Anak Murid Idaman Guru

2
ANAK MURID IDAMAN GURU 1. Aspek MINDA Mindanya positif tidak bercelaru Cerdas otaknya, tidak mudah ditipu Bersinar matanya mendengar kuliah guru Tidak hanyut atau layu Baik dan buruk dia tahu Membaca bahan bernilai ilmu Menuntut ilmu tiada jemu Mempunyai wawasan Memikirkan masa depan Mindanya aktif, luas fikiran 2. Aspek JASMANI Anak murid idaman cikgu menjaga kesihatan diri Sihat jasmaninya, bersarapan pagi Membuat senaman setiap hari Berjalan, berjogging, serta berlari Memilih makanan serta minuman Rokok, air bergas dijauhkan Atau apa saja yang menjejaskan kesihatan Asrama dan kelas dijaga kebersihan Tidak membuang sampah merata-rata Menjaga kebersihan alam sekitar kita 3.Aspek ROHANI Hidup bersemangat, percaya, redha pada Allah Berjiwa besar tidak mudah mengaku kalah Bertanggungjawab, kerja sungguh-sungguh Segalanya beres tak pernah bertangguh Jujur dan sentiasa benar pada kata-kata Sentiasa mempamerkan akhlak mulia Tidak haloba, tiada buruk sangka 4.Aspek EMOSI

Transcript of Anak Murid Idaman Guru

Page 1: Anak Murid Idaman Guru

ANAK MURID IDAMAN GURU

1. Aspek MINDAMindanya positif tidak bercelaruCerdas otaknya, tidak mudah ditipuBersinar matanya mendengar kuliah guruTidak hanyut atau layuBaik dan buruk dia tahuMembaca bahan bernilai ilmuMenuntut ilmu tiada jemuMempunyai wawasanMemikirkan masa depanMindanya aktif, luas fikiran

2. Aspek JASMANIAnak murid idaman cikgu menjaga kesihatan diriSihat jasmaninya, bersarapan pagiMembuat senaman setiap hariBerjalan, berjogging, serta berlariMemilih makanan serta minumanRokok, air bergas dijauhkanAtau apa saja yang menjejaskan kesihatanAsrama dan kelas dijaga kebersihanTidak membuang sampah merata-rataMenjaga kebersihan alam sekitar kita

3. Aspek ROHANIHidup bersemangat, percaya, redha pada AllahBerjiwa besar tidak mudah mengaku kalahBertanggungjawab, kerja sungguh-sungguhSegalanya beres tak pernah bertangguhJujur dan sentiasa benar pada kata-kataSentiasa mempamerkan akhlak muliaTidak haloba, tiada buruk sangka

4. Aspek EMOSIJiwanya besar, berbudi bahasaBerasa dirinya berhargaKebolehan diri ia percayaPotensi dirinya tidak dipersiaYakin diri, berpaksikan agamaTenang, sabar, tidak putus asa

Page 2: Anak Murid Idaman Guru

Dia berusaha dan terus mencubaMematuhi perintah, tabah, berfikiran terbukaBerlapang dada, suka berkerjasamaSentiasa berazam memperbaiki diriStabil emosi, unggul peribadiTidak bersedih dengan kekurangan sendiri

5. Aspek SOSIALHati yang lain tidak disakitiBenar ucapan dan memenuhi janjiBersopan santun, tidak mengutuk, tidak memakiTidak menghasut, tidak membenciManis wajahnya riang berseriTiada hasad tiada dengkiMengasihi dan murkai kerana IlahiIbubapa, guru, dan rakan dihormati dan disayangiMenjaga maruah dan harga diriPemaaf, bertimbang rasa, luhur hati dan budi.Memberi pertolongan dan berbesar hatiTidak membiar rakan hidup susah dan sepiMendahulukan orang lain daripada kepentingan sendiriTanpa menjejaskan kesejahteraan diri.

...ITULAH DOAKU BUATMU ANAK-ANAK MURID IDAMANKU.