PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ......

24
PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN TINGKATAN 4 (STAR) BERASASKAN PERSONALITI. MOHD IZZAT BIN MOHD YUSOF FAKULTI PENDIDIKAN

Transcript of PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ......

Page 1: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN TINGKATAN 4

(STAR) BERASASKAN PERSONALITI.

MOHD IZZAT BIN MOHD YUSOF

FAKULTI PENDIDIKAN

Page 2: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL PEMBANGUNAN SISTEM PENENTUAN ALIRAN

TINGKATAN 4 (STAR) BERASASKAN PERSONALITI

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya : MOHD IZZAT BIN MOHD YUSOF

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan

Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : NO.9, BUKIT RANG, PULAU P.M. DR. MOHINI BT MOHAMED

TAWAR, 27050 JERANTUT

PAHANG.

Tarikh : Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(NAMA PENYELIA)

Page 3: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan:………………………………..

Nama Penyelia: P.M. DR. MOHINI BT MOHAMED

Tarikh:………………………………………

Page 4: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN TINGKATAN 4

(STAR) BERASASKAN PERSONALITI.

MOHD IZZAT BIN MOHD YUSOF

Projek Sarjana Muda ini telah dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

mana tiap satu-satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .............................................

Nama pelajar : MOHD IZZAT BIN MOHD YUSOF

Tarikh : 23 MAC 2010

Page 6: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

iii

Teristimewa buat insan-insan tersayang…

Untuk bonda yang tercinta

Puan Noriati binti Aminudin

Atas kasih sayang, tiupan semangat serta iringan doa

buat kejayaan anaknya…

Untuk kekanda dan adindaku

Terima kasih diatas sokongan yang tidak berbelah bagi…

Buat insan teristimewa

Noor Hafizah binti Arbain

Terima kasih atas kerana sentiasa bersamaku…

Buat sahabat-sahabatku

Lutfi, Fifa, dan lain-lain

Terima kasih di atas segala pertolongan yang dihulurkan…

Tidak akan ku lupa kenangan kita bersama…

Semoga diriku sentiasa berjaya

dengan kehadiran kalian semua…AMIN

Page 7: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran di panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah izin dan rahmat-Nya, telah siap juga laporan Projek Sarjana Muda ini.

Sesungguhnya tanpa cinta dan kasih-Nya, tiada bermaknalah kita dalam kehidupan ini.

Setinggi-tingginya penghargaan buat PM DR. MOHINI BT MOHAMED,

selaku penyelia projek ini, diatas kerjasama, bimbingan, tunjukajar, toleransi dan nasihat

yang sangat berharga sepanjang proses penyediaan laporan projek ini.

Seterusnya, kepada orang tua dan keluarga saya yang sentiasa berada di belakang

memberikan sokongan yang tidak pernah putus. Dengan sokongan inilah yang

memberikan saya lebih kekuatan dalam penghasilan laporan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut

sama memberikan tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan projek ini.

Akhir sekali kepada sekalian Muslimin dan Muslimat yang telah membantu

secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Sekian, terima kasih.

.

Page 8: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

v

ABSTRAK

Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR) bagi Tingkatan Empat dibangunkan

untuk membantu pelajar untuk memilih aliran kelas mereka dengan tepat serta

bersesuaian dengan minat dan cita-cita mereka berdasarkan kecenderungan pelajar itu

sendiri iaitu akademik, kecerdasan dan personaliti. Aplikasi atas talian (online) ini dapat

membantu pelajar untuk menentukan aliran kelas serta dapat melihat keputusan ujian

mereka secara terus. Sasaran pengguna sistem ini adalah para pelajar Tingkatan 4 dan

guru tingkatan. Sistem ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Hypertext

Preprocessor (PHP), pangkalan data My-Structured Query Language (My-SQL) dan

Model Waterfall dipilih bagi mengawal proses pembangunan sistem mengikut piawaian

yang telah ditetapkan. Sistem ini di harap sebagai suatu alternatif dalam menentukan

aliran kelas Tingkatan Empat dan membantu pihak sekolah dalam menguruskan

maklumat pelajar.

Page 9: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

vi

ABSTRACT

”Sistem Ujian Penentuan Aliran Tingkatan Empat (STAR)”was developed to assist

students in deciding their learning paths accurately and suitable with their interests and

the proposed careers that they would like to pursue, according to their academic

performance, IQ fitness and personality. This online application could guide students in

determining their own class stream since the result can be accessed instantaneously. The

target users of this system are both students and teachers. This system was developed by

using the programming language Hypertext Preprocessor (PHP), My-Structured Query

Language (My-SQL) database, and Waterfall Model, which has been selected to match

the process of system development according to the current standard. This system could

hopefully be a better alternative in determining Form Four students’ class stream and

helps schools in database management system.

Page 10: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Rasional Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Sistem 9

1.8.2 Aliran 10

1.8.3 Kecenderungan 10

Page 11: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

viii

1.8.4 Personaliti 10

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sistem Pengurusan Sekolah di Malaysia 13

2.3 Ujian Kemasukan 16

2.4 Aliran-Aliran di Sekolah 17

2.5 Ujian Personaliti 19

2.5.1 Edward Personal Preference Schedule (EPPS) 19

2.5.2 Keirsey Temperament Sorter (KTS) 21

2.6 Sistem Pengurusan Maklumat Berasaskan Web 23

2.7 Bahasa Pengaturcaraan 26

2.7.1 HTML 26

2.7.2 PHP 27

2.7.3 Javascript 28

2.7.4 CSS 29

2.7 Penutup 30

3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 31

3.2 Model Reka Bentuk Dalam Pembangunan Sistem 32

3.2.1 Model Waterfall 33

3.2.1.1 Fasa Analisis 35

3.2.1.2 Fasa Reka Bentuk 37

3.2.1.3 Fasa Implementasi 40

3.2.1.4 Fasa Pengujian 41

3.2.1.5 Fasa Penyelenggaran 42

3.2.2 Kelebihan Model Waterfall 42

3.2.3 Kelemahan Model Waterfall 43

3.3 Carta Alir STAR 44

Page 12: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

ix

3.4 Pemilihan Perisian Dalam Pembangunan Sistem 48

3.4.1 Penyunting Web (Web Editor) 48

3.4.2 Pelayan Web (Web Server) dan Pelayar Web

(Web Browser) 49

3.4.3 Sistem Pengurusan Pangkalan Data 50

3.4.4 Penyunting Grafik (Graphic Editor) 51

3.5 Spesifikasi Perkakasan yang Digunakan 52

3.6 Penutup 52

4 HASIL REKABENTUK SISTEM

4.1 Pendahuluan 53

4.2 Pakej Sistem 53

4.2.1 Antaramuka Utama Sistem 54

4.2.2 Kategori Pengguna: Guru 55

4.2.3 Kategori Pengguna : Pelajar 59

4.2.4 Antaramuka Panduan Ujian 61

4.2.5 Antaramuka Ujian Personaliti 62

4.2.6 Antaramuka Keputusan Ujian 65

4.2.7 Antaramuka Peta Laman (Site Map) 65

4.2.8 Antaramuka Hubungi 66

4.3 Sistem Pangkalan Data 67

4.4 Komen Terhadap Sistem 69

4.5 Penutup 70

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan 71

5.2 Perbincangan 71

5.3 Kelebihan Sistem 73

5.4 Kelemahan Sistem 74

5.5 Masalah yang Dihadapi 75

5.6 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan 76

Page 13: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

x

5.7 Kesimpulan 77

RUJUKAN 79

LAMPIRAN 82

Page 14: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Jadual Pengkelasan Keirsey Temperament Sorter 22

3.1 Jadual Penentuan Aliran mengikut KTS 39

3.2 Jenis dan nama perisian yang di gunakan

dalam STAR 48

Page 15: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Tugas pentadbiran dan pengurusan sekolah 14

2.2 Kerangka Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010 (PIPP), KPM 15

2.3 Carta Aliran Khusus di Sekolah Menengah 18

3.1 Model Waterfall 33

3.2 Penyusunan maklumat secara linear

di gunakan dalam ujian online 38

3.3 Carta alir keseluruhan sistem 45

3.4 Carta alir modul Guru 46

3.5 Carta alir modul Pelajar 47

4.1 Antaramuka paparan utama 55

4.2 Antaramuka utama bagi guru 56

4.3 Antaramuka senarai menu bagi guru 57

4.4 Antaramuka profil bagi guru 57

4.5 Antaramuka pengemaskinian profil 58

4.6 Antaramuka paparan maklumat pelajar 58

4.7 Paparan keputusan pelajar 59

4.8 Paparan menu bagi pelajar 60

4.9 Antaramuka bagi panduan ujian 61

4.10 Paparan amaran bagi yang belum mendaftar 62

4.11 Paparan Ujian Personaliti 63

4.12 Kedudukan butang ”Submit” dan ”Reset” 64

4.13 Contoh tetingkap keputusan ujian Personaliti 64

4.14 Paparan keputusan pelajar 65

4.15 Paparan bagi pautan site map 66

4.16 Antaramuka bagi site map 66

4.17 Antaramuka untuk Hubungi Admin 67

Page 16: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

xiii

4.18 Antaramuka bagi pangkalan data profile pengguna 68

4.19 Antaramuka bagi pangkalan data markah

ujian STAR 68

Page 17: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

xiv

SENARAI SINGKATAN

STAR - Sistem Ujian Penentuan Aliran Tingkatan 4

PHP - Hypertext Preprocessor

MySQL - My-Structured Query Language

KTS - Kersey Temperament Sorter

HTML - Hyper Text Markup Language

HTTP - Hyper Text Transfer Protocol

CSS - Cascading Style Sheet

Page 18: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

1

Bab 1

Pengenalan

1.1 Pendahuluan

Kecanggihan teknologi maklumat kini telah menuntut beberapa perubahan dalam

sektor-sektor utama pembangunan negara. Tambahan pula, perubahan ini adalah amat

penting bagi merealisasikan aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara maju

menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan itu, sektor pendidikan negara adalah tidak

terlepas dari melakukan perubahan tersebut. Antara perubahan tersebut ialah menjadikan

semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah bestari. Ini merupakan perubahan besar

dalam sistem pendidikan di negara kita.

Kini penggunaan komputer di sekolah semakin di galakkan. Pelbagai usaha telah

di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memastikan sektor

pendidikan negara tidak ketinggalan untuk melakukan perubahan ini. Bermula tahun

1986, program Pengenalan kepada Komputer telah di perkenalkan dan program Sistem

Kebangsaan Pendidikan Database pada tahun 1989 (Ibrahim Ahmad Bajunid, 2001).

Kemudian beberapa program susulan telah di perkenalkan antaranya Projek Literasi

Page 19: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

2

Komputer (1992), Pusat Sumber Pendidikan (1993), Projek Rangkaian Pendidikan

(1994), Arahan Sokongan Komputer (1994), Projek Komputer Dalam Pendidikan

(1994), Projek Rangkaian Munsyi (1995) dan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan

(1995). Program Literasi Komputer juga telah di perkenalkan sebagai mata pelajaran di

peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mulai tahun 1996. Ini menunjukkan

bahawa komputer bukannya mengambil alih peranan pendidik akan tetapi ia sebagai

medium utama dalam proses pengajaran dan pelajaran (Mohd Yusof, 1997).

Kini, komputer telah di perluaskan penggunaanya di dalam aspek pengurusan

dan pentadbiran sesebuah organisasi. Komputer bukan sahaja dapat memberi maklumat

akan tepai kini boleh di tugaskan untuk urusan-urusan tertentu. Demikianlah juga

komputer boleh di gunakan untuk menguruskan pembahagian pelajar ke kelas-kelas

khususnya kelas beraliran tertentu. Ini kerana komputer juga di lihat mampu

mengelaskan para pelajar mengikut syarat-syarat yang di tentukan oleh pentadbir.

Namun begitu tidak ada suatu sistem yang cuba di bangunkan untuk melakukan tugasan

seperti itu dan guru-guru juga tiada kesanggupan untuk menggunakannya.

Segala usaha yang di lakukan ke arah perubahan negara akan menjadi sia-sia

sekira tiada sokongan dan kesanggupan rakyat untuk melakukan perubahan. Demikian

akan terbantutlah usaha negara dalam melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan

memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Jesteru, kajian ini sadaya upaya akan

cuba untuk merungkai persoalan yang berkaitan dengan sistem ujian penentuan aliran

berasaskan web.

Page 20: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Di Malaysia, dasar kenaikan pelajar ke tingkatan 4 adalah secara automatik

dengan tidak mengambil kira keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ini

bermakna samaada pelajar tersebut lulus atau gagal, mereka tetap akan layak naik ke

Tingkatan 4. Namun apa yang berlaku setelah mereka berjaya naik ke tingkatan 4,

terdapat beberapa pilihan aliran yang mesti di ambil salah satunya. Antara aliran-aliran

ialah Sains, Sastera, Teknikal atau Agama (Jamil & Norlia, 2008).

Secara umumnya, pelajar akan di khususkan kepada aliran tertentu bergantung

kepada pencapaian akademik mereka. Guru-guru turut sama membantu mengkhususkan

mereka untuk berada di aliran yang mana. Kesilapan dalam menentukan aliran pelajar

ini perlu di elakkan. Sekiranya berlaku, timbul permasalahan di mana pelajar tidak

sehaluan dengan aliran yang di ambil berdasarkan pencapaian akademik dan ketentuan

guru semata-mata. Kemungkinan yang berlaku adalah pelajar gagal dalam aliran yang di

ambil atas alasan mereka memang tidak berminat mengikutinya. Terdapat juga pelajar

yang tahu keupayaan mereka di mana dan seharusnya mereka di benarkan memilih

aliran yang sehaluan dengan mereka. Oleh itu, kecenderungan dan keupayaan mereka

perlulah di ambil kira semasa membuat keputusan bagi menentukan mereaka berada di

aliran yang sesuai.

Penggunaan komputer dalam menguruskan maklumat pelajar adalah penting

dalam pengurusan sekolah. Sistem pengurusan tradisional seperti sistem simpanan fail

(filing system) menunjukkan beberapa kelemahan yang timbul seperti aspek keselamtan.

Contohnya, penggunaan kertas adalah kurang selamat kerana kertas tidak tahan lama

dalam jangkamasa panjang serta mudah rosak. Kelemahan lain yang berlaku ialah

apabila berlakunya insiden-insiden tertentu seperti kebakaran dan banjir. Sudah tentu

maklumat yang di simpan sukar di selamatkan.

Page 21: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

4

Selain itu sistem pengurusan tradisional menyebabkan berlakunya kesukaran

untuk mencapai maklumat yang di simpan. Terdapat keadaan di mana seseorang sedang

menggunakan fail tersebut, sudah pasti sukar untuk menggunakannya pada masa yang

sama dan haurs menunggu sehingga fail tersebut selesai di gunakan. Sekiranya fail tidak

di rekod dan di kemaskini dengan baik dan sempurna, pasti akan menyebabkan

kesukaran untuk mencari maklumat yang di perlukan. Tambahan pula sekiranya fail-fail

tersebut di simpan di dalam stor yang tertutup dan berkunci.

Sehubungan dengan itu, penggunaan kaedah tradisioanal ini telah di kemaskini

dengan menggunakan kaedah berkomputer. Dengan menggunakan komputer, maklumat-

maklumat sekolah lebih selamat dan pengurusan maklumat menjadi lebih teratur dan

sistematik. Selain itu, maklumat juga lebih mudah di capai dengan menggunakan

komputer (Rahmad Sukor & Subhi Marsan, 2001). Dengan perisisan seperti Microsoft

Access dan Structured Query Languange (SQL) dapat membantu guru untuk

menguruskan maklumat mereka dengan baik. Guru-guru dapat menjimatkan masa dalam

menguruskannya serta dapat mencapainya dengan lebih mudah. Tambahan pula faktor

keselamatannya tidak perlu di bimbangi kerana perisian-perisian ini terkenal dalam

aspek keselamatan data. Namun begitu, penggunaan perisian ini juga tidak terlepas dari

kelemahan. Sekiranya perisian tersebut tidak di installkan di komputer, maklumat

tersebut tidak akan dapat di capai. Justeru, perisian tersebut perlulah di installkan di

dalam komputer terlebih dahulu sebelum mencapai maklumat yang di kehendaki.

Kewujudan perisian pangkalan data atas talian (online database) turut membantu

dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Melalui perisian ini, maklumat tidak lagi di

simpan dalam sebuah komputer sebaliknya maklumat akan di simpan di dalam komputer

pelayan (server). Guru-guru dapat mencapai maklumat bila-bila masa dan di mana-mana

sekiranya komputer mereka di lengkapi kemudahan internet. Permasalahan dari aspek

keselamatan, capaian dan kesahan maklumat tidak lagi perlu di risaukan kerana hampir

semua perisian pangkalan data atas talian di lengkapi ciri-ciri ini.

Page 22: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

5

1.3 Penyataan Masalah

Kecelaruan pelajar dalam mengejar cita-cita adalah hasil daripada kesilapan yang

di lakukan pihak sekolah semasa menentukan aliran yang sesuai dengan diri mereka.

Aliran yang berbeza haluan dengan cita-cita serta kecenderungan mereka

memungkinkan akan hadirnya masalah kecelaruan di peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai contoh ekoran daripada keputusan yang cemerlang di dalam PMR, pelajar A

telah di tentukan alirannya oleh pihak sekolah untuk berada dalam aliran sains.

Walaubagaimanapun, minat serta kecenderungan pelajar tersebut adalah di aliran

sastera. Akibatnya, perbezaan matlamat dan haluan ini menjurus kepada permasalahan

pelajar A dalam mengikuti pembelajarannya sehinggalah sewaktu dia melanjutkan

pelajaran bagi mengejar cita-citanya. Jalan yang yang tidak menuju ke arah destinasi

yang betul akan membawa kepada kesesatan.

Jelas bahawa penentuan aliran pelajar Tingkatan 4 perlu di lihat sebagai suatu

aspek penting yang perlu di berikan perhatian oleh pihak pentadbiran sekolah. Ini kerana

bermula di Tingkatan 4 para pelajar di khususkan kepada aliran-aliran tertentu bagi

meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Aliran-aliran yang

di tentukan penting bagi membantu merealisasikan cita-cita pelajar di samping

membantu menghasilkan masyarakat yang mampu memberi sumbangan kepada negara

kelak. Setiap pelajar mempunyai potensi sendiri yang boleh di ketengahkan. Potensi-

potensi itu perlu mula di perkembangkan semasa mereka berada di menengah atas. Suatu

sistem khas perlu di bina khusus untuk membantu pentadbir dan guru-guru menentukan

aliran yang sesuai bagi pelajar.

Sistem yang di bangunkan bagi menentukan aliran pelajar ini terdiri daripada

pelbagai bentuk. Antaranya sistem ini berbentuk ujian di mana ujian ini boleh mentukan

aliran yang sesuai di ambil oleh pelajar. Ini kerana ujian ini merangkumi ujian

Page 23: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

6

akademik, kecerdasan dan personaliti pelajar bagi menentukan aliran mereka. Ujian

sebegini di lihat lebih adil untuk menentukan aliran yang sesuai bagi pelajar kerana tidak

mengambil keputusan akademik semata-mata. Pelajar juga pasti berpuas hati kerana

aliran yang mereka terima adalah berdasaran kecenderungan mereka terhadap suatu

aliran itu.

Selain itu, sistem berasaskan web membantu menyelesaikan masalah yang di

hadapi oleh pentadbir dan guru-guru. Sifat sistem yang berdiri sendiri (stand alone)

sebelum ini di ubah kepada sistem berasaskan web. Hasilnya maklumat dapat di capai

dengan lebih mudah kerana ianya tidak di simpan di dalam satu komputer, sebaliknya

dapat di capai di mana sahaja. Demikian menunjukkan bahawa tiada lagi halangan

penyampaian dan saluran maklumat di dunia serta telah mewujudkan istilah ”Dunia

Tanpa Sempadan”. Kepesatan teknologi di hujung jari ini turut membantu manusia di

dalam aspek pengurusan dan pentadbiran mereka.

Di atas faktor inilah yang mendorong pembangun untuk membangunkan suatu

Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR) bagi pelajar Tingkatan 4. Sistem ini di

bangunkan untuk membantu pihak pentadbir sekolah dalam menentukan aliran yang

sesuai bagi pelajar dengan mengambil kira aspek akademik, kecerdasan, dan personaliti

mereka. Dengan itu, kesilapan dalam menentukan aliran pelajar dapat diatasi dengan

mudah. Hasil daripada sistem ini pelajar dapat mengikuti pelajaran dalam aliran yang

benar-benar sesuai dengan potensi yang ada dalam diri mereka.

Page 24: PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN  · PDF file1.8.1 Sistem 9 1.8.2 Aliran 10 1.8.3 ... 3.2.1.1 Fasa Analisis 35 ... 4 HASIL REKABENTUK SISTEM 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Pakej

7

1.4 Objektif Kajian

Bagi memastikan kajian ini di lakukan secara sistematik, terurus dan tidak

menyimpang dari tujuan asalnya, penyelidik telah menetapkan beberapa objektif kajian.

Objektif kajian adalah seperti berikut:

i. Membangunkan sebahagian sistem iaitu Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR)

yang merangkumi tiga aspek iaitu akademik, kecerdasan dan personaliti. Kajian ini

adalah berfokus kepada bahagian personality sahaja.

ii. Membangunkan sistem ini secara online bagi memudahkan capaian maklumat.

1.5 Rasional Kajian

Penentuan aliran kelas pelajar tingkatan 4 menjadi faktor utama yang mendorong

penyelidik membuat kajian ini. Melihat kepada fenomena yang berlaku, kecenderungan

melibatkan kecerdasan dan personaliti pelajar perlu di ambil kira dalam menentukan

aliran yang sesuai dengan mereka. Dengan itu, satu kajian perlu di lakukan untuk

membuat hubungan langsung di antara kecerdasan dan personaliti pelajar dengan aliran

yang mereka ambil, dan bukannya berdasarkan pencapaian akademik semata-mata.

Selain itu, tahap penggunaan web di sekolah menengah dan rendah yang

dikatakan masih belum berada pada tahap yang boleh dibanggakan menjadi faktor yang

turut mendorong penyelidik untuk membuat kajian ini (Abd. Rashid Johar, 1998).

Pengaplikasian web di peringkat pengajian tinggi seharusnya menjadi peransang kepada

sekolah untuk turut menaik tarafkan penggunaan web. Oleh itu, satu kajian yang

menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenalpasti tahap kesesuaian web dalam

pengurusan organisasi sekolah.