Analisis Cerpen Sesudah Perang

download Analisis Cerpen Sesudah Perang

of 29

Transcript of Analisis Cerpen Sesudah Perang

Masitah mempunyai sebuah keluarga yang cukup bahagia.Dia telah mendirikan rumahtangga semasa perang sedang berlaku.Dia mempunyai seorang suami bernama Budin dan mereka mempunyai 3 orang anak bernama Jali,Salmi dan Sumi.Tetapi sebulan selepas Masitah mendirikan rumahtangga bersama Budin,beliau telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.Tanpa pengetahuan Budin,Jali merupakan anak luar nikah.Hali ini dapat dibuktikan melalui warna kulit Jali yang lebih cerah berbanding adik-adiknya.

Pada suatu hari,Jali hampir merogol Khatijah perempuan yang dicintai selama ini.Jali sedikit sebanyak telah mengikut jejak langkah bapanya atau lelaki yang telah merogol Masitah suatu masa dahulu.Namun begitu,Jali mengakui kesilapannya dan Masitah juga meminta maaf kepada keluarga Khatijah.Mereka telah berjanji itu merupakan rahsia keluarga mereka sahaja.Kejadian itu menyebabkan Masitah teringat kembali kejadian yang telah berlaku ke atas dirinya dan peperangan yang berlaku dalam dirinya bangkit kembali.Jali merupakan seorang yang pandai dan ditawa melanjutkan pelajaran ke Tokyo.Pemergian Jali ke Tokyo memberi seribu kesedihan kepada keluarga Masitah tetapi jauh di sudut hati Masitah berasa lega kerana segala igauan ngerinya dan peperangan yang berlaku dalam dirinya berakhir.

Ketabahan hati seorang wanita dalam mengharungi liku-liku hidup.

Maruah seorang wanita Keinginan seorang bapa dalam memiliki seorang anak lelaki di dalam keluarga Dilema seorang wanita Pertikaian adik-beradik

PERMULAAN (EKSPOSISI) Pada suatu pagi,setelah selesai mengelap badan dan membasuh kaki,Masitah ternampak bayang-bayang seorang lelaki menuju ke arahnya di sumur. Masitah menunggu kehadiran lelaki tersebut. Rupa-rupanya bayang-bayang yang dia nampak tadi itu adalah bayang-bayang anaknya, iaitu Jali.

Masitah berdiri lama di situ sehinggalah tersentak daripada lamunan apabila dia terdengar kocakan air di sumur yang menandakan Jali sudah membasahkan badannya. Masitah terus berjalan pulang ke rumahnya.

PERKEMBANGAN Dalam perjalanan pulang,Masitah mengingat kembali kisah lampaunya dahulu. Selepas sebulan dia mendirikan rumah tangga bersama Budin, dia telah diperkosa oleh seorang lelaki. Perkara ini adalah di luar pengetahuan Budin.

Kejadian ini dapat dibuktikan apabila Masitah sedang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai mandi.Didapati seorang lelaki yang tidak dikenali Masitah telah berdiri di hadapan rumahnya. hadapannya.Sesampainya dia di rumah, Masitah bersiap dan memakai pakaian. Begitu juga dengan suaminya Budin.

PUNCAK (KLIMAKS)Sedang Masitah menyapu di ruang tamu rumahnya,secara tidak sengaja,dia terdengar perbualan antara Jali dan adikadiknya. Mindanya terus teringat akan peristiwa hitam tersebut. Hal ini kerana, Jali hampir memperkosa seorang perawan bernama Khatijah. Kelakuan Jali terhadap Khatijah telah mengingatkan Masitah tentang titik hitam di dalam hidupnya yang telah diperkosa oleh seorang lelaki.Jali ialah anak Masitah hasil daripada perkosaan lelaki tersebut dan sedikit sebanyak mengikuti jejak pemuda itu.

PELERAIAN Setelah itu, tanpa membuang masa lagi,Masitah pergi ke rumah Khatijah menemui ibunya untuk menerangkan perkara sebenar yang berlaku dan meminta maaf kepada ibu Khatijah atas perbuatan Jali itu.Ibu Khatijah bersetuju untuk merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan umum. Masitah turut memancing minat Jali terhadap Khatijah.Masitah merasakan bahawa Jali harus bertanggungjawat ke atas perbuatannya itu.

PENGAKHIRAN

Pemergian Jali ke Tokyo telah membuatkan Masitah berasa bersyukur dan lega kerana peperangan yang berlaku di dalam hatinya mengenai peristiwa silam yang menghantuinya selama ini dapat dilupakan dan segala rahsianya masih tersimpan utuh. Jauh di sudut hatinya,Masitah berasa sedih di atas pemergian anak sulungnya, Jali ke Tokyo yang melanjutkan pelajarannya demi sebuah kejayaan.

1)

MasitahIsteri kepada Budin. Ibu kepada Jali, Sumi dan Salmi. Mangsa perkosaan. Sangat mementingkan ikatan kekeluargaan. Menyimpan rahsia besar.

2) Budin Suami Masitah. Bapa Salmi dan Salmi.

3) Jali Anak lelaki tunggal Masitah. Bukan darah daging Budin.

4) Sumi Anak perempuan Masitah dan Budin. Ringan tulang. Merupakan kakak kepada Salmi.

5) Salmi. Anak perempuan Masitah dan Budin. Ringan tulang. Merupakan adik kepada Sumi.

6) Khatijah. Gadis sekampung dengan Jali. Hampir diperkosa oleh Jali.

Latar Terbahagi kepada 3 : -Latar Masa -Latar Tempat -Latar Masyarakat

Dalam

masa satu hari.

Desa

P.S. Lapangan terbang. Sumur. Syonan-to.

Masyarakat

yang berkasih sayang. Masyarakat yang mempunyai ikatan yang kukuh. Masyarakat yang suka berprasangka.

Aliterasi : Janganlah disebut-sebut tentang bencana perang itu, Asonansi : Kelak kalau orang tuanya sudah mulai sakit-sakit.. Metafora : rantai bimbangnya Simile : seperti bangau-bangau sawah terbang bersusun menuju syonan-to.

Bahasa Asing : - Penggunaan bahasa Jawa : kang - Penggunaan bahasa Jepun : syonan-to - Penggunaan bahasa Inggeris : singlet

Maruah seseorang terutamanya wanita perlu dipelihara kerana maruah melambangkan harga diri seseorang. Ibu bapa mesti memberi layanan sama rata terhadap semua anak-anaknya sama ada lelaki mahupun perempuan. Sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau mesti dihadapi dengan tabah dan cekal supaya peristiwa tersebut tidak menghantui kehidupan kita selamanya. Tatasusila dalam masyarakat seharusnya dipelihara supaya kehidupan bermasyarakat di suatu tempat lebih harmoni. Hendaklah kita berusaha memelihara aib daripada diketahui umum agar kehidupan lebih tenteram dan proses memperbaiki diri berlangsung dengan lebih mudah.