anabella.docx

17
Oleh : anabella “Serena,kau ada nampak tak seorang hot guy baru dalam kampus kita ni?!” Zurin kelihatan teruja berbicara sebaik saja dia terlihat kelibat aku yang baru ke dalam kampus dengan sebuah beg gitar tersandang dibelakang tubuhku. “Aku baru datang kan Zurin.Macammanalah aku nak nampak ada hot guy baru ataupun dalam kampus kita yang penuh sesak ni.” Zurin tersengihsengih menyedari kesilapannya.Aku hanya mampu menggelenggeleng kepala melihat sahabat baikku itu. ari itu,kampus aku telah dikunjungi oleh ratusan para pelajar juga guruguru ya dari beberapa buah sekolah menengah di Semananjung Malaysia."rogram la#atan terb diadakan untuk menarik minat para pelajar yang bakal menamatkan pengajian di sek menengah agar melanjutkan pelajaran di kolej aku. mph..biasalah promosi kolej s# pelbagai cara$aku layankan saja. Sebagai salah seorang dari pelajar senior yang akti% dalam kampus,untuk program berserta ahli kumpulan aku ditugaskan untuk menjaga booth mu&ik.Aku bukanlah pe jurusan mu&ik tapi aku memang cintakan mu&ik!.Music is a part o% my li%e!.'an(t *ithout Music!. “Serena,kita nak nyanyi lagu apa hari ini?”

description

ana

Transcript of anabella.docx

Oleh : anabellaSerena,kau ada nampak tak seorang hot guy baru dalam kampus kita ni?!Zurin kelihatan teruja berbicara sebaik saja dia terlihat kelibat aku yang baru menapak masuk ke dalam kampus dengan sebuah beg gitar tersandang dibelakang tubuhku.Aku baru datang kan Zurin.Macammanalah aku nak nampak ada hot guy baru ataupun tidak dalam kampus kita yang penuh sesak ni.Zurin tersengih-sengih menyedari kesilapannya.Aku hanya mampu menggeleng-geleng kepala melihat sahabat baikku itu.Hari itu,kampus aku telah dikunjungi oleh ratusan para pelajar juga guru-guru yang terpilih dari beberapa buah sekolah menengah di Semananjung Malaysia.Program lawatan terbuka itu diadakan untuk menarik minat para pelajar yang bakal menamatkan pengajian di sekolah menengah agar melanjutkan pelajaran di kolej aku.Hmph..biasalah promosi kolej swasta,ada pelbagai caraaku layankan saja.Sebagai salah seorang dari pelajar senior yang aktif dalam kampus,untuk program hari itu aku berserta ahli kumpulan aku ditugaskan untuk menjaga booth muzik.Aku bukanlah pelajar jurusan muzik tapi aku memang cintakan muzik!.Music is a part of my life!.Cant Life Without Music!.Serena,kita nak nyanyi lagu apa hari ini?Putra melagakan penumbuknya dengan aku sebaik saja aku tiba di booth yang beratapkan satu khemah besar berwarna biru itu.Disekeliling khemah itu,terdapat puluhan khemah lain yang menjalankan aktiviti masing-masing.Pelajar multimedia dan grafik memaparkan pertunjukan teknologi canggih mereka,pelajar jurusan perubatan,jurusan akulah tu..walaupun aku tak terlibat,dengan pameran rangka-rangka tulang tak bernyawa,pelajar jurusan perniagaan dengan pameran pelbagai jenis jualan dan pelbagai jenis pameran lagi.Pelajar-pelajar luar yang berpakaian sekolah menengah kelihatan bersepah disana sini.Emstart the music,hentam jelah lagu apa-apa,bagi bergegar satu kampus ni.Aku memberi arahan sebelum Starlight Band,ahli kumpulan muzik kampus aku bergegas menuju ke arah alat muzik masing-masing.Aku rasa macam nak buat konsert pula..Zurin berdiri di sisiku dengan sebuah gitar dan aku hanya berdiri dihadapan mikrofon.Lagu pertama yang menggegarkan keseluruhan kampus itu ialah lagu What the Hell nyanyian Avril Lavigne.Para pelajar kampus itu yang sudah mengenali aku sudah tentu terjerit pekik dan bertepuk tangan tanda memuji kelunakan suara aku.Aku..hanya mampu tersenyum bangga sajalah.Ha ha ha.Maaf,boleh tak awak perlahankan sikit muzik awak?Satu suara serak basah yang agar romantik kedengaran di telingaku membuatkan aku berhenti dari meneruskan nyanyian lagu kelima aku.Seorang pemuda kacak dengan wajah yang tenang kelihatan sedang berbicara dengan Putra.Dia memakai pakaian seorang chef.Aku rasa dia ialah chef baru atau pensyarah baru bagi pelajar jurusan Seni Kulinari.Tidak pernah pula aku melihat pensyarah setampan itu dalam kampus aku sebelum ini..Serena,itulah dia hot guy yang aku cakap tu,handsome gila siot.Zurin berbisik ditelingaku.Aku tersenyum lebar,ada peluang nak menyakat mamat handsome itu.Aku menghampiri Puta yang kelihatan tergaru-garu kepala berhadapan dengan pemuda tampan itu.Serena,chef ni suruh kita perlahankan muzik kitalah..Putra berbisik perlahan ditelinga aku dan aku hanya tersengih-sengih memandang wajah tampan itu dari dekat.Orangnya memang kacak,tinggi lampai,kulit putih,rambut smart dan memiliki sepasang mata berwarna hijau suram.Pasti bukan orang melayu.Tiba-tiba aku rasa tergoda untuk terus menatap wajah tampannya.Hei Serena,wake up!.Saya Serena Melissa.Pemuda itu terkebil-kebil menatap wajahku yang sedang menghulurkan tangan dan wajahku mula merah menyala bila dia tidak membalas salam perkenalanku.Dia hanya menundukkan sedikit kepalanya dan tersenyum manis memandang aku.Argh..senyumannya bikin hati ini berdebar-debar!.Saya Adam Farrien,pensyarah baru Kursus Seni Kulinari.Saya nak minta tolong awak perlahankan sedikit bunyi muzik kumpulan awak sebab ia menganggu konsentrasi pelajar saya memasak.Aku mencebik bibir mendengar permintaan pensyarah itu.Nama punyalah sedap tapi bahasa agak skema.Ada pula dengar muzik boleh menggangu konsentrasi memasak?.Aku membuang pandang ke arah booth sebelah.Baru menyedari yang booth kami bersebelahan dengan khemah pelajar Seni Kulinari yang sibuk memasak untuk mempamerkan bakat masakan mereka pada para pengunjung.Aku lihat mereka khusyuk sjaa memasak.Adakah pemuda tampan ini tidak suka dengar suara aku menyanyi?.Maaflah,kalau konsentrasi pelajar masakan awak terganggu dengan bunyi muzik kuat kami.Tapisaya tak boleh ikut permintaan awak kerana konsentrasi muzik kami pula akan terganggu jika kami memperlahankan bunyi muzik kami.Jawapan selamba aku jelas menyebabkan wajah putih melepak itu sedikit terkejut dan dia kelihatan seperti ingin marah.Putra dan Zurin sudah menyinggung lenganku.Lagipun..setahu saya orang memasak gunakan tangan bukan guna telinga.Jadi,muzik kami langsung tidak akan mempengaruhi hasil masakan pelajar awak.Adam Farrien kelihatan mendengus kecil dengan perlian aku.Ok,kalau awak berdegil,saya akan report dekat pensyarah awak dan saya akan minta awak dengan kumpulan awak jangan terus berbuat bising lagi.Aku tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata pemuda itu.Pergilah buat laporan.Saya tak takut pun Sir Adam Farrien.Aku mencebik bibir sebelum kembali ke arah mikrofon.Adam sudah berlalu ke tempat lain.Aku ingatkan dia hanya bermain-main dengan kata-katanya.Namun sangkaanku meleset sama sekali bila pengetua kampus ku datang dan meminta agar aku dan kumpulanku memperlahankan bunyi muzik aku.Aku sakit hati bila pensyarah tampan itu sempat tersenyum sinis ke arah aku dan menunjukkan ibu jarinya tanda bagus dari arah khemahnya.Dia memang telah berjaya membuatkan konsentrasi muzik band aku terganggu.Grrsakitnya hati!.Ting!Tong.Ting,Tong!Bunyi lonceng ditekan bertalu-talu dari perkarangan villaku menyebabkan aku yang tadinya khusyuk menonton televisyen di ruang tamu bergegas mendapatkan pintu.Aku membuka pintu perlahan dan mataku membulat melihat gerangan pemuda yang sedang berdiri di hadapan aku.Maaf makcik,mama saya dah keluar,jadi dia suruh saya bagi makcik kuih ni..saya yang buat kuih ni,saya harap makcik..Suara Adam terus mati apabila dia terpandangkan wajah aku.Sedari tadi dia sibuk membelek-belek bungkusan kuih yang dibawanya hingga tidak sedar yang berdiri dihadapannya sekarang ialah aku dan bukan mama aku.Awak?!Dia kelihatan terlopong dan memandang aku dengan mata yang bulat.Aku tersenyum dalam hati.Jadi,inilah gerangan anak teruna Datin Sofea yang tinggal berjiran dengan keluargaku.Dari minggu lepas mama dan papa sibuk memuji-muji ketampanan anak jiran sebelah.Dan hari ini,barulah aku berpeluang melihat wajahnya dan aku tidak menyangkal dakwaan mama dan papa.Patutlah mata dia hijau,rupa-rupanya dia anak Dato Abdullah De Grandtine yang berketurunan Italy.Kenapa,saya ni cantik sangat ke,sampai awak nak buat muka terkejut macam tu?Aku bertanya selamba sebelum mengambil bungkusan kuih dari tangannya.Untung aku dapat merasa air tangan pemuda itu.Er..Adam kelihatan tergagap-gagap dan wajahnya merona merah sedikit.Dia langsung tidak memandang aku.Aku tahulah yang aku ni cantik.Muka pun iras-iras Selena Gomez.Ha ha ha.Perasan sudah!.Parents awak takde kat rumah ke?Aku bertanya lagi,ingin memastikan sesuatu.Adam menggosok-gosok rambut lebatnya yang berwarna perang.Dia kelihatan agak seksi dimataku ketika itu.Takde dia orang keluar.Saya cuma nak cakap yang awak seksi sangat.Assalammualaikum.Aku terpinga-pinga seketika apabila melihat pemuda itu berlalu dengan wajah masih merah menyala.Aku memandang tubuhku dari atas ke bawah sebelum aku terjerit besar.Aku hanya mengenakan sehelai singlet dan short pants!!!.Patutlah Adam tidak mahu memandang aku!,Mak,malunya!!!.Bagaimanalah aku boleh tak tersedar yang aku begitu seksi untuk membuka pintu utama.!..Ya,awak nak bagi saya kuih lain pula ke?Tiga jam berlalu dan kini Adam kembali menekan lonceng villaku.Kali ini aku telah mengenakan pakaian yang lebih sopan dan aku menahan gelak melihat wajah tampan itu merah menyala menahan perasaan marah.Boleh tak awak perlahankan sikit bunyi muzik awak tu,sampai ke bilik saya pun boleh dengan,awak tahu tak?!Naik terjegil mata hijau itu memandang aku.Aku sengaja ingin membalas kembali apa yang telah dilakukannya kepada aku kali lepas.Mujurlah parents aku dan parents Adam tiada di rumah,jadi aku berkeputusan untuk membuka volume set hi-fi di tahap paling tinggi agar Adam berasa bingit.Dan..aku memang berjaya buat pemuda tampan itu menjejakkan kaki sekali lagi ke villa aku.Tak tahu pun.Awak pergilah report dekat sesiapa agar muzik saya tak kedengaran lagi.Awak sengaja nak kenakan saya kan?Eh,mana ada.Ini villa saya,sukahati sayalah nak buat bising ke apa.Kalau awak tak tahan bunyi bising,ambil kapas banyak-banyak dan sumbat dalam telinga.Habis cerita.Aku menjawab selamba sambil bersandar pada dinding pintu utama.Adam merengus geram sebelum berlalu pergi tanda dia kalah dengan aku.Aku sudah tersenyum kemenangan.Satu berbalas satu..Adam,boleh tak kamu tumpangkan Serena ke kampus.Driver makcik sakit hari ini,dia tak dapat masuk kerja.Makcik dengan pakcik nak rushing ke office,tak sempat nak drop Serena ke kampus.Belum sempat aku menghalang,mama sepantas kilat membuka mulut apabila terlihat kelibat Adam yang baru keluar dari villanya untuk ke kampus.Aku dah berasa tak sedap hati bila Adam memandang aku dengan renungan jahat.Boleh saja makcik.Jomlah Siren,kita gerak.Nanti terlambat pula kamu ke kampus.Adam melambai-lambaikan tangannya ke arah aku sebaik saja keretanya berhenti di pintu pagar villaku.Aku tidak mampu menolak ajakannya apabila mama sibuk menolak tubuhku agar menaiki kereta BMW Z4 warna biru laut metallic milik pemuda itu.Dengan perasaan meluat terpaksa juga aku memboloskan diri dalam kereta mewah itu.Siren dah sarapan?.Ke dah kenyang sarapan dengan menyanyi saja?Em..Adam membuka mulut sebaik saja keretanya meluncur laju memasuki jalan utama.Aku terdiam sejenak..Kenapa pula dia panggil aku Siren???Dia ingat aku Siren ambulans ke apa?!.Nama saya Serena ok,pendeknya Serin,bukannya Siren!Aku membentak geram bila terlihat Adam tersenyum jahat.Aku dapat merasakan yang dia sengaja ingin mengakali aku.Sukahati sayalah nak panggil awak apa.Memang awak sesuai dengan nama Siren sebab awak suka berbuat bising seperti Siren.Suka mengganggu ketenteraman awam tanpa mengenal masa atau tempat.Baru aku nak memaki Adam,kebetulan pula bunyi siren kuat dari sebuah ambulans yang melintas kereta Adam mematikan bicaraku.Aku mendongkol geram bila Adam ketawa kecil.Ada pula dia samakan aku dengan siren?!!Sakit hati betul!...Siren,kenapa awak diam je,suara awak kan sedap?Kenapa awak tak nyanyi kuat-kuat je dalam kereta saya tadi?Adam sakan memerli aku sehingga kami tiba di tempat parkir kampus.Aku yang malas bergaduh dengan pemuda itu hanya mendiamkan diri.Sekali lagi awak panggil saya siren,awak akan menyesal!Aku mengajukan jari telunjukku tepat di wajah pemuda berusia 27 tahun itu dengan nada tegas.Dia mencebik bibir tanda tidak takut akan ugutan aku.Comel pula aku melihat pemuda itu mencebik bibir merahnya.What the..Saya tak takut pun dengan Siren,awak cuma boleh berbuat bising dan tak mampu nak cederakan saya pun.Menggelegak darah aku mendengar perlian pemuda itu.Serentak dengan kata-katanya,aku merentap kasar kunci kereta yang sedari tadi berada di tangan Adam sebelum aku melarikan diri.Adam terjerit besar dan dia mula mengejar aku.Aku terbahak-bahak ketawa sebelum berlari lintang pukang merentas para pelajar kampus yang pelik melihat gelagat aku.Setelah memastikan yang Adam tidak dapat mengejar aku,aku terus menuju ke arah makmal Biokimia untuk memulakan pelajaran.Biar lelaki tampan itu merasa penangan bermain-main dengan aku.Sebaik saja kelas pertama tamat,aku berlegar-legar di hadapan kelas masakan para pelajar Seni Kulinari.Dari luar cermin hitam kelas itu,aku dapat mengintai wajah berseri Adam sedang mengajar para pelajarnya memasak dan beberapa orang pelajar perempuan kelihatan gembira merasa contoh masakan pemuda itu.Alangkah baiknya jika aku berada pada posisi mereka.Aku tidak menyangkal yang masakan Adam sangat enak.Buktinya,kuih koci yang dikirimnya untuk mama kali lepas,habis aku telan keseluruhannya.Aku memang gelojoh kan?Ha ha ha.Aku berdiri tidak jauh dari pintu utama kelas itu dan beberapa minit kemudian semua pelajar sudah keluar menandakan kelas masakan sudah tamat.Aku terpinga-pinga apabila wajah Adam menyapa pemandanganku.Berderau darahku apabila menyedari yang wajahnya begitu hampir dengan wajahku.Dia sedang mengepung tubuhku di dinding dengan kedua tangannya!!!.Mak,jantung aku hampir terlompat keluar bila haruman perfume yang dipakainya menusuk kuat hidungku.Kali ini awak tak dapat lari lagi.Cepat pulangkan kunci kereta saya..Meremang bulu romaku bila Adam berbisik menggoda di telingaku.Desah nafasnya menampar lembut pipi gebuku.Aku menelan liur.Bukankah tujuan aku berdiri di hadapan kelasnya memang untuk memulang kunci keretanya yang aku ambil tadi?.Kalau saya tak nak pulangkan,awak nak buat apa?Aku cuba bersuara tenang,mengawal gelodak jiwa dengan wajah yang terasa panas membahang.Adam mengecilkan matanya tanda geram dengan soalan aku.Mujurlah koridor itu lengang kerana para pelajar kampus sibuk menjamu selera di cafe.Jika tidak habislah aku digossipkan dengan pensyarah sendiri!.Awak nak saya kiss awak ke?Membulat mata aku mendengar suara nakal Adam berbicara dengan nada menggoda.Apa kena dengan lelaki ini,dia hendak mengurat aku pula?!.Jangan nak melampau.Janji dengan saya jangan panggil saya Siren dan saya akan pulangkan kunci kereta awak.Aku bersuara tegas walaupun jiwaku sudah cair saat itu.Aku mampu bernafas lega bila Adam melepaskan aku dari kepungannya dan dia hanya berpeluk tubuh memandang aku sambil menggigit bibir.Ok,saya janji takkan panggil awak Siren.So,sila pulang kunci kereta saya sekarang.Adam menghulurkan tangannya ke arah aku dan aku menyerahkan kunci keretanya dengan tangan yang agak menggigil.Dia tersenyum lebar melihat aku begitu.Awak janganlah perasan yang saya akan kiss awak.Ciuman saya hanya untuk isteri saya.Kalau awak sudi jadi isteri saya,barulah saya boleh kiss awak.Aku melopong bila pemuda itu mengeyitkan mata kirinya ke arah aku sebelum berlalu pergi.Gila!.Adam betul-betul bermain dengan perasaan aku.Aku jadi isteri kepada guru masakan yang tidak sukakan muzik sepertinya??!.Gila..gila..Seminggu kemudian,aku diarahkan oleh pengetua kampus untuk melatih para pensyarah baru untuk mengikuti kelas tarian.Kelas tarian yang lebih kurang sama dengan kelas aerobiklahSaya pelik betullah,apa gunanya kami semua mengikuti kelas tarian ini dengan awak Serena Melissa?Sudah seminggu aku mengelak untuk bertembung dengan pemuda itu.Namun akhirnya aku terpaksa juga bertatap mata dengan sepasang mata hijau galak itu.Aku rasa lemas jika dia merenung aku dengan senyuman manis di bibir.Terasa bagai Adam dapat menyelami sekeping hati ini.Tambahan pula,dia kelihatan sakan pula ingin mendekati aku beberapa hari ini.Siap panggil nama penuh aku lagi!.Cewah!.Serena sudah jatuh hati dalam kadar masa beberapa hari!!.Susah betul ingin mengatasi perasaan ini!.Tarian menggunakan stamina yang tinggi.Dapat sihatkan badan juga dapat cantikkan badan.Menari mengeluarkan banyak peluh berbanding memasak.Aku menjawab selamba tanpa memandang wajah pemuda itu.Takut juga jika para pensyarah lain mengata aku pelajar gatal jika terlalu ralit merenung wajah Adam.Em..tapi,kalau awak kahwin nanti,takkanlah awak nak tambat perut suami awak dengan tarian kut?.Salah satu dari teknik untuk meraih hati suami ialah biarkan suami merasai masakan hasil air tangan isteri.Awak pandai memasak tak Serena?Grrsoalan bodoh apakah yang ditanya Adam saat itu?.Aku rasa dia memang sengaja ingin memerli aku sebab aku tahu mama ada bercerita pada Adam yang aku langsung tak pandai memasak.Hampeh betul!.Baiklah,muzik akan bermula sebentar lagi,sila ambil posisi masing-masing.Aku mengabaikan pertanyaan Adam dan mengarahkan agar semua pensyarah lelaki dan perempuan berdiri di belakang ahli kumpulan tarian aku yang terdiri dari pelajar senior dan junior seramai sepuluh orang.Dari cermin bilik tarian yang memantulkan diriku juga ahli lain,aku dapat melihat Adam tersenyum nakal ke arah aku.Entah apalah yang difikirkan pemuda itu.Aku pelik betul!.Satu jam menari dalam pelbagai jenis tarian rancak yang telah dicampurkan dengan elemen senaman,aku dapat melihat yang Adam tidaklah membenci muzik seperti yang aku sangkakan.Dia kelihatan ceria melakukan shuffle dengan muzik yang rancak.Aku rasa mungkin dia tidak suka bunyi bising sewaktu dia memasak saja.Aku rasa senang hati pula melihat pemuda itu tersenyum lebar setiap kali dia berjaya mengikut setiap step tarian aku dengan cepat.Dia seorang penari yang bagus dan cepat belajar!.Aduhai,kenapalah hati ini sering kali berdebar-debar setiap kali aku melihat senyumannya?Sudah jatuh cintakah aku pada anak jiranku itu?..Beberapa hari kemudian,setelah menamatkan rutin kelas tarian yang berakhir pada pukul 5.00 petang,aku bergegas untuk pulang.Sewaktu aku melalui tempat parkir kereta,aku agak terperanjat apabila melihat kereta Adam dikelilingi oleh enam orang pelajar lelaki yang aku kenali sebagai pelajar-pelajar gangster kampus kami.Apa hal ni?Aku bertanya selamba apabila dapat menghidu sesuatu yang tak elok bakal berlaku.Adam kelihatan terperanjat dengan kehadiran aku.Segera saja dia menarik beg sandangku agar aku tidak mendekati Rizal,ketua kumpulan pelajar gangster yang aku kenali itu.Aku berdiri di sisi Adam yang jelas mempamerkan riak wajah bimbang melihat aku.Awak buat apa kat sini?.Kenapa tak balik lagi?Adam sempat berbisik pula ke telinga aku.Aku hanya mampu terkebil-kebil melihat wajah tampan itu yang tidak seceria selalu.Kau ada apa-apa masalah ke dengan lelaki ni Rizal?Aku berpeluk tubuh dan tidak mengendahkan pertanyaan Adam.Rizal dan lima orang kawan-kawannya kelihatan pelik memandang aku.Memang aku ada masalah dengan dia.Makwe aku cakap lelaki ni cuba goda dia.Aku cuma nak bagi dia pengajaran saja.Aku harap kau tak payahlah nak masuk campur.Rizal bersuara garang.Aku tergelak sinis.Dah masak sangat dengan perangai para pelajar tidak bermoral ini.Suka sangat cari pasal dengan orang lain.Siapa makwe kau tu?Yang kau sibuk nak ambil tahu kenapa?Rizal mencerlung marah ke arah aku.Lelaki ni boy aku,jadi kalau ada perempuan lain yang berani cakap boy aku menggoda dirinya,aku nak juga soal siasat.Kalau makwe kau tu salah faham dan perasan yang boy aku nak menggoda dia.Kau tengoklah apa nasib makwe kau tu lepas ni.Lelaki ini cuma kepunyaan aku dan aku takkan benarkan mana-mana perempuan dalam kampus ni jadi makwe diaAdam terpempam dengan sandiwaraku begitu juga Rizal dengan konco-konconya.Aku yakin yang Rizal tak berani cari pasal dengan aku kerana setahun lepas dia hampir saja mati kerana aku telah mengupah orang untuk memukul dia dan konco-konconya kerana mereka cuba mencabul Zurin di luar kampus.Berkat dari peristiwa itu,Rizal memang tahu yang aku bukanlah gadis yang mudah dipijak sesuka hati.Dengan duit yang melimpah ruah,aku boleh saja mengupah orang untuk membunuh manusia tidak berguna itu.Ok fine,hari ni aku lepaskan kau.Tapi,kau ingat,kalau aku nampak dengan mata aku sendiri kau cuba menggoda makwe aku.Siap kau aku kerjakan.!Rizal sempat mengherdik ke arah Adam yang aku yakin Rizal tidak tahu adalah seorang pensyarah.Mungkin dia menuduh Adam secara membuta tuli melalui informasi sahabat-sahabat bodohnya yang kurang ilmu pengetahuan itu.Awak kenal ke dengan dia orang tu Serena?Adam bertanya sebaik saja aku berkeputusan untuk pulang bersamanya memandangkan Pak Mail lambat menjemputku.Kenal macam tu je.Kenapa?Saya tak suka awak berkawan dengan para pelajar gangster macam tu.Saya bimbangkan keselamatan awak.Serius saja Adam bersuara sambil memandu.Aku hanya mampu terkebil-kebil memandang wajah tampannya.Dia bimbangkan aku?.Gembiranya hati!.Saya tak berkawan dengan dia orang pun.Awak kenal dia orang ke?Giliran aku pula bertanya.Tak kenal.Tiba-tiba saja dia orang kepung kereta saya masa saya nak balik tadi.Lepas tu dia orang cakap saya rampas makwe Rizal tu.Saya langsung tak tahu menahu apa-apa.Aku mengeluh kecil,sudah mengagak yang Rizal memang sengaja mencari pasal tanpa sebarang bukti.Nasib baiklah saya jadi hero selamatkan awak kan?Aku ketawa kecil sebelum menggiat Adam yang mula mencebikkan bibir.Banyaklah awak punya hero,awak tahu tak yang saya bimbang sangat kalau mereka apa-apakan awak sebab awak tiba-tiba saja muncul dan menyampuk perbualan kami.Alhamdullilah awak takde apa-apa..Wajahku membahang mendengar kata-kata Adam itu.Kedengaran seperti ikhlas saja dia bimbangkan aku.Tapi..betul ke yang saya ni boy awak Serena?Saya ni lelaki kepunyaan awak ke?Pertanyaan Adam membuatkan aku kehilangan kata-kata.Takkanlah dia tidak tahu yang aku berkata begitu hanya untuk mengelakkan Rizal menyerang dirinya.Awak rasa,awak boy saya ke?Aku tidak menjawab dan bertanya soalan lain pula.Adam kelihatan tersenyum nakal.Em..saya rasa saya boy awak.Betul kan?Tak betul!.Jangan nak perasan sangat,tadi saya auta saja.Adam tergelak besar apabila aku terjerit kecil menidakkan penyataannya.Mudah saja dia mengaku yang dia boy aku.Adam memang sengaja menyeksa perasaan hatiku!...Serena bangun,kita dah sampai rumah.Aku terjaga dari tidur bila Adam menggoyang-goyangkan bahuku perlahan.Aku tersedar dan memisat-misat mata.Baru menyedari yang keadaan luar sudah gelap.Aku melihat jam tanganku.Sudah pukul tujuh lebih!.Kenapa awak tak gerak saya dari awal?Aku yakin yang Adam membiarkan aku tidur dalam keretanya buat seketika dan dia mengejut aku setelah menyedari waktu maghrib hampir masuk.Saya tak sampai hati nak gerakkan awak.Saya nampak awak macam letih sangat dan awak tidur nyenyak macam baby.Grr..sempat pula dia menelek wajahku ketika tidur.Hampeh!.Kalau air liur basi terkeluar ketika aku tidur,mampus aku!Er..ok,terima kasih sebab hantar saya balik.Aku berbasa-basi sebelum berura-ura ingin keluar dari kereta itu.Sama-sama.Terima kasih juga sebab jadi heroin saya tadi.Lepas mandi jangan lupa solat tahu.Jumpa dekat kolej esok.Jaga diri baik-baik.Assalammualaikum.Alahai..kenapalah Adam ni caring pula!Buat aku sesak nafas saja!..Serena,awak ada kelas lagi tak?Adam menyapaku sebaik saja aku keluar dari dewan kuliah.Seperti dia sudah lama menanti aku.Aku tidak mampu menyembunyikan kegembiraan bila melihat senyuman manisnya yang menambat kalbu.Takde kenapa?Jom,ikut saya sekejap.Saya ada benda nak bagi awak rasa.Aku dengan senang hati mengikut Adam ke bilik masakan yang kosong tanpa pelajar.Adam mengeluarkan sesuatu dari dalam sebuah bekas.Sebiji kek coklat berbentuk bintang diajukan Adam di hadapan aku!.Saya buat kek ini istimewa untuk awak.Kata mama awak,awak suka makan kek coklat.Cubalah rasa?Wajah aku mula membahang.Mengapa pula Adam perlu membuatkan kek istimewa untuk aku??.Kenapa pula awak bersusah payah buat kek ni untuk saya?Sebab awak seorang yang istimewa dalam hati saya.Cepatlah rasa.Adam menyudu kek itu dan ingin menyuap aku.Aku yang terpinga-pinga mendengar kata-katanya seperti pak turut membuka saja mulut dan menerima suapan Adam.Macammana,sedap tak?Adam bertanya dengan wajah ceria memandangku.Memang air tangan lelaki ini sangat hebat!.Rasa keknya sangat lembut dan cair dalam mulut.Sedap sangat.Boleh tak awak ajar saya memasak Adam?Aku meluahkan rasa yang sudah lama terbuku dalam hati itu.Mengenangkan Adam dan aku sudah berbaik,tidak salahkan jika aku ingin menuntut ilmu dengannya.Untuk apa saya ajar awak memasak?Adam bertanya pula.Yalah,jika saya kahwin nanti senanglah saya nak tambat hati suami saya.Wajah Adam kelihatan cemberut mendengar jawapan bersahaja aku.Awak dah ada calon suami ke?Dia tiba-tiba serius pula.Takdelah.Siapalah nak kahwin dengan perempuan yang tak pandai memasak macam saya ni..Aku buat suara sedih dan Adam tersenyum lebar pula.Saya sanggup.Nanti saya ajar awak memasak.Aku tercekik kek yang baru masuk ke dalam mulut aku.Adam ketawa kecil sebelum menghulurkan aku segelas air jarang.Dia serius ke??Selama dua minggu aku belajar memasak di villa Adam setiap petang di bawah seliaan Datin Sofea yang sudah aku anggap seperti ibuku sendiri.Adam memang berkelayakan untuk menjadi chef hotel terkemuka.Semua jenis masakan tahu dimasaknya.Setakat ini,aku sudah pandai memasak beberapa jenis resipi biasa.Mengikut kata Datin Sofea,Adam memilih untuk menjadi pensyarah kolej kerana dia ingin berkongsi ilmu pengetahuannya tentang masakan kepada golongan muda.Bagus betul lelaki itu?.My lovely Serena Melissa,dah lama tak jumpa.Nah ni istimewa untuk kau.Suara sumbang Farid yang menghulurkan aku sejambak bunga mawar berwarna kuning mematikan lamunan aku.Aku memandang pemuda kacak itu yang sedang berdiri di perkarangan villaku.Poyo lah kau Farid,ada apa hal jumpa aku ni?Serin,teman aku cari cincin untuk Zurin.Aku nak melamar dia tak lama lagi tapi aku nak buat surprised dan tak nak beritahu dia.Boleh tak kau temankan aku beli cincin sebab kau lebih faham selera Zurin macammana.?Farid ialah teman lelaki Zurin,kawan baikku sewaktu sekolah menengah dulu.Aku tidak menyangka yang Farid masih setia dengan Zurin walaupun lelaki itu belajar di luar negara.Aku hanya angguk-anggukkan kepala mendengar permintaan lelaki itu.Ok..Auntie,Adam mana,saya ada buat sekeping kek kacang kegemaran dia.Ingatkan nak suruh dia rasa?Aku bertanya ke arah Datin Sofea yang sedang membaca majalah di ruang tamu.Selalunya,menjelang pukul lima petang,Adam akan menunggu aku di dapur villanya dengan wajah yang berseri-seri untuk mengajar aku resipi baru.Petang ini bayangnya tidak kelihatan pula.Adam ada dalam bilik.Dia tengah merajuk dengan kamu.Kamu pergilah pujuk dia.Datin Sofea tergelak kecil melihat wajah blur aku.Apa hal pulak Adam ingin merajuk dengan aku.Aku ada buat salah ke?.Kenapa pula Adam merajuk?Entahlah,auntie tak tahu.Dari pagi tadi dia berkurung dalam bilik.Kamu pergilah jenguk dia.Datin Sofea berbasa basi sambil tersenyum penuh makna memandang aku.Aku garu-garu kepala yang tak gatal sebelum menapak juga naik ke tingkat dua menuju ke bilik Adam Farrien.Tuk!Tuk!Assalammualaikum,Adam..awak tak nak ajar saya memasak ke hari ini?Aku mengetuk pintu bilik Adam yang nyata berkunci.Saya tak nak ajar awak memasak!Awak pergi balik!.Amboi..marah benar bunyi suaranya.Salam aku pun tidak dijawab.Aku kena halau pula.Apa punya guru masakan lah niEm..kalau awak malas ajar saya memasak hari ini,takpelah..saya tak kisah.Saya ada buatkan kek kacang kegemaran awak,awak boleh tolong rasa dan komen tak?Aku rasa sepanjang aku belajar memasak dengan Adam,itulah ayat yang selalu aku sebut.Boleh tolong rasa dan komen tak?.Adam memang tidak pernah mengutuk masakan aku apatah lagi tidak teringin merasa masakan aku.Dia ialah orang yang paling gembira kalau menjadi orang pertama yang merasa masakan aku.Sungguh aku senang dengan perangainya.Saya tak nak rasa kek awak!.Awak pergilah suruh pakwe awak tu rasa masakan awak.Tak payah nak belajar memasak lagi dengan saya!.Aku rasa Adam sedang berdiri di belakang pintu bilik tidurnya kerana suaranya jelas sekali kedengaran di telingaku.Suara merajuk dan dipenuhi unsur cemburu.Saya mana ada pakwe yang pandai memasak.Awak jelah yang boleh jadi guru masakan saya.Aku tergelak kecil apabila berkata dengan suara yang sengaja dimanjakan untuk menarik perhatian Adam.Adam seperti terdiam sejenak dalam biliknya.Mungkin sedang memikirkan sesuatu.Saya dah malas jadi guru masakan awak.Awak suruh jelah pakwe awak yang bagi bunga mawar tu ajar awak memasak.Kalau dia tak pandai memasak,awak makan je bunga mawar setiap hari.Senang cerita!Alahaipertama kali aku berjumpa dengan pemuda yang pandai cemburu secara terang-terangan seperti Adam.Nampak sangat yang dia terlihat kemesraan aku dan Farid pagi tadi.Ada pula nak suruh aku makan bunga mawar setiap hari??.Melampau benar guru masakanku ini.Tak senang pun ceritanya.Kalau saya mati sakit sebab setiap hari makan bunga mawar.Awak tanggung akibatnya ya Adam Farrien?.Aku pura-pura bersuara dengan nada mengugut.Adam tidak memberi sebarang respon pula.Saya nak balik ni..jangan lupa rasa kek yang saya buat tu.Saya letak kat atas meja dapur.Jangan merajuk ya sayang.Nanti,saya tak boleh kahwin sebab guru masakan saya dah hilang.Aku bersuara dengan nada menggoda sebelum berlalu turun ke dapur.Aku yakin Adam terkedu mendengar kata-kataku dalam biliknya.Aku meminta sehelai kertas dan pen dari Datin Sofea dan aku mencoret sesuatu pada kertas putih yang aku tinggalkan bersama kek kacang kegemaran Adam.Dear Adam,lelaki yang bagi saya bunga ros kuning itu ialah bakal suami Zurin.Dia ajak saya keluar untuk belikan cincin lamaran Zurin pagi tadi.Awak janganlah merajuk dan cemburu pulasaya sangat sayangkan guru masakan saya.Jangan lupa rasa dan komen kek kacang tu ya?.Nanti beritahu saya sedap atau tidak.Serena~Aku tersenyum sendirian apabila teringatkan rangkap tulisan yang aku titipkan untuk Adam yang sedang merajuk itu.Aku tahu yang aku sudah jatuh cinta padanya dan hari ini aku yakin juga yang Adam cintakan aku kerana dia pandai cemburu melihat aku dengan lelaki lain.Jika tidak,masakan aku berani mengatakan yang aku sayang dia!.Jika dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan aku,mahu aku mati kerana malu yang tidak terhingga!!..Serin,Adam nak jumpa kamu,dia ada kat luar.Panggilan mama membuatkan hati aku melonjak gembira.Aku ingatkan lelaki kesayanganku sudah merajuk hingga tidak ingin melihat wajah aku lagi.Mujurlah menjelang malam,baru dia memunculkan diri.Kek yang awak buat tadi sedap sangat.Terima kasih.Sekarang,saya nak awak rasa aiskrim yang saya buat ni dan kejap lagi saya akan tanya rasanya.Belum sempat aku membuka mulut,Adam berlalu pergi setelah memastikan aku sempat memegang segelas tinggi aiskrim coklat.Aku yakin yang aiskrim itu dibuat sendiri oleh Adam.Aku hanya terkebil-kebil melihat aiskrim yang cantik terbentuk itu.Walaupun hari malam dan cuaca agak dingin,demi memuaskan hati Adam,aku makan juga aiskrim coklat yang enak itu.Suap demi suap aku sumbat masuk ke dalam mulut sebelum aku tersedak kecil apabila merasakan satu objek keras berada dalam mulutku.Coklat ke?.Aku mengeluarkan objek itu dari dalam mulutku dan aku terperanjat besar apabila mendapati objek itu bukanlah bongkahan coklat tetapi ialah sebentuk cincin platinum bertatahkan permata ruby berwarna merah menyala berbentuk hati.Aku membasuh cincin itu dengan air dan bertambah terkejut apabila terlihat nama Adam Farrien terukir kemas di sekeliling cincin platinum itu.Takkanlah cincin perempuan itu milik Adam?.Mengenangkan hari sudah malam dan aku tidak mahu menganggu Datin Sofea dan suaminya tidur,aku terpaksalah berlari masuk ke dalam bilikku dan bergegas menuju ke balkoni.Balkoni bilik tidurku setentang dengan balkoni bilik tidur Adam.Tidak ku sangka yang Adam sememangnya sedang berdiri di luar balkoni biliknya seperti tahu-tahu saja yang aku akan berdiri di luar balkoni juga.Dia tersenyum memandang aku apabila aku mengajukan cincin platinum yang sudah aku sarung pada jari manisku.Aku terkejut kecil apabila handphoneku bergetar menandakan ada mesej baru masuk.Cincin tu saya hadiahkan pada awak tanda permulaan hubungan baru kitaAku tersenyum kecil apabila membaca mesej Adam.Romantik juga guru masakan ku ini.Hubungan apa? Aku berpura-pura bertanya.Saya cintakan awak Serena Melissa Dato Haikal!!!.Saya nak jadi kepunyaan awak dan awak akan jadi kepunyaan saya!Aku menahan tawa apabila melihat Adam menjegilkan matanya ke arahku dari balkoni biliknya.Aku rasa jika hari tidak malam pasti Adam akan menjerit saja yang dia cintakan aku.Gembiranya hati aku,tidaklah aku merasa yang aku bertepuk sebelah tangan saja selama ini.Awak melamar saya untuk jadi isteri awak ke?Aku menahan gelodak perasaan dan menaip lagi mesej untuk Adam.Adam kelihatan bergesa menjawab mesej aku.Sekarang tidak.Malam ini,saya melamar awak untuk jadi kekasih saya.Dua bulan lagi,selepas awak tamat belajar,saya terus meminang awak dan melamar awak sekali lagi untuk jadi isteri saya yang sah.Amboidirect pula Adam Farrien ni..Buat aku tersipu malu saja.Saya tak cakap pun yang saya cintakan awak dan nak jadi isteri awak?Kali ini mesej aku menyebabkan wajah Adam kelihatan sugul dan dia berpaling dari terus memandang aku.Dia tidak juga membalas mesej aku.Aku dah serba salah.Adoi Serena,Adam dah bagi lampu hijau,kau sengaja cari pasal pula!.Aku mendapat satu idea apabila terpandangkan gitar yang terletak di sisi katilku,segera saja aku gapai gitar itu dan membawanya ke balkoni.Seorang pelajar muzik tidak akan kalah dengan guru masakan!.Resah yang ku ubah dalam kataMelukiskan kesunyian,tanpa engkau aku tak mengerti.Meski,pagi itu menatapi,akan sunyi tanpamuMenemani aku sepiTanpa..Cintamu aku resahTanpa..Kasihmu aku hampaTanpa..Dirimu aku matihohooKini benar-benarku rasakan,dalam relung hatiku tanpamuAku tak mengertiTakut,takut jauh dari dirimuKan kau tinggalkan aku sendiri,Tanpamu ku mati..Selesai aku menyanyikan lagu Tanpa nyanyian Sixth Sense yang aku rasa tiada kena mengena dengan perasaan cinta aku pada Adam Farrien,aku menaip serangkap mesej dan menekan button send.Saya ikhlas cintakan awak,dan saya sudi terima lamaran awak.Tapi..boleh saya tahu kenapa awak boleh cintakan saya?.Saya rasa guru masakan tak sesuai jatuh cinta pada pelajar muzik?Adam yang kelihatan terharu dengan nyanyian aku segera saja membalas kembali mesej aku.Saya jatuh cinta pada awak sejak saya terdengar suara awak menyanyi pertama kali ketika di kolej dulu.Saya tak suka dengar awak menyanyi untuk orang lain.Tiada perbezaan yang boleh menghalang rasa cinta dari berputik.Walaupun awak minat muzik dan saya minat memasak.Itu tidak bermakna yang kita berdua tidak boleh jatuh cinta.Saya sangat cintakan awak Serena.Terima kasih kerana sudi menerima cinta sayaAku dan Adam bertatapan dari jauh dan kami tersenyum lebar.Memaparkan rasa cinta yang terlukis di lubuk hati masing-masing.Aku tidak mempunyai alasan yang kukuh seperti Adam tentang bagaimana dia boleh jatuh cinta pada aku.Apa yang aku tahu,sekali aku sudah terjatuh cinta dan aku pasti yang aku tidak bertepuk sebelah tangan,aku akan berusaha untuk membawa cinta itu hingga ke jinjang pelamin.Semoga,hubungan aku dan Adam akan berkekalan hingga ke akhir hayat.P/S:Maaf kalau banyak terkurang sana-sini.Menulis cerpen dalam masa beberapa jam saja.Segala komen dari pembaca,amat saya hargai.Terima kasihJ

Klik nama penulis untuk keseluruhan karya penulis Klik judul karya untuk sambu