AMIN Iktiraf DBP · Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru. Sungguh besar jasa dan pengorbanan...

1
Bil: 36 RABU, 16 MEI 2007 BUKU BAHARU DALAM PASARAN Pengarang: Awang Sariyan Harga: RM10.00 (kulit lembut) RM15.00 (kulit keras) Ragam bahasa rasmi hendak- lah mematuhi peraturan ba- hasa dari sudut linguistik, sosiolinguistik dan pragma- tik, iaitu bahasa yang digu- nakan hendaklah bahasa yang sempurna binaan kata dan ayatnya, tersusun wacananya dan ditulis ber- dasarkan sistem tulisan yang betul. Buku yang diterbitkan dalam Siri Kesantunan Bahasa ini antara lain menerangkan sistem sapaan, termasuk panggilan hormat. Buku ini amat sesuai dijadikan rujuk- an oleh semua golongan masyarakat, terutama penja- wat awam mahupun swasta. BH PILIH L1 16 emel AMIN Iktiraf DBP K ejayaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) meraih tiga Anugerah Media Islam Negara (AMIN) 2006 yang berlang- sung pada 20 April lalu, membuk- tikan DBP terus cemerlang dalam menghasilkan karya bermutu. DBP diisytiharkan sebagai pe- nerima Anugerah Penerbit Buku Terbaik menerusi buku Masyarakat Islam Hadhari, Satu Tinjauan Epistemologi dan Kependidikan ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa. Buku yang ditulis oleh Wan Mohd. Nor Wan Daud ini diterbitkan oleh DBP pada tahun 2006. Buku ini bertujuan untuk meng- galakkan umat Islam di negara ini agar sama-sama bersatu tanpa mengira aliran atau fahaman poli- tik, terutama ketika agama Islam dan umatnya di seluruh dunia kini sedang menghadapi gelombang penghinaan dan penindasan. Anugerah Penulis Buku Terbaik pula dimenangi oleh Tuan Haji Wan Abdul Halim Wan Harun, melalui karyanya Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka, yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2006. Buku beliau mengupas persoal- an siapakah yang berhak menda- pat pusaka dan bahagian masing- masing serta cara menyelesaikan pertelingkahan yang berbangkit. Melalui pengalaman beliau se- lama 25 tahun sebagai Pegawai Pembahagian Harta Pusaka dan melalui penganjuran ceramah me- ngenai hukum faraid, beliau ber- jaya menghuraikan dengan tuntas tentang keunikan ilmu faraid yang meliputi, kaedah pengiraan, kes munasakhat (pemindahan pewaris kepada waris yang lain) dan takharuj (penolakan atau penyera- han hak yang berlaku dalam ama- lan pembahagian pusaka). Kini, buku tersebut menjadi rujuk- an kadi dan hakim mahkamah Syariah dalam mengeluarkan sijil faraid dan pembahagian harta pusaka. Keistimewaan buku ini yang tidak terdapat dalam buku-buku faraid yang lain, menyebabkannya diikti- raf oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk menerima Anugerah Media Islam Negara (AMIN) 2006 bagi Kategori Penulis Buku Terbaik. Di samping itu, Radio Citra Sastera-Citra DBP Bahasa Jiwa Bangsa yang disiarkan melalui Klasik Nasional berjaya membawa pulang Anugerah Penerbitan Majalah Berunsur Islam Radio Terbaik. Anugerah diterima oleh penyampai Radio Citra Sastera- Citra DBP, Encik Azimin Daud. Ketiga-tiga kategori melayakkan pemenangnya menerima wang tunai berjumlah RM8,000 trofi dan sijil bagi setiap kategori. "AMIN yang julung kali dianjur- kan oleh JAKIM dengan kerjasa- ma Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan merupakan satu bentuk penghargaan Kerajaan Malaysia kepada pengamal media yang telah memberikan sumbang- an cemerlang dalam memarta- batkan Islam sebagai penggerak kemajuan ummah dan negara". Demikian dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Dr. Abdullah Md Zin, pada majlis tersebut di Kuala Lumpur. SANTUN BERBAHASA 11 PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP kini menjual Dewan Eja Pro, penyemak ejaan bahasa Melayu yang berkemam- puan tinggi dengan harga RM250.00. Diskaun istimewa akan diberikan kepada setiap pengunjung. Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. Oleh Norazlinda Misran AMIN yang julung kali dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ialah satu bentuk penghargaan Kerajaan Malaysia kepada pengamal media yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam memartabatkan Islam sebagai penggerak kemajuan ummah dan negara" YB Datuk Dr. Abdullah Md Zin Menteri di Jabatan Perdana Menteri DUA buah buku DBP yang mendapat pengiktirafan AMIN. IKTIRAF: (Dari kiri) Azimin Daud, Tuan Haji Wan Abdul Halim Wan Harun dan Mohd Salahuddin Mohammad, mewakili DBP bagi Anugerah Penerbit Buku Terbaik. MUNSYI Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru. Sungguh besar jasa dan pengorbanan mereka. KALIGRAFI Islam menghiasi trofi AMIN. PPSB Pemangkin Sastera Berkualiti 10 CD-ROM Memperkaya Khazanah Bahasa Melayu

Transcript of AMIN Iktiraf DBP · Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru. Sungguh besar jasa dan pengorbanan...

Bil: 36 RABU, 16 MEI 2007

BUKU BAHARU DALAM PASARAN

Pengarang: Awang SariyanHarga: RM10.00(kulit lembut) RM15.00 (kulit keras)

Ragam bahasa rasmi hendak-lah mematuhi peraturan ba-hasa dari sudut linguistik, sosiolinguistik dan pragma-tik, iaitu bahasa yang digu-nakan hendaklah bahasa yang sempurna binaan kata dan ayatnya, tersusun wacananya dan ditulis ber-dasarkan sistem tulisan yang betul.

Buku yang diterbitkan dalam Siri Kesantunan Bahasa ini antara lain menerangkan sistem sapaan, termasuk panggilan hormat. Buku ini amat sesuai dijadikan rujuk-an oleh semua golongan masyarakat, terutama penja-wat awam mahupun swasta.

BH PILIH L1 16 emel

AMIN Iktiraf DBP

Kejayaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) meraih tiga Anugerah Media Islam

Negara (AMIN) 2006 yang berlang-sung pada 20 April lalu, membuk-tikan DBP terus cemerlang dalam menghasilkan karya bermutu.

DBP diisytiharkan sebagai pe-nerima Anugerah Penerbit Buku Terbaik menerusi buku Masyarakat Islam Hadhari, Satu Tinjauan Epistemologi dan Kependidikan ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa. Buku yang ditulis oleh Wan Mohd. Nor Wan Daud ini diterbitkan oleh DBP pada tahun 2006.

Buku ini bertujuan untuk meng-galakkan umat Islam di negara ini agar sama-sama bersatu tanpa mengira aliran atau fahaman poli-tik, terutama ketika agama Islam dan umatnya di seluruh dunia kini sedang menghadapi gelombang penghinaan dan penindasan.

Anugerah Penulis Buku Terbaik pula dimenangi oleh Tuan Haji Wan Abdul Halim Wan Harun, melalui karyanya Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka, yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2006.

Buku beliau mengupas persoal-an siapakah yang berhak menda-pat pusaka dan bahagian masing-masing serta cara menyelesaikan pertelingkahan yang berbangkit.

Melalui pengalaman beliau se-lama 25 tahun sebagai Pegawai Pembahagian Harta Pusaka dan melalui penganjuran ceramah me-ngenai hukum faraid, beliau ber-jaya menghuraikan dengan tuntas tentang keunikan ilmu faraid yang meliputi, kaedah pengiraan, kes munasakhat (pemindahan pewaris kepada waris yang lain) dan takharuj (penolakan atau penyera-han hak yang berlaku dalam ama-lan pembahagian pusaka).

Kini, buku tersebut menjadi rujuk-an kadi dan hakim mahkamah Syariah dalam mengeluarkan sijil faraid dan pembahagian harta pusaka.

Keistimewaan buku ini yang tidak terdapat dalam buku-buku faraid yang lain, menyebabkannya diikti-raf oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk menerima Anugerah Media Islam Negara (AMIN) 2006 bagi Kategori Penulis Buku Terbaik.

Di samping itu, Radio Citra Sastera-Citra DBP Bahasa Jiwa Bangsa yang disiarkan melalui Klasik Nasional berjaya membawa pulang Anugerah Penerbitan Majalah Berunsur Islam Radio Terbaik. Anugerah diterima oleh penyampai Radio Citra Sastera- Citra DBP, Encik Azimin Daud. Ketiga-tiga kategori melayakkan pemenangnya menerima wang tunai berjumlah RM8,000 trofi dan sijil bagi setiap kategori.

"AMIN yang julung kali dianjur-

kan oleh JAKIM dengan kerjasa-ma Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan merupakan satu bentuk penghargaan Kerajaan Malaysia kepada pengamal media yang telah memberikan sumbang-an cemerlang dalam memarta-batkan Islam sebagai penggerak kemajuan ummah dan negara".

Demikian dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Dr. Abdullah Md Zin, pada majlis tersebut di Kuala Lumpur.

SantunBerBahaSa

11

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP kini menjual Dewan Eja Pro, penyemak ejaan bahasa Melayu yang berkemam-puan tinggi dengan harga RM250.00. Diskaun istimewa akan diberikan kepada setiap pengunjung.

Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Hari Kelepasan Am

9.00 pagi hingga 3.00 petang

Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

Oleh Norazlinda Misran

AMIN yang julung kali dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ialah satu bentuk penghargaan Kerajaan Malaysia kepada pengamal media yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam memartabatkan Islam sebagai penggerak kemajuan ummah dan negara"

YB Datuk Dr. Abdullah Md ZinMenteri di Jabatan Perdana Menteri

DUA buah buku DBP yang mendapat pengiktirafan AMIN.

IKTIRAF: (Dari kiri) Azimin Daud, Tuan Haji Wan Abdul Halim Wan Harun dan Mohd Salahuddin Mohammad, mewakili DBP bagi Anugerah Penerbit Buku Terbaik.

MUNSYISelamat Hari Ibu danSelamat Hari Guru.

Sungguh besar jasa dan pengorbanan mereka.

KAlIgRAFI Islam menghiasi trofi AMIN.

PPSBPemangkinSasteraBerkualiti

10CD-ROM Memperkaya Khazanah Bahasa Melayu