AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475...

13
1 AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY, MQA) 25 JANUARI 2019 (JUMAAT) AUDITORIUM, MERCU MQA, CYBERJAYA Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Yang Berusaha Puan Lilian Kek Siew Yick, Pengarah Kanan Sub-Sekstor Akreditasi Yang Berusaha Encik Mohamad Dzafir Bin Mustafa, Pengarah Kanan Sub-Sekstor Pembangunan Dasar dan Kepakaran Yang Berusaha Encik Erizal Kamal Bin Misran Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan menjalankan tugas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Yang Berusaha Dr. Hazman Shah Abdullah Fello Pakar MQA Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Unit, Tuan-tuan,Puan-puan Warga Agensi Kelayakan Malaysia; Sayang kumbang mencari makan Terbang seiring di dini hari 2019 datang, selamat diucapkan Semoga diiring restu ilahi Tikar mengkuang bersulam kelarai Menjadi hiasan hingga ke sudah Tahun 2018 melabuhkan tirai Semoga 2019 semuanya indah

Transcript of AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475...

Page 1: AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771 permohonan telah berjaya diselesaikan.

1

AMANAT TAHUN BARU

AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

(MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY, MQA)

25 JANUARI 2019 (JUMAAT)

AUDITORIUM, MERCU MQA, CYBERJAYA

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha Puan Lilian Kek Siew Yick,

Pengarah Kanan Sub-Sekstor Akreditasi

Yang Berusaha Encik Mohamad Dzafir Bin Mustafa,

Pengarah Kanan Sub-Sekstor Pembangunan Dasar dan Kepakaran

Yang Berusaha Encik Erizal Kamal Bin Misran

Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan menjalankan tugas Timbalan

Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)

Yang Berusaha Dr. Hazman Shah Abdullah

Fello Pakar MQA

Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Unit, Tuan-tuan,Puan-puan Warga

Agensi Kelayakan Malaysia;

Sayang kumbang mencari makan

Terbang seiring di dini hari

2019 datang, selamat diucapkan

Semoga diiring restu ilahi

Tikar mengkuang bersulam kelarai

Menjadi hiasan hingga ke sudah

Tahun 2018 melabuhkan tirai

Semoga 2019 semuanya indah

Page 2: AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771 permohonan telah berjaya diselesaikan.

2

SOROTAN PENCAPAIAN 2018

1. Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat

Allah Subhanallah hu Wata’ala kerana mengizinkan kita semua berhimpun

dalam majlis pada pagi ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

2. 2018 pada keseluruhannya telah mencatatkan pencapaian yang

memberangsangkan yang mana imej dan reputasi MQA terus meningkatkan

pada peringkat nasional mahupun antarabangsa.

3. MQA telah menyahut seruan YB Menteri Pendidikan dalam melestarikan

bidang pendidikan dengan tema Happiness, Love and Respect. Pada

2018 kita telah mengadakan pertandingan projek inovasi dalam usaha untuk

menyampaikan maksud hasrat menteri itu.

4. Di samping itu, menerusi Kelab Sukan MQA, beberapa aktiviti sukan giat

dijalankan dari tahun lepas hingga ketahun ini dalam merebut Piala

Pusingan KPE. Dalam masa yang sama kita turut sama berkongsi rezeki

dengan warga kita melalui projek Food Bank iaitu kolaborasi antara Kelab

Kebajikan MQA dan PUSPANITA MQA. Bagi memastikan tahap kesihatan

warga di tahap yang baik, program pemeriksaan kesihatan bersama

agensi tertentu telah diadakan dan Kelab Kebajikan juga telah menyediakan

alat ujian tekanan darah untuk kemudahan warga.

Tuan-tuan dan puan-puan,

5. Pengukuhan perkhidmatan jaminan kualiti telah digerakkan dengan

pelaksanaan Code of Practice for Program Accreditation versi 2.0 atau

singkatannya COPPA 2.0 mulai April 2018. Dokumen permohonan juga

telah ditetapkan dalam bentuk digital sepenuhnya bagi meringankan

beban Pemberi Pendidikan Tinggi menyediakan dokumen serta

Page 3: AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771 permohonan telah berjaya diselesaikan.

3

memudahkan pengendalian dokumen oleh pegawai MQA dan para panel

penilai.

6. Pencapaian core business Akreditasi, Audit Institusi dan Swa juga amat

memberangsangkan. ari segi penilaian program, MQA telah memproses

sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771

permohonan telah berjaya diselesaikan. Manakala untuk proses Akreditasi

Penuh, MQA telah memproses sebanyak 1,510 permohonan dengan

sebanyak sebanyak 582 program telah berjaya diselesaikan. Adalah penting

untuk memastikan program-program ini menepati kualiti dan piawaian yang

ditetapkan agar penawarannya menjanjikan kemanfaatan kepada pelajar dan

pihak berkepentingan. Dalam pada itu, wujud cabaran bagi MQA untuk

memperkemas dan mempertingkatkan proses-proses ini agar lebih responsif

kepada kehendak pemohon.

7. Atas semangat untuk membantu dan memudahcara dalam proses

akreditasi, untuk julung kalinya MQA telah menganjurkan Bengkel Perdana

Pemantapan Akreditasi Program TVET Kolej-kolej Vokasional pada 12-

13 Disember 2018 di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands.

Dengan kehadiran pakar-pakar bidang yang dilantik, MQA telah

menyediakan bimbingan yang lebih efektif bagi pihak Kolej Vokasional

memahami situasi kualiti yang mereka hadapi dan pendekatan untuk

menanganinya. Sudah tentu inisiatif sedemikian akan dilaksanakan pada

masa akan datang sekiranya diperlukan. Ini menunjukkan peranan MQA

bukan terhad memastikan pematuhan tetapi apa yang lebih penting

memudahcara pembenihan kualiti pada ruang dan kesempatan yang ada.

8. Ledakan Revolasi Industri 4.0 turut memberi cabaran kepada pendidikan

tinggi untuk membuat semakan terhadap program dan lebih inovatif

dalam penawaran. Selaras dengan itu beberapa standard program seperti

Bioteknologi, Muamalat dan Kewangan Islam, Hospitaliti dan Pelancongan,

Komputeran dan Sains Perubatan dan Kesihatan telah disemak semula agar

responsif dengan perkembangan semasa. Dasar dan ketetapan perubahan

Page 4: AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771 permohonan telah berjaya diselesaikan.

4

program juga diperbaharui agar institusi dapat melaksanakan perubahan

secara dalaman dengan lebih efektif. Kerangka program hibrid juga

diperkenalkan untuk membolehkan institusi menerokai bidang-bidang

baharu melalui program merentas bidang.

9. Penekanan MQA kepada program pembangunan kapasiti bagi menyemarak

kualiti telah didokong oleh MQATC dengan jayanya sepanjang tahun 2018

sehingga berjaya mengutip sejuta ringgit yuran latihan (RM1 juta). Program-

program untuk warga MQA juga dilaksanakan bagi memperkukuhkan

kompetensi dan daya saing warga ini termasuk program High Impact

Culture yang julung-julung kali diperkenalkan di MQA.

10. Di arena serantau dan antarabangsa, MQA juga terus mendapat

kepercayaan dengan penyertaan delegasi daripada 26 negara dari rantau

Asia Pacifik dalam program internship serta kejayaaan penganjuran

Seminar ASEAN Quality Assurance Network (AQAN) bertemakan

“Industry 4.0 in Higher Education” dengan kerjasama Finance

Accreditation Agency (FAA).

11. Penandaarasan MQF kepada ASEAN Quality Reference Framework

(AQRF) juga menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dengan

rumusan awal dengan pembuktian kukuh berkenaan ‘Good Fit’ antara MQF

dan AQRF. Kita mengharapkan laporan ini dapat dimuktamadkan pada tahun

ini dan diterima pada peringkat ASEAN.

12. Bagi memantapkan tadbir urus dan penyaluran maklumat yang

berkesan, MQA telah melancarkan Polisi Whistleblowing yang

menggariskan panduan bagi pelaporan terhadap sebarang bentuk penipuan,

penyalahgunaan dan penyelewengan serta salah laku dalaman termasuk

Ahli Majlis MQA, Ahli Jawatankuasa Akreditasi dan Ahli panel Penilai.

Dengan adanya polisi ini, ia akan menambahkan keyakinan orang awam

terhadap keseriusan pengurusan MQA dalam menangani sebarang salah

laku dalam kalangan warga MQA.

Page 5: AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771 permohonan telah berjaya diselesaikan.

5

13. Secara keseluruhanya saya mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan atas komitmen dan kerja keras seluruh warga MQA sepanjang

tahun 2018.

TEKAD 2019

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

14. Melangkah ke tahun 2019, MQA perlu mengatur langkah lebih teguh dan

yakin, berbekalkan keupayaan yang telah dibina, menerokai segenap ruang

dan peluang dalam mendepani cabaran-cabaran baharu dunia pendidikan

tinggi demi mempertingkatkan reputasi MQA sebagai badan kelayakan dan

jaminan kualiti unggul Malaysia. Usaha ini perlu digembling dengan

kesepakatan utuh seluruh warga MQA walau apa pun peranan dan

tanggungjawab, sebagai satu pasukan yang ampuh demi mencapai

keberhasilan prestasi yang tinggi.

AMANAT YB MENTERI PENDIDIKAN 2019

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

15. Yang Berhormat Menteri Pendidikan, dalam amanat beliau pada 14 Januari

yang lalu, antara lain telah menggariskan bahawa Kementerian Pendidikan

bertekad untuk mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi

melalui peningkatan kualiti dan penekanan nilai sebagai teras pendidikan.

16. Secara ringkasnya, tekad ini akan dijayakan melalui empat hala tuju khusus

bagi Universiti Awam dan Pengajian Tinggi iaitu;

(a) Kualiti;

(b) Autonomi;

(c) Kolaborasi dan

(d) Pengantarabangsaan.

Page 6: AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771 permohonan telah berjaya diselesaikan.

6

17. Sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan, aspirasi ini perlu disahut,

disokong dan dijelmakan sebaik mungkin dalam pelaksanaan peranan dan

tanggungjawab MQA sepanjang tahun-tahun mendatang.

HALA TUJU 1 : NILAI TERAS I-TRUST

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

18. Sebagai permulaan, MQA perlu memperkukuh pelaksanaan peranan dan

tanggungjawab berasaskan nilai yang kompetitif. Justeru itu, mulai tahun

2019, MQA akan melangkah ke hadapan berlandaskan lima nilai teras yang

baharu iaitu:

(a) Integrity

(b) Transparent

(c) Respectful

(d) Universal

(e) Spirited

(f) Trustworthy

19. Nilai teras ini akan memandu MQA untuk terus maju dalam mengejar

kecemerlangan dalam perkhidmatan yang diyakini oleh semua pihak kerana

ia dilaksanakan berasaskan tekad MQA:

(a) Integrity: Menghayati dan membudayakan nilai jujur, amanah dan

ikhlas dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang

diamanahkan bagi memelihara imej organisasi.

(b) Transparent: Melaksanakan peranan dan tanggungjawab jaminan

kualiti dengan telus, adil dan saksama dalam memenuhi keperluan

pihak berkepentingan.

Page 7: AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771 permohonan telah berjaya diselesaikan.

7

(c) Respectful: Menjalin hubungan erat, saling menghormati dan

menghargai antara semua pihak berkepentingan dalaman dan luaran

dalam memacu kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

(d) Universal: Memperkasa sistem jaminan kualiti, kelayakan pendidikan

tinggi dan pendidikan sepanjang hayat agar setanding dengan

amalan baik antarabangsa dan diiktiraf di peringkat global.

(e) Spirited: Memupuk semangat berpasukan dan tekad yang utuh dalam

memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berinovasi untuk mencapai

visi, misi dan matlamat organisasi.

(f) Trustworthy: Mengamalkan prinsip dan etika kerja bagi mengekalkan

keyakinan dan kebolehpercayaan pihak berkepentingan terhadap

perkhidmatan agar reputasi dan kredibiliti organisasi terpelihara.

20. Pada kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua

warga sewaktu proses pemilihan nilai teras baharu ini yang dilaksanakan

berasaskan prinsip demokrasi dan semangat kesepakatan yang tinggi.

21. Saya percaya kejayaan kita dalam mengasimilasi nilai teras dalam aktiviti-

aktiviti MQA akan memperkukuh kesepakatan dan kesepaduan kerja

pasukan warga MQA dalam memastikan pencapaian yang lebih cemerlang

pada masa akan datang.

HALA TUJU 2 : PENGUKUHAN KERANGKA JAMINAN KUALITI DAN

PENDIDIKAN FLEKSIBEL

22. Menyahut amanat YB Menteri berkaitan peningkatan kualiti pendidikan tinggi,

untuk tahun 2019, MQA akan meneruskan pelaksanaan iniasitif pengukuhan

kerangka jaminan kualiti dan pendidikan fleksibel.

Page 8: AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771 permohonan telah berjaya diselesaikan.

8

23. Selaras dengan pelaksanaan MQF 2.0 yang mula dikuatkuasakan mulai April

2019, sebanyak empat standard program akan melalui proses kajian

semula di samping pembangunan satu standard baharu. Proses

pembangunan dan semakan semula standard ini akan turut mengambil kira

perkembangan IR 4.0 selain pengukuhan kerjasama dengan badan-badan

yang berkaitan.

24. MQA juga percaya bahawa pengukuhan kualiti paling utama perlu

berteraskan kepada sistem kualiti dalam sesuatu institusi. Sebagai

kesinambungan kepada program latihan jaminan kualiti yang ditawarkan

kepada pegawai institusi, MQATC dengan kerjasama MyQAN akan

mengusahakan satu sistem persijilan pegawai kualiti institusi yang akan

menyediakan kerangka ilmu pengetahuan dan kompetensi berteraskan

prinsip, piawaian dan kriteria kualiti yang ditetapkan oleh MQA.

25. Usaha pengukuhan kerangka pendidikan fleksibel juga akan terus diberi

tumpuan bukan sahaja bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat,

tetapi juga memberi peluang kepada institusi untuk berinovasi dalam ruang

autonomi dan akauntabiliti akademik yang diberikan. Bagi tujuan tersebut,

antara inisiatif yang akan digerakkan pada tahun ini adalah:

(a) penerbitan Garis Panduan Amalan Baik: Microcredential yang akan

membolehkan institusi menawarkan program akademik dengan lebih

fleksibel di mana satu program akan ditawarkan secara pecahan

seperti kursus pendek,

(b) Kajian pelaksanaan APEL for Qualification - APEL(Q) yang akan

membolehkan individu yang memiliki pengalaman luas untuk

mendapat kelayakan akademik tanpa perlu proses pengajian formal di

institusi; dan

(c) Kajian pelaksanaan APEL T-8 yang akan membuka laluan

kemasukan menggunakan pengalaman ke peringkat PhD.

Page 9: AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771 permohonan telah berjaya diselesaikan.

9

26. Dalam pada itu, jumlah Pusat Penilai APEL (A) dan institusi yang

melaksanakan APEL (C) akan terus ditambah bagi meluaskan peluang

masyarakat mendapat manfaat melanjutkan pengajian selain usaha promosi

dan galakan berterusan bagi memperkenalkan masyarakat terhadap system

APEL.

27. Penekanan penawaran program berasaskan industri juga perlu

diperkukuh bagi memastikan graduan yang dikeluarkan menepati keperluan

industri. MQA berharap Sistem Tunggal Jaminan Kualiti TVET yang telah

diusahakan bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran dapat mula

dilaksanakan melalui penubuhan Jawatankuasa Teknikal Bersama TVET,

pembentukan kumpulan pakar penilai dan juga program jeyarawara

sepanjang tahun ini. Selain daripada modul latihan khusus bagi penawaran

program Work-based Learning dan 2u2i akan diusahakan dengan kumpulan

sasar melibatkan institusi, panel penilai dan pegawai MQA.

HALA TUJU 3 : MEMPERKEMAS PERKHIDMATAN MQA

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

28. Sesungguh MQA tidak boleh berpuas hati terhadap pelaksanaan semasa

dan perlu berusaha untuk memperbaiki, menambah baik dan mempertingkat

sistem dan cara kerja sedia ada. Sebagaimana MQA menuntut institusi yang

dinilai untuk sentiasa membudaya penambahbaikan berterusan, MQA juga

perlu menunjukkan teladan pembudayaan penambahbaikan dalam segenap

aktiviti dan pelaksanaan MQA.

29. Untuk tahun 2019, pengukuhan fungsi pengiktirafan MQA akan

dipertingkat dengan pelaksanaan pengesahan pengiktirafan kelayakan

luar negara secara terbuka. Ini merupakan tambahan dari sistem e-Sisraf

dan MQR dan tambahan ini meraikan peluang pembelajaran berkualiti yang

boleh diikuti oleh warga Malaysia terutamanya di luar negara dan kemudian

Page 10: AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771 permohonan telah berjaya diselesaikan.

10

kembali membina kerjaya di tanah air. Rundingan akan dibuat dengan pihak

berkuasa melantik di Malaysia bagi memastikan pelaksanaan yang selaras

dan berkesan. Pengukuhan dan penyusuan pelbagai fungsi pengiktirafan dan

rujukan kelayakan ini akan membolehkan unit-unit berkaitan untuk

dijenamakan sebagai Malaysian National Recognition Information Center

atau singkatannya MyNARIC. Ini penting untuk membolehkan pengukuhan

hubungan dan rangkaian MQA dengan pusat-pusat NARIC yang telah

ditubuhkan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Eropah.

30. Sistem pengendalian permohonan secara online juga akan dimulakan

bagi urusan pendaftaran program akreditasi sementara dan akreditasi

penuh sebelum ianya dipanjangkan ke sistem pengendalian persijilan.

Pada masa akan datang sistem-sistem online dan automasi ini akan

dipanjangkan melibatkan proses-proses akreditasi lain secara berperingkat.

Dengan pelaksanaan ini, sasaran dibuat bagi mengurangkan aktiviti kerja

berulang, pengurangan penggunaan bahan cetak, meminimumkan human

error serta membolehkan pemantauan dan penganalisian proses

permohonan yang lebih efektif. MQA menyasarkan dalam tempoh dua tahun

sebahagian besar operasi berkaitan akreditasi dilaksanakan secara automasi

dan atas talian.

31. Ahli Panel Penilai mempunyai peranan yang penting dalam memastikan

keberkesanan pelaksanaan penilaian program. Justeru, adalah penting bagi

MQA secara berterusan merangka program-program pengukuhan Ahli

Panel Penilai bagi meningkatkan produktiviti proses penilaian. Pada

tahun 2018, ekplorasi awal telah digerakkan bagi membolehkan modul

latihan peningkatan berterusan kepada APP menggunakan platform atas

talian. Kerjasama dengan pihak Open Learning Malaysia telah diadakan dan

MQA telah memiliki portal sendiri di platform tersebut. Usaha akan diteruskan

oleh MQATC pada 2019, dengan pembangunan modul yang akan dimuat

naik ke portal tersebut untuk digunakan oleh APP MQA. Platform latihan

online ini akan memastikan APP MQA dikemas kini dengan pembaharuan

Page 11: AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771 permohonan telah berjaya diselesaikan.

11

yang dilaksanakan oleh MQA disamping dapat menjimatkan kos bagi

pelaksanaan latihan kepada APP.

HALA TUJU 4 : MEMPERKASA BAKAT DAN KEPIMPINAN

32. Kelestarian organisasi MQA pada tahun-tahun mendatang amat bergantung

kepada bakat dan kepimpinan yang berdaya saing. Ini penting bagi

membolehkan MQA sentiasa kekal relevan dalam persekitaran yang dinamik

dan pesat berubah. Justeru pembangunan kapasiti bakat warga MQA

perlu dilaksanakan secara terarah dan berfokus.

33. Justeru itu, bagi tahun 2019, usaha untuk pembentukan kepimpinan yang

mampan di MQA ini diteruskan melalui bengkel Pembentukan Kepimpinan

siri 2 dan Pembentukan Pelan Penggantian (Succession Planning) MQA

yang efektif berdasarkan keperluan organisasi. MQA diharapkan akan

memiliki pemimpin yang berwibawa yang mampu mengalas tanggungjawab

sebagai badan jaminan kualiti yang unggul dan disegani di dalam negara dan

di peringkat serantau.

34. Selain itu, program pemantapan kumpulan pelaksana dan juga

pengurusan dan profesional turut akan dilaksanakan untuk

mengekalkan semangat kerja berpasukan dan meningkatkan kemahiran

dalam organisasi. Untuk tersebut, sebanyak 100 program latihan dalaman

dan luaran merangkumi latihan fungsional dan generik untuk ditawarkan

kepada semua warga MQA. Saya berharap warga MQA akan mengambil

peluang melalui program latihan disediakan bagi tujuan penambahbaikan

dan peningkatan ilmu.

HARAPAN DAN PENUTUP

35. Apabila berbicara mengenai kisah kejayaan kita, kita harus sedar dan jangan

leka untuk terus memperbaiki diri ke arah yang lebih maju dan berdaya

saing. Justeru itu, saya dan Pengurusan Tertinggi MQA ingin mengucapkan

Page 12: AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771 permohonan telah berjaya diselesaikan.

12

terima kasih kepada setiap seorang warga MQA yang telah menerima baik

setiap usaha yang kita lakukan dan menjadi sebahagian daripada sistem

pengajian tinggi Malaysia. Dan sesungguhnya setiap kerjasama dan

sokongan yang diberikan menjadikan kita semua lebih bersemangat dan

lebih kuat dalam menghadapi cabaran pengajian tinggi yang sentiasa

berubah dan perlu sentiasa diperkemas dari semasa ke semasa.

36. Berbekalkan kepada kekuatan dan kelebihan yang dicapai, kita dan MQA

akan bersama-sama memperkukuh peranan penjaminan kualiti pengajian

tinggi yang diamanahkan, meneroka pendekatan baru dan

mempertingkatkan kaedah sedia ada dalam memastikan kerangka kualiti

pengajian tinggi Malaysia kekal relevant, respected dan referred.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

37. Kita semua sedia maklum bahawa keyakinan pihak luar ke atas MQA saban

hari semakin bertambah. Kita perlu menjadikannya sebagai satu cabaran

untuk menjadi organisasi yang terkehadapan. Justeru itu, saya percaya kita

perlu terus berusaha memperkukuhkan pembangunan kepakaran dalaman

dan dalam waktu yang sama melahirkan sebanyak mungkin pemimpin

jaminan kualiti atau quality assurance leaders.

Tuan-tuan dan Puan-puan

38. MQA sebuah agensi yang saiznya tidak begitu besar. Saya dapat rasakan

keakraban antara warganya. Oleh itu, dengan semangat kekitaan yang ada

ini, saya berharap kita semua akan bersatu hati dalam memacu MQA ke arah

yang lebih gemilang. Semangat setia kawan yang tinggi di kalangan warga

MQA ini akan mewujudkan lagi suasana kerja yang harmoni ibarat MQA 1

Keluarga.

39. Akhir kata, saya ingin menyeru setiap warga MQA untuk melaksanakan

tanggungjawab dan usaha yang terbaik bagi tahun ini. Saya harap setiap

Page 13: AMANAT TAHUN BARU AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA Amanat KPE MQA 2019 (25.… · sebanyak 1,475 permohonan bagi penilaian Akreditasi Sementara dan 771 permohonan telah berjaya diselesaikan.

13

daripada kita akan sentiasa bersedia untuk belajar pada sebarang

kesempatan yang ada untuk faedah dan kebaikan kita bersama.

Jikalau tuan mengangkat peti ,

Tolong masukkan segala barang;

Harapnya semua bersatu hati .

Kerja yang susah menjadi senang .

Tuan Mahmud bermain tombak,

Dang Kasuma menangkap tupai;

Usah takut dilambung ombak,

Impian dan matlamat sama dicapai.

Dari Bentan ke Kota Linggi,

Singgah di Jengka membeli toman;

Pendidikan kita martabatnya tinggi,

Jadi warisan zaman-berzaman.

Sekian, terima kasih.