Amali Praktikal_6.docx

download Amali Praktikal_6.docx

of 7

Transcript of Amali Praktikal_6.docx

  • 7/29/2019 Amali Praktikal_6.docx

    1/7

    Praktikal 6: Sabun dan Detergen

    Tujuan:

    Untuk menyediakan sabun dengan menggunakan proses saponifikasi.

    Kajian Praktikal:

    Pada lazimnya sabun biasa ialah garam natrium daripada asid lemak rantai

    panjang. Ia

    mempunyai formula umum RCOONa di mana R ialah rantai hidrokarbon yang

    panjang: CH3

    (CH2) 10-16. Garam ini diperbuat secara reaksi peneutralan mudah.

    O................................................ O

    xx ............................................... xx

    R-C-OH + ...... NaOH -->.... R--C--O Na+ + H2O

    asid lemak ...... bes...............garam (sabun) .air

    Asid lemak berantai panjang boleh diperolehi dengan mudah daripada sayur dan

    juga

    lemak binatang, terutamanya ester asid lemak berantai panjang dan gliserol.

    Sabun dihasilkan

    daripada minyak dan lemak (trigliserida) melalui proses yang disebut saponifikasi

    iaitu

    hidrolisis trigliserida serentak menjadi asid lemak dan gliserol dan pembentukan

    asid lemak

    garam natrium.

    O...........................................O

    xx..........................................xx

    R-C-O-R + ..................... NaOH--> .....R--C--O Na+ + ROH

  • 7/29/2019 Amali Praktikal_6.docx

    2/7

    ester .............bes ................. garam asid lemak. alkohol

    (trigliserida).(soda kaustik) (sabun)............ .... (gliserol)

    Reaksi di atas pada dasarnya adalah pengesteran terbalik. Lemak binatang

    terutamanya mengeluarkan natrium stearat, CH3 (CH) 16 COO-NA+, sementara

    minyak

    sawit mengeluarkan natrium palmitat, CH3 (CH) 14 COO-Na+.

    Detergen ialah sebatian, atau campuran sebatian, yang digunakan dalam tugas

    pembersihan.

    Bahan utamanya ialah garam natrium bagi asid organik yang dinamakan asid

    sulfonik. Asid sulfonik yang digunakan dalam pembuatan detergen merupakan

    molekul berantai panjang yang mengandungi 12 hingga 18 atom karbon per

    molekul.

    Bahan dan Radas:

    Minyak zaitun, Larutan Natrium hidoksida , serbuk natrium klorida, kertas turas, air

    suling, bikar, penyukat silinder spatula, rod kaca, condong turas, kaca dawai, tungkukaki tiga, penunu Bunsen, tabung uji.

    Prosedur:

    1. 10cm3 minyak zaitun dituang ke dalam sebuah bikar.

    2. Dengan berhati-hati, 50cm3 larutan natrium dioksida dituang ke dalam bikar yang

    mengandungi minyak zaitun.

    3. Campuran dalam bikar dipanaskan sehingga mendidih.

    4. Campuran dalam bikar dikacau dengan menggunakan rod kaca.

    5. Campuran dalam bikar dibiarkan untuk mendidih selama 10 minit.

    6. Api dipadamkan dan bikar dialihkan. 50cm3 air suling dan 3 spatula natrium

    klorida ditambahkan ke dalam campuran tersebut.

    7. Campuran dalam bikar dipanaskan sekali lagi selama 5 minit.

    8. Campuran dalam bikar dibiarkan untuk disejukkan.

    9. Sabun yang terbentuk dituraskan. Baki turasan dibasuh dengan sedikit air suling.

    10. Sabun yang terbentuk ditekankan antara kertas turas untuk mengeringkannya.

  • 7/29/2019 Amali Praktikal_6.docx

    3/7

    11. Sabun yang terbentuk diperiksa dan dirasa dengan jari. Sedikit sabun itu

    dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji. Sedikit air paip ditambahkan ke dalam

    tabung uji. Campuran tersebut digancangkan.

    12. Pemerhatian yang diperoleh dicatatkan.

    Soalan Perbincangan:

    1. Huraikan sifat-sifat sabun yang dihasilkan.

    Sabun yang diperolehi boleh dikenalkan dengan :

    1) Menggoncangkannya dengan air suling dalam sebuah tabung uji.

    Sabun memberikan buih buih apabila digoncangkan dengan air.

    2) Dengan menekannya antara jari , sabun memberikan rasa licin.

    3) Sabun yang dihasilkan dapat menanggalkan kotoran dalam air.

    2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini?

    Natrium klorida atau garam yang digunakan berfungsi untuk merendahkan

    keterlarutan sabun supaya sabun dapat dimendakkan daripada campuran

    tindak balas itu.

    3. Tuliskan persamaan kimia untuk proses saponifikasi yang terlibat dalam

    eksperimen ini.

    CH2OOCC17H35 CH2OH

    I I

    CHOOCC17H35 + 3NaOH -------> 3C17H35COONa + CHOH

    I I

    CH2OOCC17H35 CH2OH

    Gliseril tristearat + Natrium hidoksida = Natirum stearat ( sabun ) +gliserol

  • 7/29/2019 Amali Praktikal_6.docx

    4/7

    4. Jangkakan pemerhatian anda sekiranya air paip digantikan dengan air suling

    dalam prosedur 11. Jelaskan jawapan anda.

    Campuran sabun dan air paip kurang berbuih. Hal ini kerana air paip

    mengandungi klorida , ion ion yang terlarut, garam magnesium dan lain

    lain.

    5. Bolehkan sabun dihasilkan dengan menghidrolisasikan lemak atau minyak dalam

    keadaan asid? Jelaskan jawapan anda.

    Tidak boleh. Ini kerana sabun terhasil dari proses saponifikasi di mana

    larutan natrium hidroksida bersifat alkali kuat mempunyai ion Na bercas

    positif dan ion OH bercas negatif diperlukan. Lemak bersifat asid akan

    tertarik kepada Na+ manakala OH dari natrium hidroksida akan tertarik

    kepada glycerid dan membentuk glycerol. Oleh itu, kita memerlukan

    natrium hidroksida yang bersifat alkali kuat dalam proses penyediaan

    sabun ni.

    J ika kia menggunakan asid, kita akan menghasilkan asid lemak dan

    gliserol . Tiada mendakan akan terbentuk.

    6. Namakan 2 teknik yang berbeza dalam pembuatan sabun.

    Proses Hidrolisis dan Proses Peneutralan yang terdapat dalam proses

    saponifikasi.

    7. Apakah keburukan-keburukan yang terdapat pada sabun - sabun komersial di

    pasaran ?

    Produk berasaskan sabun sering mengandungi laureth natrium sulfat iaitusejenis detergen bahan tambahan, bahan ini boleh bertindak kasar pada

    kulit. Selain itu sabun itu boleh memberikan reaksi asas yang sederhana

    kepada kain, menyebabkan kerosakan dalam jangka masa panjang. Ini

    mungkin disebabkan natrium hidroksida yang berlebihan.

  • 7/29/2019 Amali Praktikal_6.docx

    5/7

    8. Apakah bahan yang digunakan dalam industri pembuatan detergen?

    1. 15-20% Anionic Detergents

    2. 60-50 % Alkaline builders

    3. 10-5% Non Ionics

    4. 5-15% Fillers / Phosphates

    5. 1-2% Borates

    6. Enzymes / Pewangi / Warna

    7. 4-6% Pelembap

    Kesimpulan:

    1. Sabun yang diperolehi boleh dikenalkan dengan :

    a. Menggoncangkannya dengan air suling dalam sebuah tabung uji. Sabun

    memberikan buih buih apabila digoncangkan dengan air.

    b. Dengan menekannya antara jari , sabun memberikan rasa licin.

    2. Dalam tindak balas hidrolisis minyak kelapa sawit oleh natrium hidroksida,

    molekul ester trigliserin dalam minyak kelapa sawit telah dipecahkan

    menghasilkan sabun dan gliserol .

  • 7/29/2019 Amali Praktikal_6.docx

    6/7

    Refleksi :

    Syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah

    saya menyiapkan tugasan amali sabun dan detergen ini walaupun terpaksa melalui

    banyak kekangan, antaranya tugas di sekolah yang berlori

    lori banyaknya, kelajuantalian internet yang amat mengecewakan serta masa untuk berbincang dengan rakan

    dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain.

    Ujian amali ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya

    perlu mengambilnya sebagai pakej untuk mendapatkan segulung sijil mahasiswa nanti.

    Melalui amali ini banyak yang saya dapat pelajari terutamanya dalam ilmiah

    mengenai sabun dan detergen. Sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi

    kegunaan peribadi atau sedikit cucian. Ia biasanya dijual sebagai bentuk ketulan,

    dipanggil buku.Kebanyakan campuran sabun mengandungi sebatian garam natrium

    atau kalium yang boleh dihasilkan daripada asid lemak dengan bertindak balas dengan

    larutan beralkali (seperti natrium hidrosida atau kalium hidrosida) pada 80100 C

    dalam proses yang dikenali sebagai saponifikasi. Lemak-lemak itu dihidrolisiskan oleh

    bahan bes, menghasilkan gliserol dan sabun kasar (garam asid lemak beralkali).Sabun

    dihasilkan daripada minyak atau lemak. Sodium Tallowate, bahan biasa dalam

    kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Sabun yang dihasilkan dari

    minyak sayuran, seperti minyak zaiton, biasanya diistilahkan sebagai sabun castile.

    Detergen ialah sebatian, atau campuran sebatian, yang digunakan dalam tugas

    pembersihan. Bahan utamanya ialah garam natrium bagi asid organik yang dinamakan

    asid sulfonik. Asid sulfonik yang digunakan dalam pembuatan detergen merupakan

    molekul berantai panjang yang mengandungi 12 hingga 18 atom karbon per molekul.

    Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai

    mata pelajaran sains ini. Ia mejadikan saya seorang guru yang berkaliber. Sikap ini

    akan saya terapkan kepada pelajar sekolah nanti. Sekian.

  • 7/29/2019 Amali Praktikal_6.docx

    7/7

    Rujukan :

    Answers .com darihttp://www.answers.com/topic/detergentbertarikh 20 -03-2012

    Wikipedia the free encyclopedia dari http://en.wikipedia.org/wiki/Detergent

    bertarikh 22.3.2012

    Cara Membuat Sabun dari http://carabuatsabun.blogspot.com/2010/12/bahan-

    untuk-membuat-sabun.html bertarikh 25 . 3. 2012

    Kimia SPM tingkatan 4 dan tingkatan 5 dari Siri Fokus Peperiksaan Fajar Bakti

    oleh Lee Soon Ching.

    http://www.answers.com/topic/detergenthttp://www.answers.com/topic/detergenthttp://www.answers.com/topic/detergenthttp://en.wikipedia.org/wiki/Detergenthttp://carabuatsabun.blogspot.com/2010/12/bahan-untuk-membuat-sabun.htmlhttp://carabuatsabun.blogspot.com/2010/12/bahan-untuk-membuat-sabun.htmlhttp://carabuatsabun.blogspot.com/2010/12/bahan-untuk-membuat-sabun.htmlhttp://carabuatsabun.blogspot.com/2010/12/bahan-untuk-membuat-sabun.htmlhttp://en.wikipedia.org/wiki/Detergenthttp://www.answers.com/topic/detergent