Analisis Graf Edu 3093

2
Menurut kajian yang dijalankan, PISA mengeluarkan senarai kedudukan negara-negara yang terpilih dan negara Malaysia berada pada kedudukan ke 52 daripada 65 buah. Namun, Malaysia masih mampu mempelajari apa dimaksudkan dengan prestasi sekolah terbaik dan meningkatkan usaha untuk memperbaiki prestasi negara. Berdasarkan senarai keputusan PISA, Malaysia berada dalam kumpulan negara yang tercorot bersama-sama dengan negara yang turut menunjukkan prestasi yang menurun. Pencapaian Matematik, Sains dan bacaan bagi negara Malaysia berada di tahap yang rendah. Malah, Vietnam yang mengatasi Malaysia mula melakukan perubahan dan meningkatkan prestasi bagi ketiga-tiga subjek tersebut. Negara Jepun merupakan antara negara yang menduduki kedudukan yang teratas. Guru di Jepun lebih memberi perhatian kepada murid yang lemah dan sederhana dan sering melibatkan mereka dalam aktiviti. Hal ini demikian, guru di negara Malaysia perlu mencontohi amalan baik yang diamalkan di negara Jepun iaitu dengan tidak membeza-bezakan murid berdasarkan kebolehan dan guru perlu mementingkan kesan buruk yang bakal berlaku ke atas murid yang lemah. Berdasarkan kajian, Sweden merupakan antara negara yang telah berkembang dengan baik. Ia sepatutnya menjadi pengajaran buat Malaysia. Negara tersebut pernah pada suatu ketika mempunyai sistem pendidikan yang baik dalam kalangan negara- nagara OECD namun mengalami kejatuhan ketara dalam markah Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) sejak tahun 2000. Menurut Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, kerajaan Sweden

description

nota

Transcript of Analisis Graf Edu 3093

Page 1: Analisis Graf Edu 3093

Menurut kajian yang dijalankan, PISA mengeluarkan senarai kedudukan negara-negara

yang terpilih dan negara Malaysia berada pada kedudukan ke 52 daripada 65 buah. Namun,

Malaysia masih mampu mempelajari apa dimaksudkan dengan prestasi sekolah terbaik dan

meningkatkan usaha untuk memperbaiki prestasi negara.

Berdasarkan senarai keputusan PISA, Malaysia berada dalam kumpulan negara yang

tercorot bersama-sama dengan negara yang turut menunjukkan prestasi yang menurun.

Pencapaian Matematik, Sains dan bacaan bagi negara Malaysia berada di tahap yang rendah.

Malah, Vietnam yang mengatasi Malaysia mula melakukan perubahan dan meningkatkan

prestasi bagi ketiga-tiga subjek tersebut.

Negara Jepun merupakan antara negara yang menduduki kedudukan yang teratas. Guru di

Jepun lebih memberi perhatian kepada murid yang lemah dan sederhana dan sering melibatkan

mereka dalam aktiviti. Hal ini demikian, guru di negara Malaysia perlu mencontohi amalan baik

yang diamalkan di negara Jepun iaitu dengan tidak membeza-bezakan murid berdasarkan

kebolehan dan guru perlu mementingkan kesan buruk yang bakal berlaku ke atas murid yang

lemah.

Berdasarkan kajian, Sweden merupakan antara negara yang telah berkembang dengan

baik. Ia sepatutnya menjadi pengajaran buat Malaysia. Negara tersebut pernah pada suatu ketika

mempunyai sistem pendidikan yang baik dalam kalangan negara-nagara OECD namun

mengalami kejatuhan ketara dalam markah Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan

Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) sejak tahun 2000. Menurut Ahli

Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, kerajaan Sweden meminta pihak OECD menilai semula

sistem pendidikannya pada tahun 2014. Dalam ranking terkini, Sweden berada di tangga ke-35.

Bukan itu sahaja, malah menurut Dr. Ong Kian Ming lagi, dalam kes Malaysia, jika

pembuat polisi tidak mengenal pasti kelemahan dalam sistem pendidikan semasa, kita akan

berada lebih jauh di belakang jiran-jiran Asia dan terus berada dalam kedudukan yang tidak

memiliki daya saing dalam ekonomi.

Page 2: Analisis Graf Edu 3093

Kesimpulannya, negara Malaysia perlu mengambil langkah inisitiaf bagi meningkatkan

sistem pendidikan serta dapat melahirkan anak bangsa yang dapat berguna untuk negara pada

masa hadapan.