Analisis Fungsi Dan Pergerakan Serta Nyatakan Rumusan Dalam Bentuk Penulisan Ilmiah

4
Analisis fungsi dan pergerakan serta nyatakan rumusan dalam bentuk penulisan ilmiah Tulang ayam tersusun atas 76 % bahan anorganik manakala 25 % bahan organik. Fungsi sistem tulang pada ayam ialah yang pertama merupakan tempat pertautan otot-otot sehingga terbentuknya tubuh. Yang kedua melindungi organ dalam seperti alat pencernaan, jantung, hati dan alat reproduksi. Yang ketiga ialah tempat sum-sum untuk membentuk sel darah merah dan sel darah putih. Yang terakhir ialah untuk bernafas bermkasud meringankan tubuh saat ketika ayam sedang terbang. Kerangka axial Tulang kepala ayam terdiri daripada dua bahagian iaitu yang pertama bahagian kranium. Bahagian tersebut berbentuk bulat berfungsi untuk melindungi otak dan alat pendengaran. Bahagian tulang yang membentuk tulang kranium sangat banyak, namun yang perlu dilihat ialah tulang os occipitales yang berhubung dengan tulang leher (vertebrae cervicalis) iaitu atlas dan epistropheus (axial) Manakala bahagian facial pula berbentuk seperti kerucut yang terletak pada muka kranium iaitu terdiri daripada rangka rahang dan tulang lidah. Bahagian facial terdiri dari banyak tulang, tetapi yang perlu dilihat dengan jelas ialah tulang dibahagian incisive, mandible dan quadratum. Tulang incisive yang membentuk paruh atas dan tulang mandible yang membentuk

description

anatomi dan fisiologi

Transcript of Analisis Fungsi Dan Pergerakan Serta Nyatakan Rumusan Dalam Bentuk Penulisan Ilmiah

Page 1: Analisis Fungsi Dan Pergerakan Serta Nyatakan Rumusan Dalam Bentuk Penulisan Ilmiah

Analisis fungsi dan pergerakan serta nyatakan rumusan dalam bentuk penulisan

ilmiah

Tulang ayam tersusun atas 76 % bahan anorganik manakala 25 % bahan

organik. Fungsi sistem tulang pada ayam ialah yang pertama merupakan tempat

pertautan otot-otot sehingga terbentuknya tubuh. Yang kedua melindungi organ

dalam seperti alat pencernaan, jantung, hati dan alat reproduksi. Yang ketiga ialah

tempat sum-sum untuk membentuk sel darah merah dan sel darah putih. Yang

terakhir ialah untuk bernafas bermkasud meringankan tubuh saat ketika ayam

sedang terbang.

Kerangka axial

Tulang kepala ayam terdiri daripada dua bahagian iaitu yang pertama

bahagian kranium. Bahagian tersebut berbentuk bulat berfungsi untuk melindungi

otak dan alat pendengaran. Bahagian tulang yang membentuk tulang kranium

sangat banyak, namun yang perlu dilihat ialah tulang os occipitales yang berhubung

dengan tulang leher (vertebrae cervicalis) iaitu atlas dan epistropheus (axial)

Manakala bahagian facial pula berbentuk seperti kerucut yang terletak pada

muka kranium iaitu terdiri daripada rangka rahang dan tulang lidah. Bahagian facial

terdiri dari banyak tulang, tetapi yang perlu dilihat dengan jelas ialah tulang

dibahagian incisive, mandible dan quadratum. Tulang incisive yang membentuk

paruh atas dan tulang mandible yang membentuk paruh bawah. Fungsi paruh

bahagian atas dapat bergerak apabila mandibular ditekan dengan bantuan tulang

quadratum.

Tulang punggung atau nama saintifiknya columna vertebralis bermula dari

bahagian cervical, thoracal, lumbal, sacral dan cocoygeal. Namun yang

berhubungan dengan proses produksi ayam iaitu tulang leher (vertebrae cervicalis),

tulang rusuk (vertebrae thoracales) dan tulang ekor (vertebrae cocoygeales).

Tulang leher atau nama saintifiknya vertebrae cervicalis. Ia membentuk

rangka leher yang berjumlah 13 atau 14 buah. Tulang leher yang pertama ialah atlas

manakala tulang leher yang kedua ialah epithropheus. Keduanya amat berguna

Page 2: Analisis Fungsi Dan Pergerakan Serta Nyatakan Rumusan Dalam Bentuk Penulisan Ilmiah

untuk menggerakkan tengkorak atau tulang kepala ayam. Tulang leher ini saling

berkait antara satu sama lain untuk dapat berputar sehingga memberikan

kebebasan pada leher dan kepala ayam untuk melakukan pergerakan seperti

makan, membersihkan bulu, pertahanan daripada pihak musuh dan juga tujuan lain.

Tulang rusuk atau nama saintifiknya vertebrae thoracales berjumlah 7 buah

tulang rusuk yang saling berpasangan antara satu sama lain. Tulang ekor (vertebrae

cocoygeales) terdiri dari 5 atau 6 tulang yang mana tulang terakhir dan terbesar

disebut pygostyle yang merupakan tempat bagi tumbuhnya bulu ekor ayam. Tulang

dada (os sternum) ukuran antara sternum dengn pubis merupakan suatu indicator

untuk menentukan tinggi atau rendahnya produktivitas ayam petelur. sternum juga

merupakan pelekatan otot yang paling bagus pada ayam yang disebut sasami atau

filet.

Tulang sayap pada ayam merupakan evolusi dari bahagian kaki depan dari

reptile. tulang sayap dibahagi kepada dua bahagian iaitu yng pertama ialah gelang

bahu yang terdiri dari anggota sayap meliputi lengan atas (humerus). Manakala

bahagian yag kedua ialah bahagian bebas dari anggota sayap meliputi lengan atas

(humerus), lengan bawah (radius, ulna) dan hanus (carpus, metacarpus dan digitis).

Bahagian tulang sayap yang berhubungan dengan proses produksi pada ayam iaitu

humerus, radius dan ulna. humerus merupakan tulang yang berguna untuk membuat

masakan ayam berupa baby drum stick Bahagian celah antara radius dan ulna

dipergunakan untuk penandaan saat penelitian dan dikenal dengan penandaan wing

band. otot dan kulit yang melekat di daerah bahagian bebas dari anggota sayap

dipergunakan untuk melakukan vaksinasi cacar (fowl fox)

Tulang kaki dibahagian atas iaitu gelang pinggul yang meliputi (illium, ischium

dan pubis) . pubis merupakan tulang duduk atau pinggul yang merupakan kriteria

untuk memprediksi tinggi atau rendahnya produksi telur ayam. Tulang pubis

cenderung menjadi lurus jika ayam sedang berprodiuksi dan melengkung jika

produksi berhenti. Manakala bagahian bebas dari anggota kaki meliputi paha

(femur), betis (tibia dan fibula) dan kaki bawah (tarsus, metatarsus, digitae). Di

dalam femur terdapat medullary bone yang merupakan sumber kalsium (ca) apabila

ayam kekurangan kalsium pada ransumnya. Bila kekurangan sekali kalsium pada

ransum ayam, dapat menimbulkan lumpuh kaki ayam kerana cadangan kalsium

Page 3: Analisis Fungsi Dan Pergerakan Serta Nyatakan Rumusan Dalam Bentuk Penulisan Ilmiah

akan diambil dari medullary bone. Femur merupakan tulang yang berguna membuat

masakan ayam merupakan drum stick