelajar UniSZA sendiri. Kursus yang ditawarkan bagi sesi 2010/2011 ini merupakan kali ke 21 untuk peserta jabatan/agensi kerajaan dan kali ke 4 untuk peserta pelajar UniSZA sendiri. :: Objektif :: Program Persijilan Falak ini adalah merupakan usaha UniSZA untuk mencapai objektif berikut:- a. Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan berwibawa serta dapat menangani masalah-masalah berkaitan aplikasi falak. b. Mewujudkan satu kumpulan karyawan yang mampu menggembelingkan usaha bagi memajukan bidang ini dalam konteks sains-agama. c. Mengembangkan disiplin ilmu ini yang mempunyai kaitan secara langsung dengan ibadat. d. Menyediakan peluang kemahiran insaniah dengan potensi kebolehpasaran kepada graduan UniSZA. :: Kelayakan Masuk :: a. Merupakan pelajar UniSZA yang masih berdaftar. b. Terbuka kepada semua pelajar Diploma, Ijazah dan Ijazah Tinggi. c. Tidak terikat dengan komitmen lain sepanjang masa kursus dijalankan Jika permohonan penyertaan melebihi jumlah maksimum 30 pelajar, keutamaan akan diberi kepada pelajar tahun akhir Diploma, Ijazah dan Ijazah Tinggi. :: Takwim Program :: Borang mula diedarkan pada 20 Februari 2011. Tarikh tutup permohonan pada 20 April 2011. Pendaftaran pada 11 dan 12 Mei 2011. Kursus akan berlangsung mulai 23 Mei 2011 sehingga 21 Jun 2011 (25 hari) bertempat di Kampus Gong Badak. :: Yuran Kursus :: Bagi kursus untuk pelajar UniSZA, yuran bagi setiap peserta adalah sebanyak RM240.00 (Dua Ratus Empat Puluh Ringgit Sahaja). Yuran yang dikenakan meliputi kos penyediaan nota, bahan kuliah dan pengurusan kursus sahaja. Bagi pelajar yang telah mempunyai buku Ilmu Falak: Teori & Praktik (oleh Baharrudin Zainal, terbitan KUSZA), potongan yuran sejumlah RM30, rebet bagi buku Ilmu Falak Edisi2, Praktik (oleh Baharrudin Zainal, terbitan DBP) sebanyak RM20. Rebet kedua-duanya sebanyak RM50. Bayaran hendaklah dibuat dengan cara mengkreditkan yuran ke akaun UniSZA, BIMB no. akaun 1301-7010-0823-94 atau bayaran tunai semasa pendaftaran. Salinan slip pembayaran secara akaun bank hendaklah dikemukakan kepada pihak Unit Falak pada hari pendaftaran. :: Tanggungjawab Pelajar/Peserta :: Urusan penginapan dan makan/minum tanggungjawab peserta sendiri. Walau bagaimanapun, pihak Unit Falak akan berusaha mempastikan bilik asrama kediaman pelajar boleh digunakan sepanjang kursus . Kursus akan berjalan sepanjang minggu (Sabtu hingga Khamis), mulai jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam di Kampus UniSZA. Kecuali beberapa sesi amali akan dijalankan di Balai Cerap KUSZA, UniSZA atau tempat lain yang akan ditetapkan kemudian. Jadual lengkap akan diedarkan semasa hari pendaftaran. Aktiviti kursus akan dipenuhi dengan kuliah, amali, kerja hitungan, tugasan, kuiz dan ujian akhir. Peserta yang hadir 90% kuliah, melengkapi kerja kursus dan lulus akan dianugerahkan Sijil Falak UniSZA. Skima markah kelulusan adalah mengikut Peraturan Akademik UniSZA 2010. Sepanjang kursus, peserta juga terikat dengan Peraturan Akademik dan Tatatertib Pelajar UniSZA 2010. :: Sinopsis Kursus :: USF 1010 - SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS Peserta akan diajar mengenai sejarah pemikiran dan falsafah sains. Juga dibincangkan mengenai topik kejadian alam semesta dan struktur alam menurut al Quran dan sains. USF 1020 - ASAS-ASAS ILMU FALAK Kursus ini mengandungi perbincangan ikhtisar perkembangan dan kemajuan ilmu falak dalam tamadun Islam dan Alam Melayu. Peserta juga akan didedahkan dengan beberapa konsep asas sains samawi. Sebagai persiapan kemahiran hitungan, kandungan kursus ini juga mengandungi asas-asas matematik trigonometri dan latihan penggunaan mesin kira saintifik. USF 1030 - TAKWIM ISTILAHI & PENENTUAN KIBLAT Mengandungi prinsip asas dalam penyusunan Takwim Hijri dan Miladi serta transformasi tarikh. Juga mengandungi perbincangan kaedah hitungan arah kiblat dengan kaedah matematik trigonometri.

Transcript of aLLattaarrbbeellaakkaanngg : ::::: KKeellaayyakkann :MM ... · PDF fileMenjelang tahun 2000,...

Page 1: aLLattaarrbbeellaakkaanngg : ::::: KKeellaayyakkann :MM ... · PDF fileMenjelang tahun 2000, secara lebih jelas, ... dan kali ke 4 untuk peserta pelajar UniSZA ... astronomi dalam

:::: LLaattaarrbbeellaakkaanngg ::::

Ilmu falak disebarkan di Malaysia sebagai satu disiplin ilmu-ilmu

agama yang menjadi sebahagian daripada keperluan ilmu fiqh.

Dominasi para ulama dalam mengembangkan ilmu ini bukan

semata-mata kerana kewibawaan institusi ulama, tetapi

disebabkan perkaitan rapat ilmu tersebut dengan keperluan

agama. Dengan mengekalkan status ilmu falak sebagai bidang

sains-agama, tanggung jawab melaksanakan aktiviti falak di

Malaysia terus diletakkan sebagai bidang tugas pihak berkuasa

agama. Menjelang tahun 2000, secara lebih jelas, aktiviti falak

diletakkan bawah jabatan mufti negeri. Sedekad lebih awal,

KUSZA dalam usaha menerajui kursus-kursus berorientasikan

kemahiran bersepadu dan integrasi ilmu, telah

memperkenalkan Program Persijilan Falak. Apabila UniSZA

ditubuhkan pada tahun 2007 Program Persijilan Falak ini

diteruskan. Program kursus ini terbahagi kepada kursus untuk

peserta jabatan/agensi kerajaan dan kursus untuk pelajar

UniSZA sendiri. Kursus yang ditawarkan bagi sesi 2010/2011

ini merupakan kali ke 21 untuk peserta jabatan/agensi kerajaan

dan kali ke 4 untuk peserta pelajar UniSZA sendiri.

:::: OObbjjeekkttiiff ::::

Program Persijilan Falak ini adalah merupakan usaha UniSZA

untuk mencapai objektif berikut:-

a. Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan

berwibawa serta dapat menangani masalah-masalah

berkaitan aplikasi falak.

b. Mewujudkan satu kumpulan karyawan yang mampu

menggembelingkan usaha bagi memajukan bidang ini

dalam konteks sains-agama.

c. Mengembangkan disiplin ilmu ini yang mempunyai kaitan

secara langsung dengan ibadat.

d. Menyediakan peluang kemahiran insaniah dengan potensi

kebolehpasaran kepada graduan UniSZA.

:::: KKeellaayyaakkaann MMaassuukk ::::

a. Merupakan pelajar UniSZA yang masih berdaftar.

b. Terbuka kepada semua pelajar Diploma, Ijazah dan Ijazah

Tinggi.

c. Tidak terikat dengan komitmen lain sepanjang masa

kursus dijalankan

Jika permohonan penyertaan melebihi jumlah maksimum 30

pelajar, keutamaan akan diberi kepada pelajar tahun akhir

Diploma, Ijazah dan Ijazah Tinggi.

:::: TTaakkwwiimm PPrrooggrraamm ::::

Borang mula diedarkan pada 20 Februari 2011. Tarikh tutup permohonan pada 20 April 2011. Pendaftaran pada 11 dan 12 Mei 2011.

Kursus akan berlangsung mulai 23 Mei 2011 sehingga 21 Jun 2011 (25 hari) bertempat di Kampus Gong Badak.

:::: YYuurraann KKuurrssuuss ::::

Bagi kursus untuk pelajar UniSZA, yuran bagi setiap peserta

adalah sebanyak RM240.00 (Dua Ratus Empat Puluh Ringgit

Sahaja). Yuran yang dikenakan meliputi kos penyediaan nota,

bahan kuliah dan pengurusan kursus sahaja.

Bagi pelajar yang telah mempunyai buku Ilmu Falak: Teori &

Praktik (oleh Baharrudin Zainal, terbitan KUSZA), potongan

yuran sejumlah RM30, rebet bagi buku Ilmu Falak Edisi2,

Praktik (oleh Baharrudin Zainal, terbitan DBP) sebanyak RM20.

Rebet kedua-duanya sebanyak RM50.

Bayaran hendaklah dibuat dengan cara mengkreditkan yuran ke

akaun UniSZA, BIMB no. akaun 1301-7010-0823-94 atau

bayaran tunai semasa pendaftaran. Salinan slip pembayaran

secara akaun bank hendaklah dikemukakan kepada pihak Unit

Falak pada hari pendaftaran.

:::: TTaanngggguunnggjjaawwaabb PPeellaajjaarr//PPeesseerrttaa ::::

Urusan penginapan dan makan/minum tanggungjawab peserta

sendiri. Walau bagaimanapun, pihak Unit Falak akan berusaha

mempastikan bilik asrama kediaman pelajar boleh digunakan

sepanjang kursus .

Kursus akan berjalan sepanjang minggu (Sabtu hingga Khamis),

mulai jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam di Kampus UniSZA.

Kecuali beberapa sesi amali akan dijalankan di Balai Cerap

KUSZA, UniSZA atau tempat lain yang akan ditetapkan

kemudian. Jadual lengkap akan diedarkan semasa hari

pendaftaran.

Aktiviti kursus akan dipenuhi dengan kuliah, amali, kerja

hitungan, tugasan, kuiz dan ujian akhir. Peserta yang hadir 90%

kuliah, melengkapi kerja kursus dan lulus akan dianugerahkan

Sijil Falak UniSZA.

Skima markah kelulusan adalah mengikut Peraturan Akademik

UniSZA 2010. Sepanjang kursus, peserta juga terikat dengan

Peraturan Akademik dan Tatatertib Pelajar UniSZA 2010.

:::: SSiinnooppssiiss KKuurrssuuss ::::

USF 1010 - SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS Peserta akan diajar mengenai sejarah pemikiran dan falsafah sains. Juga dibincangkan mengenai topik kejadian alam semesta dan struktur alam menurut al Quran dan sains. USF 1020 - ASAS-ASAS ILMU FALAK Kursus ini mengandungi perbincangan ikhtisar perkembangan dan kemajuan ilmu falak dalam tamadun Islam dan Alam Melayu. Peserta juga akan didedahkan dengan beberapa konsep asas sains samawi. Sebagai persiapan kemahiran hitungan, kandungan kursus ini juga mengandungi asas-asas matematik trigonometri dan latihan penggunaan mesin kira saintifik. USF 1030 - TAKWIM ISTILAHI & PENENTUAN KIBLAT Mengandungi prinsip asas dalam penyusunan Takwim Hijri dan Miladi serta transformasi tarikh. Juga mengandungi perbincangan kaedah hitungan arah kiblat dengan kaedah matematik trigonometri.

Page 2: aLLattaarrbbeellaakkaanngg : ::::: KKeellaayyakkann :MM ... · PDF fileMenjelang tahun 2000, secara lebih jelas, ... dan kali ke 4 untuk peserta pelajar UniSZA ... astronomi dalam

USF 1041 - INSTRUMENTASI & PRAKTIKUM 1 Pendedahan kepada penggunaan instrumen ukur seperti teodolit dan kompas. Mengetahui teknik mencari dan menentukan arah satu garisan ukur sebagai asas kemahiran pengukuran trabas dan penjejakan objek langit. USF 1060 - TAKWIM WAKTU SOLAT Membincangkan penglibatan unsur-unsur astronomi dalam hitungan waktu solat serta latih tubi hitungan. Juga mengandungi perbincangan teknik penyusunan takwim waktu solat dan serta kemahiran menggunakan maklumat laman sesawang. USF 1043 - INSTRUMENTASI & PRAKTIKUM 2 Memberi penumpuan terhadap kemahiran penentuan azimut dengan cerapan Matahari, penggunaan teleskop manual dan penjejak serta aktiviti pencerapan Anak Bulan. Juga latih tubi kemahiran rukyah termasuk penyediaan data, persediaan aktiviti dan simulasi rukyah. USF 1070 – SISTEM TAKWIM HIJRI Meliputi perbincangan mengenai penglibatan unsur-unsur astronomi dalam penetapan awal bulan Hijri dan latih tubi hitungan. Juga dijelaskan mengenai kaedah menyusun takwim imkanur rukyah, penyelarasan takwim di Malaysia dan isu takwim Hijri kontemporari. USF 1050 - ILMU FALAK FIZIKAL Mengandungi perbincangan teori pergerakan cakerawala yang berhubung kait dengan sifat orbit dan kesannya terhadap cerapan di Bumi. Para peserta juga akan didedahkan dengan beberapa konsep asas ilmu falak fizikal, termasuk fenomena samawi dalam sistem suria, proses evolusi bintang, objek serpihan angkasa serta formasi bintang berlatarbelakangkan langit. USF 1080 - PROJEK Peserta akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang kursus untuk menghasilkan satu jadual takwim atau menyediakan satu laporan ringkas mengenai sesuatu isu falak.

:::: KKeeppeerrlluuaann KKuurrssuuss ::::

Peserta dikehendaki membawa mesin kira jenis saintifik

sebagai keperluan wajib. Contoh model: Casio FX-570s atau

FX-570W.

:::: PPeerrmmoohhoonnaann MMaassuukk ::::

Permohonan menggunakan borang yang terdapat dalam laman

sesawang, melalui wakil pelajar ataupun mengambilnya di di

Pejabat Unit Falak UniSZA , Aras 2, Blok B, Kampus Gong

Badak. Borang mula diedarkan pada 20 Februari 2011 dan tarikh tutup permohonan pada 20 April 2011. Keterangan lanjut, sila hubungi:-

Ketua Unit Falak,

Pejabat Unit Falak

Aras 2, Blok B

Kampus Gong Badak.

Tel. Genggam: 013-9802588

Atau;

Balai Cerap Tel: 09-6531152

Fax : 09-6531194

E-mel: [email protected]

URL:

www.falak.unisza.edu.my

Wakil Pelajar;

Sdri Nur Azzah & Ummi Fairuz (Syariah, Sem 6)

Bilik Farabi no. 212 Tel. Genggam: 014-5093921

Sdra Mohd. Hakimi (Usul, Sem 6) & Zambri (Syariah, Sem 6)

Blok D 3-1/3 Tel. Genggam: 017-9791987 & 0145057994

Sdri Hazimah & Assakinah (Dip. AQSA, Sem 6)

Blok M 3-1/3. Tel. Genggam: 013-9657442 & 019-3683580

Program Persijilan Falak

Sesi 2010/2011

UUNNIITT FFAALLAAKK

FFAAKKUULLTTII KKOONNTTEEMMPPOORRAARRII IISSLLAAMM

ILMU DEMI FAEDAH INSAN

“KEPADA PELAJAR KAMI BERBAKTI”