amali 3 Penyu

download amali 3 Penyu

of 11

description

student

Transcript of amali 3 Penyu

  • 5/27/2018 amali 3 Penyu

    1/11

    Penyu

    PROGRAM PENGURUSAN & PEMULIHARAAN

    Pusat Penerangan Dan Pengurusan Penyu

    Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri yang mempunyaipendaratan penyu untuk bertelur telah membina pusat-pusat penerangan danpengurusan penyu . Pusat penerangan dan pengurusan penyu ini berfungsi untukmelaksanakan program-program publisiti, menjalankan penyelidikan, penetasandan pengurusan penyu di negeri berkenaan.

    Pusat-pusat penerangan dan pengurusan yang telah dibina dan masih beroperasisehingga kini adalah sepertimana berikut:-

    Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin, Rantau Abang, Terengganu

    Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah, Kemaman, Terengganu Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan

    Balak, Melaka Pusat Pengurusan Penyu Segari, Perak Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Cherating, Pahang Pusat penetasan Penyu Kerachut, Pulau Pinang

    Kajian & Penyelidikan

    Dalam melaksanakan pengurusan dan pemuliharaan penyu, pihak Jabatan dengankerjasama pihak Institut Pengajian Tinggi tempatan dan luar negeri, badan Bukankerajaan ( NGO ), pakar-pakar dari dalam dan luar negara dan orang

    perseorangan dalam menjalankan pelbagai penyelidikan dan kajian terhadappenyu seperti;

    Penandaan terhadap penyu Kajian kecergasan anak penyu Kajian genetik anak penyu Kajian kesan suhu terhadap jantina penyu Kajian teknik penetasan dan hatchery terhadap anak penyu Kajian penghijrahan penyu kaedah pengesanan satelit Kajian kesan cahaya terhadap anak penyu

    Program Pendidikan Dan kesedaran Awam.

    Program pemuliharaan dan perlindungan penyu yang dilaksanakan oleh pihakJabatan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya tanpa sokongan dan kerjasamadaripada orangramai. Pelbagai program telah dilaksanakan dan diatur sepanjangtahun oleh pihak Jabatan Perikanan seperti mengadakan pertandingan-pertandingan melukis, mewarna untuk peringkat pelajar sekolah, mengadakanceramah dan perkhemahan di pusat-pusat penyu untuk pelajar-pelajar sekolah ,kakitangan kerajaan, pihak swasta serta nelayan dalam menerapkan kesedarankepada golongan ini.Dalam meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenaipenyu kepada orangramai , pihak Jabatan telah mencetak risalah atau pamphletuntuk edaran serta penerbitan dalam bentuk video dan sebagainya.

    Perundangan Dan Penguatkuasaan.

  • 5/27/2018 amali 3 Penyu

    2/11

    Dalam menangani masalah kepupusan populasi penyu di Malaysia , di setiapnegeri telah mempunyai peraturan atau enakmen yang tersendiri dalammenjalankan penguatkusaan mengenai penyu di negeri masing-masing. Akta danEnakmen-Enakman yang berhubung dengan perlindungan dan pengurusan penyulaut dan tuntong di Malaysia.

    Negeri/PersekutuanPerlembagaan

    Persekutuan Akta Perikanan 1985 ( pindaan 1993 )

    Terengganu Enakmen Penyu 1951 ( pindaan 1989 )

    KelantanPeraturan-peraturan Perikanan ( Penyu dan Telur Penyu )1978

    Pahang

    Enakmen Perikanan 1937Kaedah-kaedah Perikanan ( Penyu dan Telur Penyu ) 1996

    - Perlembagaan sedang digubal.

    Johor Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1984Melaka Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1989

    Negeri Sembilan Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan telur Penyu ) 1976

    Perak

    Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1998

    - perlembagaan dalam tindakan

    Kedah

    Enakmen Penyu 1972

    Kaedah-Kaedah Penyu 1975

    Pulau Pinang Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1999

    Sabah

    Ordinan Hidupan Liar 1997

    Peraturan Hidupan Liar 1998

    Sarawak

    Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1990

    Ordinan Amanah Penyu 1957

    Di samping itu, dalam menangani ancaman terhadap penyu terdapat alat-alatmenangkap ikan yang telah diharamkan yang mana peralatan ini boleh membunuhpenyu seperti pukat pari.

  • 5/27/2018 amali 3 Penyu

    3/11

    Penyu

    Ancaman Terhadap Penyu

    Ancaman ancaman terhadap penyu yang boleh menyebabkannya mengalamikepupusan di antaranya adalalah seperti berikut :-

    Eksploitasi Penyu Dan Telur PenyuTelur penyu dijadikan bahan makanan dan sumber pendapatan , daging dijadikanmakanan dan cengkerang dijadikan perhiasan untuk dijual.

    Terperangkap Dalam Peralatan Menangkap IkanPenyu juga mungkin mati apabila terperangkap dalam pukat tunda, pukat hanyutdan peralatan menangkap ikan yang lain. Yang dioperasikan oleh nelayan

    Kemusnahan HabitatTerdapat banyak kawasan pantai tempat pendaratan penyu untuk bertelur telahmusnah akibat dijadikan kawasan pembangunan untuk hotel, tempat peranginan,

    perumahan, kawasan perindustrian, hakisan dan disamping itu disebabkan olehkeadaan semulajadi seperti hakisan

    Aktiviti PelancunganDisebabkan oleh aktiviti-aktiviti dan kegiatan yang dilakukan oleh pelancongseperti memasang ungun api, membuat bising, menganggu penyu yang mendaratuntuk bertelur dan aktiviti-aktiviti yang boleh menganggu penyu

    PencemaranDisebabkan oleh tumpahan minyak, pembuangan sampah sarap , dan bahan-bahan buangan industri yang membahayakan penyu

    Limpahan CahayaPancaran cahaya lampu atau cahaya api yang menerangi sehingga ke kawasanpantai tempat penyu bertelur akan menganggu penyu-penyu yang hendak naik kepantai tersebut untuk bertelur. Ini adalah kerana penyu amat sensitif kepadacahaya yang terang

    PemangsaanAnak-anak penyu yang baru menetas semasa menuju ke laut akan menjadimangsa ketam, anjing, burung dan biawak manakala semasa berada dalam airmenjadi makanan kepada ikan-ikan yang lebih besar

  • 5/27/2018 amali 3 Penyu

    4/11

    Pusat Santuari Penyu Rantau Abang

    Pusat Santuari Penyu ini terletak di Rantau Abang, Dungun. Di Pusat SantuariPenyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan inidan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur. Majlis PenasihatSantuari Penyu Negeri Terengganu bertanggungjawab bagi segala bentukperlindungan, pemuliharaan dan pengurusan penyu di Negeri Terengganu DarulIman.

    Mengikut statistik, Pusat Penerangan Penyu telah dikunjungi seramai 8,116 orangpada tahun 2008. Manakala pada tahun lepas seramai 9,979 pelancong melawat

    pusat penerangan itu iaitu 8,959 pelawat tempatan dan 1,020 pelawat luar negara.

    http://3.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THsmtMgRwYI/AAAAAAAAAXQ/dATminlLg0U/s1600/Santuari+Penyu_06.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THscOKBj45I/AAAAAAAAAXA/KNH-mT-rf8Y/s1600/Santuari+Penyu.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THsmtMgRwYI/AAAAAAAAAXQ/dATminlLg0U/s1600/Santuari+Penyu_06.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THscOKBj45I/AAAAAAAAAXA/KNH-mT-rf8Y/s1600/Santuari+Penyu.jpg
  • 5/27/2018 amali 3 Penyu

    5/11

    Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, jumlah pendaratan Penyu Belimbing diPantai Rantau Abang semakin menurun dari tahun ke tahun di mana pada tahun2003, sebanyak 14 pendaratan dilakukan manakala pada 2004 (5), 2005 (1), 2006(5) dan tiada pendaratan pada 2007.

    Namun sehingga Jun 2008, terdapat dua pendaratan dilakukan Penyu Belimbing dipantai tersebut. Manakala bagi Penyu Agar pula, jumlah pendaratan pada 2003adalah 1,479, 2004 (2,118), 2005 (1,037), 2006 (2,371) dan 2007 (2,047).

    Jumlah pendaratan Penyu Karah juga semakin berkurangan iaitu 2003 (6), 2004(9), 2005 (8), 2006 (4) dan 2007 (18), manakala tiada langsung pendaratan PenyuLipas dari tahun 2003 hingga 2007. Melihat kepada rekod jabatan itu mengenaiumlah pendaratan penyu di negeri itu sahaja sudah mampu mencetuskanperasaan resah bahawa haiwan itu sedang mengalami ancaman kepupusan yangkritikal.

    Bagaimana Untuk Ke Rantau Abang....

    Sekiranya anda ingin ke Rantau Abang dari Kuala Terengganu, anda bolehmenaiki bas ke Dungun dari Hentian Bas MBKT. Perjalanan akan mengambil masalebih kurang 1 jam 15 minit dari Bandar Kuala Terengganu. Sekiranya anda dariBandar Dungun, anda boleh menaiki bas ke Kuala Terengganu dari Hentian Bas diDungun. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Bandar Dungun.

    Anda juga boleh datang ke Rantau Abang dengan teksi. Sila rujuk senarai

    http://2.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THsng0R1DEI/AAAAAAAAAXg/AuFK2Wjb3Y8/s1600/RantauAbangSign.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THsnIxc9RHI/AAAAAAAAAXY/0ziEmlSTjsU/s1600/PenyuBelimbing.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THsng0R1DEI/AAAAAAAAAXg/AuFK2Wjb3Y8/s1600/RantauAbangSign.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THsnIxc9RHI/AAAAAAAAAXY/0ziEmlSTjsU/s1600/PenyuBelimbing.jpg
  • 5/27/2018 amali 3 Penyu

    6/11

    Perhentian Teksi di Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Kuala Terengganu keRantau Abang ialah 62km.

    Dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)menghala ke Kuantan. Cari arah perjalanan ke Kuala Terengganu atau Kemaman.

    Selepas tiba di Kemaman, cari arah papan tanda untuk ke Dungun. Jarakperjalanan di antara Kuala Lumpur dan Rantau Abang ialah lebih kurang 420 km.

    Sekiranya anda dari Pulau Pinang, anda boleh menggunakan Lebuhraya Timur-Barat menghala ke Kota Bharu. Dari Kota Bharu, anda perlu mencari arahperjalanan ke Besut dan seterusnya ke Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dariPulau Pinang ke Rantau Abang ialah lebih kurang 892km.

    Dari Johor, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar diPlaza Tol Yong Peng. Dari Yong Peng, ambil lebuh raya ke Labis dan Segamat.Dari Segamat, anda boleh menuju ke Kuantan, Kemaman dan seterusnya Dungun.

    Info Penyu

    Pengenalan

    Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai sezamandengan zaman dinasour. Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia dibawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-

    labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik, bernafas melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran, bertelur dan adalahhaiwan marin.

    Walaupun ia boleh menyelam dan berada dalam air untuk sekian lama, tetapi iamestilah timbul kepermukaan air untuk bernafas. Penyu merupakan spesies yanghidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matangmengikut spesies. Kini ke empat-empat spesies penyu ini sedang terancam danbesar kemungkinan akan mengalami kepupusan.

    http://4.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THsn5n4kOkI/AAAAAAAAAXo/mRg-NWhOb4g/s1600/Santuari+Penyu_04.jpg
  • 5/27/2018 amali 3 Penyu

    7/11

    Kitaran Hidup

    Penyu pada amnya mempunyai satu kitaran hayat yang sama. Penyu Betina akan

    mengawan dengan Penyu Jantan di laut sebelum naik bertelur ke pantai. PenyuBetina akan mendarat di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempoh masabertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaanya adalah 13 jam.Selepas musim bertelur, penyu itu akan berhijrah ke kawasan makan asalnya yangauh. Seekor Penyu Betina boleh bertelur di antara 4-6 kali di sepanjang musimbertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa peneluran dengan yang lainialah 815 hari bergantung kepada jenis penyu. Kemudian selepas 2-8 tahun,penyu-penyu tadi akan berhijrah semula untuk bertelur di pantai yang sama tempatia bertelur. Kebanyakan Penyu Betina tidak bertelur dua tahun berturut-turut. Teluryang dihasil akan ditinggalkan dan tidak dijaga.

    Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu adalah dipengaruhi oleh suhupasir di mana suhu yang panas (30C ke atas) akan menghasilkan anak PenyuBetina dan suhu sejuk (26278C) menghasilkan anak Penyu Jantan. Telur penyuakan menetas dalam tempoh 2 bulan dan bergantung kepada jenis penyu dansuhu pengeraman. Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang padawaktu malam dan terus menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Pada peringkat ini,anak-anak penyu dikatakan mengalami proses imprinting yang membolehkananak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabiladewasa kelak.

    http://4.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THsojjVIcmI/AAAAAAAAAX4/C7U2VwQ1efQ/s1600/Santuari+Penyu_07.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THsoM-Zze_I/AAAAAAAAAXw/M-d5towR8tQ/s1600/Santuari+Penyu_03.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THsojjVIcmI/AAAAAAAAAX4/C7U2VwQ1efQ/s1600/Santuari+Penyu_07.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THsoM-Zze_I/AAAAAAAAAXw/M-d5towR8tQ/s1600/Santuari+Penyu_03.jpg
  • 5/27/2018 amali 3 Penyu

    8/11

    Ada ahli saintis meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untukmendapatkan seekor Penyu Betina atau seekor Penyu Jantan dewasa yangberjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun.

    Jenis-Jenis Penyu

    Penyu Belimbing

    Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyuyang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin pupus. Inilah satu-satunyaenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya (cengkerang)adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang daribahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter danmencapai berat sehingga 600 kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhanhayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400 mhingga 1,200 m.

    Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buahbelimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih.Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannyamenangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkantelur antara 60120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hinggaOgos. Di Malaysia, tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah diRantau Abang, Terengganu dan terdapat juga di Paka dan di Pahang. Telurnyaberwarna putih dan berkulit lembut dengan ukuran garis pusat 56.5 sm.

    Penyu Agar

    http://2.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THsc2uACdwI/AAAAAAAAAXI/DbaUGYyNezo/s1600/PenyuBelimbing.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THso7Jjf09I/AAAAAAAAAYA/Gt7lPxgZqsE/s1600/Santuari+Penyu_02.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THsc2uACdwI/AAAAAAAAAXI/DbaUGYyNezo/s1600/PenyuBelimbing.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_syXVsbK0Leg/THso7Jjf09I/AAAAAAAAAYA/Gt7lPxgZqsE/s1600/Santuari+Penyu_02.jpg
  • 5/27/2018 amali 3 Penyu

    9/11

    Penyu Agar juga dikenali sebagai penyu hijau" mengikut warna lemak dalambadannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun ataucoklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meterdengan berat badannya di antara 135270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai

    laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara AprilSeptember danmenghasilkan 100140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di NegeriTerengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnyaadalah berwarna putih dan berkulit lembut dengan ukuran garis pusat lebih kurang5.0 sm.

    Penyu Karah / Sisik

    Penyu ini juga dikenali sebagai Penyu Sisik. Ianya mempunyai karapas yang kerasdan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat,bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 7090 sm dengan berat

    badannya di antara 3575 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruhhelang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat dikawasan Terumbu Karang.

    Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan Terumbu Karang. Musimbertelurnya adalah MacJun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu initerdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak.Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembut dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm.

    Penyu Lipas

    Penyu Lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapatdi Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.06.5 sm dengan berat yangbiasanya di antara 3550 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buahzaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari MacJun danmenghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarnaputih, berkulit lembut dan bergaris pusat lebih kurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat diPulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yangmendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan

    dan diancam kepupusan.

  • 5/27/2018 amali 3 Penyu

    10/11

    HARGAI PENYU :

    Negara kita sudah bergerak seiring dengan negara maju yang lain darisegi tekonologi dan sains mahupun sektor pelancongan. Banyak lokasi di negarakita yang berpotensi untuk membuka mata pelancong di samping keindahan flora

    dan fauna negara kita yang unik dan menarik. Salah satu destinasi pelanconganyang menarik ialah Pulau Lankayan yang terletak dalam kawasan SIMCA, di manapusat pemeliharaan dan pemuliharaan spesies penyu sedang giat dijalankan.

    Di Malaysia terdapat tiga jenis penyu, iaitu penyu Leatherback, Green, dan Hawksbill.Di Pulau Lankayan pula hanya terdapat dua jenis penyu, iaitu Green dan Hawksbill.Objektif Pulau Lankayan ialah memelihara dan memulihara penyu-penyu ini supayaspesies ini tidak terus pupus dan juga sebagai daya tarikan pelancong samaada pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. Justeru, pelancong asingyang datang melancong ke negara kita akan menggalakkan lagi pertukaran matawang asing yang seterusnya memberi keuntungan terhadap sektor pelancongan di

    negara kita. Penyu merupakan hidupan yang kian pupus dan haruslah dipeliharadan dihargai.

    Jangka hayat seekor penyu adalah lebih kurang 60 tahun dan tergolong dalamspesiesamfibia. Penyu lebih banyak menghabiskan masa di dalam air berbanding didarat walaupun penyu adalah haiwan yang bernafas dengan paru-paru. Jantinapenyu boleh dilihat melalui panjang ekornya. Ekor penyu yang panjang ialah jantanmanakala ekor yang pendek ialah betina. Selain itu, saiz cengkerang juga dapatmenentukan jantina penyu kerana cengkerang yang lebih besar ialah jantan dancengkerang yang kecil ialah betina. Namun demikian, pada peringkat awal, iaituselepas telur penyu menetas, jantina penyu sukar dikenal pasti kerana tiada ciri-ciri

    anak penyu yang boleh membezakan jantinanya.

    Lazimnya, penyu akan datang ke daratan berpasir pada waktu malam untuk bertelur.Di negara kita, Malaysia terdapat banyak pulau yang telah dijadikan sebagai pusatpenjagaan telur penyu. Tapak yang sesuai akan disesuaikan utnuk menyimpan telur-telur penyu bagi memastikan telur-telur ini tidak diambil oleh manusia atau dimakanoleh pemangsa. Tapak penetasan seperti ini ada disediakan di PulauLankayan. Menurut kajian, hanya 1% sahaja anak penyu yang dilepaskan ke lautandapat meneruskan kelangsungan hidupnya. Peluang untuk anak penyu yangdilepaskan untuk terus hidup bergantung kepada keupayaan anak penyu untukberenang selaju mungkin untuk sampai ke kawasan laut dalam supaya dapat

    melarikan diri daripada pemangsa seperti ikan jerung.

    Sumber makanan penyu ialah lumut dan obor-obor, dan ini menjadikankawasan terumbu karang sebagai tempat paling sesuai untuk penyu berlindung danbermain serta mencari makanan sepanjang tempoh penyu membesar dan berada dilaut. Satu ketika semasa tempoh pembesaran penyu adalah dikenali sebagai lostyears kerana dalamtempoh ini apa yang terjadi kepada penyu adalah tidakdiketahui. Sepanjang tempoh penyu membesar, terdapat banyak ancaman terhadappenyu, sama ada daripada hidupan akuatik yang lain mahupun daripada kegiatanmanusia dan ini mendorong penyu kepada kepupusan.

    Pencemaran laut yang mengotorkan air laut dan seterusnya merosakkanterumbu karang akan mengakibatkan penyu kehilangan habitat dan sumbermakanan. Kerakusan para nelayan juga adalah faktor utama yang menyumbang

  • 5/27/2018 amali 3 Penyu

    11/11

    kepada kepupusan penyu terutamanya nelayan yang menggunakan pukat tunda.Penggunaan pukat tunda oleh nelayan akan menyebabkan semua hidupan akuatiksama ada yang besar atau kecil, termasuklah penyu akan dipukat. Sekiranya penyutermasuk atau tersangkut pada pukat nelayan, penyu berkemungkinan akan matisebelum ditarik ke daratan. Sekiranya ditarik pun, lazimnya penyu tidak dilepaskan

    secara baik ke laut. Justeru, peluang penyu yang terperangkap untuk hidup adalahtipis. Terdapat juga nelayan yang sengaja mengambilcengkerang penyu untuk dijadikan barang hiasan.

    Di sebalik ancaman terhadap penyu, terdapat pelbagai cara untukkita menyelamatkan penyu agar tidak terus pupus ditelan oleh arus pembangunandan sikap rakus manusia. Oleh itu, pihak kerajaan sendiri hendaklahmenguatkuasakan undangundang serta mengenakan hukuman dan denda yangsetimpal terhadap orang yang mengambil telur penyu secara haram di sampingbersama-sama menjaga laut yang menjadi habitat penyu daripada sebarangpencemaran. Mewartakan kawasan penyu bertelur dan membiak sebagai kawasan

    lindungan juga merupakan salah satu jalan yang efektif bagi memelihara spesiesyang unik ini. Apapun langkah yang diambil dan dikuatkuasakan oleh kerajaan danpihak berkuasa tidak akan membawa kesan sekiranya masyarakat tidakmemberikan kerjasama. Masyarakat haruslah bersama-sama berganding bahu bagimenjaga dan menghargai penyu di negara kita.