Analisis Aliran Falsafah Pendidikan.doc

10
1 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PROGRAM ET01AH-DIPLOMA PENDIDIKAN ( SASTERA ) MATA PELAJARAN ( FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ) KPF 4013 ANALISIS ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN Disediakan Oleh : MOHD IDRIS BIN JAAMAT L20122009359 Pensyarah : ( DR. ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM ) KPF4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ANALISIS ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN NAMA : MOHD IDRIS BIN JAAMAT NO. MATRIK : L20122009359 KUMPULAN: 11 DPLI KUIM

Transcript of Analisis Aliran Falsafah Pendidikan.doc

Page 1: Analisis Aliran Falsafah Pendidikan.doc

1

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PROGRAM

ET01AH-DIPLOMA PENDIDIKAN ( SASTERA )

MATA PELAJARAN

( FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

DI MALAYSIA )

KPF 4013

ANALISIS ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN

Disediakan Oleh :

MOHD IDRIS BIN JAAMAT

L20122009359

Pensyarah :

( DR. ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM )

KPF4013 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIAANALISIS ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN

NAMA : MOHD IDRIS BIN JAAMAT

NO. MATRIK : L20122009359 KUMPULAN: 11 DPLI KUIM

ARAHAN

Tandakan pilihan jawapan bagi setiap item yang paling menepati pemikiran anda. Berikan ulasan mengapa anda membuat pilihan jawapan tersebut.

1. Apakah perkara yang menjadi intipati kepada pendidikan?  A. Penaakulan dan celik akal. B. Pertumbuhan diri. 

Page 2: Analisis Aliran Falsafah Pendidikan.doc

2

C. Pengetahuan dan kemahiran. D. Perubahan masyarakat.

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:

Banyak perkara yang boleh menjadi intipati pendidikan. Namun, secara fungsionalnya, pendidikan merupakan suatu proses transmisi  secara formal dan tidak formal  ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai  yang berlaku antara satu generasi kepada generasi yang lain ataupun berlaku dalam generasi yang sama. Institusi pendidikan adalah   struktur   sosial   yang   berperanan   menjalankan   transmisi   ilmu   pengetahuan,   kemahiran   dan   nilai berkenaan. Sekiranya penaakulan dan celik akal dipilih maka sumber apakah yang hendak ditaakulkan? Begitu juga   pertumbuhan   diri   dan   perubahan  masyarakat,   tanpa   sesuatu   ilmu   atau   kemahiran,   tiada   atau   tidak diutamakan maka terbantutlah semua pertumbuhan diri dan tetaplah tiada perubahan dalam masyarakat.

2. Apakah sifat-sifat semulajadi seorang murid? Seorang murid ______________ A. merupakan organisma yang ada pengalaman unik. B. makhluk sosial yang berupaya membina masyarakat yang harmoni. C. merupakan makhluk yang mempunyai keupayaan berfikir rasional dan celik akal. D. bagaikan gudang penyimpanan ilmu dan kemahiran yang boleh diaplikasi kemudiannya. 

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:

Seorang murid dikatakan satu organisma yang ada pengalaman unik kerana setiap murid yang hadir ke sekolah datang dengan kesediaan memberi dan menerima sesuatu maklumat baru atau yang telah diketahui melalui pengalaman sedia ada mereka. Pengalaman sedia ada yang ada pada seorang murid berbeza dengan seorang murid yang  lain. Pengalaman  inilah yang dikatakan unik.  Melalui  keunikan yang pelbagai  maka mudah dan tersusunlah  percambahan  proses  pembelajaran  di   sekolah.  Maka,  pelajar  berupaya  membina  keharmonian dalam   masyarakat,   menjadi   intelektual-intelektual   yang   berfikiran   rasional   dan   mampu   menerima   juga menyampaikannya   kepada   yang   lain.   Jika   semua   pelajar   mempunyai   pengalaman   yang   sama,   adakah terhasilnya pengalaman baru yang lebih hebat atau unik akan tercapai? Amatlah sukar.

3. Bagaimanakah pendidikan seharusnya dikemukakan untuk keperluan manusia? A. Murid-murid perlu didedahkan dengan masalah hidup, dilatih menyelesai masalah, membuat

pilihan dan mengambil tindakan dalam kehidupan bermasyarakat. B. Pendidikan memberikan apa yang diperlukan oleh manusia dewasa seperti ilmu pengetahuan dan 

kemahiran asas dalam kehidupan.  C. Satu ciri manusia ialah kebijaksanaan. Pendidikan seharusnya memberi tumpuan terhadap pem-

bangunan intelek yang diperlukan oleh murid-murid.  D. Oleh kerana keperluan manusia berbagai, maka pendidikan seharusnya memberi tumpuan kepada 

mengembangkan lagi perbezaan individu yang sedia ada. 

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:

Pendedahan tentang pendidikan telah terlaksana sejak dari lahir lagi melalui pendidikan dari ibu bapa secara rohani  dan  jasmani  berdasarkan  teori  peniruan yang dilaksanakan.  Dalam konteks  ini,  manusia  zaman kini terdedah   dengan   pelbagai   masalah   hidup   mengikut   peringkat   masing-masing.   Justeru,   pendidikan   amat diperlukan bagi menyelesaikan masalah hidup. Contohnya seorang penagih dadah telah insaf dari melakukan perbuatan terkutuk itu lalu beliau mempunyai pengalaman sedia ada tentang perkara tersebut dan berkongsinya bersama  masyarakat   bagaimana   perit   keadaan   yang   dilaluinya   dan   cara   beliau   menyelesaikan   masalah tersebut. Oleh itu, pilihan dan tindakan yang tepat akan membuahkan hasil atau kesan yang elok dan baik dalam mengharmonikan keperluan hidup manusia.

4. Apakah yang seharusnya menjadi persekitaran pendidikan? A. Pendidikan sepatutnya menyediakan persekitaran yang membolehkan pelajar mengubahsuai dunia 

kebendaan dan sosial sebagaimana keadaan sebenar kewujudannya.B. Persekitaran pendidikan sepatutnya mengupayakan para pelajar membina pengalaman hidupnya 

secara sendiri, bukannya disediakan untuknya. C. Persekitaran pendidikan sepatutnya berlaku dengan cara menyedarkan pelajar tentang

masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat seperti sosial, ekonomi dan politik.

Page 3: Analisis Aliran Falsafah Pendidikan.doc

3

D. Pendidikan sepatutnya mengembangkan potensi intelektual dan menyediakan mereka untuk masa depan. 

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:

Persekitaran dalam sesuatu pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai. Pendidikan masa kini lebih jauh kedepan berbandingkan pendidikan masa lalu bersandarkan perkembangan proses pendidikan semasa. Justeru, pendidikan masa kini lebih menjuruskan kepada norma persekitaran sedia ada berdasarkan masalah-masalah yang wujud dalam kepelbagaian kategori masyarakat seperti social, ekonomi dan politik.

5. Apakah yang seharusnya menjadi matlamat pendidikan? A. Matlamat pendidikan seharusnya terbuka, berkembang menerusi pembinaan pengala-

man dan bersifat semulajadi. B. Hanya ada satu matlamat pendidikan iaitu kebenaran yang bersifat mutlak, universal dan tidak 

berubah.C. Matlamat   pendidikan  adalah   untuk  menyedarkan  pelajar   tentang  masalah-masalah   sosial, 

ekonomi dan politik yang berlaku dalam kehidupan sebenar..D. Matlamat   pendidikan   seharusnya  memberikan   satu   kerangka   ilmu   untuk   pelajar  menolak 

adanya kebenaran baru yang boleh disatukan dan diasimilasikan Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:

Matlamat pendidikan seharusnya lebih terbuka dari pelbagai aspek bukan tertentu sahaja bagi meraikan sesuatu bangsa untuk menjalinkan keharmonian di dalam sesebuah negara. Namun begitu,  ia bergantung dan selari kepada matlamat utama Negara bagi memperkembangkan pendidikan dan pengalaman.

6. Apakah seharusnya menjadi keperihatinan kepada sekolah? Sekolah seharusnya ______________ A. perihatin terhadap pembangunan diri murid dari segi perwatakan, pemikiran dan rasionaliti. B. memberikan pendidikan secara menyeluruh kepada pelajar dari segi keperluan dan minat. C. mendidik kanak-kanak ke arah menguasai pengetahuan asas untuk memahami dunia sebenar ke-

hidupan. D. bertindak sebagai agen utama dalam pembinaan semula masyarakat yang menggerakkan peruba-

han sosial, ekonomi mahupun politik sesuai dengan masyarakat akan datang.

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:

Sekolah merupakan agen sosialisasi penting dalam pembinaan masyarakat yang harmoni dan dedikasi pada masa akan datang.  Namun demikian,   tanpa mendahulukan sahsiah dan kemanusiaan bagaimana haruskah pembinaan masyarakat berubah? Melalui sekolahlah pembentukan sahsiah dari segi perwatakan, pemikiran dan rasionaliti perlu diutamakan barulah terjalinnya kesinambungan perubahan baik dalam masyarakat.

7. Apakah yang sepatutnya menjadi iklim sekolah? A. Sekolah   seharusnya  menyediakan  murid-murid   untuk   berfikir   secara   kumpulan   di   dalam   iklim 

demokratik menerusi kerjasama berbanding secara bersaing.B. Iklim sekolah seharusnya memberikan tumpuan terhadap peranan individu dalam penyele-

saian masalah dan memajukan masyarakat. C. Sekolah seharusnya melingkungi murid-murid dengan buku & karya-karya agung untuk membina 

persekitaran intelektualisme dan pemikiran kreatif. D. Sekolah seharusnya mengekalkan persekitaran tentang disiplin mental, yang menggabungkannya 

dengan teknik-teknik yang inovatif. 

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:

Page 4: Analisis Aliran Falsafah Pendidikan.doc

4

Persekitaran di sekolah wajar diberi penekanan berdasarkan penumpuan terhadap peranan atau kepentingan individu dalam menyelesaikan masalah. Berdasarkan tingkatan-tingkatan dalam masyarakat, setiap individu mesti mengenal pasti kedudukan  masing-masing bagi menjalankan peranan utama dalam memajukan masyarakat. Sesuai didikan ini dimulakan diterapkan di peringkat sekolah lagi dengan mewujudkan suasana atau iklim yang baik dan harmoni. 8. Bagaimanakah seharusnya pembelajaran berlaku? 

A. Proses pembelajaran merupakan proses yang aktif di mana pelajar diberi pendedahan ter-hadap masalah yang berlaku dalam masyarakat semasa dan dilatih untuk mengatasi masalah tersebut.

B. Murid-murid  membina   pengalaman   langsung  menerusi   projek-projek   berasaskan   penyelesaian masalah. 

C. Murid-murid menguasai  pengetahuan dan kemahiran asas pendidikan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan.

D. Murid-murid berusaha keras untuk menyerap dan menguasai isi kandungan mata pelajaran yang diajarkan kepadanya.

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:

Pembelajaran berlaku melalui proses yang aktif di mana pelajar menghadapi masalah dalam masyarakat dan dilatih untuk menyelesaikan masalah tersebut. Perkara ini harus diberi penekanan kepada pelajar agar dapat melatih diri dalam memberi tindakan yang bernas dan wajar apabila menghadapi masalah. Proses pembelajaran ini lebih sesuai diutamakan bagi melaksanakan kesinambungan yang lain. 

9. Apakah yang sepatutnya menjadi peranan guru? Guru sepatutnya ___________________ A. mendisiplinkan  intelektual  murid-murid menerusi  pembelajaran kerja-kerja hebat di  dalam karya 

sastera di mana keperihatinan umum manusia dapat ditonjolkan. B. membimbing murid-murid agar sedar dan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh

masyarakat serta melatih pelajar agar mereka memperoleh kemahiran dalam mengatasi masalah yang dihadapi kelak..

C. membimbing dan menasihati murid-murid agar mengikut minat dan kecenderungan mereka sendiri. D. penghubung antara dunia orang dewasa dengan dunia kanak-kanak yang tidak dapat memahami 

persekitaran dan kehendak orang dewasa dengan sendiri. 

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:Pembelajaran murid pada masa kini  amat penting bagi  memberi  kesedaran  tentang masalah-masalah yang dihadapi  oleh  masyarakat.  Dengan  itu,  guru  memainkan  peranan penting  dalam memastikan  murid   terlatih dengan pendidikan atau kemahiran yang diterima dalam mengatasi cabaran dan masalah yang bakal dihadapi kelak.

10. Apakah yang seharusnya terkandung dalam kurikulum?Kurikulum seharusnya ___________________________ A. mengandungi hanya perkara untuk menghadapi ujian, yang meliputi simbol-simbol dan idea ten-

tang kesusasteraan, sejarah, matematik dan sains fizikal. B. memberi tumpuan kepada mengajar murid-murid untuk mengurus perubahan menerusi ak-

tiviti-aktiviti penyelesaian masalah melalui kajian sosial, sains empirikal dan teknologi & vokasional.

C. memberi   tumpuan   kepada   kandungan   yang   membina   intelektual   termasuk   bahasa,   sejarah, matematik, sains semulajadi, seni halus dan falsafah. 

D. mengandungi masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku dalam masyarakat sebe-nar.

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:

Kurikulum seharusnya memberi tumpuan di dalam institusi sesuatu pendidikan kerana mendidik pelajar berkenaan menguruskan perubahan menerusi penyelesaian masalah-masalah melalui kaedah-kaedah atau method-method kajian sosial, sains emprikal, teknologi vokasional dan lain-lain agar pelajar dapat menilai capaian keputusan yang tepat.

Page 5: Analisis Aliran Falsafah Pendidikan.doc

5

11. Apakah yang sepatutnya yang menjadi kaedah pengajaran pilihan yang terbaik?  A. Kaedah projek: Murid-murid boleh dibimbing menerusi pengalaman menyelesaikan masalah. B. Kaedah syarahan, bacaan dan perbincangan: Murid boleh dilatih mengembangkan keupayaan 

intelak. C. Kaedah tunjuk cara: Murid-murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiranD. Kaedah penyelesaian masalah: Murid-murid dapat mengenali masalah dan menyelesaikan-

nya.

Berikan ulasan mengapa memilih jawapan tersebut:

Kaedah penyelesaian masalah: Murid-murid dapat mengenali masalah dan menyelesaikannya adalah kaedah pengajaran yang terbaik berbanding dengan kaedah lain kerana mudah, efektif, pelbagai dan sebagainya . Kaedah ini merangkumi kesemua jenis kaedah yang ada. 

_______________________________________________________

ANALISIS ALIRAN FALSAFAH

1. Berdasarkan pilihan jawapan anda, bulatkan pilihan tersebut pada jadual skor jawapan di bawah.

Jadual 1: Skor jawapan pilihan aliran falsafah pendidikan.

Nombor Soalan

ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKANPerenialisme Esensialisme Progresivisme Rekonstruksionisme

1 A C B D

2 C D A B

3 C B D A

4 D A B C

5 B D A C

6 A C B D

7 C D A B

Page 6: Analisis Aliran Falsafah Pendidikan.doc

6

8 C D B A

9 A D C B

10 C A B D

11 B C A D

JUMLAH SKOR

1 1 3 6

ALIRAN FALSAFAH TRADISIONAL

ALIRAN FALSAFAH MODEN

SKOR 2 9

2. Susunkan pegangan falsafah pendidikan anda berdasarkan skor dari yang paling tinggi kepada yang terendah di dalam jadual di bawah..

Jadual 2: Susunan kedudukan skor jawapan aliran falsafah pendidikan

Bil Aliran Falsafah Pendidikan Skor Peratus

1. Rekonstruksionisme 6 55

2. Progresivisme 3 27

3. Perenialisme 1 9

4. Esensialisme 1 9

3. a) Aliran falsafah pendidikan manakah menjadi pegangan anda yang paling dominan?

Aliran falsafah Rekonstruksionisme

Berikan ulasan mengapakah anda cenderung untuk berpegang kepada aliran falsafah pendidikan tersebut?

Berkemungkinan kecenderungan saya untuk berpegang kepada falsafah ini adalah sifat ingin melihat perubahan dalam masyarakat majmuk di negara kita berada dalam keadaan aman dan harmoni. Juga menginginkan masyarakat yang ideal dan bersahsiah tinggi dalam memacu negara ke arah yang lebih bik.

4. Sila rujuk Jadual 1. Jika anda membuat pilihan jawapan terhadap lebih dari satu aliran falsafah pendidikan bermakna anda berpegang kepada falsafah pendidikan yang bercampur (falsafah eklektik). Mengapakah anda mesti berpegang kepada falsafah pendidikan eklektik?

Page 7: Analisis Aliran Falsafah Pendidikan.doc

7

Kepelbagaian falsafah amat penting dan wajar pada diri seseorang atau masyarakat. Tidaklah tertumpu pada satu-satu falsafah sahaja menjadikan ruang pemikiran kita sempit dan menjadi sukarlah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi kelak.

5. Berdasarkan pegangan aliran falsafah pendidikan anda, jelaskan bagaimanakah anda dapat melaksanakan pendidikan ke arah mencapai matlamat pendidikan negara?

Bagi melaksanakan pendidikan ke arah mencapai matlamat pendidikan Negara, saya perlu lebih aktif dan progresif dalam mensahsiahkan dan mensediakan diri saya sebelum saya hadapi masalah atau masyarakat pada masa kini.

ANALISIS TAMAT