AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
-
Upload
aizat-hassan -
Category
Documents
-
view
268 -
download
0
Transcript of AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
1/28
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
2/28
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
3/28
i
AMALAN PEMAKANAN DI K ALANGAN REMAJ A DI K AWASAN FELDABUKIT RAMUN, KULAI , J OHOR.
IDA ASTRIE BINTI MOHD YASIN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian DaripadaSyarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
APRIL, 2008
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
4/28
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
5/28
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W
Buat ayahanda dan bonda tercinta,
En Mohd Yasin bin Mastareja,
Pn Hamidah bt Pungot
jasa dan kasih sayang yang dicurahkan akan tetap ku sanjung
Ke akhir hayat
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Kalianlah sumber inspirasiku. Harapanmu kini telah ku
tunaikan jua dan buat kekanda-kekandaku dan adinda-adindaku terima kasih atas
segalanya.
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
6/28
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat juga saya
menyiapkan kajian ini.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada penyelia projek sarjana muda ini, Profesor Madya Dr. Abdul Wahid b. Mukhari
kerana telah banyak memberi bimbingan dan dorongan sepanjang menyiapkan kajian
ini. Segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan banyak membantu saya dalam
menyiapkan kajian ini.
Sekalung terima kasih juga saya ucapkan kepada remaja-remaja Felda Bukit
Ramun, Kulai yang terlibat dalam kajian ini. Mereka telah banyak mambantu dalam
menyelesaikan soal selidik yang telah diedarkan.
Akhir sekali, terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan terutama dalam memberi pendapat
untuk menyiapkan kajian ini. Setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat, segala
bimbingan, nasihat dan pendapat yang diberikan amatlah saya hargai.
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
7/28
v
ABSTRAK
Pemakanan seimbang adalah penting untuk setiap individu. Daripada
pemakanan yang seimbang ini, individu boleh menjadikan diri mereka sihat daripada
sebarang penyakit dan mudah untuk melakukan aktiviti fizikal dan mental. Kajian ini
meninjau amalan pemakanan dikalangan remaja yang tinggal di kawasan Felda Bukit
Ramun, Kulai. Perkara yang dikaji ialah kekerapan pengambilan makanan dikalangan
remaja, jenis makanan yang sering diambil oleh remaja setiap hari dan pemakanan yang
seimbang yang diamalkan oleh remaja. Seramai 88 orang remaja lelaki dan perempuan
terlibat dalam kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk diskriktif dengan menggunakan
instrumen soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data diproses menggunakan
program SPSS 15.0 dengan menggunakan statistik kekerapan dan peratus. Secara
keseluruhannya, kekerapan pengambilan makanan menunjukkan kebanyakkan
responden mengambil sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam hampir setiap
hari.
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
8/28
vi
ABSTRACT
Balance diet is very important to each person. From the balanced diet, people
can make themselves more healthy and easy to do any physical and mental activities.
This study was focused on diet behavior among the youngsters who live at Felda Bukit
Ramun, Kulai, J ohor. The aspects studied were frequency types of meal that being
consumed regularly by the youngster balance diet practiced by the youngsters. 88
youngsters including boys and girls were involved in this study. This study is
descriptive in nature and using questionnaire to collect data. The data was processed by
SPSS 15.0 by using frequency and percentage. Overall, frequent meal consumed by the
youngsters showed that most of the respondent took the breakfast, lunch and dinner
everyday.
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
9/28
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK KAJIAN i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Kepada Individu 9
1.6.2 Kepada Masyarakat 9
1.6.3 Kepada Negara 9
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
10/28
viii
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Amalan 10
1.8.2 Pemakanan 10
1.8.3 Amalan Pemakanan 11
1.8.4 Makanan 11
1.8.5 Diet 11
1.8.6 Nutrien 12
1.8.7 Remaja 12
1.8.8 Obesiti 12
1.9 Penutup 12
2 SOROTAN PENULIS
2.1 Pengenalan 13
2.2 Jenis Makanan 13
2.2.1 Ikan dan Makanan Laut 16
2.2.2 Daging 16
2.2.3 Nasi dan Roti 16
2.2.4 Sayur-sayuran dan Buah-buahan 17
2.2.5 Kekacang 17
2.2.6 Karbohidrat 17
2.2.7 Lemak 18
2.2.8 Protein 18
2.2.9 Garam Mineral 18
2.2.10 Vitamin 19
2.2.11 Pelawas 19
2.2.12 Air 19
2.3 Makanan Seimbang 20
2.3.1 Kumpulan Bijirin (Aras 1) 21
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
11/28
ix
2.3.2 Kumpulan Sayur-sayuran dan Buah-buahan 22
(Aras 2)
2.3.3 Kumpulan Susu dan Hasil-hasil susu (Aras 3) 22
2.3.4 Lemak, Minyak dan Gula (Aras 4) 23
2.4 Sosioekonomi Keluarga 23
2.5 Jantina 24
2.6 Amalan Pemakanan 25
2.7 Kesihatan Remaja 26
2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang 29
2.9 Penutup 31
3 METADOLOGI KAJ IAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Tempat Kajian 33
3.4 Populasi Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 34
3.6 Kajian Rintis 35
3.7 Prosedur Kajian 37
3.8 Analisis Data 37
3.9 Penutup 38
4 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI DATA
4.1 Pengenalan 394.2 Latar Belakang Responden 404.3 Persoalan Kajian 1 : Kekerapan Pengambilan 42
Makanan di Kalangan Responden
4.4 Persoalan Kajian 2 : Jenis-jenis Makanan Yang 44Sering Diambil Oleh Responden Pada Setiap Hari
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
12/28
x
4.5 Persoalan Kajian 3 : Amalan Pemakanan Yang 47Seimbang Oleh Responden Pada Setiap Hari
4.6 Penutup 52
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN5.1 Pengenalan 53
5.2 Rumusan 53
5.2.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 54
5.2.2 Bahagian B : Persoalan Kajian 55
5.3 Perbincangan 56
5.3.1 Latar Belakang Responden 57
5.3.2 Kekerapan Pengambilan Makanan 58
Di Kalangan Responden
5.3.3 Jenis-jenis Makanan Yang Di ambil Oleh 59
Responden
5.3.4 Amalan Pemakanan Yang Seimbang 61
5.4 Cadangan
5.4.1 Cadangan Kepada Remaja 63
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.5 Penutup 64
RUJ UKAN 66
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
13/28
xi
SENARAI J ADUAL
NO J ADUAL TAJ UK MUKA SURAT
2.1 Jumlah Nutrisi Yang Diperlukan 142.2 Peruntukan Tenaga Harian Yang Disarankan 152.3 Menunjukkan Tenaga Yang Diperlukan Oleh 24
Remaja Lelaki dan Perempuan
3.1 Pekali Alpha Conbach 36
4.1 Profil Responden 41
4.2 Kekerapan Pengambilan Makanan 43
4.3 Jenis Makanan Karbohidrat 44
4.4 Jenis Makanan Vitamin / Pelawas 45
4.5 Jenis Makanan Protein / Garam Mineral 46
4.6 Jenis Makanan Sampingan 46
4.7 Amalan Pemakanan Yang seimbang 49
4.8 Amalan Pemakanan Yang Tidak Seimbang 51
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
14/28
xii
SENARAI RAJ AH
NO RAJ AH TAJ UK MUKA SURAT
2.1 Piramid Makanan 21
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
15/28
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
FELDA Federal Land Development Authority
FSR Fakulti Sains dan Rekreasi
MASO Malaysian Association for the Study of Obesity
NSM Nutrition Society of Malaysia
PLKN Program Latihan Khidmat Negara
SPSS Statistical Package of Social Science.
% Peratus
f Frekuensi
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
16/28
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJ UK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 69
B Surat Menjalani Projek Sarjana Muda (PSM) 74
C Pengesahan Soal Selidik Projek Sarjana Muda 75
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
17/28
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau
cecair. Makanan mempunyai ciri-ciri seperti bentuk, rupa, warna, bau, rasa dan tekstur
yang berbeza. Peranan makanan adalah untuk memenuhi keperluan fisiologi, psikologi
dan sosial. Nutrien-nutrien dan bahan makanan memenuhi fungsi fisiologi seperti
pembinaan sel tubuh, tumbesaran dan pemulihan, membekalkan tenaga dan haba,
memelihara dan mengawal proses tubuh.
Menurut Fatimah Jailani (2002), Dalam peranan psikologi, makanan sering
menjadi lambang kasih sayang dan keselamatan. Makanan juga diambil untukmenghilangkan perasaan sunyi, bosan atau sedih. Emosi juga boleh menyebabkan
seseorang tidak berselera untuk makan. Dalam banyak situasi sosial seperti pergaulan
antara ahli keluarga dan menziarahi kawan atau saudara-mara, makanan sering menjadi
tumpuan utama. Peranan makanan juga penting bagi melambangkan status
sosioekonomi keluarga.
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
18/28
2
Corak diet dan keperluan pemakanan tiap-tiap individu dari semasa masih bayi
hingga dewasa adalah berbeza mengikut aras sukatan badan mereka. Dengan itu jika
keperluan pemakanan tidak dipenuhi, mungkin kerana kurangnya pengetahuan tentang
hal ini, ia boleh menyebabkan kesihatan merosot dan senang diserang penyakit.
Phuah Kooi Ean (2006), menyatakan bahawa para remaja mempunyai keperluan
pemakanan yang lebih dalam pelbagai bidang. Peringkat remaja adalah peringkat di
mana aktiviti-aktiviti jasmani , hayat, emosi, sosial, ubah suai dan tekanan pada taraf
yang tertinggi dan disertai oleh kesedaran tentang perubahan tubuh badan berlaku.
Apabila lelaki dan perempuan mencapai peringkat ini keperluan tenaga dan zat-zat
makanan mereka meningkat dengan cepat. Perempuan remaja memerlukan 2200 hingga
2500 kalori tenaga sementara lelaki pula memerlukan 3000 hingga 3400 kalori. Remaja
pada peringkat sedang membesar dan matang ini banyak menghabiskan masa mereka di
luar rumah seperti mengerjakan aktiviti-aktiviti sekolah, kerja rumah dan aktiviti sosial.
Dari itu mereka memerlukan keperluan kalori yang berlebihan untuk menjaga keadaan
jasmani mereka. Corak makanan keluarga dikira sempurna bagi remaja dan ditambah
saiz hidangan itu jika perlu untuk membekalkan tambahan protein , besi dan kalsium.
Makanan yang kita makan selalu diubah untuk menghasilkan tenaga dan
digunakan oleh seluruh sistem tisu badan untuk memenuhi beberapa fungsi. Kegunaan
tenaga ini, bukanlah sahaja untuk menjalankan aktiviti fizikal,seperti berjalan atau
berlari tetapi sama juga kepentingannya iaitu untuk meneruskan proses pertumbuhan,
perkembangan dan juga pembaikan semula segala tisu yang mengalami kerosakan biasa.
Di sepanjang kehidupan kita, tisu badan sentiasa terurai dan digantikan dengan sel-sel
baru untuk mengekalkan kesihatan dan meneruskan proses kehidupan. Kita patut
menerima secukupnya bekalan makanan untuk memenuhi keperluan tenga tubuh kita.
Sebaliknya kalau kita makan terlalu banyak makanan, bahan yang berlebihan ini akan
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
19/28
3
disimpan di dalam beberapa bahagian badan kita seperti punggung, muka, kulit di
hadapan perut, lengan dan kaki. Hal ini akan menambahkan berat badan kita.
Pemakanan yang sihat adalah pemakanan seimbang mengikut piramid makanan
yang disarankan oleh kementerian Kesihatan Malaysia. Menurut Suriati dan rakan-
rakan (1993) , makanan seharusnya memenuhi kriteria seperti seimbang dan sederhana,
pelbagai, mencukupi dan mempunyai kalori yang terkawal. Diet seimbang adalah sajian
makanan yang mengandungi bahan-bahan dan zat-zat makanan dalam kuantiti yang
cukup dalam kadar yang betul yang mengekalkan kesihatan dan menggalakkan
tumbesaran. Hidangan ini perlu mengandungi nutrien seperti protein, lemak, karbohidrat
, vitamin , mineral , air dan pelawas yang mencukupi.
Menurut U.S.Food and Drug Administration dalam Suriati dan rakan-rakan
(1993), pemakanan yang sihat ialah makanan seimbang yang mengandungi 6-11
hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi ,3-5 hidangan daripada
kumpulan sayuran, 2-4 hidangan daripada kumpulan buah-buahan, 2-3 hidangan
daripada kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang, 2-3 hidangan daripada
kumpulan hasilan tenusu iaitu susu , keju dan dadih. Manakala lemak dan minyak
hendaklah diambil sedikit yang mungkin.
Menurut Suriati dan rakan-rakan (1993), karbohidrat adalah makanan yang kaya
dengan gula dan kanji seperti nasi, mi dan makanan bijirin. Makanan-makanan ini dapat
membekalkan tenaga kepada badan dan minda. Remaja perlu mengelakkan memakan
makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi kerana gula yang berlebihan ini
akan disimpan di dalam badan sebagai lemak. Ini boleh menyebabkan pertambahan
berat badan yang akan menyumbang kepada penyakit. Ubi keledek dan kentang juga
merupakan pilihan yang bagus. Makanan ini dapat memberi sumber tenaga yang utama
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
20/28
4
dan ia juga mengandungi sejenis karbohidrat khas yang dipanggil serat, yang amat
penting untuk kesihatan.
Menurut Zainab (2001), diet sihat mengandungi semua zat makanan (nutrien)
yang penting dan tenaga yang perlu bagi mencegah kekurangan dan kelebihan zat
makanan dan menjaminkan kesihatan. Diet sedemikian boleh didapati dari pelbagai
makanan yang mudah didapati, mampu dibeli dan dinikmati oleh sesiapa sahaja.
Makanan yang baik bukan sahaja kelihatan menarik dan menyelerakan tetapi juga mesti
seimbang. Ini bermakna makanan kita perlu mengandungi kesemua tujuh kelas
makanan dalam kadar yang betul dan sejajar dengan keperluan tubuh badan. Makanan
kita perlu mengandungi protein untuk tumbesaran, karbohidrat dan lemak untuk tenaga,
makanan tambahan lain seperti vitamin, mineral dan air untuk kesihatan.
Oleh itu para remaja yang merupakan generasi masa akan datang perlu
menitikberatkan mengenai diet seimbang dalam kehidupan seharian. Perkara ini adalahpenting untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cerdas di masa-masa akan datang.
1.2 Latar Belakang Masalah
Apabila kita membeli-belah di pasar raya, kita dapat melihat pelbagai jenis
produk makanan yang mengandungi khasiat semula jadi, diperkaya atau lain-lain
makanan alternatif yang menyihatkan. Pengeluar makanan telah membuat pelaburan
yang tinggi untuk mengukuhkan nilai pemakanan produk mereka. Malah, restoran
mamak juga turut menawarkan versi kurang manis untuk minuman kegemaran kita.
Industri makanan sudah memulakan trend baru bagi memenuhi permintaan yang
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
21/28
5
semakin meningkat terhadap keperluan pengguna yang prihatin terhadap kesihatan
mereka.
Walaupun ini adalah satu perubahan yang baik, keperluan terhadap pasaran
remaja perlu juga diambil perhatian. Dengan kuasa membeli dan kebebasan yang
dimiliki, para remaja kini membuat pilihan mereka sendiri apa yang perlu dibeli atau
dimakan. Malangnya, pilihan yang dilakukan kebiasaannya terdiri daripada diet tinggi
kalori, lemak tepu dan trans, gula dan garam halus. Pengambilan buah-buahan, sayur-
sayuran, bijirin dan kalsium pula lebih kurang.
Kesan pemilihan makanan yang tidak sihat dan tabiat makan yang buruk dapat
dilihat di seluruh dunia. Di mana-mana sahaja, terdapat sebilangan remaja yang
mengalami masalah malnutrisi/kekurangan zat makanan yang teruk. Sama ada terlebih
atau kurang khasiat pemakanan. Perkara ini boleh menyebabkan penyakit yang mampu
menjejaskan kualiti kehidupan mereka dan dalam kes-kes yang lebih teruk mengancam
nyawa.
Menurut Dr. Poh Bee Koon (2007), Profesor Madya di Jabatan Pemakanan &
Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia merangkap ahli majlis Persatuan Kajian
Obesiti Malaysia (MASO) 21.4 peratus di kawasan bandar dan 16 peratus di kawasan
luar bandar menghadapi masalah berat badan berlebihan. Sebanyak 6 peratus remaja
telah dimasukkan ke hospital disebabkan oleh diabetes dan angka ini semakin meningkat
(Utusan Malaysia, 15 Julai 2007)
Teng Yu Yuet, Ketua Pakar Diet di Pusat Perubatan Sunway menjelaskan, zaman
remaja adalah satu tempoh pertumbuhan yang pesat di mana keperluan pemakanan
adalah amat penting. Kegagalan untuk memenuhi keperluan ini akan menyebabkan
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
22/28
6
kekurangan zat pemakanan, dan kebanyakannya adalah kalsium dan zat besi. Kajian
tempatan yang telah dijalankan menunjukkan lebih dari 70 peratus di kalangan remaja
mungkin tidak mengambil makanan yang kaya dengan kalsium secukupnya. Tambahan
pula, 22 peratus remaja luar bandar telah dilaporkan mengalami anemik.
Terdapat satu kes di mana seorang remaja, Mohd. Said Ibrahim, 19, gagal untuk
mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akibat mempunyai masalah berat
badan yang berlebihan. Remaja tersebut terpaksa menjalani pemeriksaan kesihatan
secara terperinci oleh doktor dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) dengan
bantuan pegawai perubatan pusat kesihatan UiTM serta menjalankan Program
Penurunan Berat Badan di UiTM tersebut. Sebelum program ini dijalankan, semua data
mengenai latar belakang, corak pemakanan serta tahap kecergasan Mohd. Said perlu
diambil. Mohd. Said mempunyai peluang kedua untuk mengikuti PLKN sekiranya dia
dapat mengurangkan berat badan daripada 250 kg kepada 180 kg (Utusan Malaysia, 24
Mei 2007)
Menurut Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr. Tee E Siong,
keadaan di Malaysia agak runcing. Remaja-remaja Malaysia mengalami masalah berat
badan yang berlebihan dan obesiti kesan daripada diet yang buruk serta kurang
menjalani aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan risiko penyakit seperti diabetes jenis 2
, penyakit jantung dan strok (Utusan Malaysia, 15 Julai 2007)
Faktor yang mempengaruhi amalan pemakanan adalah amat penting dan berguna
jika ianya dikaji secara terperinci dan berterusan terutamanya bagi memastikan
wujudnya generasi yang sihat secara berterusan di negara ini khususnya di FELDA. Dari
pemerhatian saya, kebanyakkan remaja Felda Bukit Ramun, Kulai memiliki badan yang
besar daripada tahap umur mereka. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor yang boleh
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
23/28
7
membuatkan mereka menjadi seperti sedemikian. Perkara yang paling utama dalam hal
tersebut adalah berkaitan tentang amalan pemakanan mereka seharian. Isu-isu berkaitan
dengan makanan dan pemakanan ini melibatkan interaksi budaya, sosial, ekonomi dan
psikologi yang kompleks. Baik buruk taraf pemakanan ini berpunca daripada corak
pemakanan yang diamalkan. Tabiat makan yang buruk boleh membawa kepada keadaan
kesihatan yang tidak sihat seperti kegemukan atau berkemungkinan meningkatkan risiko
terhadap penyakit-penyakit lain seperti diabetes, sakit jantung ataupun tekanan darah
tinggi.
Hal ini amat penting untuk para remaja supaya mereka dapat menjaga dan
mengamalkan amalan pemakanan yang betul dan sihat. Sikap yang mementingkan
amalan pemakanan yang salah boleh menyebabkan kesihatan tubuh badan seseorang
terjejas. Ini kerana tubuh badan yang sihat dapat meningkatkan ketahanan serta
kecergasan mental dan fizikal. Begitu juga sebaliknya, jika tahap kesihatan tubuh badan
rendah, ia akan menyebabkan seseorang tidak bermaya dan tidak mempunyai semangat
yang tinggi untuk belajar mahupun menjalankan aktiviti seharian. Kajian ini dibuat
untuk mengenalpasti amalan pemakanan remaja pada masa kini supaya dapat
mengamalkan amalan pemakanan yang betul dan sihat kerana remaja adalah generasi
yang menjadi tunggak untuk negara di masa hadapan.
1.3Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dihuraikan, penyelidik
ingin membuat kajian mengenai amalan pemakanan dikalangan remaja yang tinggal di
kawasan Felda Bukit Ramun Kulai, Johor.
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
24/28
8
1.4Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti
i. Kekerapan pengambilan makanan dikalangan remaja di kawasan Felda BukitRamun, Kulai.
ii. Jenis makanan yang sering diambil oleh remaja yang tinggal di kawasan FeldaBukit Ramun, Kulai.
iii. Pemakanan seimbang yang diamalkan oleh remaja yang tinggal di kawasanFelda Bukit Ramun,Kulai.
1.5Persoalan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa persoalan yang
berkaitan dengan amalan pemakanan di kalangan remaja yang tinggal di kawasan Felda
Bukit Ramun. Diantaranya ialah
i. Bagaimanakah kekerapan pengambilan makanan dikalangan remaja yang tinggaldi kawasan Felda Bukit Ramun, Kulai.
ii. Apakah jenis makanan yang sering diambil oleh remaja yang tinggal di kawasanFelda Bukit Ramun, Kulai.
iii. Adakah remaja yang tinggal di kawasan Felda Bukit Ramun,Kulai,mengamalkan pemakanan yang seimbang setiap hari.
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
25/28
9
1.6Kepentingan Kajian
Kajian ini dapat memberi faedah kepada semua terutamanya kepada individu,masyarakat dan negara.
1.6.1 Kepada Individu
Pengetahuan tentang kepentingan mengamalkan corak pemakanan yang betul
serta meningkatkan kesedaran individu berhubung corak pemakanan yang betul supaya
dapat menjaga kesihatan dengan baik dan sempurna.
1.6.2 Kepada Masyarakat
Maklumat ini meningkatkan lagi kefahaman masyarakat tentang kepentingan
corak pemakanan yang betul dikalangan generasi yang menjadi tunggak negara untuk
masa hadapan. Perancangan menu dalam pengambilan makanan diet harian akan dapat
meningkatkan mutu dan taraf kehidupan di sesebuah negara. Segala perancangan ini
dapat dikawal oleh ibu bapa, guru-guru dan lain-lain untuk membentuk sebuah
masyarakat yang bebas dari masalah kesihatan.
1.6.3 Kepada Negara
Maklumat dalam kajian ini dapat menerangkan kepada badan-badan kerajaan
contohnya seperti Kementerian Kesihatan atau lain-lain tentang kepentingan corak
pemakanan dikalangan remaja. Menjelang menuju ke arah satu negara yang maju,
negara kita memerlukan ramai tenaga yang cerdik pandai dan sihat dari segi fizikal dan
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
26/28
10
mental untuk memastikan hasrat negara tercapai. Mereka adalah para remaja iaitu
generasi muda sebagai tinggak masa hadapan negara.
1.7Skop Kajian
Kajian ini dijalankan hanya keatas remaja-remaja yang tinggal di kawasan Felda
Bukit Ramun, Kulai, Johor. Kesemua remaja yang tinggal di kawasan Felda Bukit
Ramun adalah berbangsa melayu.Kajian ini tertumpu kepada remaja yang berusia diawal
peringkat remaja iaitu antara 13 hingga 15 tahun.
1.8Definisi Istilah
Terdapat beberapa istilah yang boleh diperjelaskan untuk menerangkan dengan
lebih tepat menurut kehendak serta keperluan yang akan dibincangkan dalam kajian ini
nanti.
1.8.1 Amalan
Menurut kamus komprehensif amalan dimaksudkan dengan kebajikan atau
perbuatan yang diterapkan,perbuatan praktis.
1.8.2 Pemakanan
Beberapa siri proses yang melaluinya organisma mengambil dan mencerna
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
27/28
11
makanan untuk merangsangkan tumbesaran, memberikan tenaga, menggantikan tisu
lama atau yang rosak dan mencegah setengah-setengah penyakit.(J ohn T.R Nickerson
et.al 1989)
1.8.3 Amalan pemakanan
Amalan pemakanan ialah bagaimana manusia mengambil makanan termasuk
cara makanan dipenuhi, disediakan dan dipilih. Ia juga berkaitan dengan pemilihan
pengambilan makanan yang ada (Kitter and Sucker 1989). Dalam kajian ini, amalan
pemakanan merujuk kepada perbuatan, tingkahlaku atau cara responden memenuhi
pengambilan makanan harian
1.8.4 Makanan
Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005), menyatakan makanan adalah
Sesuatu yang boleh dimakan, bahan-bahan makanan. Di dalam kajian ini, makanan
dikaitkan dengan jenis makanan yang diambil oleh para remaja di kawasan Felda Bukit
Ramun,Kulai.
1.8.5 Diet
Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005), diet didefinisikan
sebagai jenis makanan yang sesuai dan biasa dimakan mengikut keadaan, tempat,
masyarakat dan cita rasa.
-
7/29/2019 AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.
28/28
12
1.8.6 Nutrien
Sebatian kimia yang mempunyai tugas-tugas khas dalam menyuburkan badan
(Phuah Kooi Ean 2006)
1.8.7 Remaja
Menurut kamus Zaba, remaja bermaksud akil baligh , cukup umur, orang yang
berumur dalam lingkungan 12-21 tahun. Dalam kajian ini remaja adalah responden yang
diperlukan untuk menjawab permasalahan yang ingin dikaji.
1.8.8 Obesiti
Menurut Phuah Kooi Ean (2006), obesiti adalah keadaan di mana pengumpulan
lemak berlebihan daripada biasa di dalam badan untuk sesuatu peringkat umur, jantina
dan bentuk badan. Di dalam kajian ini, obesiti berkaitan dengan masalah yang dihadapi
oleh kebanyakan remaja pada masa kini.
1.9Penutup
Secara keseluruhan, bab 1 ini mengandungi pengenalan kepada kajian yang akan
dijalankan oleh penyelidik iaitu mengenai tajuk amalan pemakanan. Antara perkara-
perkara yang terkandung adalah latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif
kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan definisi istilah.