Amali 3 sce3107

download Amali 3 sce3107

of 10

Transcript of Amali 3 sce3107

  • 7/29/2019 Amali 3 sce3107

    1/10

    Amali 3

    Tajuk:

    Pemuliharaan ex-situ Zoo & Taman Botani

    Pengenalan:

    Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang

    terdapat dalam sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala Fauna bermaksud

    seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan

    sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah. Oleh itu kita

    dapat menyimpulkan Kepupusan flora dan fauna ialah, apabila sesebuah spesis flora

    atau fauna yang hilang atau lenyap dalam sesebuah daerah pada sesuatu masa.

    Dalam biologi dan ekologi, saat kepupusan biasanya dianggap sebagai kematian

    individu terakhir dalam kumpulan sesebuah kumpulan hidupan.

    Hutan berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna, namun masih lagi

    terdapat flora dan fauna yang hampir pupus seperti orkid hutan yang cantik, tapir, gajah

    Sumatra dan pelbagai lagi. Hal ini berlaku kerana disebabkan oleh keadaan bumi dan

    tingkah laku manusia sendiri yang mengganggu kestabilan alam. Antara faktor tingkah

    laku manusia yang mengganggu kestabilan dan ekologi alam ini adalah kegiatan

    pembalakan haram. Kegiatan ini telah banyak menebang spesies-spesies pokok yang

    dilindungi seperti pokok Meranti dan Cengal. Kegiatan ini digelar pembalakan haram

    kerana mereka membalak di kawasan hutan perlindungan yang telah diwartakan seperti

    di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan,

    ia juga memusnahkan spesies tumbuhan yang lain. Ianya berlaku apabila pokok balak

    yang ditumbangkan ia akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu

    pokok itu dengan menghempapnya apabila ia jatuh ke tanah. Kemusnahan pokok ini

    juga menyebabkan binatang-binatang yang hidup di persekitaran kawasan itu

    kehilangan habitat asal mereka.

    Selain daripada itu, pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di

    Kalimantan dan Sumatera turut memusnahkan hutan dan menyebabkan spesies-

  • 7/29/2019 Amali 3 sce3107

    2/10

    spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan mati. Kegiatan ini dilakukan

    oleh manusia bagi membuka kawasan pertanian atau perladangan yang baru seperti

    pembukaan tanah rancangan oleh Felda dan Felcra. Walaupun mereka akan menanam

    tumbuh-tumbuhan ladang seperti pokok getah atau sawit, namun kegiatan itu akan

    memusnahkan spesies tumbuh asal kawasan itu berserta dengan haiwannya sekali.

    Kepupusan fauna di Malaysia meningkat kerana berlakunya pemburuan secara

    haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia kegiatan ini akan membawa kepada

    kemusnahan habitat dan spesies haiwan yang terancam. Pemburu haram ini bukan

    sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak

    melalui kegiatan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan

    tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. HarimauMalaya merupakan satu spesies yang semakin terancam kepupusannya kerana

    kegiatan pemburuan secara haram yang dilakukan terhadapnya. Permintaan yang

    tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya

    tinggal dalam bilangan yang sedikit sahaja.

    Masalah ini kepupusan flora dan fauna ini akan dapat diatasi dengan

    mewujudkan satu sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-

    unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesies flora dan fauna yang menghadapi

    bahaya kepupusan. Kegiatan pemeliharaan dan pemuliharaan seperti penanaman

    hutan semula, mengehadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan. Mengiktiraf lebih

    banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara

    dengan keluasan mencukupi, memperketat kan akta dan tindakan undang-undang

    pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram, pemburuan haram,

    Penubuhan pusat Pemeliharaan atau Santuari bagi haiwan-haiwan yang terancam dan

    menjalankan usaha penyelidikan bagi pemeliharaan atau pemuliharaan untuk sesebuah

    spesis oleh FRIM, PERHILITAN dan Jabatan Alam Sekitar. Contohnya usaha-usaha

    pihak PERHILITAN untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.

    Pemeliharaan bermaksud satu perbuatan memelihara, membela, merawat, dan

    menjaga sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan manakala pemuliharaan

  • 7/29/2019 Amali 3 sce3107

    3/10

    adalah satu proses, usaha, perbuatan memulihara sesuatu untuk memulihkan, menjaga

    dan melindungi sesuatu supaya ia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Dalam

    konteks alam sekitar, sudah tentu kedua-dua perkataan tersebut berkaitan dengan

    perbuatan atau proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

    Tujuan/Objektif:

    Mengkaji dan memahami tentang spesies flora dan fauna yang dipulihkan secara

    pemuliharaan ex-situ

    Prosedur:

    1. Maklumat berkenaan pemuliharaan Harimau Siberia dan pokok bakau secara ex-

    situ dicari.

    2. Maklumat yang dapat dicari ditukarkan ke dalam bentuk pembentangan

    3. Pembentangan dijalankan di dalam kelas

    4. Laporan berbentuk esei berkenaan dengan isu-isu yang telah disenaraikan ditulis

  • 7/29/2019 Amali 3 sce3107

    4/10

    Perbincangan:

    1. Apakah julat kedapatan kepelbagaian (diversity)? Bagaimana jumlah

    biodiversiti diwakili pada (a) peringkat kebangsaan (b) peringkat sejagat dari

    segi jumlah zoo dan taman botani? Apakah mereka fokuskan pada kumpulan

    utama atau lain-lain kumpulan yang diwakili? Terangkan.

    (a) Negara: Harimau Siberia tidak ada populasinya di Malaysia kerana Harimau Siberia

    hidup di kawasan yang beriklim sejuk, ianya tidak sesuai untuk hidup di Malaysia

    yang beriklim khatulistiwa. Untuk pokok bakau pula Hutan bakau di Malaysia

    meliputi kawasan seluas 586,036 ha; 57% daripadanya terletak di Sabah, 26% di

    Sarawak dan 17% lagi di Semenanjung Malaysia. Menurut Wetlands International, di

    Semenanjung Malaysia terdapat 28.7% hutan paya bakau di Johor (27733ha) atau

    4.7% daripada keseluruhan jumlah hutan bakau di Malaysia. Tanjung Piai meliputi

    kawasan bakau seluas 526 hektar dan lagi 400 hektar dataran berlumpur. Taman

    Negeri Tanjung Piai adalah kediaman kepada kira-kira 20 spesies tumbuhan bakau

    sebenar, dan juga kepada lagi 9 spesies bakau berkaitan. Ini menunjukkan kadar

    kepelbagaian spesies yang tinggi.

    Julat kedapatan kepelbagaian:

  • 7/29/2019 Amali 3 sce3107

    5/10

    (b) Tahap Global: populasi Harimau Siberia liar yang ada di dunia ini dianggarkan lebih

    kurang 500 ekor sahaja. Populasi Harimau Siberia liar ini boleh di jumpa di kawasan

    utara Rusia, Korea Utara dan kawasan utara China. Namun begitu terdapat lebih

    banyak bilangan Harimau Siberia yang jinak dapat di lihat di

    Heilongjiang Northeast Tiger Forest Park di China.

    Baki kawasan hutan bakau di dunia pada tahun 2010 adalah 53,190 batu persegi

    (137.760 km2) yang merangkumi 118 negara dan wilayah di kawasan tropika dan

    subtropika. Peratusan terbesar bakau didapati di antara 5 U dan latitud 5 S. Kira-kira

    75% daripada bakau dunia terdapat dalam hanya 15 buah negara. Asia mempunyai

    jumlah terbesar (42%) daripada bakau di dunia, diikuti oleh Afrika (21%), Utara /

    Tengah Amerika (15%), Asia (12%) dan Amerika Selatan (11%).

    Di Bahamas , sebagai contoh, usaha-usaha aktif untuk menyelamatkan bakau ini

    berlaku di kepulauan Bimini dan Great Guana Cay. Di Trinidad dan Tobago juga,

    usaha-usaha sedang dijalankan untuk melindungi bakau diancam oleh pembinaan

    sebuah lombong besi dan pelabuhan. Di Thailand, pengurusan komuniti telah berjaya

    dalam memulihkan hutan bakau yang rosak.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Biminihttp://en.wikipedia.org/wiki/Bimini
  • 7/29/2019 Amali 3 sce3107

    6/10

    2. Apakah erti in si tudan ex si tu? Apakah kelebihan (merits) dan kelemahan

    (shortcomings) pemuliharaan ex si tu?

    Pemuliharaan boleh dibahagikan kepada dua. Iaitu pemuliharaan secara in-situ

    dan ex-situ. Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah

    ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan menubuhkan taman-

    taman negara , seperti di Malaysia taman negara yang telah ditubuhkan adalah seperti

    Taman Negara Pahang, Taman Laut Pulau Perhentian dan pelbagai lagi. Mereka akan

    dibiarkan bebas untuk mencari makan, mengawan dan berevolusi secara sendiri tanpa

    gangguan dan bantuan dari manusia.

    Kelebihan pemulihan in-situ adalah ianya dapat memulihara lebih banyak kepelbagaian

    bilangan spesies di dalam satu kawasan. Contohnya di taman negara. Gajah, tapir,

    orang utan dan pelbagai lagi haiwan dipulihara di dalam satu kawasan yang sama, ini

    membuatkan haiwan-haiwan ini dapat berinteraksi di antara satu sama lain seperti di

    kawasan persekitaran semula jadi haiwan tersebut. Kos pengurusan nya juga lebih

    murah kerana ia tidak memerlukan kewangan untuk membeli makanan atau

    memperbaiki infrastruktur kawasan tempat tinggal haiwan-haiwan tersebut. Haiwan-

    haiwan yang diletakkan di sini tidak akan kehilangan identiti diri kerana ianya masih lagi

    pandai untuk mencari makanan sendiri dan masih mampu mengenal apa-apa bahaya.

    Namun begitu pemuliharaan jenis ini agak sukar dijalankan kerana perubahan habitat

    dan ekosistem semula jadi yang semakin banyak mengalami perubahan disebabkan

    pembangunan. Selain itu pengurusan masa agak sukar kerana kawasan yang sangat

    luas dan keadaan kesihatan haiwan di kawasan itu juga tidak dapat diketahui dengan

    tepat sama ada ia berada di dalam keadaan yang baik atau tidak

    Pemuliharaan ex-situ pula ialah pemuliharaan terhadap organisma sama adaflora atau fauna di luar habitat asal mereka. mereka akan di ambil dari habitat asal

    mereka dan di bawa ke dalam kurungan atau habitat buatan manusia untuk dilindungi

    dan dibiakkan ke satu tahap populasi yang sihat sebelum dilepaskan semula ke habitat

    asalnya. Pemuliharaan ex-situ bagi fauna biasanya dijalankan di zoo, aquarium dan

  • 7/29/2019 Amali 3 sce3107

    7/10

    pusat santuari. Contohnya di Malaysia adalah seperti Pusat Pembiakan Seladang, Zoo

    negara, Aquaria dan pelbagai lagi.

    Pemuliharaan jenis ini memerlukan kos yang lebih tinggi dari pemuliharaan

    secara in-situ, hal ini demikian kerana pemuliharaan jenis ini memerlukan kos yang

    tinggi bagi menampung kos pengurusan kawasan perlindungan, makanan seharian

    haiwan, kajian terhadap proses pembiakan dan pelbagai lagi. Pemuliharaan jenis juga

    hanya dapat memulihara spesies yang terhad di dalam satu kawasan kerana kawasan

    yang kecil dan tenaga kerja serta kepakaran yang kurang. Haiwan yang dipulihara juga

    akan senang untuk kehilangan identiti diri kerana telah terbiasa di jaga oleh manusia

    sehingga tidak tahu untuk mencari makanan sendiri mahupun mengenal bahaya.

    Namun begitu kebaikan pemuliharaan ini ialah kita dapat mengelakkan dari berlakunya

    kepupusan terhadap sesebuah spesies haiwan secara serta merta. Kita juga dapat

    memastikan keadaan haiwan yang dipulihara sentiasa berada di dalam keadaan yang

    sihat, malah kaedah ini juga akan dapat meningkatkan populasi sesebuah kumpulan

    haiwan itu dengan menggunakan pelbagai teknologi yang telah dikaji untuk

    meningkatkan pembiakan.

  • 7/29/2019 Amali 3 sce3107

    8/10

    3. Kenapa para ekologis percaya pemuliharaan in si tu sebagai pengurusan

    habitat yang cermat, hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan

    sahaja, dan tidak sebagai strategi pemeliharaan untuk jangka masa panjang

    bagi sebarang habitat semula jadi atau apakah jenis yang boleh membiak

    dalam keadaan liar, dalam zoo atau taman?

    Terdapat beberapa orang ahli ekologis yang berpendapat pemuliharaan in situ

    hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja kerana proses pemuliharaan

    yang digunakan adalah untuk mengekalkan kewujudan sesuatu spesies yang tinggal di

    tempat asal mereka. proses pemuliharaan ini adalah lebih berkesan berbanding dengan

    memulihara haiwan di luar habitat asal mereka seperti yang dilaksanakan di dalam

    proses pemuliharaan ex-situ yang dijalankan di zoo ataupun pusat-pusat santuari. Hal

    ini demikian kerana, kawasan ekosistem zoo dan ataupun pusat-pusat santuari yang

    lain merupakan satu ekosistem tiruan, berbeza dengan ekosistem di dalam

    pemuliharaan in-situ yang menggunakan kawasan hutan simpanan yang merupakan

    ekosistem semula jadi bagi flora dan fauna tersebut. Perbezaan di antara ekosistem

    semula jadi dan ekosistem tiruan ialah, ekosistem semula jadi boleh diadaptasi oleh

    kebanyakan spesies hidupan tetapi di dalam ekosistem tiruan hanya sebilangan

    spesies yang kecil sahaja yang mampu untuk hidup di dalam ekosistem tiruan. Spesies

    yang tidak mampu beradaptasi dengan ekosistem tiruan ini, akhirnya akan mati dan

    pupus.

    para ekologis tidak percaya atau menerima pemuliharaan in situ sebagai satu strategi

    pemeliharaan untuk jangka masa yang panjang kerana di dalam satu proses

    pemeliharaan, hidupan tersebut akan dijaga dengan diberi makan atau dirawat ketika

    sakit dan pelbagai lagi bantuan yang akan diberikan oleh manusia untuk jangka masa

    yang panjang. Ini bertentangan dengan kaedah pemuliharaan in-situ yang hanyamemindahkan hidupan tersebut ke tempat yang lebih selamat dan membiarkan hidupan

    tersebut untuk hidup dan beradaptasi dengan persekitaran yang baru tanpa mendapat

    apa-apa bantuan daripada manusia. Tetapi cara ini tidak dapat memastikan keadaan

    haiwan yang dipulihara sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan baik

  • 7/29/2019 Amali 3 sce3107

    9/10

    4. Kenapa ramai orang berfikir tidak betul untuk membawa kembali spesies

    yang pupus seperti Harimau Tasmania? Apakah implikasi terhadap usaha-

    usaha pemuliharaan akibat dari tindakan ini?

    Orang ramai berpendapat adalah kurang wajar untuk mewujudkan semula

    spesies-spesies yang tertentu yang sudah pupus seperti spesies Harimau Tasmania .

    Hal ini demikian kerana, kewujudan spesies tersebut di atas muka bumi pada waktu

    sekarang tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada manusia mahupun

    persekitaran, malah ianya juga dikatakan kewujudan spesies ini akan lebih banyak

    memberi banyak gangguan kepada manusia dan akan memberi kesan sampingan yang

    lebih teruk jika ia diwujudkan semula. Selain daripada itu spesies yang pupus itu tidak

    akan mampu bertahan dengan ekosistem muka bumi ini kerana perubahan cuaca dan

    alam yang telah berubah dan berbeza dari keadaan di mana mereka belum lagi pupus,

    ini menjadikan persekitaran sekarang tidak lagi sesuai bagi mereka untuk hidup. Ini

    membuatkan pembaziran sumber kewangan yang besar kerana ia memerlukan jumlah

    kewangan yang besar untuk mewujudkan sesuatu spesies yang telah pupus.

    Kesimpulan:

    Pemuliharaan ex-situ dan in-situ dapat menghalang daripada berlakunya kepupusan

    kepada sesuatu spesies malah ianya dapat membantu dalam menambahkan populasi

    haiwan yang terancam

  • 7/29/2019 Amali 3 sce3107

    10/10

    Rujukan:

    (tiada nama pengarang). 2011 Modul sains SCE 3107 Ekosistem dan Biodiversiti

    (tiada nama pengarang). 2013. Wikipedia Endangered Species

    http://en.wikipedia.org/wiki/Endangered_species dilayari pada 9 Julai 2013

    (tiada nama pengarang). 2013. Wikipedia International Union Conservation of Nature

    http://en.wikipedia.org/wiki/IUCN dilayari pada 10 Julai 2013

    (tiada nama pengarang). 2013. Wikipedia World Wide Fund for Nature

    http://en.wikipedia.org/wiki/World_Wide_Fund_for_Nature dilayari pada 10 Julai 2013

    Asmah (2012) nota kuliah pemuliharaan ex-situ

    http://en.wikipedia.org/wiki/Endangered_specieshttp://en.wikipedia.org/wiki/Endangered_specieshttp://en.wikipedia.org/wiki/IUCNhttp://en.wikipedia.org/wiki/IUCNhttp://en.wikipedia.org/wiki/World_Wide_Fund_for_Naturehttp://en.wikipedia.org/wiki/World_Wide_Fund_for_Naturehttp://en.wikipedia.org/wiki/World_Wide_Fund_for_Naturehttp://en.wikipedia.org/wiki/IUCNhttp://en.wikipedia.org/wiki/Endangered_species