Amali 1 Mengkaji kehadiran gula penurun Sains Am 2 DVM 2016
-
Upload
harzana-harun -
Category
Science
-
view
316 -
download
18
Transcript of Amali 1 Mengkaji kehadiran gula penurun Sains Am 2 DVM 2016
KOD DAN NAMA PROGRAM SAINS AM 2 [WSA6022]
SEMESTER 2
NO DAN TAJUK MODUL MODUL 1: KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL
STANDARD PEMBELAJARAN 1.2 Menganalisis karbohidrat
TUJUAN1.2.3 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kehadiran gula penurun.
NO KOD WSA6022 Muka: 1 Drp: 3
NAMA PELAJAR
KURSUS
NO. KAD PENGENALAN
TARIKH
KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWIJALAN BATU ASAH, 07000 LANGKAWI, KEDAH
PENILAIAN : AMALI 1
JUMLAH MARKAH
10
2
Amali 1 : Mengkaji Kehadiran Gula Penurun
Tujuan:Membezakan gula penurun dengan gula bukan penurun.
Pernyataan Masalah:Apakah beza di antara gula penurun dengan gula bukan penurun?
Hipotesis: [1 markah]
Pemboleh ubah:a) Pemboleh ubah yang dimanipulasi :
b) Pemboleh ubah yang bergerak balas :
c) Pemboleh ubah yang dimalarkan : [3 markah]
Bahan
Larutan Benedict, asid hidroklorik cair, serbuk natrium hidrogen karbonat (NaHCO₃), larutan glukosa
10% dan larutan sukrosa 10%
RadasTabung uji, bikar, pemegang tabung uji, penitis, silinder penyukat dan kukus air
3
Prosedur:
1. Campurkan 2 m larutan Benedict ke dalam larutan glukosa yang sama isi padunya dalam
satu tabung uji [Rajah 4.1 (a)].
2. Goncang campuran tersebut dan panaskan tabung uji tersebut dengan merendamkannya di
dalam bikar berisi air mendidih (kukus air) untuk beberapa minit [Rajah 4.1 (b)].
3. Perhatikan warna mendakan yang terbentuk (sekiranya ada).
4. Ulang ujian dengan menggantikan larutan glukosa dengan larutan sukrosa.
5. Sekiranya larutan sukrosa menghasilkan keputusan negatif, eksperimen diteruskan dengan
menggunakan satu lagi sampel larutan sukrosa. Kali ini, tambahkan larutan sukrosa tersebut
ke dalam 1 m larutan asid hidroklorik cair dan didihkan di dalam kukus air untuk beberapa
minit.
6. Biarkan campuran tersebut sejuk.
7. Tambahkan sedikit serbuk natrium hidrogen karbonat (NaHCO₃) untuk meneutralkan asid.
8. Ulang langkah 1 hingga 3 apabila pembuakan berhenti.
9. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual berikut.
[tukar kepada ayat pasif = 2 markah]
Keputusan:
Gula Pemerhatian Inferens
Glukosa
[1 markah] [1 markah]
Sukrosa (tanpa
asid hidroklorik
cair)
[1 markah] [1 markah]
Sukrosa (dengan
asid hidroklorik
cair)
[1 markah] [1 markah]
4
Perbincangan:1. Apakah maklumat yang diperoleh daripada keputusan yang dicapai?
[1 markah]
2. Apakah kesan asid hidroklorik cair terhadap sukrosa?
[1 markah]
3. Kelaskan gula glukosa dan sukrosa berdasarkan sifat-sifatnya dalam eksperimen ini.
Glukosa Sukrosa
.
[2 markah] [2 markah]
Kesimpulan:
[ 2 markah]