amali minggu 6

15
Amali Minggu 6 RAVI MARGAPANDU Struktur dan Fungsi Saraf Pusat dan Pinggir

description

PJM anatonmi dan fisiologi

Transcript of amali minggu 6

Page 1: amali minggu 6

Amali Minggu 6RAVI MARGAPANDU

Struktur dan Fungsi

Saraf Pusat dan Pinggir

Page 2: amali minggu 6

Terdiri daripada : 1. Otak - serebrum - serebelum - medula oblongata - hipotalamus - talamus

2. Saraf tunjang

Struktur dan Fungsi Saraf Pusat

Page 3: amali minggu 6

Otak manusia berfungsi sebagai pusatkoordinasi dan kawalan untuk :

1. Menerima maklumat dalam bentuk impuls saraf.

2. Menganalisis maklumat 3. Mengintegrasi maklumat 4. Menyimpan maklumat 5. Memberi arahan dalam bentuk impuls

saraf

Otak

Page 4: amali minggu 6

Otak terbina daripada sel – sel saraf yang dinamakan neuron.

Bahagian luar otak terdiri daripada jirim kelabu ( yang mengandungi badan sel neuron )

Bahagian dalamnya terdiri daripada jirim putih ( yang mengandungi gentian neuron ) .

Page 5: amali minggu 6

mengawal aktiviti mental seperti pemikiran, kecerdasan akal, ingatan, pembelajaran, penaakulan, dan penyelesaian masalah.

Mengesan deria seperti sakit, sentuhan, suhu, penglihatan, pendengaran, rasa dan bau.

Mengawal pengecutan otot terkawal.

Serebrum

Page 6: amali minggu 6

berfungsi untuk mengawal dan menyelaras pergerakan badan, iaitu mengkoordinasikan pengecutan otot ( otot licin dan otot kardium )

Mengawal keseimbangan badan.

Serebelum

Page 7: amali minggu 6

mengawal atur tindakan luar kawal seperti kadar denyutan jantung, peristalsis, tekanan darah, pernafasan dan pengawalan saiz salur darah.

Merupakan pusat refleks bagi muntah, batuk, bersin dan menelan.

Medula oblongata

Page 8: amali minggu 6

sebagai pusat pengawalan persekitaran, iaitu kawal atur homeostasis.

Mengawal suhu badan, keseimbangan air dalam badan, emosi, penguraian lemak dan karbohidrat.

Mengawal perembesan kebanyakan hormon dalam badan bersama dengan kalenjar pituitari.

Hipotalamus

Page 9: amali minggu 6

merupakan pusat integrasi maklumat yang utama.

Terlibat dalam persepsi kesakitan dan keseronokan.

Menerima maklumat daripada serebrum dan bahagian otak lain yang mengawal emosi.

Talamus

Page 10: amali minggu 6

berterusan dari medula oblongata dan dilindungi oleh turus vertebra.

Terdiri daripada jirim putih di bahagian luar dan jirim kelabu yang berbentuk H di bahagian dalam.

Saraf spina terbahagi kepada dua akar sebelum bersambung dengan saraf tunjang.

Saraf tunjang

Page 11: amali minggu 6

Akar dorsal bersambung dengan bahagian dorsal saraf tunjang sedangkan akar ventral bersambung dengan bahagian ventral saraf tunjang.

Di tengah saraf tunjang terdapat salur pusat yang mengandungi cecair serebrospinal.

Page 12: amali minggu 6

Fungsi :

1. menghubungkan otak dengan sistem

saraf periferi / pinggir. 2. mengawal tindakan refleks.

Page 13: amali minggu 6

terdiri daripada saraf yang menghubungkan sistem saraf pusat dengan reseptor dan efektor yang sepadan.

terdiri daripada : 1. saraf kranium 2. saraf spina

Struktur dan Fungsi Saraf Pinggir

Page 14: amali minggu 6

keluar dari otak.

Menghubungkan otak dengan : 1. organ deria ( mata, telinga dan

hidung )

2. efektor ( otot atau kalenjar pada kepala)

Saraf kranium

Page 15: amali minggu 6

keluar dari saraf tunjang.

Menghubungkan saraf tunjang dengan 1. organ deria

2. efektor pada toraks, abdomen, dan anggota badan.

Saraf spina