Download - Anak Murid Idaman Guru

Transcript
Page 1: Anak Murid Idaman Guru

ANAK MURID IDAMAN GURU

1. Aspek MINDAMindanya positif tidak bercelaruCerdas otaknya, tidak mudah ditipuBersinar matanya mendengar kuliah guruTidak hanyut atau layuBaik dan buruk dia tahuMembaca bahan bernilai ilmuMenuntut ilmu tiada jemuMempunyai wawasanMemikirkan masa depanMindanya aktif, luas fikiran

2. Aspek JASMANIAnak murid idaman cikgu menjaga kesihatan diriSihat jasmaninya, bersarapan pagiMembuat senaman setiap hariBerjalan, berjogging, serta berlariMemilih makanan serta minumanRokok, air bergas dijauhkanAtau apa saja yang menjejaskan kesihatanAsrama dan kelas dijaga kebersihanTidak membuang sampah merata-rataMenjaga kebersihan alam sekitar kita

3. Aspek ROHANIHidup bersemangat, percaya, redha pada AllahBerjiwa besar tidak mudah mengaku kalahBertanggungjawab, kerja sungguh-sungguhSegalanya beres tak pernah bertangguhJujur dan sentiasa benar pada kata-kataSentiasa mempamerkan akhlak muliaTidak haloba, tiada buruk sangka

4. Aspek EMOSIJiwanya besar, berbudi bahasaBerasa dirinya berhargaKebolehan diri ia percayaPotensi dirinya tidak dipersiaYakin diri, berpaksikan agamaTenang, sabar, tidak putus asa

Page 2: Anak Murid Idaman Guru

Dia berusaha dan terus mencubaMematuhi perintah, tabah, berfikiran terbukaBerlapang dada, suka berkerjasamaSentiasa berazam memperbaiki diriStabil emosi, unggul peribadiTidak bersedih dengan kekurangan sendiri

5. Aspek SOSIALHati yang lain tidak disakitiBenar ucapan dan memenuhi janjiBersopan santun, tidak mengutuk, tidak memakiTidak menghasut, tidak membenciManis wajahnya riang berseriTiada hasad tiada dengkiMengasihi dan murkai kerana IlahiIbubapa, guru, dan rakan dihormati dan disayangiMenjaga maruah dan harga diriPemaaf, bertimbang rasa, luhur hati dan budi.Memberi pertolongan dan berbesar hatiTidak membiar rakan hidup susah dan sepiMendahulukan orang lain daripada kepentingan sendiriTanpa menjejaskan kesejahteraan diri.

...ITULAH DOAKU BUATMU ANAK-ANAK MURID IDAMANKU.