Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

download Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

If you can't read please download the document

description

 

Transcript of Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

  • 1. Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.Jawapan :Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikanpembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalamperpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan keselamatan. Dari segi ekonomi,perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluangkepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiapgolongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpahalangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yangstabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarangpergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi Negara. Seterusnya,menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasaiekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum erakemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang kebanyakannyamenetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dansehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaumCina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegangekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orangMelayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita. Akhir sekali, denganadanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Inikerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara dalam perkembangan ekonomi Negara.Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangundengan pesat seperti ini. Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan yang sangatpenting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara dalamhubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk.Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalamNegara. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum danmasyarakat di Negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dariaspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita. Selain itu, denganadanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antarakaum dan seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman danharmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri.Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masingdan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti. Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapatmenerima kehadiran etnik kaum lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuansekiranya mereka dalam kesusahan. Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini keranamasyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa adaperbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan

2. perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbezadalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslahmempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budayamasyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antarakaum di Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkanuntuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untukmengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yangtelah berlaku di Negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakatNegara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalanganetnik di Negara kita adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkankaum berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dansanggup berkorban untuk Negara kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalamdiri setiap kumpulan etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankankeselamatan Negara. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapatmengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada luar dan dalam Negara. Negara kita haruslahdipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahandarah bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 danmengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia.ISL KE -3TARIKH: 17 JANUARI 2011ISL 3: HASILKAN CARTA GARIS MASA TENTANG PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DIALAM MELAYUPengenalan Pluralisme: ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalammasyarakat Pluraliti: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi masyarakat Melaka Pluralistik: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancangdipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan era penjajah BritishGaris Masa 3. Zaman Sebelum Singapura(Sebelum 1399 / 1400M Sang Nila Utama ke Temasik lalu membuka SingapuraZaman Singapura dan Pasai/Samudera(Sebelum 1399/1400M) Sang Nila Utama (bergelar Sri Tri Buana), Raja Singapura yang pertama Manusia berpindah untuk memenuhi keperluan hidup dan pelbagai tujuan lain Masyarakat yang menetap di Kepulauan Melayu berpindah dari satu pulau ke satu pulau lain atau ketanah besar untuk mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dsb seterusnya menjalin hubunganetnik yang baik dengan komuniti pedagang dan bukan pedagangZaman Melaka(1399/1400M 1511M) Melaka muncul sebagai empayar yang kuat dan telah mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkanoleh Srivijaya dan Majapahit Mempunyai sebuah pelabuhan entrepot yang maju dan memainkan peranan penting sebagaipusat penyebaran agama Islam yang pentingZaman Melaka(1399/1400M 1511M) Negeri Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama Islam yangtermasyhur di rantau Alam Melayu Institusi istana telah dijadikan pusat pengajian dan penyebaran Islam Penyebaran agama Islam telah dijalankan secara giat melalui perdagangan dan peluasan wilayah Para pendakwah dihantar ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan Islam Hubungan etnik telah diwujudkan dengan masyarakat China, India, Arab dan Eropah melalui aktivitiperdaganganZaman Melaka(1399/1400M 1511M) Perhubungan rapat antara masyarakat asing dan penduduk tempatan sehingga mewujudkan prosesasimilasi antara kehidupan kedua-dua masyarakat 4. Proses asimilasi (perdagangan dan perkahwinan) serta penyerapan budaya masyarakat tempatansangat penting untuk membentuk satu kelompok baharu yang mempunyai kebudayaan dan identiti yangsama.Zaman Johor(1511M 1612M) Peranan kerajaan Johor dimulakan selepas kejatuhan Melaka Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Johor adalah kesinambungan daripada pemerintahan kerajaanMelakaKesan Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu Bahasa, kesusasteraan dan kesenian Pendidikan BudayaREFLEKSI :Melalui latihan minggu yang ke-3 ini, saya dapat mengetahui mengenai garis masa masyarakat pluralistikdi Negara kita iaitu Malaysia. Daripada latihan ini juga saya dapat mengetahui dengan lebih mendalamlagi mengenai sejarah masyarakat di Negara ini dengan lebih mendalam lagi.Selain itu, latihan ini juga dapat meningkatkan lagi kefahaman saya tentang masyarakat pluralistikdan masyarakat pluraliti kerana kedua-dua perkataan ini memberi makna dan juga maksud yangberbeza. Dengan ini, saya dapat memahami setiap maksud daripada istilah-istilah yang digunakan ini.ISL KE- 4TARIKH: 24 JANUARI 2011ISL 4: ANALISIS FAKTOR FAKTOR SEJARAH YANG TELAH MENYULITKAN PROSES PENCAPAIANPERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970.Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secarasengajadalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur danikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untukmembentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayahtempattinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang 5. berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demimencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALPerpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isuperpaduanadalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyiMewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan bolehdikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dankeadilanCabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi Mewujudkan masyarakat liberaldan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaandankepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepadanegara. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk Mewujudkan masyarakat berbudidan berbudaya penyayang iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada dirisendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASITerdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia.Di antaranya ialah;- Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan.Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza.Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yangterbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagaikaum.- Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkankumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengajamenentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjaditerbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.- Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak menyebut bahawa tiadasatu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anakmereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan jugatidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantaryang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainandan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadiandan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikansatu negara. 6. - Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu danmendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbangdan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras sertamengakibatkan perpaduan negara terancam.- Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomiberdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan danmenimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dankepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum jugamemainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehinggamemburukkan lagi masalah perpaduan.- Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antaraorang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina,sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis.Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antaramasyarakat Melayu dan Cina.ISL KE-5TARIKH: 7 FEBRUARI 2011ISL 5:1. ANALISIS PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA2. HURAIKAN HUBUNG KAIT PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.KONSEP MODENISASI Proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Perubahan dapat berlangsung scara berencana atau secara tidak berencana. Perubahan berencana ialah suatu proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuranpencapaian sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan.MODENISASI EROPAH Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal memang bermula di Eropah Barat akibat daripada duarevolusi besar, iaitu:a) Revolusi Perancis (mengubah sistem politik feudal Eropah Barat)b) Revolusi Perindustrian (mengubah sistem ekonomi Eropah Barat) 7. Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut:a) Sudut falsafah pemahaman tentang kemajuan atau evolusi.Sudut praktikal kemajuan sains dan teknologiSUDUT FALSAFAHTEORI EVOLUSI Terdapat semacam ketentuan atau arah yang bersifat sehala dalam perkembangan kebudayaanmanusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu. Masyarakat dikenali diberi tempat dalam suatu skala tahap perkembangan, tidak bertamadunsehingga kepada yang moden.SUDUT PRAKTIKAL Kemajuan sains dan teknologi yang mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alamsekitar. Masyarakat di Eropah Barat mencari cara untuk menguasai alam sekitar dan berusaha mengumpulkekayaan. Penggantian teknik produksi daripada cara-cara tradisional yang menggunakan tenaga haiwan kepadacara-cara moden yang menggunakan jentera.Pemodenan Proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan danpenilaian.Pembaratan Proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secaraberencana. Negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara. Aspek ekonomi dan aspek politik ditirui oleh negara-negara yang menjalankan proses kemerdekaan. Dalam aspek politik, model negara bangsa dan demokrasi politik dipilih. Dalam aspek ekonomi, sistem ekonomi yang berasakan kapitalisme, industri dan teknologi dipilih.MODENISASI DI MALAYSIA Malaysia mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di Eropah Barat. 8. Bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakatperindustrian, Malaysia telah menumpukan kepada peningkatan prasarana ekonomi, pembangunanpertanian dan industri gantian-import. Pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industrigantian-import kepada industri berorientasikan eksport. Selain itu, pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi diberi perhatian oleh Malaysia. Malaysia berusaha membinan satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur supaya politikdijaga.Perkembangan modenisasi dari segi pembangunan ekonomi di luar negara dan Malaysia.PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIAMatlamatMewujudkan masyarakat perindustrian.Proses modenisasi diasaskan sejak pemerintahan kolonial Bristish.Peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada:1. Peningkatan infrastruktur ekonomi.2. Pembangunan pertanian & industrigantian- import.Akhir 1960-1970Pembangunan teknologi1980-1990Menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.Pembangunan ekonomi- Urbanisasi- Teknologi- Pertanian- IndustrialisasiEKONOMI MALAYSIA 9. Dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial. Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing dibawa masuk oleh Bristish. Perkembangan ekonomi dunia memerlukan bahan mentah. Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah dan menyebabkan pembukaan lombongbijih timah dan ladang getah. Buruh dibawa masuk. Kemajuan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan eletrikHubungan Etnik dalam KonteksModenisasi Malaysia. Pembangunan ekonomi sangat penting dalam konteks modenisasi Malaysia. Pembangunan menjadi landasan pembinaan negara bangsa.ISL KE-6TARIKH: 14 FEBRUARI 2011ISL 6: SINTESIS PROSES PEMBENTUKAN PEMBANGUNAN EKONOMI MENGIKUT ACUAN MALAYSIA- Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri ciri uniknya dengan pengalamannya dijajah kolonialInggeris. Contohnya pembangunan ekonomi dalam sektor getah dan kelapa sawit.- Pembinaan rangkaian infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas.- Tenga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut hubungan etnik.- Terdapat dua cirri utama iaitu:-a) Aspek ekonomib) Ciri etnik- Mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, ladahitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil, dangetah.- Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastrukturekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.- Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi danperalihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport. 10. -Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskanK- ekonomi.- Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapatdiukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8% - 9% terutamapada tahun 1980an dan 1990an.-Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapijuga dengan peningkatan indeks kualiti hidup.- Kualiti rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasiyang rendah.Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan entisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat.- Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum.- Oleh itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar dasar pembangunanseperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dan lain lain.- Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkandan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.Dasar dasar awam : Pertanian , Perindustrian dan K- ekonomi- 1990an adalah perhatian kepada sektor perindustriana) Dasar perindustrian beratb) Dasar penswastaan-Meskipun pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian 1960an dan 1970an tetapitumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan.- Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian beberapa badan yang bertanggungjawab untukmemajukan sector pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar Bandar telah diwujudkan sepertiaFELDA, FELCRA dan MARA.- 1980an dan 1990an, sector perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubalseperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan.- Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun untukmeningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan pembangunan ekonomi yang berteraskanteknologi ICT dan K-ekonomi. 11. ISL KE 10TAJUK: Hasilkan proses pembentukan perlembagaanTARIKH : 4 APRIL 2011LAPORAN :1 April 1946 ( pembentukan Malayan Union) British Military Administration (BMA) telah dibubarkan pada bulan Mac 1945. Diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946. Terbentuk hasil dari Perjanjian Mac Michael pada tahun 1945.Perjanjian ini memberi peruntukan kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam perintah-dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23 Mac 1946. Semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu 1946.Bagaimanapun, perlembagaan dan perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat dari raja-rajaMelayu dan Rakyat Tanah Melayu.1 Febuari 1948 ( Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ) Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.Hasil dari perjanjian ini satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuat kuasa pada 1 Februari1948 = Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948.Mengikut perjanjian ini, Kerajaan Pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British,sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.Majlis Perundangan (Legislative Council) mempunyai anggotarasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih.Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) - 1949Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (1949) terdiri daripada pelbagai hubungan etnik telahberusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi. Ia wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.CLC ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti kewarganegaraan dankedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan. 12. Melalui CLC ini pemimpin dari pelbagai golongan etnikberbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujudtokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato Onn Jaafar, Dato Abdul Wahab Abdul Aziz,Tan Cheng Lok, C.C. Tan, Dr. J. S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham. Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan olehMajlis Perundangan Persekutuan.Perlembagaan Kemerdekaan 1957Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United kingdom, Borneo Utara,Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia Borneo Utara, Sarawak danSingapura akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, danpersekutuan ini dinamakan Malaysia.Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara 1(1)dan Perkara (2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963.Pada masa yang sama juga Queen Great Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo Utara,Sarawak dan Singapura.Maka dengan ini wujudlah Persekutuan Malaysia yang merdeka dan berdaulat dengan mempunyaiperlembagaannya sendiri.Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalanPerlembagaan Persekutuan Malaysia.Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963.Bagi sabah dan Sarawak draf Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dilampirkan dalam JadulaPerjanjian Malaysia dan perlembagaan itu kemudiannya telah diisytiharkan sebagai perlembagaanNegeri Sabah dan Sarawak.ISL KE- 11Tajuk : Menilai kepentingan unsur-unsur tradisi dalam konteks hubungan etnik hari ini.Tarikh : 11 April 2011Laporan : 13. Pada masa kini, unsur-unsur tradisi yang dikekalkan itu amatlah memainkan peranan yang sangatpenting bagi memastikan kesejahteraan bangsa terutamanya bagi kaum Melayu. Pada masa kini,pelbagai masalah perpaduan yang telah berlaku dan banyak menggoncangkan perpaduan antarapelbagai kaum di Negara kita. Seperti yang kita ketahui, peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah merupakansalah satu peristiwa yang telah menggoncangkan perpaduan yang telah dibina semenjak zamanpenjajahan lagi. Namun, apa yang telah berlaku membuktikan kepada kita bahawa tempoh masa itubukanlah sesuatu jaminan kepada rakyat Negara kita bahawa tidak akan berlaku lagi rusuhan kaumseperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.Daripada ketiga-tiga unsur yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu agama, bahasa dan juga hakistimewa, saya berpendapat bahawa bahasa adalah merupakan satu eleman yang sangat penting untukmemastikan hubungan antara kaum di negara kita ini semakin erat dan kukuh. Ini kerana daripadabahasa Melayu itu semua kaum di Negara ini boleh bergabung dan menggunakan satu bahasa yangsama. Ini dapat meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita. Seterusnya, apabilakanak-kanak yang berbangsa Cina dan India diberi didikan yang sama sewaktu di sekolah rendah iaitumenggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sewaktu di sekolah, ini akan dapatmeningkatkan kefahaman dalam kalangan murid itu sendiri. Apabila murid-murid ini sudah dewasa, mereka akan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasapengantar utama dan juga seperti yang kita ketahui bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Negaraini dan kaum-kaum lain akan menguasai bahasa Melayu demi memperlihatkan kesetiaan kepada Negarakita Malaysia. Dengan ini, setiap kaum akan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayudan semestinya dalam tidak kita sedari, perpaduan akan semakin meningkat.