Amalan Cara Hidup Sihat

download Amalan Cara Hidup Sihat

of 5

description

amalan cara hidup sihat

Transcript of Amalan Cara Hidup Sihat

Amalan Cara Hidup SihatKunci untuk sihat sepanjang hayatKunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat: Makan secara sihat Tidak merokok Lakukan aktiviti fizikal Belajar menangani stressFaedah cara hidup sihat: Meningkatkan status kesihatan anda Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi. Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.Makan Secara Sihat Nikmati pelbagai jenis makanan Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam) Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan. Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.Contoh 1 sajian:Bijirin, produk bijirin dan ubi

cawan nasi (putih atau perang) cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam) 1 keping capati cawan keledek/ubi kayu/keladi

Sayur-sayuranBuah-buahan

cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak) cawan sayur buah/berakar (dimasak) biji jambu berukuran sederhana 1 hiris betik/nanas

Susu, dadih dan kejuIkan, ayam dan daging

1 gelas susu 1 cawan dadih 1 keping keju 1 ketul paha ayam saiz sederhana 1 ketul paha ayam saiz sederhana 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis 5 sudu besar ikan bilis

Tidak MerokokMerokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok: Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok Yakinkan diri Buat nota peringatan Katakan pada diri anda Aku bukan perokok Tumpukan pada hari ini Sentiasa berfikiran positif Dapatkan sokongan Lawan keinginan untuk merokok Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT) Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokokAmalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok Melengah-lengahkan Minum banyak air Menarik nafas panjang Membuat sesuatu Menjauhkan diri dari tempat orang merokok Mengunyah sesuatu Membasuh tangan Mandi dengan kerap Melakukan senaman regangan Memohon doaLakukan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.Cadanganaktiviti fizikal Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali) Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan andaContoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:AKTIVITI RINGAN60 minit setiap hariAKTIVITI SEDERHANA30 minit setiap hari

Berjalan kaki Aktiviti regangan Aktiviti berkebun yang ringan Berjalan laju Berbasikal Berenang Menari Lompat tali Aerobik Berlari-lari anak Turun naik tangga

Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.FFrequency : (Kekerapan)3 5 kali seminggu

IIntensity (Effort) : (Kehebatan)Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.

TTime : (Masa)Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.

TType : (Jenis)Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, lompat tali, berbasikal.

Tangani StresKemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.Apa yang harus dilakukan apabila anda marah: Menyedari yang anda sedang marah Katakan: Saya sedang marah! Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap Kenal pasti kenapa anda marah Cuba dengar penjelasan orang lain Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan Membiasakan diri memaafkan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahanCara mengurangkan kemungkinan untuk marah: Berfikir secara positif Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan Belajar menyukai diri sendiri Belajar bertenang Adakan hobi Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah Dapatkan tidur yang cukup Dapatkan teman untuk meluahkan masalah Bersifat tegas/asertif Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda