Amalkan nilai kita - GSK · sains dan skala kita untuk mengambil tindakan yang memajukan penjagaan...

24
Amalkan nilai kita Tatakelakuan Kita

Transcript of Amalkan nilai kita - GSK · sains dan skala kita untuk mengambil tindakan yang memajukan penjagaan...

Amalkan nilai kitaTatakelakuan Kita

Janji GSK Letakkan nilai kita pada teras atas setiap keputusan yang kita buat

Bersama-sama, kita membentuk syarikat penjagaan kesihatan global yang menerajui sains berfokus kepada misi untuk membantu orang lain dalam melakukan lebih, berasa lebih baik, hidup lebih lama. Dalam mencapai misi ini, kita berpegang teguh kepada diri kita - dan antara satu sama lain - bertanggungjawab atas janji kita untuk meletakkan nilai kita pada teras atas setiap keputusan yang kita buat. Tiada alasan. Tiada pengecualian.

– Kita fokus kepada individu, melakukan perkara yang betul untuk pesakit dan pengguna

– Kita bekerja dengan rakan kongsi dan pelanggan kita untuk menambahbaikkan penjagaan kesihatan dan mencari ubat-ubatan dan vaksin baharu

– Kita menyokong dan menginspirasi rakan sekerja kita untuk membentu mereka menjadi terbaik yang mereka mampu dan mencapai prestasi yang cemerlang

– Kita mendengar kepada dunia di luar GSK dan menggunakan sains dan skala kita untuk mengambil tindakan yang memajukan penjagaan kesihatan

– Kita adalah perniagaan yang berjaya dan bertindak secara bertanggungjawab dengan integriti dan ketelusan, menjalankan tugas sejajar dengan piawaian yang kita perlu ikuti dengan sewajarnya

Kita merupakan komuniti dengan 100,000 orang dalam lebih daripada 115 negara. Kita berhasrat untuk membina budaya dengan semua orang diperkasakan dan disatukan dengan nilai kita dan set jangkaan yang lazim.

Tatakelakuan kita merangkumi Semangat GSK dan menggabungkan beberapa dasar dan prinsip syarikat. Ia menyediakan panduan kerja mengenai cara yang kita harus praktikkan nilai kita merentasi semua amalan dan gaya kerja perniagaan kita. Semua dasar dan prosedur kita tersedia di Tatakelakuan dan pusat sumber dasar syarikat.

Siapakah yang dikehendaki mematuhi Tatakelakuan ini?  'Kita'.Semua pihak yang bekerja dalam atau untuk organisasi GSK, termasuk pekerja GSK, Tenaga Kerja Pelengkap (terdiri daripada Agensi Pekerja, Pekerja Pernyataan Kerja (Statement of Work, SOW), dan Pekerja Sumber Luar dan Pembekal dikehendaki mematuhi piawaian tingkah laku dan keperluan dasar Tatakelakuan GSK, dalam pengajian mereka melalui, peruntukan tugasan kepada, atau perjanjian dengan, GSK.

Kerangka pihak ketiga kita menetapkan tanggungjawab dan jangkaan kita apabila menjalankan tugas dengan rangkaian pembekal kita.

Isi Kandungan

Komitmen Kepimpinan 1

Lakukan tugas kita 2

Tampil Bersuara 3

Nilai dan dasar kita– Berfokus kepada pesakit 4– Bertindak dengan integriti 8– Menunjukkan sikap hormat 14

kepada orang lain– Beroperasi dengan ketelusan 18

Lakukan tugas kita - kesimpulan 21

Tatakelakuan Kita 1

Komitmen Kepimpinan

“ Tiada keutamaan yang lebih tinggi bagi saya, sebagai CEO GSK, berbanding dengan kelakuan yang berasaskan nilai pekerja kita dan syarikat kita. Saya ingin mengetuai perniagaan dengan setiap pekerja berasa bangga dengan pencapaian mereka, kerana mereka bekerja kuat, mereka mencapai tahap yang tidak dapat dibayangkan, dan mereka melakukannya dengan cara yang betul.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah berfokus kepada membawa nilai kita ke dalam kehidupan iaitu ketelusan, integriti dan fokus kepada pesakit serta berfikir dengan teliti maksud mereka di peringkat manusia. Saya tahu bahawa anda berkongsi keinginan saya untuk bekerja dalam membina perniagaan yang mempunyai semangat, sepenuh hati; suatu perniagaan yang dibimbing lebih daripada wang.

Di GSK, kita ingin memastikan semua perkara yang kita buat adalah dibimbing oleh komitmen kita kepada nilai kita dan komitment kita untuk mematuhi peraturan-peraturan dalam lingkungan kerja yang kita perlu lakukan. Asas kepada komitment ini dibentangkan dalam Tatakelakuan kita dan setiap pekerja mesti bertanggungjawab untuk mematuhi Kod kita.

Membina perniagaan yang berjaya bermaksud kita tidak berkompromi dengan nilai kita. Kita harus sentiasa melakukan perkara yang betul untuk pesakit dan pengguna, pengawalselia dan masyarakat secara keseluruhannya. Saya amat yakin bahawa, dengan bekerja bersama-sama, kita boleh mencapai perkara yang kita ingin capai, lakukannya dengan cara yang betul."

Andrew Witty CEO

Andrew Witty

Nilai kita mencerminkan kepercayaan kita yang tidak hanya berlandaskan pencapaian kita yang diambil kira, ia juga merangkumi cara kita mencapainya.

– Berfokus kepada pesakit – Bertindak dengan integriti – Menunjukkan sikap hormat-

menghormati kepada orang lain – Beroperasi dengan ketelusan

Tatakelakuan Kita 2

Lakukan tugas kita

Kewajipan kita untuk mematuhi dikehendaki oleh undang-undang negara dan keperluan pengawalseliaan

Kita beroperasi di bawah keperluan undang-undang dan pengawalseliaan dengan melindungi pesakit dan pengguna di serata dunia. Sebagai syarikat global, ini bermaksud undang-undang dan peraturan-peraturan dalam sebuah negara boleh memberi kesan kepada aktiviti perniagaan di negara yang lain. Sebagai contoh, Perjanjian Integriti Korporat (Corporate Integrity Agreement, CIA) dengan kerajaan AS mempunyai kewajipan ketat yang menguatkuasakan undang-undang dan keperluan program penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan keterlibatan profesional dan aktiviti penjagaan kesihatan AS di mana-mana jua merentasi dunia. Keperluan AS ini telah dijelaskan dengan terperinci dalam Tatakelakuan dan pusat sumber dasar syarikat GSK kita. Kita dijangka untuk mendapatkan bimbingan daripada Pegawai Pematuhan atau Penasihat Undang-undang jika timbul persoalan mengenai kesan dan kerelevanan undang-undang negara yang berlainan pada aktiviti tempatan kita.

Tidak kira di mana jua kita beroperasi di seluruh dunia, kita mesti mengamalkan nilai kita, menyedari, dan mematuhi, piawaian undang-undang dan keperluan pengawalseliaan yang berkenaan dengan perniagaan kita.

Kepelbagaian dan Hak Asasi Manusia

Kita berusaha untuk mewujudkan persekitaran bekerja yang mencerminkan kepelbagaian dan ciri-ciri masyarakat dan pelanggan yang menerima perkhidmatan kita dan pastikan ia bebas daripada diskriminasi dan buli.

Kita bertanggungjawab untuk mendukung hak asasi manusia dalam operasi kita tetapi juga mesti berwaspada dengan dan menyokong hak oleh pihak yang mengalami kesan secara meluas oleh perniagaan kita. Potensi GSK untuk memberi kesan kepada hak asasi manusia adalah jauh, merangkumi bidang seperti akses kepada ubat-ubatan, keselamatan pesakit, mengendalikan percubaan klinikal, dan menggunakan pembekal pihak ketiga. Ini bermaksud, sebagai contoh, kita mesti hanya bekerja dengan pembekal yang berkongsi komitmen kita untuk beroperasi dalam cara yang bertanggungjawab dan beretika berkenaan dengan hak tenaga kerja, kesihatan dan keselamatan pekerja dan pembekal mereka. Kita bertanggungjawab untuk memahami implikasi yang luas operasi kita dan memastikan bahawa GSK tidak bertanggungjawab bagi, atau terlibat dalam, sebarang pelanggaran hak asasi manusia.

Kita merupakan jenis syarikat yang mementingkan setiap pekerja. Dengan meletakkan nilai kita pada teras atas setiap keputusan yang kita buat, kita membantu orang lain dalam melakukan dengan lebih, berasa lebih baik, hidup lebih lama.

P: Apakah pendekatan yang terbaik harus diambil jika saya berhadapan dengan isu etika yang sukar?

J: Tanya pada diri anda soalan-soalan berikut:– Adakah ini sah di sisi undang-undang?– Adakah ini konsisten dengan nilai GSK?– Adakah ini konsisten dengan dasar GSK?– Bolehkah saya pertimbangkan secara wajar perkara ini kepada keluarga,

kawan dan rakan sekerja saya?– Adakah saya akan berasa selesa jika perkara ini dilaporkan dalam surat

khabar?

Tatakelakuan kita tidak boleh dipertikai. Ia amat penting kepada cara kita mencapai kejayaan.

Kita dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Kod kita dan mengambil masa untuk memahami dasar yang dirujuk dalam isi kandunganya. Kita dikehendaki untuk bertindak sebagai teladan, memastikan semua perkara yang kita lakukan adalah sejajar dengan nilai kita. Semua pekerja - pemimpin dan individu yang serupa - dinilai dan diberi ganjaran dalam perjalanan dan menuju arah dengan kita amalkan nilai kita dan memenuhi jangkaan kita.

Komitmen kita terhadap nilai kita dan Tatakelakuan kita disokong oleh pasukan Etika dan Pematuhan Global kita. Pasukan ini bertanggungjawab untuk memupuk persekitaran kerja yang positif dan beretika serta menyediakan pandangan dan bimbingan untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan dasar syarikat yang berkenaan.

Pengurus barisan, Penasihat Undang-undang HR dan Pegawai Pematuhan tersedia untuk menasihati, membimbing dan menjawab soalan.

Tatakelakuan Kita 3

Tanggungjawab kita adalah untuk menanyakan soalan dan Tampil Bersuara

Kita mesti menegakkan diri kita sendiri dan antara satu sama lain untuk mematuhi Tatakelakuan kita. Tambahan pula, kita diperkasakan, dan diperlukan, untuk membangkitkan dengan segera kebimbangan mengenai salah laku, kemungkinan konflik atau pelanggaran terhadap Kod ini dan jangkaan syarikat yang dikenali. Pelanggaran yang disyaki menyalahi undang-undang dan peraturan di tempat yang kita beroperasi mesti juga dilaporkan. Ini termasuk kemungkinan salah laku pekerja, pekerja pelengkap, perunding, pembekal, dan rakan kongsi yang menjalankan perniagaan bersama dengan kita (termasuk entiti promosi bersama). Secara ideal, kebimbangan harus dibangkitkan sebelum timbulnya masalah.

Budaya dan prosedur Tampil Bersuara kita menggalakkan setiap orang agar membangkitkan kebimbangan mengenai tingkah laku yang tidak beretika atau tidak sah, dan memastikan kerahsiaan dan perlindungan daripada tindakan balas, hukuman, atau sebarang bentuk gangguan kepada pihak yang melaporkan kebimbangan tersebut.

Tampil BersuaraBangkitkan sebarang kebimbangan

Anda akan dilindungi

GSK menggalakan semua agar melaporkan kebimbangan tanpa rasa takut kepada tindakan balas. Sejajar dengan nilai kita yang menghormati orang lain, kami melayan semua soalan atau kebimbangan, mengenai pematuhan dalam cara yang sulit, walaupun jika pihak yang tampil bersuara mengemukakan identitinya. Kami melakukan dalam cara yang konsisten dengan keperluan untuk menyiasat dengan adil, bekerjasama dengan kerajaan dan mematuhi kewajipan undang-undang, termasuk penemuan dalam litigasi.

Tindakan disipilin sehingga dan termasuk penamatan kerja, sejajar dengan undang-undang tenaga kerja tempatan, akan diambil ke atas sesiapa yang mengancam atau terlibat dalam tindakan balas atau gangguan terhadap sesiapa yang membuat laporan, atau yang dianggap membuat laporan, kebimbangan dengan niat yang baik.

Prosedur melaporkan salah laku SOP-GSK-003

Melindungi pihak yang melaporkan tingkah laku yang tidak beretika atau tidak sah SOP-GSK-015

Tindakan Disipilin

Dasar kita, termasuk yang diterangkan dalam Tatakelakuan ini, diguna pakai kepada pekerja dan pekerja pelengkap di semua peringkat dalam syarikat, tidak kira peranan. Kegagalan untuk mematuhi Tatakelakuan, dasar GSK, atau keperluan undang-undang dan pengawalseliaan yang berkenaan akan mengakibatkan tindakan disipilin sehingga dan termasuk penamatan kerja. Ini juga termasuk pengurus yang mengendahkan pelanggaran atau gagal untuk mengesan dan/atau membetulkan pelanggaran tersebut. Isu disipilin tenaga kerja pelengkap akan diuruskan dengan melalui kod disipilin majikan mereka.

Pengurus dan Sumber Manusia bertanggungjawab untuk menyelia tindakan disipilin bersesuaian yang sejajar dengan piawaian disiplin syarikat, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang tenaga kerja tempatan. Pelanggaran undang-undang juga mengakibatkan penalti sivil atau jenayah untuk pihak yang menyalahi undang-undang.

Saluran integriti Tampil Bersuara

Nombor telefon talian integriti Tampil Bersuara Sulit boleh didapati di Tatakelakuan GSK dan Pusat Sumber Dasar Syarikat atau secara luaran pada gsk.com.

Isu boleh juga dibangkitkan dalam talian di www.gsk.com/integrity atau melalui pos biasa di peti surat pos luar tapak kami yang selamat. Alamat kotak pos tersedia di website di atas.

Sebuah syarikat akan menguruskan talian pelaporan ini. Semua panggilan direkodkan melalui sistem berpusat mereka untuk memastikan integriti program.

Dengan tampil bersuara dan membangkitkan kebimbangan, kita mempratikkan nilai GSK kita, dan melakukan perkara yang betul. Ini melindungi lesen kita untuk beroperasi.

Tatakelakuan Kita 4

Kita berfokus kepada individu, melakukan perkara yang betul bagi pesakit dan pengguna. Kita bekerja dengan rakan kongsi dan pelanggan kita untuk menambahbaikkan penjagaan kesihatan dan mencari ubat-ubatan dan vaksin baharu.

Kita hanya boleh memperoleh penghormatan dan kepercayaan daripada pelanggan kita melalui membina perhubungan dengan mereka. Kita mesti mengambil masa untuk meneliti isu tersebut melalui kaca mata mereka, melibatkan mereka dalam perbualan yang bermakna dan benar-benar mendengar perkara yang dikatakan oleh mereka.

Bagaimanakah kita boleh lakukan ini?– Hanya mempromosikan produk kita dalam linkungan label

yang diluluskan sahaja– Berfokus kepada keperluan pesakit dan pengguna dalam

penyelidikan– Memastikan keselamatan pesakit/pengguna diutamakan– Memastikan kualiti dan kebolehpercayaan bekalan

Berfokus kepada pesakit Memberi keutamaan kepada pesakit dan pengguna

Tatakelakuan Kita 5

Melindungi pesakit dan pengguna kita

Sentiasa mengutamakan keselamatan pesakit dan pengguna

Keselamatan pesakit dan pengguna sentiasa menjadi keutamaan kita, dan kita berkomited kepada piawaian urus tadbir perubatan yang tertinggi. Ketua Pegawai Perubatan kita [Chief Medical Officer (CMO)] mempunyai kuasa pada perkara yang berkaitan dengan keselamatan manusia dan kebertanggungjawaban untuk sistem urus tadbir perubatan di syarikat kita. Sistem ini termasuk penilaian keselamatan produk kita, pengurusan keselamatan manusia, tingkah laku dan pendedahan penyelidikan klinikal, dan interaksi dengan masyarakat luaran mengenai sains dan ubat-ubatan serta amalan promosi.

Sebarang kebimbangan mengenai aspek berkaitan dengan keselamatan produk GSK – tidak kira betapa kecil kebimbangan tersebut - mesti dilaporkan kepada jabatan keselamatan syarikat kita yang berkenaan. Ini dikenali sebagai pelaporan peristiwa buruk. Kita komited kepada mengenal pasti dan mengurus Maklumat Maklumat Keselamatan Manusia [Human Safety Information (HSI)] untuk membantu melindungi mereka yang menggunakan produk kita atau mengambil bahagian dalam ujian klinikal kita. HIS adalah sebarang maklumat berkaitan dengan kesejahteraan atau kesihatan manusia berikutan dengan penggunaan produk GSK.

P: Sebagai ketua, apakah yang boleh saya lakukan untuk memastikan keselamatan pesakit?

J: Jawapan bergantung kepada peranan anda, atau peranan ahli pasukan anda. Anda mesti memastikan pengendalian berkesan isu keselamatan yang dilaporkan sepertimana yang diperlukan oleh POL-GSK-400, dan memastikan pematuhan kepada prosedur utama yang menyokong dasar (Prosedur korporat SOP-GSKF-400, SOP-GSKF-006, SOP-GSKF-012 dan R&D SOP_54834).

Sila laporkan peristiwa buruk kepada Jabatan Keselamatan atau jabatan perubatan syarikat beroperasi tempatan yang berkenaan dalam tempoh 24 jam selepas kesedaran awal. Laporkan peristiwa buruk dengan produk ATAU peranti GSK (termasuk produk dan peranti Stiefel) kepada Hubungan Keselamatan yang Ditetapkan untuk negara anda.

“Apabila mula bekerja setiap hari bekerja, saya berasa amat bermotivasi kerana saya boleh menyumbang kepada penambahbaikan hidup sekurang-kurangnya seorang pesakit pada hari tersebut."Hazem Emiriah Arab Bersatu

Ikuti prinsip penglibatan saintifik kita apabila mengadakan perbualan saintifik

Kita komited kepada piawaian dan prinsip tertinggi apabila berinteraksi dan melibatkan diri dalam dialog sains/perubatan dengan masyarakat luar dalam usaha untuk memajukan pemahaman sains dan perubatan. Ini termasuk komunikasi dan perbincangan data saintifik untuk membolehkan pembangunan yang sesuai dan penggunaan produk kita, memahami pengurusan penyakit, dan menambahbaikkan penjagaan pesakit.

Interaksi dan penukaran maklumat (dikenali sebagai penglibatan saintifik) jelas berbeza daripada promosi yang ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti dijalankan oleh syarikat atau bagi pihaknya yang menyampaikan maklumat untuk mengiklankan atau mempromosikan preskripsi, bekalan, jualan, pengedaran atau penggunaan produk GSK. Terdapat risiko undang-undang dan reputasi bagi syarikat jika aktiviti penglibatan saintifik adalah, atau dilihat sebagai, mempromosikan produk kita atau mempengaruhi professional penjagaan kesihatan dan lain-lain secara tidak wajar.

Pentadbiran perubatan di GSK POL-GSK-409

Pengurusan maklumat keselamatan manusiaPOL-GSK-400

Tapak web melaporkan peristiwa buruk

Penglibatan saintifik POL-GSK-002 STD-GSK-002

Tatakelakuan Kita 6

Melindungi pesakit dan pengguna kita bersambung

Memastikan amalan komersial mematuhi jangkaan industri dan GSK dalaman

Semua aktiviti promosi dan pemasaran farmaseutikal, dan menyokong bahan promosi oleh syarikat di seluruh dunia GSK, mesti mematuhi piawaian etika, perubatan dan saintifik yang tertinggi. Mereka mesti berasaskan bukti saintifik yang sah dan mematuhi semua undang-undang, peraturan-peraturan yang berkenaan dan kod pemasaran industri.

Kita komited untuk memastikan bahawa, apabila berinteraksi dengan profesional dan pesakit penjagaan kesihatan, semua tenaga kerja GSK terlibat dalam aktiviti pemasaran dan promosi akan mengikuti Amalan Kod global GSK untuk interaksi pelanggan dan promosi. Amalan Kod ini menetapkan piawaian minimum GSK. Jika undang-undang tempatan, kod industri atau dasar GSK menetapkan piawaian yang lebih tinggi, keperluan yang lebih ketat sentiasa harus dikenakan. Berhati-hati bahawa keperluan tambahan mungkin juga dikenakan jika profesional penjagaan kesihatan adalah pekerja kerajaan.

Memastikan ketepatan maklumat produk

Kita komited untuk penyediaan tepat, berasaskan bukti maklumat produk [Product Information, (PI)] untuk professional penjagaan kesihatan dan pesakit atau pengguna untuk memberitahu mereka tentang keselamatan dan keberkesanan penggunaan produk kita. PI termasuk kegunaan (atau tanda-tanda) bagi produk, maklumat keselamatan penting dan arahan untuk digunakan. PI adalah berdasarkan penilaian menyeluruh data perubatan dan saintifik yang tersedia pada produk.

Kita hanya akan membuat produk kita tersedia di negara yang bersesuaian dari segi perubatan, dan Pengurus Am kita akan bertanggungjawab untuk membuat penentuan ini selepas perundingan dengan Pengarah Perubatan tempatan. Tahap PI global dan negara mesti mematuhi keperluan ini.

Mengesahkan sistem berkomputer GxP

Kita komited dalam memastikan semua sistem berkomputer, yang menyokong proses tertakluk kepada peraturan GxP yang disahkan berkaitan dengan kemungkinan risikonya ke atas keselamatan pesakit, kualiti produk, dan integriti rekod GxP yang dikawal selia. Bahagian bisnes GxP mempunyai tanggungjawab keseluruhan untuk memastikan semua sistem GxP mereka disahkan, digunakan dan diselenggarakan sewajarnya dengan cara yang patuh, dan sedia untuk pemeriksaan oleh pihak berkuasa pematuhan. Ini termasuk semua sistem GxP yang digunakan atau dibekalkan oleh pihak ketiga bagi pihak mereka.

Keperluan GxP adalah badan peraturan kolektif yang mengurus tadbir pembangunan, pengedaran, pelesenan, pemasaran dan pemantauan farmaseutikal, biologi, pengguna penjagaan kesihatan dan produk peranti perubatan.

Kod amalan global untuk promosi dan interaksi pelanggan GSK (STD-GSK-401) STD-GSK-401

Pengurusan maklumat produk POL-GSKF-404 SOP-GSKF-404

Pengesahan sistem berkomputer POL-GSKF-507

Tatakelakuan Kita 7

Menjalankan penyelidikan yang beretika

Mengikuti semua protokol dan kawalan penyelidikan

Kita komited dalam menjalankan penyelidikan bersubjekkan manusia dengan piawaiwan etika, perubatan dan saintifik tertinggi menurut prinsip hormat, kemurahan hati dan keadilan kepada manusia. Ini termasuk kajian intervensi dan bukan intervensi, dan kajian yang menggunakan data daripada kajian terdahulu.

Bagi penyelidikan bersubjekkan manusia yang menilai ubat-ubatan, kita umumkan ringkasan protokol dan keputusan dalam daftar internet. Kita juga umumkan protokol dan laporan kajian klinikal dengan mengeluarkan maklumat boleh kenal pasti peribadi. Kita mensasarkan untuk terbitkan kajian-kajian ini sebagai manuskrip dalam jurnal ulasan setara. Penerbitan tambahan berkembang yang menyediakan pengetahuan saintifik penting atau relevan untuk penjagaan pesakit.

Memastikan kualiti produk

Memastikan sistem pengurusan kualiti yang berkesan

Kita komited dalam melindungi pihak yang menggunakan produk kita, oleh itu, adalah amat penting bahawa kita mesti mempunyai sisterm pengurusan kualiti yang berkesan (Quality Management System, QMS). QMS memastikan kita mematuhi peraturan global dan tempatan, menjamin keselamatan produk, kualiti dan keberkesanan, mengekalkan keadaan kawalan ke atas produk dan proses dan menyokong penambahbaikan yang berterusan. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada Amalan Perkilangan Baik semasa.

Skop pelaksanaan QMS dalam setiap bidang bisnes akan bergantung kepada proses yang dilaksanakan oleh mereka dan tahap kesan and risiko proses itu kepada reka bentuk, pembangunan, pembuatan, kawalan dan bekalan produk yang digunakan orang.

Berwaspada dengan kemungkinan pemalsuan

Kita komited untuk melindungi pesakit dan pengguna kita daripada produk kesihatan GSK palsu. Ia boleh membahayakan pengguna kita, reputasi kita dan kesihatan awam secara umumnya. Ia boleh meletakkan nyawa pesakit dalam bahaya dan mengakibatkan risiko serius pada bisnes kita.

Sebarang pemalsuan disyaki yang melibatkan produk farmaseutikal, vaksin atau penjagaan kesihatan pengguna mesti dilaporkan kepada Undang-undang: Cap Dagangan Legal Global (Legal: Global Trademarks, LGTM) dan Keselamatan dan Penyiasatan Korporat (Corporate Security and Investigations, CSI) menggunakan Borang Pemerhatian Pasaran Produk Disyaki; alatan pelaporan elektronik ini membolehkan syarikat secara automatik mengedarkan butiran produk palsu kepada pihak yang berkenaan.

Dasar anti-pemalsuan POL-GSK-511

Tapak intranet keselamatan korporat dan penyiasatan

Dasar sistem pengurusan kualiti POL-GSKF-514

Pengendalian dan pendedahan terbuka percubaan klinikal dan keputusannyaPOL-GSKF-408

Penyelidik kajian yang ditaja POL-GSKF-411

Dasar sampel biologi manusiaPOL-GSKF-410

Penjagaan, kebajikan dan rawatan haiwan dalam penyelidikan POL-GSKF-403

Tatakelakuan Kita 8

Bertindak dengan integritiLakukan perkara yang betul

Kita merupakan perniagaan berjaya yang bertindak secara bertanggungjawab dengan integriti dan ketelusan, mematuhi piawaian yang kita dijangka akan patuhi.

Bagaimanakah kita boleh lakukan ini?– Sentiasa bertindak dengan adil dan sah, dalam semangat

semua undang-undang, peraturan dan dasar– Jangan menawarkan dorongan tidak sah kepada mana-mana

individu– Tampil bersuara jika berasa sesuatu yang tidak betul atau

tidak sejajar dengan nilai kita– Melindungi maklumat dan aset syarikat– Membuat komitmen yang realistik dan menunaikan janji kita– Lakukan perkara yang betul untuk GSK, bukan hanya untuk

diri kita atau pasukan kita sahaja– Mencari prinsip, bukan kelemahan– Mendapatkan bimbingan apabila mendapat sebarang

kemusykilan

Tatakelakuan Kita 9

Bertindak dengan integriti individu

Mempunyai toleransi sifar terhadap amalan rasuah dan sogokan

Kita komited untuk memenuhi piawaian etika tertinggi dalam cara kita menjalankan perniagaan. Kita semua - syarikat, kakitangan dan sesiapa yang bertindak bagi pihak kita - mesti mematuhi dasar syarikat dan semua undang-undang di mana-mana negara kita beroperasi termasuk undang-undang anti rasuah yang khusus

GSK mempunyai toleransi sifar terhadap sogokan dan rasuah. Kita tidak akan membuat, menawarkan untuk membuat, atau membenarkan pembayaran bagi pihak ketiga (cth. ejen jualan, pengedar atau perantara) dengan mengetahui yang semua atau sebahagian pembayaran akan ditawarkan atau diberikan kepada mana-mana individu untuk mendapat kelebihan tidak sewajarnya, mendapatkan atau mengekalkan bisnes.

Kita juga komited untuk memastikan semua rekod urusan bisnes kita adalah betul-betul tepat. Ini bermaksud kita mesti menyimpan laporan urusan bisnes yang tepat supaya kita dapat sentiasa mengesan sebab dan cara kita membuat atau menerima bayaran dan sebabnya.

“Lakukan perkara yang betul tanpa perlu diberitahu untuk melakukannya – kerana anda tahu dalam hati dan minda anda, ini adalah perkara betul yang harus dilakukan.”Lorri Farmaseutikal Amerika Utara GSK

Mencegah dan mengesan penipuan

Kita mesti menunjukkan budaya kejujuran dan integriti dalam semua yang kita lakukan, dan mencegah dan mengesan penipuan adalah keutamaan untuk semua. Pemimpin mestilah tidak mengendahkan atau menerima amalan tidak beretika yang kecil kerana ini boleh mencipta persepsi yang mengawal adalah longgar dan boleh dieksploitasikan. Ketua mesti menjadi teladan dan menunjukkan kekonsistenan antara percakapan dan tindakan mereka.

P: Apakah jenis tindakan membentuk penipuan?

J: Definisi penipuan undang-undang berbeza dari negara negara, tetapi secara umumnya penipuan dilihat sebagai mendapatkan sesuatu dengan tidak jujur atau pengalihan harta atau perkhidmatan syarikat, termasuk dana syarikat atau lain-lain aset ketara, dengan membuat sebarang penyalahtafsiran atau pernyataan palsu dengan tujuan keuntungan peribadi atau mendapatkan manfaat bagi pihak lain, atau untuk menyebabkan kerugian kepada syarikat.

Pencegahan penipuan dan respon SOP-GSK-005

Mencegah amalan rasuah dan mengekalkan piawaian dokumentasi POL-GSK-007

Tatakelakuan Kita 10

Bertindak dengan integriti individu bersambung

Bebas daripada konflik kepentingan

Kita semua mesti bebas daripada konflik kepentingan yang berpotensi atau sebenar. Konflik kepentingan berlaku apabila prospek langsung atau tidak langsung keuntungan peribadi mungkin mempengaruhi atau kelihatan mempengaruhi pertimbangan atau tindakan apabila menjalankan perniagaan GSK.

P: Bagaimana jika seseorang memikirkan bahawa wujudnya konflik kepentingan walaupun konflik itu mungkin tidak wujud?

J: Adalah penting supaya mengelakkan bukan sahaja konflik kepentingan yang sebenar, tetapi juga kemunculan konflik semasa melaksanakan tugas anda. Anda mesti mendedahkan dengan segera kepada pengurus, penyelia atau Pegawai Pematuhan sebarang situasi yang mungkin melibatkan konflik kepentingan yang berpotensi atau sebenar untuk bimbingan yang bersesuaian sebelum mengambil sebarang tindakan (sejajar dengan undang-undang privasi tempatan).

Berwaspada dengan hiburan, hadiah dan hospitaliti

Peruntukan dan penerimaan hiburan, hadiah dan hospitaliti sentiasa menjadi sebahagian daripada perhubungan atau amalan budaya, dan dibenarkan kepada dan daripada organisasi luaran atau individu selagi mereka adalah beretika dan sejajar dengan Nilai GSK, berkaitan dengan perniagaan GSK, tidak kerap, bernilai rendah, sah di sisi undang-undang, dan merupakan adat dalam perhubungan perniagaan (bukan untuk kepentingan peribadi atau penggunaan kakitangan). Nasihat harus didapatkan daripada Pegawai Pematuhan.

Adalah penting bahawa kita tidak menerima atau memberi hadiah tidak sesuai, hiburan atau hospitaliti kerana tindakan ini boleh mewujudkan konflik kepentingan, atau sekurang-kurangnya membangkitkan persoalan bahawa pertimbangan kita telah dipengaruhi secara tidak wajar. Kita juga mesti mengikuti keperluan berkaitan dengan perbelanjaan perjalanan dan mesyuarat supaya mereka tidak kelihatan sebagai tidak sejajar dengan nilai kita.

Keperluan konflik kepentinganSOP-GSK-006

Piawaian hiburan, hadiah dan hospitaliti STD-GSK-004

Piawaian perjalanan, mesyuarat dan perbelanjaan STD-GSK-512

Tatakelakuan Kita 11

Mengurus operasi

Mengurus risiko secara berkesan

Kita komited untuk mempunyai sistem pengurusan risiko berkesan (termasuk kerangka kerja dan proses) bagi memastikan risiko-risiko penting yang kita hadapi dikenal pasti, dinilai, dirawat, dipantau dan dilaporkan dengan sewajarnya.

Ini adalah sebahagian daripada amalan pengurusan yang baik dan akan membantu kita untuk melindungi keselamatan pesakit, pekerja, persekitaran, reputasi dan aset syarikat; dan mencapai objektif perniagaan, melindungi pelaburan pemegang amanah dan memastikan kita mematuhi keperluan undang-undang.

Mengutamakan Keselamatan

Kita harus berasa selamat di mana-mana jua bekerja. Ia juga penting untuk kita mempunyai pelan keselamatan yang direka untuk melindungi harta, produk dan semua aset kita yang lain. Semua yang bekerja di GSK, sama ada anda adalah seorang pekerja atau pekerja pelengkap, mesti mengikuti satu pendekatan yang konsisten kepada isu-isu keselamatan dalam keseluruhan semua operasi syarikat. Keselamatan & Penyiasatan Korporat (Corporate Security & Investigations, CSI) bertanggungjawab untuk menetapkan piawaian dan prosedur minimum dan memberi nasihat dalam semua isu keselamatan.

Membina perniagaan yang berdaya tahan

Melalui Pengurusan Krisis dan Perancangan Kesinambungan Bisnes yang berkesan, kita komited untuk bersedia bagi kesihatan dan keselamatan semua orang kita, mengurangkan kerosakan dan kesan kepada syarikat, dan meneruskan operasi kita selepas sebarang bencana alam atau buatan manusia, atau darurat kesihatan.

Sebelum sesuatu gangguan berlaku, kita mesti kenal pasti bahagian tangungjawab utama dan mempunyai saluran komunikasi yang jelas untuk membolehkan tindak balas segera untuk menyokong pekerja dan pesakit yang terjejas, mengurangkan tempoh masa gangguan, dan menyambung semula keadaan kerja normal secepat mungkin.

Ikuti peraturan-peraturan dalaman, perakaunan dan pembelian

Semua kawalan kewangan dan perakaunan direka untuk memastikan bahawa kita tidak mengelirukan pelabur, undang-undang, pihak berkuasa atau orang awam mengenai aspek kewangan syarikat. Kita semua bertanggungjawab untuk mematuhi dasar kita dan peraturan perakaunan dan kewangan yang sah. 

Kita membeli jumlah besar barangan dan perkhidmatan setiap tahun, dan semua pembelian mesti, sebelum komitment kepada pembayaran, diluluskan oleh pekerja GSK dengan had perbelanjaan transaksi dan pemberian pihak berkuasa (GOA) yang sewajarnya. 

Kita akan memastikan pernyataan kewangan disemak oleh juruaudit bebas dan penyemak pihak ketiga lain yang sesuai, dan bahawa kita bersikap terbuka dan telus dalam urusan kita dengan mereka. Kita juga mesti menunjukkan kerjasama sepenuh dan keterbukaan semasa berurusan dengan audit dalaman GSK dan pasukan jaminan.

Kita semua mesti berusaha supaya tidak menyebarkan maklumat dalaman kepada sesiapa atau menggalakkan orang lain untuk berurusan dalam sekuriti GSK pada asas maklumat bukan awam, walaupun anda tidak mendapat keuntungan secara langsung daripada maklumat tersebut.

Dasar keselamatan global POL-GSK-101

Perancangan krisis dan penerusan POL-GSK-504 SOP-GSK-504

Jaminan pihak berkuasa untuk pembelian dan perbelanjaan modal POL-GSKF-503 POL-GSKF-513

Dasar pengambilan juruaudit POL-GSKF-009

Kod untuk berurusan dalam sekuriti POL-GSK-008

Panduan kewangan GSK

Dasar pengurusan risiko POL-GSK-500

Tatakelakuan Kita 12

Melindungi aset dan maklumat

Melindungi maklumat syarikat

Kita berkomited untuk melindungi maklumat GSK dan semua maklumat yang diamanahkan kepada kita.

Satu daripada aset kita yang paling berharga ialah maklumat. Kita mesti melindungi maklumat proprietari, sulit, dan amat sulit, maklumat boleh kenal pasti peribadi (PII) dan maklumat boleh kenal pasti peribadi sensitif (SPII) dan pada bila-bila masa untuk mencegah bahaya terhadap GSK, pemegang saham kita, dan individu atau pihak ketiga lain yang mengamanahkan maklumat mereka kepada kita.

Melindungi sumber teknologi

Semua orang yang menggunakan sistem komputer GSK memainkan peranan dalam memastikan bahawa mereka menggunakan sistem komputer dalam cara yang selamat dan sesuai dengan mengekalkan nilai dan semangat GSK. Sistem ini adalah kritikal kepada kejayaan GSK.

Kita semua bertanggungjawab untuk menggunakan sumber IT dalam cara profesional pada bila-bila masa dan mesti tidak menggunakan sumber IT untuk melibatkan diri dalam tingkah laku yang tidak sah, menyakiti hati atau tidak wajar.

Sebagai pekerja, anda bertanggungjawab secara peribadi untuk melindungi akses kepada, dan penggunaan wajar, sumber IT syarikat. Pekerja pelengkap dan pihak ketiga di bawah arahan kita mesti mematuhi keperluan ini.

Melindungi maklumat kenal pasti peribadi

Kita komited untuk menjalankan piawaian integriti tertinggi dalam menangani dan melindungi data peribadi. Maklumat Boleh Kenal Pasti Peribadi (PII) boleh mengenal pasti atau digunakan semunasabahnya untuk mengenal pasti seseorang. Kita mesti melindungi PII yang diamanahkan kepada kita supaya ia tidak disalahgunakan, dan kita mesti mematuhi semua undang-undang berkaitan.

Mengurus rekod dan maklumat

Sebagai syarikat, kita komited untuk menguruskan kitaran hidup rekod dan maklumat kita dengan betul, untuk melindungi harta intelektual kita, mematuhi keperluan undang-undang, kewangan dan pengawalseliaan; dan mengelakkan kos yang tidak perlu. Kita tidak menyimpan sebarang rekod atau maklumat lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi keperluan bisnes kita dan sebarang syarat keperluan penyimpanan undang-undang atau pengawalseliaan.

Setiap hari, kita mencipta dan menerima sejumlah besar maklumat. Adalah tanggungjawab kita untuk memastikan kita menyimpan rekod dan maklumat yang betul – bukan sahaja untuk melindungi harta intelektual kita, tetapi juga memastikan bahawa kita mematuhi keperluan undang-undang, kewangan dan pengawalseliaan.

Rekod dan maklumat syarikat tidak harus disimpan lebih daripada tempoh masa yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penyimpanan undang-undang dan pengawalseliaan dan keperluan perniagaan. Lihat Jadual Penyimpan Rekod Global untuk butiran.

Penggunaan sumber IT yang boleh diterima POL-GSK-508 SOP-GSK-508

Privasi maklumat boleh kenal pasti peribadi POL-GSK-010

Dasar penyimpanan rekod globalPOL-GSK-506

Perlindungan maklumat GSKPOL-GSK-100 SOP-GSK-100

Tatakelakuan Kita 13

Melindungi aset dan maklumat bersambung

Kumpulkan kepintaran kompetitif secara wajar dan melindungi maklumat sulit

Kita mesti memastikan kepintaran kompetitif dikumpulkan secara beretika dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang melindungi maklumat sulit dan proprietari. Ini bermaksud kita tidak boleh mengelirukan atau menekankan pekerja dan rakan kongsi perniagaan pesaing atau lain-lain pihak ketiga untuk mendedahkan jenis maklumat ini; selain itu, tiada pekerja GSK harus menemuramah atau mengambil pekerja pesaing atau pihak ketiga atas tujuan ini. Kita juga harus bertanggungjawab untuk memastikan bahawa sebarang pembekal yang kita guna untuk mengumpulkan kepintaran kompetitif sejajar dengan Kod ini, dan kita harus memeterai kontrak dengan pembekal pihak ketiga yang memerlukan ini. Jika pekerja GSK adalah penerima tidak bersalah maklumat mengenai atau daripada pesaing yang mereka mempercayai maklumat itu adalah sulit atau diperolehi secara tidak wajar, mereka tidak harus menggunakan maklumat ini dan harus menghubungi Penasihat Undang-undang tentang cara meneruskan langkah selanjutnya.

Jangan membincangkan maklumat seperti harga, pelan syarikat atau keuntungan dengan pesaing, dan ingati bahawa semua ejen kita dan rakan kongsi kita tidak dibenarkan untuk melakukan sedemikian. Pelanggaran undang-undang persaingan boleh mengakibatkan penalti kewangan dan kemungkinan hukuman penjara untuk individi, oleh itu dapatkan khidmat nasihat dan penglibatan Undang-undang GSK jika anda mempunyai kemusykilan.

P: Apakah dasar kita mengenai melindungi Maklumat dan aset GSK seperti sumber IT?

J: Adalah penting untuk melindungi akses kepada, dan penggunaan yang wajar, maklumat GSK dan sumber IT. Kita sedang mengubah cara kita bekerja, termasuk perkongsian dan kerjasama yang lebih dengan pihak luaran. Penggunaan telefon dan peranti mudah alih peribadi serta peningkatan jenayah siber semua meninggikan kemungkinan kejadian kehilangan maklumat GSK. Komunikasi elektronik tidak semestinya peribadi, dan rekod semua komunikasi kita mungkin dibuat dan digunakan untuk pelbagai sebab. GSK mungkin juga memantau komunikasi elektronik untuk memastikan dasar syarikat pada penggunaan komputer dipatuhi. Kita hanya boleh melindungi maklumat dan aset kita dengan kombinasi kawalan teknikal dan dengan memastikan kita mempunyai tenaga kerja yang berpendidikan dan berwaspada, perlindungan maklumat merupakan sebahagian daripada budaya dan nilai kita.

Jika anda tahu tentang kemungkinan penyalahgunaan atau penyalahgunaan maklumat atau aset GSK, anda harus menghubungi pengurus anda Pegawai Pematuhan, Penasihat Undang-undang, CSI, atau menggunakan talian laporan Tampil bersuara atau tapak web GSK.

Persaingan dalam keperluan tempat pasaran

Tatakelakuan Kita 14

Kita menyokong dan menginspirasi rakan sekerja kita untuk membantu mereka menjadi terbaik yang mereka mampu dan untuk mencapai prestasi cemerlang. Kita mendengar suara dunia di luar GSK dan menggunakan sains dan skala kita untuk mengambil tindakan yang memajukan penjagaan kesihatan.

Bagaimanakah kita boleh lakukan ini?– Memastikan tempat kerja kita adalah selamat dan bebas

daripada gangguan dan buli– Mencari secara aktif, nilai dan menikmati manfaat daripada

perbezaan pengetahuan, perspektif, pengalaman dan gaya yang wujud dalam masyarakat global kita

– Cipta suasana kepercayaan, dengan kebimbangan boleh dibangkitkan sepenuhnya

Menunjukkan sikap menghomati orang lainMenginspirasi antara satu sama lain untuk mencapai prestasi cemerlang

Tatakelakuan Kita 15

Sokong orang dan masyarakat kita

Lakukan dengan terbaik yang kita mampu

Kita mesti semua menunjukkan piawaian tertinggi tingkah laku peribadi dan profesional untuk memastikan persekitaran kerja produktif dan selamat. Matlamat kita adalah untuk menarik, membangun dan mengekalkan pekerja terbaik dengan melayan semua orang sama rata dan menyeluruh. Kita berusaha untuk mewujudkan persekitaran bekerja yang mencerminkan kepelbagaian dan ciri-ciri masyarakat di sekitar operasi kita dan pelanggan yang menerima perkhidmatan kita dan pastikan ia yang bebas daripada diskriminasi dan buli. Gangguan dan diskriminasi tidak akan dibenarkan dan sebarang isu yang ditimbulkan akan diselesaikan tanpa rasa takut pada sebarang tindak balas.

P: Siapakah yang bertanggungjawab untuk menghantar komitmen kita kepada tenaga kerja yang menyeluruh dan pelbagai?

J: Kita semua mesti bertanggungjawab secara peribadi untuk mendukung piawaian GSK untuk layanan yang sama dan menyeluruh, dengan ihsan profesional, maruah dan hormat. Ini bermaksud menilai mereka sebagai individu serta mematuhi semua undang-undang dan peraturan di tempat kita beroperasi. Semua pekerja bertanggungjawab untuk menyokong komitmen kita dalam mencipta persekitaran dengan semua pekerja berasa dihargai dan dihormati.

Laporkan segera kepada pihak pengurusan, atau Sumber Manusia, mana-mana kejadian yang tidak selaras dengan dasar ini supaya syarikat dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Layanan sama rata dan menyeluruh kepada Pekerja GSK POL-GSK-204

Dasar orang HR

Pernyataan hak asasi GSK

Tatakelakuan Kita 16

Menyokong orang dan masyarkat kita bersambung

Membina tenaga kerja yang berprestasi tinggi dan sihat, serta persekitaran kerja yang selamat

Kita berkomited untuk melindungi orang, alam sekitar dan aset kita melalui kecemerlangan dalam alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan pengurusan pengekalan (Environment, Health, Safety and Sustainability Management, [EHS&S]) Berjaya mengamalkan amalan ini dalam setiap kawasan perniagaan bergantung kepada proses perniagaan yang kita terlibat, dan kita telah menetapkan matlamat pemampanan yang mencabar untuk memenuhi komitmen ini. Dengan menerapkan budaya EHS&S yang kuat menerusi perniagaan kita boleh mengekalkan tenaga kerja yang berprestasi tinggi, sihat dan teguh, serta menyokong kesihatan dan kesejahteraan orang kita dalam cara yang proaktif dan tanpa diskriminasi.

P: Adakah usaha operasi kita mencukupi dalam memenuhi keperluan undang-undang tempatan pada EHS?

J: Tidak. Semua operasi mesti mematuhi keperluan undang-undang tempatan serta piawaian Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan Global (EHS). Dalam usaha untuk membantu kita menambahbaikkan secara berterusan dalam kesihatan, kesejahteraan, dan daya tahan secara mampan, semua ketua dikehendaki menggabungkan prinsip dan amalan kesihatan ke dalam strategi Sumber Manusia dan proses perniagaan. Ini membolehkan kita membantu orang dalam menambahbaikkan kesihatan, kesejahteraan, dan daya tahan secara mampan.

Kita mesti membiasakan diri kita dengan, dan mengikuti, dasar, prosedur dan garis panduan EHS yang berkaitan dengan kerja kita. Sebarang kebimbangan kesihatan atau keselamatan atau kecederaan atau kesakitan yang berkaitan dengan kerja mesti dilaporkan dengan segera kepada pengurusan.

Lakukan terbaik yang kita mampu adalah penting kepada matlamat kita dan pengaruh alkohol atau dadah, atau menggunakan ubat-ubatan, mungkin mengurangkan keupayaan kita dalam melakukannya. Penggunaan dadah, bahan terkawal atau alkohol, atau penyalahgunaan ubat-ubatan, mungkin juga memberi kesan ke atas keselamatan anda dan keselamatan rakan sekerja, dan memberi kesan terhadap operasi perniagaan kita.

Jika anda percaya bahawa seseorang yang bekerja dengan anda terjejas disebabkan oleh pengaruh alkohol, dadah atau lain-lain bahan terkawal, atau seseorang menggunakan alkohol, atau bahan terkawal haram pada harta syarikat, anda mesti memberitahu ahli pengurusan, HR, Pengurusan Kesihatan Pekerja atau talian laporan Tampil Bersuara atau tapak web.

"Enjin GSK adalah kakitangan yang bekerja untuk GSK. Hormat adalah kuasa teras yang mendorong enjin tersebut memaju ke hadapan.Rodger Penyelidikan dan pembangunan GSK United Kingdom

Alam Sekitar, kesihatan, keselamatan dan kemampanan POL-GSK-402

Tatakelakuan Kita 17

Menyokong orang dan masyarkat kita bersambung

Melaksanakan penyaringan pra pengambilan kerja dan pra penglibatan

Kita komited untuk menyaring semua pekerja dan pekerja pelengkap sebelum mereka digaji atau diambil berkhidmat. Penyaringan pra-pekerjaan membantu melindungi pekerja, aset, harta intektual, dan produk kita dengan memastikan semua orang yang kita ambil mempunyai kelulusan yang dituntut oleh mereka dan pengalaman yang diperlukan untuk jawatan mereka.

Kita bertanggungjawab untuk mendedahkan sendiri semua maklumat yang mungkin menghalang penglibatan kita dalam operasi perniagaan GSK. Ini termasuk sekatan yang mencegah penglibatan dalam program kerajaan (cth pemecatan Program Persekutuan AS), kekurangan lesen yang relevan untuk melaksanakan peranan tertentu dan memenuhi keperluan undang-undang, atau kehilangan sebarang pelepasan yang perlu untuk mengakses kawasan selamat yang mengandungi aset yang sensitif dan berharga. Dalam mematuhi keperluan undang-undang, GSK memelihara hak untuk menyaring tenaga kerjanya untuk ketidaklayakan.

Mematuhi peraturan-peraturan tenaga kerja pelengkap

Kita komited pada standard tertinggi pengurusan tenaga kerja sejajar dengan nilai kita. Tenaga kerja pelengkap yang ditakrifkan dan diuruskan dengan baik (terdiri daripada Agensi Pekerja, Pernyataan Kerja Pekerja dan Pekerja Sumber Luar), adalah aset syarikat utama dan kita menikmati kebaikan daripada keberkesanan penggunaan sumber ini. Semua dasar yang menetapkan piawaian untuk menguruskan tenaga kerja, termasuk tanggungjawab mengambil pengurus dan keperluan untuk memenuhi undang-undang tempatan, mesti dipatuhi.

Dasar tenaga kerja pelengkap POL-GSK-505

Dasar orang HR

Penyaringan pra pengambilan kerja POL-GSK-510 SOP-GSK-510

Dasar orang HR

Tatakelakuan Kita 18

Kita bersikap jujur dan telus mengenai tindakan kita, cara kita lakukan dan cabaran kita hadapi. Kita bersikap terbuka kepada cabaran, perbincangan dan menambahbaik cara kita kerja untuk mencerminkan nilai kita.

Bagaimanakah kita boleh lakukan ini?– Fikirkan sama ada tindakan yang kita akan ambil boleh

menambahbaik kepercayaan orang lain terhadap GSK– Anggapkan semua orang boleh melihat tindakan kita– Pastikan percakapan kita, atau penulisan kita adalah adil dan

jujur dan tidak mengelirukan atau tidak lengkap– Menyediakan maklumat tepat pada masanya, relevan

dan tepat– Menunjukkan sabitan dan mengambil pemilikan– Mengajukan maklumat penting dengan segera

Beroperasi dengan ketelusanBersikap jelas, jujur dan sahih

Tatakelakuan Kita 19

Membina kepercayaan dengan masyarakat

Menjadi teladan kepada reputasi GSK

Kita mesti selaraskan dan uruskan cara kita berkomunikasi dengan khalayak luaran, dan secara dalaman antara kita semua. Kita komited pada melindungi reputasi kita dan kepercayaan yang diamanahkan oleh orang lain. Ia adalah aset berharga dan penting untuk kejayaan kita.

Semua komunikasi oleh pekerja dan agen kita boleh memberi kesan yang signifikan ke atas syarikat. Kita mesti memastikan semua komunikasi tentang kepentingan bisnes syarikat adalah: tepat pada masanya, tepat, konsisten, dan mencerminkan nilai-nilai kita. Kita juga mesti memastikan semua komunikasi mematuhi dasar kita, prosedur kelulusan dan pemberian kuasa kita, dan semua undang-undang yang berkenaan. Semua komunikasi perlu mencerminkan prinsip Tulis dengan Betul (Write Right) untuk mengurangkan kemungkinan penyalahtafsiran pada masa hadapan.

P: Bolehkah saya membincangkan perkara syarikat di media sosial?

J: Kita tidak boleh membuat sebarang pemaparan umum maklumat sulit yang berkaitan dengan sebarang aspek perniagaan kita pada internet. Ini termasuk semua jenis media rangkaian sosial serta sebarang forum berasaskan internet yang lain, tetapi tidak terhad kepada, bilik perbualan, papan buletin, blog, wiki dan sebagainya.

Menguruskan semua bantuan dan pendermaan dengan sewajarnya

Kita komited dalam menyokong projek amal yang sah dan murni dalam komuniti tempat kita beroperasi dan juga mempromosi dan menyokong kesihatan umum. Dasar ini memastikan semua pemberian bantuan dan pendermaan, dalam bentuk tunai atau barangan, adalah selaras dengan misi, piawaian etika dan nilai-nilai kita. Melalui tadbir urus jaminan dan sumbangan yang bersesuaian, kita melindungi reputasi syarikat dengan pihak berkepentingan dalaman dan luaran.

Kita komited pada pendermaan kebajikan produk berdasarkan keperluan kemanusiaan dan lain-lain faktor sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perniagaan yang bertanggungjawab, termasuk perdermaan dalam situasi kecemasan dan bencana. Pendermaan ini mesti dibuat melalui amalan pengurusan yang bertanggungjawab sejajar dengan proses syarikat dan keperluan undang-undang, dan selaras dengan keperluan Organisasi Kesihatan Sedunia (World Health Organization).

Mematuhi sekatan GSK pada sumbangan politik

Sumbangan politik ditakrifkan sebagai sebarang hadiah, langganan, pinjaman, pendahuluan atau deposit wang atau sesuatu yang bernilai yang dibuat bagi tujuan mempengaruhi mana-mana pemilihan untuk jawatan atau apa-apa tempoh dalam jawatan. Ia termasuk sumbangan barangan (barangan, komoditi atau perkhidmatan dan bukan wang). Kita tidak membuat sumbangan politik kepada mana-mana individu atau organisasi di sebarang negara yang kita jalankan operasi. Jika orang kita terlibat dalam proses politik, ia seharusnya menggunakan masa lapang mereka sendiri dan dengan menggunakan sumber mereka.

Dasar bantuan kewangan dan sumbanganPOL-GSK-016

Pendermaan kemanusiaan POL-GSK-303

Sumbangan politik POL-GSK-302

Melindungi dan mengurangkan risiko daripada komunikasi dalaman dan luaran POL-GSK-301 SOP-GSK-301

Penggunaan perniagaan saluran digital SOP-GSK-502

Tatakelakuan Kita 20

Membina kepercayaan dengan masyarakat bersambung

Memastikan interaksi kerajaan beretika

GSK menjalankan perniagaan yang signifikan dengan kerajaan di banyak negara dan terdapat undang-undang yang istimewa yang dikenakan ke atas interaksi, terutamanya apabila entiti ini merupakan pelanggan kita. Ini boleh termasuk peraturan yang berkaitan dengan harga dan rebat, serta udnang-undang anti sogokan untuk melarang kemungkinan dorongan perniagaan. Selain itu, had dikenakan pada hadiah, hiburan, atau lain-lain ganjaran yang boleh ditawarkan kepada pekerja kerajaan dan ejen yang terlibat dalam pembelian dan proses dasar awam. Kita mesti mematuhi semua undang-undang dan keperluan agensi pengawalseliaan yang berkenaan seperti yang digariskan dalam dasar dan prosedur bidang perniagaan, dan kita mesti memastikan bahawa semua interaksi kita dengan kerajaan adalah beretika and sewajarnya.

“Pendedahan menyeluruh telah menjadi cara kehidupan di Agbara. Kita berkongsi kejayaan dan kegagalan dengan ketelusan sama rata."Henry Nigeria GSK

Berwaspada dengan sempadan perniagaan antarabangsa

Kita komited untuk mematuhi semua sekatan dan kawalan eksport yang berkaitan. Ini adalah peraturan yang dikenakan oleh pelbagai negara dan badan antarabangsa yang menyekat atau melarang kita daripada menjalankan bisnes dengan sesetengah negara, kerajaan, entiti, pihak dan orang perseorangan.

Kita mesti memastikan bahawa kita mematuhi semua sekatan pada pergerakan dana, produk, barangan, bahan, perkhidmatan, perisian dan teknologi kita, dan urusan kita dengan orang lain. Sesetengah pekerja GSK tidak mempunyai sebarang interaksi atau penglibatan dengan pasaran terhad yang tertentu, memerlukan mereka menarik diri mereka daripada sebarang urusan dengan pasaran sebegini (dikenali sebagai penarikan diri).

Interaksi dengan pegawai kerajaan dan agensi antara kerajaan SOP-GSK-007

Sekatan dan kawalan eksportPOL-GSK-014 SOP-GSK-014

Tatakelakuan Kita 21

Lakukan tugas kitaSyarikat yang kita bekerja mementingkan setiap pekerja

Jangkaan kita

Jangkaan GSK membimbing cara kita lakukan untuk menyampaikan strategi kita.

– Tetapkan arahan dan inspirasi – Bekerja merentasi sempadan – Lepaskan tenaga – Membangun keupayaan dan bakat – Memacu prestasi – Amalkan nilai kita

Industri kita dikawal selia dan dipantau secara ketat Keputusan tidak kukuh atau salah langkah yang tidak diingini boleh mengakibatkan penalti kewangan dan reputasi yang signifikan Pada masa yang sama, kita mempunyai persekitaran kerja yang jauh memberi ganjaran dengan kita boleh membuat perubahan yang sebenar di dunia. Kita semua membentuk reputasi GSK. Itulah sebabnya nilai kita bukannya pilihan. Dalam setiap keputusan kita buat, kita mesti mengutamakan pesakit dan pengguna kita, bertindak dengan integriti, melayan orang lain dengan penuh hormat dan beroperasi dengan ketelusan. Tambahan pula, kita mesti mematuhi dengan penuh semangat - bukan sahaja surat - piawaian berkenaan yang diperlukan oleh undang-undang.

Ini adalah syarikat yang kita harapkan.

GlaxoSmithKline plc 2014

www.gsk.com

Ibu Pejabat dan Pejabat BerdaftarGlaxoSmithKline plc980 Great West RoadBrentford, Middlesex TW8 9GSUnited KingdomTel: +44 (0)20 8047 5000Nombor Berdaftar: 3888792

POL-GSK-001 v9 (13 Januari 2014)