Analisis Ayat Nota BMM 3110

3
Nota BMM 3110: Analisis Ayat Menggunakan Rajah Pohon (Sintaksis) Sememangnya masyarakat Malaysia gemar mengagung-agungkan apa-apa sahaja yang datang dari luar negara dengan alasan bahawa apa-apa yang datang dari luar lebih baik dan lebih bermutu. Jenis ayat : Ayat majmuk campuran Ayat Induk :Masyarakat Malaysia gemar mengagung-agungkan apa-apa sahaja. Jenis ayat : Ayat penyata Ayat 2 : Masyarakat Malaysia gemar mengagung-agungkan apa-apa sahaja yang datang dari luar negara. Jenis ayat : Ayat pancangan relatif Ayat 3 :Bahawa apa-apa yang datang dari luar lebih baik dan lebih bermutu. Jenis ayat : Ayat Pancangan Relatif Analisis Rajah Pohon Ayat Induk

description

contoh analisis ayat

Transcript of Analisis Ayat Nota BMM 3110

Page 1: Analisis Ayat Nota BMM 3110

Nota BMM 3110: Analisis Ayat Menggunakan Rajah Pohon (Sintaksis)

Sememangnya masyarakat Malaysia gemar mengagung-agungkan apa-apa sahaja yang datang dari luar negara dengan alasan bahawa apa-apa yang datang dari luar  lebih baik dan lebih bermutu.

Jenis ayat  : Ayat majmuk campuran

Ayat Induk :Masyarakat Malaysia gemar mengagung-agungkan apa-apa sahaja.

Jenis ayat : Ayat penyata

Ayat  2 : Masyarakat Malaysia gemar mengagung-agungkan apa-apa sahaja yang datang  dari luar negara.

Jenis ayat : Ayat pancangan relatif

Ayat 3 :Bahawa apa-apa yang datang dari luar  lebih baik dan lebih bermutu.

Jenis ayat  : Ayat Pancangan Relatif

Analisis Rajah Pohon

Ayat Induk

Page 2: Analisis Ayat Nota BMM 3110

Ayat di atas merupakan ayat penyata dimana subjeknya adalah ‘masyarakat Malaysia’ dan predikatnya adalah frasa kerja ‘gemar mengagung-agungkan apa-apa sahaja’. Perkataan ‘gemar’ berfungsi sebagai kata bantu ragam di dalam ayat tersebut.

Ayat 2 

Ayat kedua ini merupakan kategori ayat pancangan relatif dimana melibatkan penggunaan perkataan ‘yang’. Subjek ialah frasa nama ‘masyarakat Malaysia’ dan predikatnya  frasa kerja yang terdiri daripada kata bantu ‘lebih’, kata kerja ‘mengagung-agungkan’, penanda relatif ‘yang’ serta unsur keterangan frasa kerja ‘datang dari luar negara’. 

Ayat 3

Page 3: Analisis Ayat Nota BMM 3110

Perkataan bahawa dalam ayat di atas menerangkan ayat ini merupakan ayat pancangan relatif dan rajah pohonnya adalah seperti di atas. Subjek terdiri daripada frasa nama iaitu ‘apa-apa’, Predikatnya terdiri daripada frasa kerja ‘yang datang dari luar negara’ dan unsur keterangan frasa adjektifnya adalah ‘lebih baik dan bermutu’.