Analisis Jurnul

22
1.0 SIPNOSIS Tajuk jurnal yang dipilih untuk tugasan saya adalah ‘The Problem By Women For Their Career Choices’ yang bermaksud masalah yang dihadapi oleh wanita dalam membuat pilihan kerjaya mereka. Jurnal ini ditulis oleh Saudara Iqra Rehman daripada Fakulti Antrapologi Universiti Quaid I Azam Islamabad, Pakistan. Dalam artikel jurnl ini, menerangkan beberapa perkara atau isu berkaitan masalah yang dihadapi oleh wanita di Pakistan dalam membuat pemilihan kerjaya mereka dinegara itu. Antara isu-isu yang dibincangkan dalam jurnal berkenaan adalah keupayaan wanita Pakistan dalam mencari pekerjaan disebabkan faktor-faktor budaya serta limitasi wanita agak terbatas dalam memcari pekerjaan berbanding lelaki. Selain itu, dalam jurnal ini juga menyatakan wanita juga berada di dalam delema diantara tugas dan tanggungjawab dan peranan sebagai seorang isteri, dan ibu sekiranya wanita berkenaan keluar untuk bekerja, secara tidak lansung akan menberi kesan dan dilema dalam diri wanita berkenaan serta kerukunan dan keharmonian rumahtangga akan dibelenggu permasalahan sekiranya wanita yang keluar bekerja tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami serta masyarakat amnya. Wanita yang mencari pekerjaan juga, terdedah kepada perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan wanita iaitu gangguang seksual, bias gender daripada pihak majikan, dan 1

description

jurnal

Transcript of Analisis Jurnul

Page 1: Analisis Jurnul

1.0 SIPNOSIS

Tajuk jurnal yang dipilih untuk tugasan saya adalah ‘The Problem By Women For

Their Career Choices’ yang bermaksud masalah yang dihadapi oleh wanita dalam membuat

pilihan kerjaya mereka. Jurnal ini ditulis oleh Saudara Iqra Rehman daripada Fakulti

Antrapologi Universiti Quaid I Azam Islamabad, Pakistan.

Dalam artikel jurnl ini, menerangkan beberapa perkara atau isu berkaitan masalah

yang dihadapi oleh wanita di Pakistan dalam membuat pemilihan kerjaya mereka dinegara

itu. Antara isu-isu yang dibincangkan dalam jurnal berkenaan adalah keupayaan wanita

Pakistan dalam mencari pekerjaan disebabkan faktor-faktor budaya serta limitasi wanita agak

terbatas dalam memcari pekerjaan berbanding lelaki.

Selain itu, dalam jurnal ini juga menyatakan wanita juga berada di dalam delema

diantara tugas dan tanggungjawab dan peranan sebagai seorang isteri, dan ibu sekiranya

wanita berkenaan keluar untuk bekerja, secara tidak lansung akan menberi kesan dan dilema

dalam diri wanita berkenaan serta kerukunan dan keharmonian rumahtangga akan dibelenggu

permasalahan sekiranya wanita yang keluar bekerja tidak mendapat sokongan sepenuhnya

daripada suami serta masyarakat amnya.

Wanita yang mencari pekerjaan juga, terdedah kepada perkara-perkara yang boleh

mengancam keselamatan wanita iaitu gangguang seksual, bias gender daripada pihak

majikan, dan keterbatasan wanita dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan

penggunaan fizikal.

Secara kesimpulannya, kajian ini dilaksanakan adalah pengkaji ingin melihat sejauh

mana masalah pemilihan kerjaya dikalangan wanita dan limitasi wanita dalam mencari

pekerjaan bermula semasa pelajar berkenaan masih lagi belajar di Univesiti memandangkan

wanita berkenaan adalah tergolong dalam kalangan wanita yang berpendidikan.

1

Page 2: Analisis Jurnul

2.0 PENDAHULUAN

Proses industralisasi dan urbanisasi telah meninggalkan kesan yang penting ke atas

status dan peranan kaum wanita. Akibat daripada kedua-dua proses ini, lebih ramai kaum

wanita yang mula bekerja di luar rumah pada umur yang masih muda. Jelas disini bahawa

peluang-peluang pekerjaan yang baru teleh memindahkan wanita dari ruang tradisional ke

ruang awam ‘public’ dimana wanita memegang jawatan berbagai profesion di dalam sektor-

sektor pentadbiran dan perdagangan. Perubahan-perubahan yang dialami oleh kaum wanita

ini tidaklah pula mengurang atau mengubah peranan serta tanggungjawab mereka dalam

bidang domestik

Apabila berkahwin, wanita dijangkakan dapat megendalikan urusan rumahtangga dan

menjaga anak. Wanita yang sudah berkahwin dan yang bekerja di luar rumah rnendapati diri

mereka terpaksa menggabungkan peranan tradisional mereka sebagai isteri dan ibu dengan

peranan baru sebagai pekerja.

Sebahagian besar daripada masyarakat kini melihat bahawa kehidupan berkeluarga

dan bekerja adalah dua aktiviti yang penting dalam kehidupan setiap individu. Ramai wanita

yang berkahwin dan membentuk keluarga sendiri juga mahu bekerja kerana pekerjaan

memberikanidentiti sendiri kepada wanita. Justeru, kedua-dua aspek dalam kehidupan itu

bukan sahaja sangat penting kini malah juga berkait antara satusama lain kerana wanita perlu

memberi perhatian yang seimbang dan fokus kepada setiap satu aspek tersebut.

Kebanyakan wanita mahu berkahwin dan berkeluarga kerana perkahwinan dan

keluarga 'membebaskan' mereka daripada orientasi keluarga. Sehubungan itu, ramai wanita

khususnya yang mempunyai pendidikan ingin melibatkan diri dalam pekerjaan formal di luar

rumah. Kebanyakan mereka yang berpendidikan tinggi ingin memperkembangkan bakat dan

potensi yang ada dalam diri.

Kesimpulanya wanita hari ini tidak seperti wanita pada zaman 50 an dimana wanita

banyak menjadi suri rumah, serta tidak menyertai dalam mana-mana aktiviti pekerjaan

sampingan seperti wanita hari ini, dan hasil pendapatan adalah pergantungan sepenuhnya

kepada suami berbanding dengan wanita pada hari ini lebih banyak berdikari. Sehubungan

dengan ini, dalam mengimbangi tugas sebagai isteri, ibu malahan diri wanita itu sendiri

2

Page 3: Analisis Jurnul

terdapat perbagai masalah serta isu yang akan timbul dalam pemilihan kerjaya daripada

seorang wanita itu sendiri.

3.0 BIDANG KAJIAN

Bidang Kajian yang dikaji dalam Kajian ini adalah bidang Kajian sains sosial. Kajian

ini merupakan kajian Kuantitatif dan menggunakan kaedah Kajian Tindakan. Kajian ini juga

menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan dapatan kajian.

4.0 SUBJEK KAJIAN

Subjek kajian yang digunakan oleh pengkaji dalan jurnal ini adalah meliputi pelajar

perempuan daripada Universiti Quaid I Azam Islamabad Pakistan. Menurut penulis pelajar di

Universiti berkenaan mencecah kepada 8 ribu hingga 9 ribu orang.

Pengkaji memilih sampel dan populasi kajian yang terdiri daripada graduan wanita

daripada Fakulti Antrapologi .Seramai 15 orang pelajar wanita yang dipilih untuk dalam

melaksanakan kajian ini. Populasi kajian ini dipilih berdasarkan pernyataan daripada pelajar-

pelajar wanita ini bahawa kerjaya adalah satu ruang lingkup yang mana perlu diikuti iaitu

perintah yang mana ia perlu untuk diteruskan bagi menjamin kehidupan yang lebih baik dan

berkesan, namun tidak bercanggah dengan nilai budaya dan norma masyarakat serta nilai-

nilai agama islam itu sendiri dalam isu memilih dan pekerjaan yang sesuai dengan

masyarakat di Pakistan.

.

5.0 ALAT KAJIAN

Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji adalah satu kajian lapangan berkaitan kajian

etnografi dimana pengkaji menjalankan kajian secara kualitatif yang digunakan untuk

menerangkan, menganalisis dan menginterpretasi bentuk “culture-sharing” atau perkongsian

budaya sesuatu kumpulan seperti tingkah laku, kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur

politik, interaksi, kehidupan dan gaya dalam perhubungan (Creswell, 2005).

Kajian tentang kehidupan dan kebudayaan suatu masyarakat atau etnik, misalnya

tentang adat-istiadat, kebiasaan, hukum, seni, agama, bahasa. Bidang kajian yang sangat

3

Page 4: Analisis Jurnul

dekat dengan etnografi adalah etnologi, iaitu kajian perbandingan tentang kebudayaan dari

berbagai masyarakat atau kelompok (Richards Dkk1985).

Secara tidak lansung dalam kajian ini menerangkan bagaimana budaya dan konteks

agama islam itu sendiri membenarkan pemilihan kerjaya sebagai seseorang wanita seiring

dengan budaya dan masyarakat di Pakistan itu sendiri.

Penulis mendapati banyak masalah dan limitasi berkaitan perkara ini berlaku dan

terdapat banyak percanggahan pandangan pendapat dilkalangan masyarakat di Pakistan

berkaitan isu pemilihan kerjaya dikalangan wanita di negara mereka walaupun ada

dikalangan wanita-wanita ini terdiri daripada golongan yang berpendidikan tinggi.

6.0 ANALISIS DATA ( ANALISIS TEMUBUAL)

Dalam Kajian ini, pengkaji memilih kaedah temubual dalam kaedah kajian kualitatif.

Kaedah temubual ini dijalanan terhadap 15 orang pelajar perempuan daripada Bidang

Antrapologi untuk mendapatkan pandangan dan persepsi pelajar ini berkaitan tajuk yang

dikaji iaitu masalah wanita dalam membuat pemilihan kerjaya.

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan temubual separa berstruktur. Temubual

separa berstruktur ini digunakan bertujuan untuk mengumpulkan makluamat secara fleksibel

seperti maklumat sosio demografik, pendapatan, taraf perkahwinan serta taraf pendidikan dan

sebagainya dan membolehkan responden menghuraikan apa yang difikirkan kepada

penyelidik.

Pendekatan kualitatif yang digunakan menunjukkan secara jelas bahawa tujuan kajian

ini ialah untuk menyelamai perasaan wanita terhadap pandangan mereka terhadap kerjaya

yang bakal diceburi. Pengkaji menggunakan analisis kandungan untuk menganalisis data

temubual yang telah dilaksanakan terhadap pelajar wanita yang dipiih sebagai populasi

kajian.

Menurut pengkaji pendekatan analisis kandungan seperti mana yang dicagangkan

oleh Miles dan Hubeman (1984), Burn (1995) dan Merriem (1998) telah menhggunakan

analis kandungan adalah untuk mengenal pasti tema, konsep dan makna. Kategori dan

subkategori pengkodan telah digunakan dalam tesis ini secara berterusan dan diperhalusi kes

4

Page 5: Analisis Jurnul

dan kategori tertentu bagi menggambarkan keadaan dan senario kes yang dikaji. Pengkaji

menggunakan Perisian Etnograph dalam pengumpulan data temubual dalam kajian ini.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Hasil analisa temubual pengkaji melalui kaedah kajian kes terhadap 15 orang

respondend iaitu pelajar wanita dari fakulti Antropologi ini, melalui pengalaman dan

persepsi mereka sendiri terhadap masalah dalam pemilihan kerjaya wanita adalah seperti

yang disenaraikan dalam jadual dibawah :

DAPATAN KAJIAN DISKRIPSI DAPATAN KAJIAN MENURUT PENGKAJI

Awareness

Kesedaran

Kesedaran wanita di Pakistan dalam kerjaya berada di tahap yang

biasa sahaja kerana wanita di sana hanya mendapat sumber –

sumber berkaitan kerjaya melalui internet, media massa,

suratkhabar serta perbezaan taraf pendidikan. Wanita di sana

kurang didedahkan berkaitan kerjaya dan tidak tahu membuat

pemilihan kerjaya berdasarkan kebolehan dan personaliti diri.

Decision Making

Membuat Keputusan

Dalam membuat sesuatu keputusan pemilihan kerjaya wanita di

agak sukar dan bergantung kepada wanita itu sendiri. Pemilihan

pekerjan wanita Pakistan selalunya dipengaruhi beberapa faktor

iaitu faktor nilai dan budaya, sifat-sifat peribadi wanita itu sendiri

dan juga kemahiran wanita dalam melaksanakan pekerjaan yang

dipilih.

Bagi wanita yang mempunyai ijazah atau yang berpendidikan

golongan ini lebih terarah dalam membuat keputusan pemilihan

kerjaya berdasarkan kelayakan pendidikan yang diperolehi.

Wanita disini juga membuat keputusan pemilihan pekerjan

berdasarkan kehidupan seharian mereka dimana keadaan

kehidupan yang mendesak untuk keperluan kewangan akan

menyebabkan wanita berkenaan akan membuat keputusan untuk

keluar mencari pekerjaan. Langkah-langkah penting bagi wanita di

Pakistan ini membuat pemilihan pekerjaan adalah berdasarkan:

i. Membuat pemerhatian terhadap peluang pekerjaan yang

5

Page 6: Analisis Jurnul

ada

ii. Membuat keputusan dalam keutamaan pemilihan pekerjaan

samaada perlu atau tidak

iii. Menentukan matlamat dalam pemilihan pekerjaan

berkenaan

iv. Berusaha untuk mencapai matlamat berkaitan

v. Mengambil Tindakan

Attainment And Self

Actualization

Kesedaran Kendiri

Daripada dapatan kajian melalui kaedah temubual hampir 50 %

responden mengatakan pemilihan kerjaya wanita adalah kesedaran

kendiri wanita berkaitan bidang-bidang pekerjaan dalam konteks

professional seperti dalam bidang perubatan, pendidikan,

kejuruteraan dimana pendapatan dalam bidang ini agak tinggi dan

lumayan serta diiktiraf dan dipandang tinggi di mata masyarakat.

Peluang terhadap sektor pekerjaan ini hanya tidak terbuka kepada

lelaki malahan wanita perlu berlumba-lumba untuk mendaptkan

keistimewaan ini.

Media Involvement

Pengaruh Media

Penyaluran maklumat mengenai pekerjaan juga adalah salah satu

faktor pemilihan kerjaya wanita di negara Pakistan. Melalui media

massa ini wanita mendapat maklumat berkaitan kerjaya yang ingin

diceburi melalui pembacaan dalam internet, selain daripada

penyaluran melalui rancangan realiti, atau pengaruh hiburan.

Wanita terdorong dalam pemilihan kerjaya ini melalui sumber-

sumber yang diperolehi daripada media massa ini, namun tidak

semua maklumat yang disampaikan oleh media massa ini dalam

pekerjaan adalah positif tetapi terdapat juga perkara-perkara yang

negative.

Social Ineduality

Bias Interasksi Sosial

Pengaruh pemilihan kerjaya di Pakistan masih lagi menitik

beratkan pengaruh dan layanan interaksi sosial dikalangan ibu

bapa dimana, terdapatnya bias diantara lelaki dan wanita. Ibu bapa

berpendapat lelaki lebih cenderung dalam pemilihan kerjaya

kearah fizikal manakala perempuan lebih kearah feminin. Justeru

itu, pemilihan kerjaya wanita adalah berdasarkan penyumbang

6

Page 7: Analisis Jurnul

daripada ibu bapa.

Family Issues

Isu Kekeluargaan

Menurut dapatan kajian dalam jurnal ini, Wanita Pakistan

digalakkan dan dipaksa untuk berkahwin awal oleh keluarga.

Sehubungan dengan itu ini menyebabkan wanita di Pakistan akan

berhenti belajar dan menuruti perintah ibu bapa untuk berkahwin

dan menyebabkan pemilihan kerjaya adalah terhad bergantung

kepada taraf pendidikan yang diperolehi. Wanita Pakistan juga

terpaksa berhenti kerja atau tidak bekerja untuk menjadi suri

rumahtangga sepenuh masa. Wanita Pakistan yang berkahwin

kadangkala tidak diberi peluang untuk bekerja oleh suami dan

telah membuat pilihan untuk tidak bekerja daripada bekerja,.

Transportation

Pengangkutan

Pemilihan kerjaya wanita di Pakistan juga dipengaruhi oleh faktor

pengangkutan dimana jarak diantara satu kawasan bandar dan juga

tempat tinggal agak jauh. Terdapat sebilangan kecil sahaja

pengangkutan awam disediakan menyebabkan wanita sukar untuk

ke tempat kerja malahan tempat belajar. Selain itu terdapat juga

golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab mengambil

kesempatan keatas wanita iaitu mencuri, merogol dan sebagainya.

Berpunca dari masalah ini, kadangkala wanita berhenti kerja bagi

menjaga keselamatan diri mereka.

Demoralizing Effects

Kesan Sikap Berputus

Asa

Melaui Penulisan Jurnal ini juga dapatan kajian mendapati

Kurangnya sokongan moral di kalangan masyarakat terhadap

wanita untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan

berbanding lelaki, menyebabkan wanita kurang bermotivasi

mencari pekerjaan berbanding lelaki.

Sexual Harassment

Gangguan Seksual

Melalui dapatan kajian ini juga, penulis menulis bahawa terdapat

banyak

7

Page 8: Analisis Jurnul

8.0 PERBINCANGAN

i) KEKUATAN

Jurnal ini mempunyai beberapa kelebihan. Penulis jurnal berusaha untuk

menunjukkan kepada pembaca secara teratur berkaiatan perkaitan masalah yang dialami oleh

wanita Pakistan berkaitan mencari pekerjaan di sana. Apabila membaca jurnal ini, para

pembaca dapat menilai tahap kesukaran wanita Pakistan mencari pekerjaan berbanding

dengan negara-negara lain. Jurnal ini juga mengungkapkan kepentingan kerajaan di Pakistan

dalam memartabatkan wanita erti kata yang lain bahawa wanita juga adalah eset yang amat

bermakna dalam negara.

Kekuatan seterusnya ialah sumber yang dirujuk dalam penghasilan jurnal ini. Penulis

telah merujuk bahan rujukan yang mempunyai banyak fakta dan dapatan kajian. Penulis

menghuraikan pelbagai jenis model pendidikan yang dipelapori oleh ahli ilmuan yang

terkenal seperti Jossey – Bass A Wiley, Garson K dan sebagainya. Hal ini, akan membantu

pengkaji lain yang membaca untuk membuat kajian lanjutan tentang permasalahan wanita

dalam mencari pekerjaan.

Kekuatan Jurnal ini, adalah kajian dibuat melalui kajian Kualitatif dan juga Kajian

Tindakan. Penyelidikan kualitatif lebih berfokuskan penelitian fenomena daripada pelbagai

perspektif dan pembinaan makna adalah dari perspektif subjek (Noraini, 2010). Iaitu pengkaji

ingin mengkaji fenomena berkataitan masalah yang dihadapi oleh wanita Pakistan dalam

mencari pekerjaan. Justeru, penyelidik kualitatif lebih menerima perspektif interpretivisme

yang berkembang apabila wujud kelompok yang tidak berpuas hati dengan pandangan

perspektif pasca-positivisme (Noormala Sarjana teori interpretif berpendapat bahawa pasca-

positivisme terlalu bersifat mekanikal terutama di dalam menjelaskan hubungan interaksi

manusia.

8

Page 9: Analisis Jurnul

Mereka berpendapat bahawa manusia sepatutnya lebih memahami dunia dengan

memberi ruang interaksi secara lebih terbuka di antara sesama manusia malah turut

menekankan bagaimana manusia sepatutnya bertingkah laku di dalam dunia sosial (Miller,

2005). Penyelidikan kualitatif bukan menumpukan kepada pengutipan data maklumat yang

banyak. Namun, tumpuan diberikan kepada pemerolehan maklumat yang berkualiti walaupun

dengan pemilihan sampel yang kecil. Oleh itu, kelebihan pemilihan kualitatif sebagai metode

yang sangat efektif dalam membincangkan faktor-faktor yang bukan bersandarkan numerical

seperti yang terdapat dalam kajian ini. (Campbell, D.T. & Stanley 1963)

ii) KELEMAHAN

Kelemahan yang terdapat dalam jurnal ini ialah tiada statistik kajian yang ditunjukkan

seperti alat pengukuran yang dijalankan. Jurnal ini semata-mata hanya menerangkan fakta-

fakta mengenai faktor pemilihan pekerjaan dan masalah yang dihadapi oleh kaum wanita

dalam mencari pekerjaan di Pakistan

Kelemahan seterusnya ialah penulis tidak menggunakan sebarang bentuk grafik.

Jurnal ini hanya mengandungi tulisan fakta sahaja. Perkara-perkara yang dibuktikan tidak

disokong oleh jadual dan grafik ini membuatkan pembaca agak ragu-ragu dengan artikal yang

ditulis melalui dapatan kajian ini.

Susunan fakta dan maklumat juga mempunyai sedikit kelemahan. Penulis tidak

menyusun maklumat dengan menarik dan agak teratur.

Cara Penulisan Kajian ini tidak mengikut standarat APA (American Psychological

Association). Penulis juga tidak memeriksa kesalahan menaip dan ejaan. Kesalahan sebegini

merendahkan nilai jurnal ini. Sebelum menerbitkan jurnal, penulis perlu memurnikan dengan

meminta pendapat pengkaji yang lain.

Kelemahan kajian ini juga adalah hanya terdapat 3 kajian lepas yang menyokong

dapatan kajian ini. Ini menunjukkan bahawa kajian ini agak lemah kerana pengkaji sekurang-

kurangnya perlu mencari kajian lepas lebih dari 3 bagi menyokong dapatan kajian berkenaan.

9

Page 10: Analisis Jurnul

Kelemahan seterunya yang diperolehi daripada kajian tiada teori atau kerangka teori

yang boleh ditulis ini adalah kajian ini bagi mengukuhkan lagi kekuatan kajian ini.

iii) CADANGAN

Cadangan penambahbaikan bagi penulisan Jurnal ini supaya lebih menarik adalah

jurnal ini adalah perlu ada analisis kajian berupa statistik yang dinyatakan bukan hanya

semata-mata menerangkan fakta-fakta mengenai faktor pemilihan pekerjaan dan masalah

yang dihadapi oleh kaum wanita dalam mencari pekerjaan di Pakistan

Penulis sepatutnya menjalankan satu kajian deskriptif dan inferensi yang bertujuan

melihat perbandingan antara masalah dan persepsi wanita dalam memilih pekerjaan dari

aspek pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dan bukan sahaja melihat masalah pemilihan

kerjaya dikalangan wanita Pakistan sahaja. Menurut (Othman, 2001) Kajian deskripsi dan

inferensi dapat melihat dengan jelas berkaitan perbandingan sesuatu perkara.

Kelemahan seterusnya ialah penulis tidak menggunakan sebarang bentuk grafik.

Jurnal ini hanya mengandungi tulisan fakta. Menurut (Othman, 2001) Para pembaca akan

tertarik jika terdapat carta, rajah ataupun jadual bagi menerangkan intipati jurnal. Bentuk

grafik dapat menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat. Pembaca juga dapat

menganalisis dapatan jurnal ini dengan senang.

Susunan fakta dan maklumat juga mempunyai sedikit kelemahan. Penulis perlu

menyusun maklumat dengan menarik. Maklumat yang berlainan perlu disusun dengan

menggunakan subtopic yang berlainan. Penulis tidak menggunakan kaedah ini dalam hasil

penulisan ini. Selain itu, perenggan fakta juga amat panjang. Menurut (Cresswell, J.W.

(2005) seorang Penulis perlu memudahkan ayat-ayat dan idea yang diterangkan supaya

senang difahami.

10

Page 11: Analisis Jurnul

Cara Penulisan Kajian ini tidak mengikut standarat APA (American Psychological

Association). Menyebabkan kualiti kajian ini terjejas dan standart berbanding kajian -kajian

yang mengikut standart standarat APA (American Psychological Association). Penulis juga

tidak memeriksa kesalahan menaip dan ejaan. Kesalahan sebegini merendahkan nilai jurnal

ini. Sebelum menerbitkan jurnal, penulis perlu memurnikan dengan meminta pendapat

pengkaji yang lain.

Penambahbaikkan kajian ini adalah perlu meletakkan teori atau kerangka teori.

Menurut Nik Azis Nik Pa dalam Kajiannya yang bertajuk Penggunaan Teori Dan Kerangka

Teori Dalam Penyelidikan Pendidikan Matematik (2003) Idea tentang kerangka teori dan

kerangka konsep adalah saling berkait dengan kerangka kajian. Pada asasnya, kerangka

kajian merujuk struktur idea yang abstrak atau logik yang memandu perancangan,

pelaksanaan, dan laporan sesuatu kajian. Ia merupakan struktur yang mencantumkan

bahagian-bahagian dalam sesuatu kajian untuk membentuk satu keseluruhan kerangka kajian

adalah satu unsur yang sangat penting dalam sebarang kajian. Misalnya, kerangka kajian

membekalkan landasan bagi sesuatu kajian dengan menjelaskan pendekatan yang digunakan

dalam kajian tersebut. Ia boleh dianggap sebagai tempat rujukan yang menyediakan konteks

bagi meneliti masalah atau soalan yang menjadi fokus sesuatu kajian. Kerangka kajian

mewarnai seluruh aspek kajian yang dijalankan. Ia merangkumi garis panduan tentang

perkara yang akan dan tidak akan dikaji dalam sesuatu kajian dan cara untuk mengkaji

perkara tersebut.

9.0 REFLEKSI PEMBACA

Secara dasarnya kajian ini banyak membantu golongan wanita di Pakistan dalam

pemilihan kerjaya, melalui nilai, budaya, agama, status pendidikan, faktor keluarga dan lain-

lain. Kajian ini juga perlu dibentangkan diperingkat antarabangsa bagi membuka mata

kerajaan dan juga rakyat Pakistan betapa pentingnya wanita dalam memberi sumbangan

dalam negara. Wanita Pakistan sering ditindas dari segi keselamatan kerana peningkatan kes

rogol dan gangguan seksual menyebabkan wanita Pakistan kurang bekerja dan memilih untuk

menjadi suri rumah sepenuh masa atau memilih pekerjaan separa Profesional.

Menurut Noor Rahamah Hj. Abu Bakar dan Jurnalnya yang bertajuk Pendidikan Dan

Pekerjaan Di Kalangan Wanita Di Malaysia Serta Keperluan Bimbingan Vokasional Dalam

Pemilihan Pekerjaan (2006). Kajian yang dilakukan oleh International Labour Office (1975)

11

Page 12: Analisis Jurnul

mendapati bahawa dalam kebanyakkan negara, anak perempuan berhenti daripada sekolah

dan universiti lebih awal daripada lelaki. Faktor yang mempengaruhi kadar pemberhentian

adalah di mana ibubapa membuat pilihan antara melabur dalam pendidikan anak perempuan

atau lelaki, dan keutamaan adalah kepada anak lelaki. Anak perempuan dewasa dikehendaki

berada di rumah menjaga adik-adik.

Walaupun ada kadar enrolmen anak perempuan berbanding dengan lelaki di peringkat

rendah dan menengah memuaskan, terdapat juga diskriminasi terhadap anak perempuan dari

segi kandungan ilmu yang diberikan dan pilihan yang ditawarkan. Pilihan sebenar

matapelajaran tertentu dikuasai oleh sikap tradisional. Bagaimana pun, keadaan sudah banyak

berubah di mana anak perempuan dan lelaki diberikan pendidikan yang sama. Pendidikan

campuran telah menjadi faktor utama dalam meningkatkan pendidikan bagi anak

perempuan bagaimanapun, dalam sistem pendidikan campuran masih terdapat aliran dan

pilihan tertentu.

Dalam kajian ini juga banyak kebaikan yang telah dipertengahkan oleh penulis selain

terdapat juga kelemahan - kelemahan yang perlu diperbaiki seperti yang telah

diperbincangkan oleh saya melalui penulisan tugasan ini dibahagian cadangan

penambahbaikkan.

10.0 KESIMPULAN

Kajian ini menunjukkan latar tentang penglibatan wanita dalam pemilihan pekerjaan

dan jenis kerja yang mereka sesuai diceburi, diikuti dengan peranan mereka dalam keluarga.

Berkaitan dengan itu, dipaparkan cabaran dan hambatan yang terpaksa dihadapi dalam

melaksanakan peranan di tempat kerja dan peranan dalam keluarga. Laporan Malaysia

Mencapai Matlamat Pembangunan Milenium, (2005). Di Malaysia menurut Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Beberapa cadangan telah dikemuka dalam

mengimbangi Peranan Wanita: Antara Ruang Peribadi dan Awam 51kan untuk meredakan

masalah yang terbit, sekali gus membolehkan mereka melaksanakan peranan dalam ruang

publik dan peribadi. Usaha tersebut perlu dilakukan bukan sahaja oleh pekerja wanita bahkan

juga oleh majikan, masyarakat seluruhnya dan pihak berkuasa. Jika tidak ditangani, masalah

ini boleh melahirkan pelbagai masalah sosial yang lain.

Di Malaysia, penglibatan wanita-wanita di dalam bidang pekerjaan, walaupun masih

rendah, telah meningkat daripada 44.7 peratus pada tahun 1995 kepada 47.3 peratus pada

tahun 2004. Semakin ramai wanita-wanita kini yang terlibat di dalam sektor pekerjaan,

12

Page 13: Analisis Jurnul

peningkatan yang amat ketara apabila sektor perindustrian berada di tahap yang tertinggi

pada tahun 1980 an. Namun di Pakistan wanita masih lagi berapa di tahap lama dalam

membuat pemilihan pekerjaan.

Sehubungan dengan itu pengembelingan usaha oleh ahli-ahli akademik perlu

memperbanyakkan kajian bagi membantu wanita Pakistan ini berada seiring dengan lelaki

supaya kadar tenaga kerja seimbang dari segi jantina lelaki dan perempuan. Di Malaysia

Kajian Mengenai Gender, Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (2005) berdasarkan analisis

abstrak, kajian tentang gender, wanita, keluarga dan masyarakat didapati semakin penting

untuk dibincangkan. Penelitian secara mendalam tentang pelbagai persoalan yang muncul

dapat membantu mengemukakan saranan dan cadangan dasar untuk menangani masalah-

masalah yang timbul. Kajian-kajian asas gunaan tentang gender menitik beratkan soal

kesaksamaan gender dalam pelbagai aspek khususnya dalam dunia pekerjaan dan politik

yang didominasi oleh kaum lelaki. Manakala kajian wanita, keluarga dan masyarakat menitik

beratkan aspek penyertaan wanita dalam pekerjaan dan pembangunan negara, pengurusan

rumah tangga dan anak-anak, ibu tunggal, dan pelbagai masalah yang timbul daripada

kepincangan rumah tangga dan penceraian. Selain itu, kajian tentang kanak-kanak dari segi

penjagaan dan pendidikan termasuk penderaan kanak-kanak, dan penjagaan warga tua turut

menjadi aspek penting yang ditekankan dalam kajian.

13

Page 14: Analisis Jurnul

RUJUKAN

Best, J.W. & Khan, J.V. 1986. Research in Education. London: Prentice hall.

Campbell, D.T. & Stanley. 1963. Experimental and Quasi-experimental Designs for

Research. Chicago: Rand Mcnally.

Cresswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating

Quantitative and Qualitative Research. Edisi. Ke-2. Upper Saddle River: Pearson Merill

Prentice Hall.

Fatimah Abdullah, Jawiah Dakir (2005) Mengimbangi Peranan Wanita: Antara Ruang

Peribadi Dan Awam, Isu-Isu Wanita Di Malaysia International Law Book Services

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005

Bab 3 Kajian Mengenai Gender, Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Mustapha, Mohd Sharif and Ahmad, Roslee (2005) Pendekatan Temubual Sebagai Metod

Kajian Kes Di Kalangan Pelajar Terhadap Bimbingan Dan Kaunseling. In: 3rd International

Qualitative Research Convention, 21 - 23rd, August 2005, Sofitel Palm Resort, Johor Bahru,

Johor.

Noor Rahamah Hj. Abu Bakar (2006) Pendidikan Dan Pekerjaan Di Kalangan Wanita Di

Malaysia Serta Keperluan Bimbingan Vokasional Dalam Pemilihan Pekerjaan, Universiti

Kebangsaan Malaysia

14

Page 15: Analisis Jurnul

Nik Azis Nik Pa (2003) Penggunaan Teori Dan Kerangka Teori Dalam Penyelidikan

Pendidikan Matematik, Universiti Malaya.

15