Analisis KBSR Dan KSSR

13
BMM 3117 1.0 Pendahuluan Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) mula dilaksanakan di Malaysia pada tahun 1982 sebagai peringkat percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia . Pada tahun 1983 KBSR dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah. Pelaksanaan KBSR dilaksanakan secara berterusan sehingga wujudnya Falsafah Pendidikan Negara yang secara rasminya dinyatakan pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa “ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara .” Pada tahun 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah . Pada tahun 2003 wujud pula KBSR (semakan) . Menghampiri dua puluh tahun KBSR dilaksanakan Kurikulum Kebangsaan dikaji semula untuk penambaikan sistem pendidikan di Negara kita dengan melaksanakan pula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula pada tahun 2011. 1

Transcript of Analisis KBSR Dan KSSR

Page 1: Analisis KBSR Dan KSSR

BMM 3117

1.0 Pendahuluan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) mula dilaksanakan di Malaysia

pada tahun 1982 sebagai peringkat percubaan di 305 buah sekolah seluruh

Malaysia . Pada tahun 1983 KBSR dilaksanakan sepenuhnya di semua

sekolah. Pelaksanaan KBSR dilaksanakan secara berterusan sehingga

wujudnya Falsafah Pendidikan Negara yang secara rasminya dinyatakan

pada tahun 1988.

Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa “ Pendidikan di Malaysia

adalah satu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan Negara .”

Pada tahun 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah . Pada tahun 2003 wujud pula KBSR

(semakan) . Menghampiri dua puluh tahun KBSR dilaksanakan Kurikulum

Kebangsaan dikaji semula untuk penambaikan sistem pendidikan di Negara

kita dengan melaksanakan pula Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) bermula pada tahun 2011.

Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang

termasuk kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua aspek iaitu

pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan

untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta untuk menanam dan

mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan

pengetahuan.

1

Page 2: Analisis KBSR Dan KSSR

BMM 3117

Hasrat Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan murid yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Melahirkan

warganegara yang betanggungjawab juga menjadi teras pembangunan dan

pendidikan kebangsaan. Menjadikan pelajar yang berilmu seterusnya

menjadi pekerja yang berilmu merupakan produk daripada teras pendidikan

Negara. Berdasarkan Teras Pembangunan Kurikulum Negara juga mampu

menghasilkan rakyat yang berdaya saing, berdaya tahan, kemahiran

komunikasi yang boleh dibanggakan dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Peningkatan dalam sistem pendidikan Negara merupakan satu cabaran

dalam abad ke-21 dan ke arah mencapai wawasan Negara iaitu Wawasan

2020. Oleh yang demikian dengan pelaksanaan KSSR di semua sekolah

seluruh Negara diharapkan dapat mencapai hasrat Negara dalam Wawasan

2020.

Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid

menguasai kemahiran bertutur, membaca , menulis dan mengira (3M) .

Selain itu , Bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa kedua dan melaluinya

murid-murid boleh bertutur , membaca , menulis dan memahami bahasa

tersebut . Murid-murid juga memperoleh ilmu pengetahuan dan sentiasa

berusaha menambahkannya . Korikulum Sekolah Rendah juga bertujuan

supaya murid-murid mengamalkan sikap dan perlakuan yang baik

berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas bagi amalan hidup . Di

samping itu ,murid-murid mempunyai daya kepimpinan , keyakinan diri dan

semangat patriotisme. Penguasaan dalam bidang-bidang tertentu, bakat,

kemahiran dan nilai-nilai kesihatan juga diterapkan dalam kurikulum

kebangsaan.

Pelaksanaan KSSR di Negara kita adalah berdasarkan kepada Teras kedua

PIPP dan di bawah dasar NKRA Negara. KSSR dilaksanakan berdasarkan

kepada pembangunan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan

kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

2

Page 3: Analisis KBSR Dan KSSR

BMM 3117

2.0 Analisis Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Pelaksanaan KBSR dan KSSR dalam Sistem Pendidikan Negara

mempunyai tujuan yang tertentu. Namun walau apa pun nama kurikulum

yang dibina tujuan utama adalah untuk melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan agar murid-murid boleh memahami apa

yang disampaikan oleh guru. Terdapat beberapa perbezaan dan

penambahbaikan dalam kurikulum Negara melalui transformasi KBSR

kepada KSSR . Analisis kurikulum ini dapat dilihat dari sudut konsep,

strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan

pembelajaran.

2.1 Konsep

KBSR digubal memberi penekanan utama kepada kemahiran asas 3M iaitu

membaca, menulis dan mengira. Aspek yang terkandung dalam kemahiran

asas tersebut ialah kemahiran pendengaran, pertuturan, pembacaan dan

penulisan bagi pelajaran Bahasa Melayu. Dalam mata pelajaran Matematik

kemahiran empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi

menjadi aspek utama dalam KBSR.

Dalam KBSR unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya

wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Unsur-unsur

berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan

kepada pendekatan bersepadu dan perkembangan individu secara

menyeluruh. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

diterapkan Nilai Merentas Kurikulum yang mana dalam penerapan nilai

perlu diterapkan bersesuaian dengan topik yang diajar. Kemahiran berfikir

juga menjadi asas penting untuk melahirkan murid yang dapat

mengembangkan pemikiran kreatif dan kritis. Reka bentuk KBSR

3

Page 4: Analisis KBSR Dan KSSR

BMM 3117

berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta

perkembangan individu secara menyeluruh.

KSSR pula digubal juga masih berteraskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KSSR

menekankan kepada kemahiran asas dengar tutur, membaca, menulis dan

menaakul. Konsep Elemen Merentas Kurikulum menjadi salah satu asas

dalam penggubalan KSSR.

Reka bentuk KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu komunikasi,

kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan

estetika, sains dan teknologi serta ketrampilan diri. KSSR memberi focus

kepada elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) secara eksplisit. KSSR bukan digubal

berorientasikan peperiksaan tetapi penilaian yang berterusan atau

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran berbentuk lebih

formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan

dan pencapaian murid.

Secara umum kedua-dua reka bentuk kurikulum ini digubal bertujuan untuk

melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek. Selaras dengan perkembangan dunia global transformasi kurikulum

ini digubal sebagai penambaikan dan meningkatkan pengetahuan dalam

bidang sains dan teknologi.

2.2. Strategi

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran KBSR menekan strategi

berpusatkan murid. Seseorang guru itu harus mewujudkan suasana

persekitaran yang memberansangkan pembelajaran. Keadaan ruang

pembelajaran mestilah selesa dan dilengkapi dengan sudut pembelajaran

yang mengandungi bahan interaktif. Selain itu terdapat ruang pameran hasil

4

Page 5: Analisis KBSR Dan KSSR

BMM 3117

kerja murid dan bahan rujukan untuk penggunaan murid. Guru juga perlu

menyediakan bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran. Dari

segi aspek emosi sosial pula guru perlu mengamalkan penggunaan bahasa

yang mesra, keupayaan guru memahami muridnya dan penggunaan teknik

yang pelbagai.

Penglibatan murid secara aktif semasa pengajaran dan pembelajaran dapat

membina sifat berdaya saing, berani dan yakin dengan keupayaan diri. Guru

juga mesti memberi peluang murid menilai kerja mereka . Murid perlu dilatih

untuk meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan. Murid juga

dilatih untuk menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir. Di

samping itu, guru perlu menyediakan suasana pembelajaran yang

menggalakkan murid membuat keputusan secara rasional seterusnya

mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.

Dalam sistem KSSR strategi pengajaran dan pembelajaran juga

mengamalkan cara berpusatkan murid. Dalam bilik darjah KSSR

pembahagian murid mengikut peringkat kecerdasan iaitu kumpulan lemah,

kumpulan sederhana dan kumpulan cergas. Murid yang cergas diberi

peluang untuk menunjukkan bakat dalam bidang yang mereka minati. Begitu

juga dengan murid lemah dan sederhana yang mempunyai kebolehan

masing-masing. Penggabungjalinan secara lisan dan bukan lisan dapat

diwujudkan semasa interaksi guru dan murid.

Kesimpulannya, melahirkan insan seimbang menjadi konsep utama KSSR.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah memberi peluang kepada murid-

murid untuk dinilai dari segi perkembangan fizikal dan estetika. Penguasaan

ilmu tentang kemasyarakatan dan alam sekitar, ketrampilan diri memupuk

sifat kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

KSSR mementingkan penguasaan pengetahuan sains dan teknologi,

penguasaan kemahiran dan sikap saintifik. Penghayatan amalan agama,

sikap dan nilai dapat meningkatkan sahsiah murid dalam melahirkan insan

yang seimbang. Penilaian dalam KSSR adalah berterusan dan berasaskan

5

Page 6: Analisis KBSR Dan KSSR

BMM 3117

sekolah. Melalui strategi ini penilaian murid adalah secara menyeluruh dan

tidak berfokuskan peperiksaan.

2.3. Pendekatan

Dalam sistem KBSR pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran dapat menilai murid-murid untuk menguasai pelbagai bidang.

Penggabungjalinan kemahiran contohnya antara bertutur dan membaca,

membaca dan menulis atau pun bertutur dan menulis dapat membantu

murid menguasai lebih daripada satu kemahiran. Dalam KBSR penggunaan

buku teks secara maksimum memerlukan murid-murid menggunakan

kemahiran berfikir. Aktiviti yang terdapat dalam buku teks mencabar minda

murid untuk mencari penyelesaian dalam sesuatu masalah yang dikemukan.

Pendekatan ini melatih murid berfikir secara kreatif dan kritis.

Penyerapan pelbagai mata pelajaran dalam mata pelajaran yang diajar

dapat mempelbagai aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai contohnya dalam pelajaran Bahasa Melayu ada penyerapan mata

pelajaran Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik . Dengan cara ini aktiviti

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Penerapan nilai-nilai

murni juga dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai-

nilai seperti kerjasama, kasih sayang, kerajinan, semangat patriotism dan

sebagainya dapat melahirkan murid yang lebih bertanggungjawab dan

berdisiplin semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan dalam KSSR adalah berteraskan kepada penggunaan modul

dan penggunaan bahan secara interaktif. KSSR menggunakan tiga modul

iaitu Modul Teras Asas, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Terdapat

beberapa pendekatan yang boleh digunakan seperti pendekatan

berpusatkan guru ataupun pendekatan berpusatkan murid.

Terdapat juga pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata

pelajaran seperti pendekatan penggabungjalinan . KSSR menggunakan

6

Page 7: Analisis KBSR Dan KSSR

BMM 3117

pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid seperti

pendekatan individu, pendekatan pasangan , pendekatan kumpulan,

pendekatan kelas , pendekatan kelas bercantum dan sebagainya.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah

pendekatan indutif, deduktif, pendekatan elektif , pendekatan isi mudah

kepada isi susah dan pendekatan dari isi maujud kepada isi abstrak.

Secara keseluruhannya, pendekatan-pendekatan yang digunakan

menghasilkan pengajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

Pendekatan dalam KBSR dan KSSR secara umumnya bertujuan untuk

mewujudkan suasana yang kondusif dan menggalakkan penglibatan murid

secara lebih aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2.4 Kaedah dan Teknik

Dalam pengajaran dan pembelajaran KBSR mempelbagaikan kaedah dan

teknik pengajaran. Antaranya termasuklah permainan simulasi, lakonan dan

permainan sebagai langkah dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah

dan teknik sebegini menjadi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik

kerana adanya kaedah dua hala antara guru dan murid. Selain itu terdapat

juga kaedah dan teknik yang lain seperti demonstrasi atau tunjuk cara.

Kaedah ini membolehkan pelajar mudah memahami apa yang disampaikan

oleh guru. Aktiviti di luar bilik darjah juga boleh dilaksanakan seperti lawatan

dan kerja projek . Kaedah ini dapat mengelakkan murid daripada tekanan

dan kebosanan duduk di dalam kelas. Ia juga dapat mengembangkan minda

murid dan meluaskan pandangan mereka.

Kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai juga boleh memberi

pengalaman baru kepada murid. Sebagai contohnya jika kita membuat

aktiviti pidato, perbahasan dan membaca berita murid-murid akan dapat

mengalami sendiri situasi tersebut. Teknik ini memberi peluang kepada

murid untuk menunjukkan dan mengembangkan bakat mereka. Cara ini juga

melatih murid menjadi berani dan berkeyakinan untuk tampil di khalayak

7

Page 8: Analisis KBSR Dan KSSR

BMM 3117

ramai. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid seperti

ini menjadikan murid lebih aktif dan berdaya saing sesame mereka.

Dalam kaedah dan teknik pengajaran KSSR pula, penglibatan murid secara

aktif dan menyeluruh dapat menjadi pengajaran dan pembelajaran lebih

menarik dan bermutu. KSSR yang tidak berorientasikan peperiksaan juga

dapat menilai kebolehan murid dalam semua bidang. Pembelajaran dalam

KSSR lebih kepada pembelajaran interaktif, praktikal dan projek.

Elemen nilai tambah dalam KSSR adalah seperti kreativiti dan inovasi.

Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat

dan minat mereka dalam sesuatu bidang. Elemen keusahawanan juga

diterapkan supaya murid dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan

seharian. Elemen teknologi maklumat dan komunikasi juga menjadi salah

satu kaedah dan teknik dalam pengajaran KSSR bertujuan untuk

menguasai pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi.

Guru-guru membuat penilaian dan pentaksiran berasaskan apa yang dilihat

dan yang dihasilkan oleh murid-murid. Penyediaan instrument yang menarik

dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menguji

tahap pemahaman murid. Semua evidens menjadi bukti tahap pencapaian

murid-murid.

2.4. Rumusan

Transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan penambaikan

dalam sistem pendidikan di Negara kita. Berlandaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan mengekalkan prinsip KBSR , penambahbaikan dilakukan

kepada reka bentuk, organisasi, kandungan, peruntukan masa, dan

pedagogi. Selian itu, Bahan KBSR berdasarkan Sukatan Pelajaran

manakala KSSR menggunakan Dokumen Standard Kurikulum. Pengurusan

kurikulum dalam KBSR menekankan kepada Elemen Kemehiran Berfikir

8

Page 9: Analisis KBSR Dan KSSR

BMM 3117

Secara Kritis dan Kreatif manakala dalam KSSR menumpukan elemen

Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi secara eksplisit.

Penilaian dalam KBSR adalah menggunakan ujian formatif dan sumatif yang

berorientasikan peperiksaan. Hasil pembelajaran yang dikenal pasti dinilai

dengan menggunakan kaedah pemerhatian, lisan dan penulisan. Penilaian

Kendalian Sekolah Rendah(PKSR) menjadi alat pengukur pencapaian

seseorang murid dan berakhir dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR). Dalam KSSR penilaian secara berterusan dan berasaskan sekolah

(PBS) dilakukan untuk menilai tahap pencapaian murid. Pada akhir

pembelajaran guru menilai murid berdasarkan kepada pemerhatian dan

pentaksiran.

9