AMALI 3

14
AMALI/TUGASAN 3 TEORI EVOLUSI DAN PENGELASAN BERDASARKAN ANALISIS DNA BAHAGIAN A: i. Jelaskan, apa yang anda faham tentang teori evolusi. - Evolusi merupakan satu proses perubahan makhluk hidup secara bertahap dan membutuhkan waktu yang lama dari bentuk yang sederhana, menjadi bentuk yang lebih kompleks. - Perubahan tersebut memerlukan waktu jutaan tahun agar perubahan tersebut nampak lebih jelas. - Terdapat dua jenis evolusi, iaitu: Evolusi Progresif dan Evolusi Regresif (retrogresif). - Evolusi Progresif merupakan evolusi yang menuju pada kemungkinan menjadi punah. - Pada fahaman saya, alam sekitar mempunyai pengaruh pada ciri-ciri atau sifat yang diwariskan. - Menurut Lamarck, bahagian tubuh makhluk hidup dapat berubah baik cirri, sifat dan ciri- cirinya kerana pengaruh lingkungan hidupnya. Teori yang dikemukakan Lamarck tersebut dikeal sebagai “use and diuse”

description

AMALI 3 BIODIVERSITI

Transcript of AMALI 3

AMALI/TUGASAN 3TEORI EVOLUSI DAN PENGELASAN BERDASARKAN ANALISIS DNA

BAHAGIAN A:i. Jelaskan, apa yang anda faham tentang teori evolusi.

Evolusi merupakan satu proses perubahan makhluk hidup secara bertahap dan membutuhkan waktu yang lama dari bentuk yang sederhana, menjadi bentuk yang lebih kompleks. Perubahan tersebut memerlukan waktu jutaan tahun agar perubahan tersebut nampak lebih jelas. Terdapat dua jenis evolusi, iaitu: Evolusi Progresif dan Evolusi Regresif (retrogresif). Evolusi Progresif merupakan evolusi yang menuju pada kemungkinan menjadi punah. Pada fahaman saya, alam sekitar mempunyai pengaruh pada ciri-ciri atau sifat yang diwariskan. Menurut Lamarck, bahagian tubuh makhluk hidup dapat berubah baik cirri, sifat dan ciri-cirinya kerana pengaruh lingkungan hidupnya. Teori yang dikemukakan Lamarck tersebut dikeal sebagai use and diuse Lamarck mengambil contoh mengenai panjang leher zirafah. Menurutnya, nenek moyang zirafah dahulu berleher pendek. Pada suatu ketika terjadilah bencana kekeringan sedemikian rupa sehingga zirafah hanya dapat memperoleh makanan dengan mengambil daun-daun yang ada di pepohon. Oleh kerana sering mengambil daun- daun dipohon untuk dimakan, akhirnya leher zirafah tertarik dan makin lama, makin panjang. Akhirnya sifat perolehan yang baru iaitu leher panjang diwariskan pada generasi-generasi berikutnya sehingga zirafah sekarang berleher panjang. Namun sebaliknya, bagi keturunan zirafah yang tidak beradaptasi baik dengan lingkungan, maka ia akan mengalami kemunduran.

Gambar 1: Teori Lamarck mengenai zirafah.

ii. Berdasarkan pengalaman anda dan pencarian maklumat tentang teori evolusi, nyatakan pendapat anda tentang teori ini. Berikan justifikasi untuk pilihan pendapat anda.

Evolusi merupakan proses perubahan makhluk hidup secara lambat dalam waktu yang sangat lama, sehingga berkembang menjadi berbagai spesies baru yang lebih lengkap struktur tubuhnya. Menurut Charles Darwin, evolusi berlangsung dengan adanya proses seleksi alam ( natural selection). Ini merupakan proses pemilihan yang dilakukan oleh alam terhadap variasi makhluk hidup di dalamnya. Hanya makhluk yang memiliki variasi sesuai dengan lingkungan yang bisa bertahan hidup, sedangkan yang tidak sesuai akan punah. Organisma yang boleh hidup inilah yang selanjutnya akan mewariskan sifat-sifat yang sesuai dengan lingkungan pada generasi berikutnya. Charles Darwin telah menyatakan bahawa zirafah pada mulanya ada yang berleher panjang dan ada yang berleher pendek. Zirafah yang berleher pendek tidak mampu bertahan hidup kerana kalah dalam berkompetisi dengan jerapah berleher panjang untuk memperoleh makanan berupa dedaun pada pohon yang tinggi. Akibatnya populasi zirafah berleher pendek menjadi punah dan tinggal populasi zirafah yang berleher panjang di mana ia mampu bertahan hidup di lingkungannya (Hukum survival of the fittest). Oleh kerana mampu bertahan hidup, maka zirafah tersebut mampu membiak dan mewariskan sifat adaptatif iaitu leher panjang pada generasi yang berikut. Itulah sebab zirafah sekarang berleher panjang.

Zirafah yang berleher panjang dapat bertahan hidup, sedangkan yang pendek punah.

Gambar 2: Gambar mekanisme evolusi menurut Darwin.

Gambar 3: Perbandingan antara Lamarck dengan Charles Darwin

Berdasarkan kedua-dua teori ini, saya berpendapat bahawa proses evolusi amat bergantung pada alam sekitar benda hidup tersebut. Makhluk hidup mencuba sedaya upaya untuk mengadaptasikan diri dengan alam sekitar supaya dapat terus hidup di alam ini. Saya memilih teori ini kerana saya bersetuju bahawa spesies yang ada sekarang ini berasal dari spesies yang hidup di masa lampau dan evolusi terjadi melalui proses seleksi alam.iii) Bagaimanakah anda boleh menyakinkan anak-anak murid anda bahawa sebahagian teori evolusi tidak bercanggah dengan mana-mana kepercayaan/pegangan agama manusia?Ramai orang berpendapat teori evolusi adalah amat bercanggah dengan kepercayaan agama atau anutan manusia. Mereka beranggapan, dengan menerima teori tersebut ianya seakan akan menolak kewujudan Tuhan serta beranggapan jika teori evolusi ini diterima maka sepertinya tidak wujud sifat kesempurnaan tuhan dalam penciptaan. Apabila membuka perbincangan tentang Evolusi, rata-rata respon yang diterima adalah bersifat negatif dan amat tidak bersetuju dengan pandangan dan hasil kajian yang telah dibuat oleh Charles Darwin. Lebih mendukacitakan apabila perbincangan tersebut menjadi terlebih emosi dari rasional. Memang tidak dinafikan mungkin sebahagian daripada pandangan atau pendapat tersebut tidak harus diterima secara terus, namun menolak keseluruhannya tanpa membuat kajian yang lebih mendalam adalah tidak bertetapan.Teori evolusi adalah bersandarkan kepada proses perubahan sesuatu organisma sama ada dari segi sifat luaran atau perubahan dari sudut genetik dalam tempoh jangkamasa tertentu yang melibatkan ribuan atau jutaan tahun. Evolusi organisma hidup ini adalah bertujuan untuk mengadaptasikan diri dengan keadaan semasa sama ada ianya dipengaruhi oleh faktor persekitaran atau perkembangan aktiviti seksual antara organisma hidup.Organisma hidup perlu berubah kerana faktor keadaan sekeliling yang mengalami perubahan, jika organisma tersebut tidak berevolusi mungkin ia tidak akan dapat mengekalkan spesisnya untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti yang berlaku kepada beberapa spesis haiwan dan tumbuhan sebagaimana yang telah kita ketahui hampir pupus atau telah lenyap dari muka bumi. Kini, manusia telah berjaya melakukan evolusi terhadap pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan dengan teknologi cross-breed (kahwin campur).Sebagai contoh, lembu dikahwinkan dengan seladang, melahirkan satu baka yang lain iaitu selembu. Begitu juga dalam teknologi pertanian, beberapa spesis tumbuhan telah mengalami evolusi kepada baka jenis baru apabila baka asal tumbuhan tersebut telah dikacukkan dengan baka dari tumbuhan jenis yang sama atau dari tumbuhan jenis lain untuk menghasilkan tumbuhan baru yang lebih produktif, tahan lasak serta dapat hidup pada suhu suhu yang tertentu yang mana pada keadaan asalnya adalah mustahil. Maka saya akan menggunakan contoh-contoh tersebut untuk menyakinkan anak-anak murid saya bahawa sebahagian teori evolusi adalah tidak bercanggah dengan mana-mana kepercayaan atau pegangan agama manusia. Ini adalah kerana evolusi juga telah membawa kebaikan kepada kehidupan manusia terutamanya dalam sektor pertanian.

BAHAGIAN B .

i.Pengelasan organism bukan sahaja dilakukan melalui ciri morfologinya tetapi juga melalui analisis DNA. Sehubungan itu, huraikan teknik pengelasan organism hidup dengan caraa.sistematik molekul

Sistematik molekul dalam pengelasan organism hidup adalah merujuk kepada ciri-ciri biokimianya. Perkembangan ilmu pengetahuan telah mendorong perkembangan pengelasan makhluk hidup. Ertinya, tidak hanya ciri-ciri yang mudah diamati saja digunakan untuk pengelasan tetapi dapat juga berdasarkan sifat biokimia dalam tubuh makhluk hidup tersebut. Sifat biokimia ini dimulai dari molekul, DNA dan membran sel yang dapat digunakan sebagai dasar pengelompokan atau pengelasan. Pengecaman organisma menggunakan teknik molekul selalunya menggunakan urutan 16Ss rDNA. Peringkat-peringkatnya bermula dengan mengekstrak genom DNA diikuti dengan amplifikasi PCR( Polymerase chain Reaction), menulenkan dna membuat urutan amplicon 16Ss rRNA dan akhirnya memperolehi urutan penuh organism menggunakan program dot plot.

b.bioinformatik.

Bio-informatik merupakan bidang yang mengaplikasikan teknologi komputer dalam pengurusan maklumat-maklumat biologi. Komputer digunakan untuk memperolehi, menyimpan, menganalisis dan mengintegrasikan maklumat biologi dan genetik yang dapat digunakan dalam pengumpulan maklumat berkenaan penghasilan ubat-ubatan berasaskan gen dan pembangunan perisian. Bioinformatik teah digunakan oleh Pauline Hogeweg pada tahun 1978 untuk merujuk kepada kajian pemprosesan maklumat sistem biotik. Definasi ini mengiktiraf bioinformatik selaras dengan bidang biofizik dan biokimia. Antara jenis maklumat biologi yang diproses dan dikaji pada permulaan era bioinformatik ialah pembentukan struktur interaksi sosial yang kompleks dengan menggunakan peraturan mudah seperti tingkah laku yang akan dikumpulan untuk penyelenggaraan dalam model evolusi prebiotik. Pada permulaan revolusi genomik, bioinformatik dirujuk semula sebagai penciptaan dan penyelenggaraan pangkalan data untuk menyimpan maklumat biplogi seperti ini bukan sahaja melibatkan isu-isu berkenaan reka bentuk sistem tetapi juga pembangunan antara muka yang kompleks yang membolehkan penyelidik mengakses data yang sedia ada serta mengemukakan data baru atau disemak semula. Dalam mengkaji aktiviti sel biasa dalam penyakit yang berbeza, data biologi mesti digabungkan untuk membentuk gambaran yang menyeluruh. Perkembangan dalam bioinformatik menjadikan tugas utama dalam bidang ini adalah untuk menganalisis dan mentafsir data yang terdiri daripada urutan asid amino, nukleotida, domain protein, dan struktur protein.Keperluan dalam keupayaan-keupayaan bioinformatik telah menurun semenjak maklumat genom boleh diperolehi secara mudah hasil dari Projek Genom Manusia. Matlamat dalam projek ini ialah untuk memasttikan turutan dalam keseluruhan gen-gen manusia (mendekati tiga billion pasangan pasangan asas) boleh dicapai pada tahun 2002. Bioinformatik sangat diperlukan untuk memahami penyakit-penyakit manusia dan pengenalpastian target-target molekul baru untuk pencarian dadah penyembuhnya. Semenjak memahami kepentingan ini, banyak university-universiti, institusi-institusi kerajaan dan syarikat-syarikat farmasi membentuk kumpulan-kumpulan bioinformasi , yang disertai ahli biologi dan saintis komputer. Kumpulan-kumpulan seperti ini membeolehkan maklumat secara besar-besaran dapat dijana. ii.DNA umpama kunci dalam pengecaman identity organisma. Apakah kelebihan dan kekuranga menggunakan DNA dalam pengecaman organism hidup.

DNA ialah singkatan kepada asid deoksiribonukleik, Ia Merupakan satu molekul penting bagi semua sel hidup.Menurut Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Pasca Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Dr Zafarina Zainuddin, DNA ialah sejenis molekul yang terdapat dalam semua sel, kecuali sel darah merah. Ia adalah molekul yang menyimpan kod genetik yang menentukan semua ciri-ciri manusia seperti warna kulit, mata, jenis rambut dan sebagainya.DNA bagi setiap individu di atas muka bumi ini adalah unik iaitu berbeza antara satu sama lain kecuali bagi kembar seiras. Inilah sebabnya ujian DNA digunakan dalam penyelesaian banyak kes jenayah atau bagi penentuan keturunan khususnya untuk kes perebutan anak (yang tidak diketahui bapanya) seperti kerap terjadi di negara Barat.Kebaikan mengguna DNAKebaikan menggunakan DNA dalam pengecaman organism hidup. Pemprofilan DNA adalah satu kaedah yang digunakan secara meluas dimakmal makmal forensik diseluruh dunia. Ia digunakan bagi menentukan samada sesuatu bahan bukti biologi yang ditemui ditempat kejadian jenayah mempunyai hubungkait dengan suspek atau tidak. Kaedah mengenalpasti identiti ini juga dipergunakan kepada penentuan hubungan kekeluargaan, mengenalpasti status anak yang dicurigai dan kes-kes jenayah seperti rogol dan pembunuhan.

Keburukan Mengguna DNA

Manipulasi gen dalam bidang pertanian dan penternakan akan menghasilkan haiwan dan tumbuhan transgenik yang bermutu tinggi. Tetapimasalah sosial dan ekonomi akan timbul jika tidak ada pengawalan daripadapihak yang bertanggungjawab.

Teknologi DNA akan akan memberikan kita pemahaman yanglebih mendalam tentang diri kita. Namun begitu akan ada pihak yang akanmenyalahgunakan pemahaman ini yang boleh menimbulkan banyak isumoral yang kontroversi seperti percubaan untuk menentukan keadaan rupabentuk fizikal dan mental seseorang manusia.

Negara yang maju akan menggunakan kemajuan teknologi iniuntuk meningkatkan mutu populasinya, seterusnya akan menggunakankelebihan ini untuk mengawal seterusnya menindas negara-negara yanglemah.

RUJUKAN https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=0CDkQFjAC&url=http%3A%2F%2Fghr.nlm.nih.gov%2Fhandbook%2Fbasics%2Fdna&ei=oXRaU4eSIcX88QXf2IHwCQ&usg=AFQjCNFvZiXVq1VE9qg-1I5H0_hPQ5Q5IA&bvm=bv.65397613,d.dGIhttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=5&cad=rja&uact=8&ved=0CEgQFjAE&url=http%3A%2F%2Fwww.blc.arizona.edu%2Fmolecular_graphics%2Fdna_structure%2Fdna_tutorial.html&ei=oXRaU4eSIcX88QXf2IHwCQ&usg=AFQjCNGA_yAyyUfyBcgD8LZIm6y_-TD24Q&bvm=bv.65397613,d.dGIhttps://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&cad=rja&uact=8&ved=0CDIQFjAB&url=http%3A%2F%2Fen.wikipedia.org%2Fwiki%2FCharles_Darwin&ei=2nRaU_6fI8_z8QWTm4CoCg&usg=AFQjCNGL6Shya58gcZX9SsR65oyCChtrpQ&bvm=bv.65397613,d.dGIhttps://www.google.com.my/search?q=darwin&biw=1366&bih=667&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=2nRaU_6fI8_z8QWTm4CoCg&ved=0CEMQsAQhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Evolusihttp://pradieta-evolusi.blogspot.com/2011/04/pengertian-evolusi-dan-apakah-manusia.htmlZulkefli Daud. (2013). Biodiversiti dan Adaptasi. ZZ Global Education, Batu Pahat, Johor.