Anak gajah terjatuh ke dalam lubang

3
ANAK GAJAH TERJATUH KE DALAM LUBANG Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada tuan pengacara majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya Sabrina binti Fauzi ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Anak Gajah Terjatuh Ke Dalam Lubang”. Bapa gajah dan ibu gajah membawa anaknya bermain-main.Mereka tiba di pinggir hutan. Ketika itu, matahari bersinar lembut. Di situ banyak bunga liar berwarna-warni. Bapa gajah dan ibu gajah memetik banyak bunga liar.Bunga-bunga liar itu diikat menjadi jambak bunga. Ketika bapa gajah dan ibu gajah membuat jambak bunga, anak gajah meninggalkan ibu bapanya untuk pergi bermain-main sendirian.Pada mulanya, anak gajah bermian dengan kupu-kupu. Kemudian, ia makan cendawan. Anak gajah terus berjalan ke sana ke mari. Tiba-tiba ia terjumpa buah-buahan pisang yang masak di atas jalan. Air liurnya mula mengalir. Anak gajah pergi mengambil buah-buahan pisang itu. Tiba-tiba tanah di situ runtuh. Anak gajah tidak dapat mengawal diri lalu jatuh ke dalam lubang yang besar. Rupa-rupanya lubang itu perangkap pemburu.

Transcript of Anak gajah terjatuh ke dalam lubang

Page 1: Anak gajah terjatuh ke dalam lubang

ANAK GAJAH TERJATUH KE DALAM LUBANGAssalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada tuan pengacara majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya Sabrina binti Fauzi ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Anak Gajah Terjatuh Ke Dalam Lubang”.

Bapa gajah dan ibu gajah membawa anaknya bermain-main.Mereka tiba di pinggir hutan. Ketika itu, matahari bersinar lembut.

Di situ banyak bunga liar berwarna-warni. Bapa gajah dan ibu gajah memetik banyak bunga liar.Bunga-bunga liar itu diikat menjadi jambak bunga.

Ketika bapa gajah dan ibu gajah membuat jambak bunga, anak gajah meninggalkan ibu bapanya untuk pergi bermain-main sendirian.Pada mulanya, anak gajah bermian dengan kupu-kupu. Kemudian, ia makan cendawan.

Anak gajah terus berjalan ke sana ke mari. Tiba-tiba ia terjumpa buah-buahan pisang yang masak di atas jalan. Air liurnya mula mengalir. Anak gajah pergi mengambil buah-buahan pisang itu. Tiba-tiba tanah di situ runtuh.

Anak gajah tidak dapat mengawal diri lalu jatuh ke dalam lubang yang besar. Rupa-rupanya lubang itu perangkap pemburu.

Anak gajah berasa takut. Ia berfikir bagaimana hendak keluar dari dalam lubang itu yang sangat dalam itu.

Anak gajah menjerit meminta tolong. Bapa gajah dan ibu gajah terdengar jeritan itu lalu pergi ke lubang itu. Bapa gajah dan ibu gajah

Page 2: Anak gajah terjatuh ke dalam lubang

mengelilingi lubang itu. Kemudian mereka menghulur belalai ke dalam lubang.

Oleh sebab lubang itu terlalu dalam, belalai gajah tidak dapat sampai ke dasar lubang. Ibu gajah berpesan kepada anaknya supaya tidak menjerit kerana takut didengari oleh pemburu.

Bapa gajah memujuk anak gajah supaya tidak bimbang. Ibu dan bapanya sedang berfikir bagaimana untuk menyelamatkannya. Bapa gajah dan ibu gajah pun berbincang. Bapa gajah akan menggunakan gading untuk membuat tangga.Ibu gajah pula pergi mengambil dahan-dahan kayu untuk menimbus lubang.

Anak gajah mengumpul dahan pokok dan menimbus lumpur. Lubang menjadi cetek dan tangga siap dibuat.Anak gajah memanjat tangga. Bapa gajah menggunakan belalai untuk mengait belalai anak gajah. Akhirnya anak gajah ditarik keluar dari lubang.

Anak gajah menjerit kegembiraan. Sejak hari itu anak gajah tidak mahu makan apa-apa yang ditinggalkan di atas jalan.

Demikianlah tadi cerita “Anak Gajah Terjatuh Ke Dalam Lubang”. Kawan-kawan, apabila dalam kesusahan janganlah kita cepat mati akal. Bertenang dan carilah jalan untuk mengatasinya.

Sekian, terima kasih.