Ally 20 DF MY language - G-Planter · PDF fileALLY ® 20 DF Versi 0.0 ... Metsulfuron...

7
LEMBARAN DATA KESELAMATAN ALLY ® 20 DF Versi 0.0 Tarikh Semakan 19.06.2014 Ruj. 130000027262 1/7 SDS ini adalah mengikut piawai kerajaan Malaysia yang mungkin tidak menepati piawai di negara-negara lain. BAHAGIAN 1: PENGENALPASTIAN PRODUK KIMIA DAN SYARIKAT Maklumat produk Nama perniagaan : ALLY ® 20 DF Kegunaan Bahan/Penyediaan : Racun Rumpai Syarikat : Du Pont Malaysia Sdn Bhd Level 7, Menara CIMB, No 1, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur Malaysia Telefon : +60 3 2859 0700 Faks : +60 3 2859-9079 Nombor telefon kecemasan : 1800-82-0055 BAHAGIAN 2: KOMPOSISI / MAKLUMAT BAHAN Sinonim : B10481566 Komponen Nama Kimia No.-CAS Kepekatan Metsulfuron methyl 74223-64-6 20 % Bahan Lain 80 % BAHAGIAN 3: PENGENALPASTIAN BAHAYA Risiko-risiko Sangat toksik kepada organisma akuatik; boleh menyebabkan kesan jangka panjang dalam persekitaran akuatik. Data keselamatan Jauhkan dari kanak-kanak. Jauhkan dari makanan, minuman dan barang makanan haiwan. Jangan makan, minum atau merokok apabila menggunakannya. Bahan ini dan bekasnya mesti dilupuskan dengan cara yang selamat. Gunakan kaedah pengurungan yang sesuai untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar. Jangan cemarkan air dengan produk atau bekasnya (Jangan bersihkan alat gunaan dekat dengan permukaan air / Elakkan pencemaran melalui parit-parit daripada ladang-ladang dan jalan-jalan). BAHAGIAN 4: LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS Nasihat umum : Jangan sekali-kali beri apa-apa melalui mulut kepada orang yang tidak sedarkan diri. Bawa bekas hasil pengeluaran atau label bersama anda ketika memanggil Pusat Racun Negara atau doktor, atau untuk mendapat rawatan.

Transcript of Ally 20 DF MY language - G-Planter · PDF fileALLY ® 20 DF Versi 0.0 ... Metsulfuron...

Page 1: Ally 20 DF MY language - G-Planter · PDF fileALLY ® 20 DF Versi 0.0 ... Metsulfuron methyl 74223-64-6 20 % Bahan Lain 80 % BAHAGIAN 3: PENGENALPASTIAN BAHAYA ... Guna peralatan pelindung

LEMBARAN DATA KESELAMATAN

ALLY ® 20 DF Versi 0.0 Tarikh Semakan 19.06.2014 Ruj. 130000027262

1/7

SDS ini adalah mengikut piawai kerajaan Malaysia yang mungkin tidak menepati piawai di negara-negara lain. BAHAGIAN 1: PENGENALPASTIAN PRODUK KIMIA DAN SYARIKAT

Maklumat produk

Nama perniagaan : ALLY® 20 DF

Kegunaan Bahan/Penyediaan

: Racun Rumpai

Syarikat : Du Pont Malaysia Sdn Bhd

Level 7, Menara CIMB, No 1, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur Malaysia

Telefon : +60 3 2859 0700 Faks : +60 3 2859-9079 Nombor telefon kecemasan : 1800-82-0055

BAHAGIAN 2: KOMPOSISI / MAKLUMAT BAHAN

Sinonim : B10481566

Komponen

Nama Kimia No.-CAS Kepekatan Metsulfuron methyl 74223-64-6 20 % Bahan Lain 80 %

BAHAGIAN 3: PENGENALPASTIAN BAHAYA

Risiko-risiko Sangat toksik kepada organisma akuatik; boleh menyebabkan kesan jangka panjang dalam persekitaran akuatik.

Data keselamatan Jauhkan dari kanak-kanak. Jauhkan dari makanan, minuman dan barang makanan haiwan. Jangan makan, minum atau merokok apabila menggunakannya. Bahan ini dan bekasnya mesti dilupuskan dengan cara yang selamat. Gunakan kaedah pengurungan yang sesuai untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar. Jangan cemarkan air dengan produk atau bekasnya (Jangan bersihkan alat gunaan dekat dengan permukaan air / Elakkan pencemaran melalui parit-parit daripada ladang-ladang dan jalan-jalan).

BAHAGIAN 4: LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

Nasihat umum

: Jangan sekali-kali beri apa-apa melalui mulut kepada orang yang tidak sedarkan diri. Bawa bekas hasil pengeluaran atau label bersama anda ketika memanggil Pusat Racun Negara atau doktor, atau untuk mendapat rawatan.

Page 2: Ally 20 DF MY language - G-Planter · PDF fileALLY ® 20 DF Versi 0.0 ... Metsulfuron methyl 74223-64-6 20 % Bahan Lain 80 % BAHAGIAN 3: PENGENALPASTIAN BAHAYA ... Guna peralatan pelindung

LEMBARAN DATA KESELAMATAN

ALLY ® 20 DF Versi 0.0 Tarikh Semakan 19.06.2014 Ruj. 130000027262

2/7

Penyedutan

: Pindah ke udara bersih. Hubungi Pusat Racun Negara atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.

Sentuhan kulit

: Tanggalkan pakaian yang tercemar serta merta. Bilas kulit serta-merta dengan banyak air selama 15 - 20 minit. Hubungi Pusat Racun Negara atau doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan.

Sentuhan mata

: Pegang mata agar terbuka dan bilas perlahan-lahan dan berhati-hati dengan air selama 15-20 minit. Tanggalkan/ Keluarkan kanta lekap, jika ada, selepas 5 minit pertama, kemudian diteruskan membilas mata. Jika kerengsaan mata berterusan, jumpa pakar.

Pengingesan

: Jumpa doktor jika perlu. Suruh orang meminum air satu gelas sedikit-sedikit jika mampu menelan. JANGAN paksa untuk muntah melainkan diarah berbuat demikian oleh doktor atau Pusat Racun Negara. Jangan sekali-kali beri apa-apa melalui mulut kepada orang yang tidak sedarkan diri.

BAHAGIAN 5: LANGKAH-LANGKAH PEMADAMAN KEBAKARAN

Media pemadaman yang sesuai

: Semburan air, Bahan kimia kering, Buih, Karbon dioksida (CO2)

Media pemadam yang tidak boleh diguna kerana sebab keselamatan

: Pancutan air berisipadu tinggi, (risiko pencemaran)

Peralatan pelindung khas untuk ahli bomba

: Jika berlaku kebakaran, pakai alat bernafas swalengkap (SCBA). Guna peralatan pelindung diri.

Maklumat lanjut

: Keluarkan kakitangan dan senantiasa ada di hulu arah datangnya angin sebelum api. Jika kawasan sangat terdedah kepada kebakaran dan jika keadaan membenarkan, biarkan api berhenti sendiri kerana air mungkin membesarkan kawasan pencemaran. Jangan membenarkan air kotor daripada pemadaman kebakaran masuk dalam parit-parit atau laluan-laluan air. Dinginkan bekas/tangki dengan semburan air. Kawal air kotor. (pada api kecil) Sisa kebakaran dan air pemadam kebakaran yang tercemar mesti dilupuskan sejajar dengan peraturan tempatan.

BAHAGIAN 6: LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN PELEPASAN TIDAK SENGAJA

Peringatan peribadi

: Ulas bahagian 5 dan 7 sebelum meneruskan pembersihan segala sesuatu. Guna peralatan pelindung diri.

Peringatan sekitaran

: Elak bahan daripada memasuki pembetung, jalan air, atau kawasan rendah.

Cara-cara membersih

: Cara-cara membersih - tumpahan besar Tahan dari berlaku lagi kebocoran atau tumpahan. Gunakan pembersih vakum industri yang sudah teruji untuk pembuangan. Jika kawasan tumpahan adalah tanah berdekatan dengan tumbuhan atau pokok yang berharga, ambil 5 cm dari tanah atas selepas pembersihan pertama. Sodok ke dalam bekas yang sesuai untuk dilupuskan. Cara-cara membersih - tumpahan kecil Ambil secara mekanikal dan kumpul dalam bekas untuk dilupuskan.

Page 3: Ally 20 DF MY language - G-Planter · PDF fileALLY ® 20 DF Versi 0.0 ... Metsulfuron methyl 74223-64-6 20 % Bahan Lain 80 % BAHAGIAN 3: PENGENALPASTIAN BAHAYA ... Guna peralatan pelindung

LEMBARAN DATA KESELAMATAN

ALLY ® 20 DF Versi 0.0 Tarikh Semakan 19.06.2014 Ruj. 130000027262

3/7

Nasihat tambahan

: Rujuk label produk untuk arahan.

BAHAGIAN 7: PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN

Pengendalian

Nasihat pengendalian yang selamat

: Bekalkan pengudaraan ekzos yang sesuai di tempat-tempat di mana habuk boleh terjadi. Pakai peralatan pelindung diri.

Nasihat ke atas perlindungan terhadap kebakaran dan letupan

: Habuk boleh membentuk campuran meledak dalam udara. Jauhkan dari haba dan sumber pencucuhan.

Penyimpanan

Keperluan-keperluan untuk tempat-tempat dan bekas-bekas penyimpanan

: Simpan dalam bekas asal. Simpan di tempat dingin, gelap. Jangan simpan atau makan makanan, minuman atau rokok dalam kawasan dimana semua ini boleh tercemar oleh bahan ini. Simpan produk di dalam bekas asal sahaja di tempat yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Perhatikan langkah berjaga-jaga label.

BAHAGIAN 8: KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN DIRI

Had-had kawalan

Maklumat tidak didapati.

Langkah-langkah kejuruteraan

: Gunakan pengalihudaraan yang mencukupi untuk memastikan pendedahan terhadap pekerja di bawah had yang disyorkan.

Had pendedahan pekerjaan secara biologi

: Maklumat tidak didapati.

Peralatan pelindung diri

Pelindungan pernafasan : Gunakan alat bantu nafas yang mempunyai penuras yang berkelulusan dalam

keadaan yang berhabuk atau berkabus cecair.

Perlindungan tangan : Bahan: Sarung tangan tahan kimia

Perlindungan mata : Gogal, perisai muka, atau cermin mata keselamatan.

Perlindungan kulit : Memakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, apron, but, atau pakaian tutup seluruh badan yang sesuai.

Langkah kebersihan : Elak dari bersentuh dengan kulit, mata dan pakaian. Elak menghisap habuk.

Basuh dengan sempurna selepas pengendalian. Basuh tangan secara teliti dengan sabun dan air selepas menyentuh dan sebelum makan, minum, mengunyah gula-gula getah atau merokok.

Langkah-langkah perlindungan

: Pengguna harus mematuhi keterangan perlindungan diri pada label semasa menggunakan produk ini.

Page 4: Ally 20 DF MY language - G-Planter · PDF fileALLY ® 20 DF Versi 0.0 ... Metsulfuron methyl 74223-64-6 20 % Bahan Lain 80 % BAHAGIAN 3: PENGENALPASTIAN BAHAYA ... Guna peralatan pelindung

LEMBARAN DATA KESELAMATAN

ALLY ® 20 DF Versi 0.0 Tarikh Semakan 19.06.2014 Ruj. 130000027262

4/7

BAHAGIAN 9: SIFAT-SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA

Bentuk

: bergranul

Warna

: putih

Bau

: tanpa bau

pH

: 4.2 (10 g/l)

Takat kilat

: tidak berkenaan

Sifat meledak

: Bukan bahan letupan

Ketumpatan pukal

: 730 kg/m3

Keterlarutan air

: 2.8 g/l

BAHAGIAN 10: KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN

Bahan tak serasi

: Tiada bahan untuk khas disebut.

Produk penguraian yang berbahaya

: Maklumat tidak didapati.

Tindakbalas-tindakbalas bahan-bahan berbahaya

: Stabil pada keadaan biasa.

BAHAGIAN 11: MAKLUMAT TOKSIKOLOGI

Ketoksikan akut Oral ALLY® 20 DF : LD50/tikus: > 5,000 mg/kg Penyedutan ALLY® 20 DF : LC50/4 h/tikus: >5 mg/l Dermis ALLY® 20 DF : LD50/arnab: > 2,000 mg/kg

Kakisan kulit/kerengsaan ALLY® 20 DF : Spesies: arnab

Keputusan: Tiada kerengsaan kulit

Kerengsaan mata / kerosakan mata yang serius ALLY® 20 DF : Spesies: arnab

Keputusan: Tiada kerengsaan mata

Pemekaan respirasi atau kulit ALLY® 20 DF : Spesies: tikus Belanda

Klasifikasi: Tidak menyebabkan pemekaan pada haiwan makmal.

Page 5: Ally 20 DF MY language - G-Planter · PDF fileALLY ® 20 DF Versi 0.0 ... Metsulfuron methyl 74223-64-6 20 % Bahan Lain 80 % BAHAGIAN 3: PENGENALPASTIAN BAHAYA ... Guna peralatan pelindung

LEMBARAN DATA KESELAMATAN

ALLY ® 20 DF Versi 0.0 Tarikh Semakan 19.06.2014 Ruj. 130000027262

5/7

Kemutagenan sel germa Metsulfuron methyl : Ujian haiwan tidak menunjukkan sebarang kesan mutagenik. Tidak

menyebabkan kerosakan genetik pada sel bakteria yang dikultur. Kerosakan genetik pada sel mamalia yang dikultur didapati dalam sesetengah ujian makmal tetapi tidak pada yang lain.

Karsinogenisiti Metsulfuron methyl : Tidak boleh diklasifikasikan sebagai karsinogen manusia.

Tidak menunjukkan kesan karsinogenik dalam ujikaji haiwan.

Ketoksikan kepada reproduksi Metsulfuron methyl : Ketoksikan kepada reproduksi: Tiada ketoksikan bagi reproduksi

Ujian haiwan tidak menunjukkan sebarang kesan ke atas kesuburan. Keteratogenisis: Ujian pada haiwan tidak menunjukkan ketoksikan perkembangan.

Ketoksikan sistemik organ sasaran tertentu

Ketoksikan sistemik organ sasaran tertentu (pendedahan berulangan) ALLY® 20 DF : Rujuk kepada data ketoksikan akut dan/atau ketoksikan dos berulang

untuk maklumat lanjut tentang organ sasaran jika berkenaan.

Bahaya penyedutan Maklumat tidak didapati. Lain-lain Metsulfuron methyl : Ketoksikan dos berulang:

Akibat-akibat berikut berlaku pada tahap dedahan yang nyata sekali melebihi yang diharapkan pada keadaan penggunaan yang ada di label. Oral/tikus Pengurangan pertambahan berat badan, Perubahan berat organ, Hati Dermis/arnab Kerengsaan kulit

BAHAGIAN 12: MAKLUMAT EKOLOGI

Kesan ekotoksisiti Ketoksikan akut dan berpanjangan kepada ikan Metsulfuron methyl : LC50/96 h/Oncorhynchus mykiss (Ikan trout pelangi): > 150 mg/l

Ketoksikan terhadap tumbuhan akuatik Metsulfuron methyl : EC50/72 h/Anabaena flos-aquae (sianobakteria): 0.066 mg/l

EC50/14 d/Lemna minor: 0.00036 mg/l

Ketoksikan akut kepada invertebrata akuatik Metsulfuron methyl : EC50/48 h/Daphnia magna: > 120 mg/l

Keberterusan / kedegradasian Maklumat tidak didapati.

Bioakumulasi Maklumat tidak didapati.

Page 6: Ally 20 DF MY language - G-Planter · PDF fileALLY ® 20 DF Versi 0.0 ... Metsulfuron methyl 74223-64-6 20 % Bahan Lain 80 % BAHAGIAN 3: PENGENALPASTIAN BAHAYA ... Guna peralatan pelindung

LEMBARAN DATA KESELAMATAN

ALLY ® 20 DF Versi 0.0 Tarikh Semakan 19.06.2014 Ruj. 130000027262

6/7

Kebolehgerakan di dalam tanah Maklumat tidak didapati.

Kesan-kesan buruk yang lain ALLY® 20 DF : Lihat label produk untuk arahan aplikasi tambahan berkaitan dengan

langkah berjaga-jaga persekitaran.

BAHAGIAN 13: MAKLUMAT PEMBUANGAN

Produk

: Sejajar dengan peraturan tempatan dan nasional. Jangan mencemar kolam, saluran air atau parit dengan bekas kimia atau bekas terguna.

Bungkusan tercemar

: Jangan guna semula bekas kosong.

BAHAGIAN 14: MAKLUMAT PENGANGKUTAN

IMDG Nombor-UN : 3077 Nama perkapalan yang

betul : ENVIRONMENTALLY HAZARDOUS SUBSTANCE, SOLID, N.O.S.

(Metsulfuron methyl) Kelas : 9 Kumpulan

pembungkusan : III

Pencemaran marin : ya (Metsulfuron methyl)

IATA Nombor-UN : 3077 Nama perkapalan yang

betul : ENVIRONMENTALLY HAZARDOUS SUBSTANCE, SOLID, N.O.S.

(Metsulfuron methyl) Kelas : 9 Kumpulan

pembungkusan : III

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian berkenaan pengangkutan

: tidak berkenaan

BAHAGIAN 15: MAKLUMAT PENGAWALAN

Maklumat peraturan nasional

Akta Pestisid 1974 (Akta 149) (Mengandungi segala pindaan hingga 1 January 2006). Simbul : N Berbahaya kepada alam sekitar

R - frasa : R50/53 Sangat toksik kepada organisma akuatik; boleh

menyebabkan kesan jangka panjang dalam persekitaran

Page 7: Ally 20 DF MY language - G-Planter · PDF fileALLY ® 20 DF Versi 0.0 ... Metsulfuron methyl 74223-64-6 20 % Bahan Lain 80 % BAHAGIAN 3: PENGENALPASTIAN BAHAYA ... Guna peralatan pelindung

LEMBARAN DATA KESELAMATAN

ALLY ® 20 DF Versi 0.0 Tarikh Semakan 19.06.2014 Ruj. 130000027262

7/7

akuatik.

S -frasa : S 2 Jauhkan dari kanak-kanak. S13 Jauhkan dari makanan, minuman dan barang makanan

haiwan. S20/21 Jangan makan, minum atau merokok apabila

menggunakannya. S35 Bahan ini dan bekasnya mesti dilupuskan dengan cara yang

selamat. S57 Gunakan kaedah pengurungan yang sesuai untuk

mengelakkan pencemaran alam sekitar. SP 1 Jangan cemarkan air dengan produk atau bekasnya (Jangan

bersihkan alat gunaan dekat dengan permukaan air / Elakkan pencemaran melalui parit-parit daripada ladang-ladang dan jalan-jalan).

BAHAGIAN 16: MAKLUMAT LAIN

Sumber bagi data utama yang digunakan untuk menyusun helaian data:

Bahagian:

Du Pont Malaysia Sdn Bhd Level 7, Menara CIMB, No 1, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur Malaysia

Maklumat lanjut:

Tanda dagangan berdaftar ® DuPont Ambil perhatian kepada arahan mengguna di label.

Perubahan ketara dari versi sebelumnya ditandakan dengan palang berganda. Maklumat yang diberikan di dalam Lampiran Data Keselamatan ini adalah betul sepanjang pengetahuan kami, serta berdasarkan maklumat yang ada dan kepercayaan kami pada tarikh ia diterbitkan. Maklumat yang diberi dirancang hanyalah sebagai panduan untuk pengendalian, penggunaan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, pembuangan dan pembebasan yang selamat dan tidak boleh dianggap sebagai satu jaminan atau spesifikasi kualiti. Maklumat di atas hanya berkaitan dengan bahan khusus yang ditentukan di sini dan mungkin tidak sah untuk bahan ini digunakan apabila bercampur dengan apa-apa bahan lain atau dalam apa-apa proses atau jika bahan ini diubah atau diproses, melainkan dinyatakan dalam teks ini.