Analisis korpus

13
1.0 PENDAHULUAN 2.0 KEPENTINGAN KAJIAN 2.1 Pengguna bahasa dapat mengetahui pola penggunaan korpus ‘bukan’ dan ‘tidak’ dalam penulisan pengarang akhbar 2.2 pengguna bahasa dapat melihat kekerapan penggunaan hukum tatabahasa korpus ‘bukan’ dan ‘tidak’ 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Menganalisis korpus ‘bukan’ dan ‘tidak’ bagi melihat penggunaan korpus ini dalam penulisan pengarang akhbar 3.2 Menganalisis korpus ‘bukan’ dan ‘tidak’ berdasarkan hukum tatabahasa mengikut Tatabahasa Dewan. 3.3 Menyenaraikan korpus ‘bukan’ dan ‘tidak’ yang mematuhi hukum tatabahasa dan yang tidak mematuhi hukum tatabahasa. 4.0 ULASAN KARYA 1

description

perbezan antara bukan dan tidak

Transcript of Analisis korpus

Page 1: Analisis korpus

1.0 PENDAHULUAN

2.0 KEPENTINGAN KAJIAN

2.1 Pengguna bahasa dapat mengetahui pola penggunaan korpus ‘bukan’ dan

‘tidak’ dalam penulisan pengarang akhbar

2.2 pengguna bahasa dapat melihat kekerapan penggunaan hukum tatabahasa

korpus ‘bukan’ dan ‘tidak’

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Menganalisis korpus ‘bukan’ dan ‘tidak’ bagi melihat penggunaan korpus ini

dalam penulisan pengarang akhbar

3.2 Menganalisis korpus ‘bukan’ dan ‘tidak’ berdasarkan hukum tatabahasa

mengikut Tatabahasa Dewan.

3.3 Menyenaraikan korpus ‘bukan’ dan ‘tidak’ yang mematuhi hukum tatabahasa

dan yang tidak mematuhi hukum tatabahasa.

4.0 ULASAN KARYA

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, sebanyak 1000 data daripada kata tidak dan bukan telah

diambil daripada data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dan sebanyak 500 kata tidak

1

Page 2: Analisis korpus

dan 500 kata bukan akan dianalisis. Data-data yang diambil ini akan dinilai berdasarkan

rumus kata nafi yang terdapat dalam buku Tatabahasa Dewan dan akan melihat pola

atau bentuk penulisan pengarang sama ada menjurus kepada rumus yang telah

ditetapkan atau bercanggah daripada itu.

6.0 KATA NAFI

6.1 KATA NAFI BERDASARKAN TATABAHASA DEWAN (NIK SAFIAH KARIM et.al)

Kata nafi yang hadir sebelum frasa, ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa

predikat , iaitu frasa nama, frasa kerja , frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk

kata nafi iaitu BUKAN dan TIDAK.

6.1.1 KATA NAFI BUKAN

6.1.1.1 Kata nafi BUKAN menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.

Contohnya :

i. Makanan itu bukan untuk Ratna.

ii. Projek itu bukan usaha saya.

iii. Kereta api itu bukan dari Ipoh.

6.1.1.2 Kata nafi BUKAN boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika

kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

Contohnya :

i. Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja.

2

Page 3: Analisis korpus

ii. Pak Ali bukan kaya sangat , tetapi pemurah orangnya.

iii. Ucapannya bukan menghina kita, tetapi sekadar mengingatkan kita sahaja.

iv. Murid itu bukan bijak, tetapi sebaliknya.

6.1.2 KATA NAFI TIDAK

6.1.2.1 Kata nafi TIDAK ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya:

i. Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini

ii. Saya tidak akan datang lagi

iii. Kenyataan itu tidak benar

iv. Bandar itu tidak besar

7.0 ANALISIS KORPUS : KATA NAFI BUKAN

7.1 Contoh kata nafi bukan yang terdapat dalam korpus Dewan Bahasa dan Pustaka yang

berdasarkan hukum kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi

nama.

Contoh 1.

a) ...diterima oleh umat Islam tetapi juga dari orang-orang bukan Islam.

| Suruhanjaya khas perdagangan Bahrain Malaysia ditubuh

b) ...yang akan menampung masyarakat tersebut berada di lautan, bukan di angkasa lepas.

| Bandar raya di lautan

3

Page 4: Analisis korpus

c) ... yang kini mengendalikan Bruno Manser Fonds, sebuah badan bukan kerajaan di Basel, Switzerland,

telah berkata tahun lepas ...

| Bruno masuki Sarawak guna payung terjun berenjin

d) Pengerusi/Pengarah bebas bukan Eksekutif.

| LAPORAN TAHUNAN 1998-UDA HOLDING SDN BHD

e) Pengarah bebas bukan Eksekutif.

| LAPORAN TAHUNAN 1998-UDA HOLDING SDN BHD

f) ...tanah-tanah persendirian untuk bumiputera dan kawasan sekitarnya milik bukan bumiputera.

| LAPORAN TAHUNAN 1998-UDA HOLDING SDN BHD

g) ... akibat pelbagai pembaziran atau pemborosan yang sedang mengikis bukan sahaja dana negara, tetapi

kredibiliti dan masa depan ...

| Kegilaan menyambut kemerdekaan

h) ... periuk nasi taukeh-taukeh kedai muzik yang kebanyakannya berbangsa bukan Melayu.

| Komen tentang Harakahdaily

i) Ini kerana, perang bukan jalan penyelesaian.

| KENYATAAN AKHBAR KETUA PENERANGAN PAS PERANG AMERIKA

j) ... cuba memencilkan PAS dari dunia antarabangsa dan orang bukan Islam.

| PAS minta wanita diberi pilihan untuk tidak bekerja waktu malam

7.1.2 Contoh kata nafi bukan yang terdapat dalam korpus Dewan Bahasa dan Pustaka

4

Page 5: Analisis korpus

yang berdasarkan hukum kata nafi BUKAN boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan

frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan

maklumat.

Contoh 2.

a) Di Malaysia kata Perdana Menteri, sistem itu bukan sahaja diterima oleh umat Islam tetapi juga dari ...

| Suruhanjaya khas perdagangan Bahrain Malaysia ditubuh

b) Sungguhpun rancangan ini pada awalnya bukan berniat untuk membina kapal yang sedemikian besar,

tetapi…

| Bandar raya di lautan

c) Tujuan GBKSS ini bukan sahaja untuk meneruskan kempen perubahan sikap dan iltizam ...

| CITRA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

d) Usaha ini bukan sahaja akan dapat mengukur kekuatan kesusasteraan Melayu berbanding ...

| CITRA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

e) Sejak tahun 1962, DBP bukan sahaja berusaha memperbanyak penerbitan buku dari peringkat rendah ...

| CITRA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

f) ... satu siri Wacana Minda telah diilhamkan yang bertujuan bukan sahaja untuk memperkaya khazanah

ilmu atau budaya bangsa ...

| CITRA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

g) ... masih segar, Raja Petra menganggap bukunya kali ini bukan bermaksud untuk menghasut rakyat

sebaliknya hanyalah untuk kepuasan ...

| ISA undang-undang aneh - bekas tahanan

5

Page 6: Analisis korpus

h) ... seharusnya memuhasabah diri dan menilai sebab-sebab rakyat menolaknya, bukan bertindak menghukum

mereka dengan tahanan di bawah Akta ...

| Rakyat ada alasan tentang BN

i) Keadaan adalah lebih mendesak jika seseorang pemimpin negara bukan sahaja tidak melaksanakan

tanggungjawab, malah bertindak menzalimi rakyat ...

| Pemimpin zalim wajib bertaubat

j) Bukan sekadar dibuat menjelang hari raya atau pilihanraya.

| Kegilaan menyambut kemerdekaan

k) "Apa yang kita minta adalah memberi mereka pilihan bukan memaksa mereka," kata Dr Mariah.

| PAS minta wanita diberi pilihan untuk tidak bekerja waktu malam

1.1.2.3 Contoh kata nafi bukan yang terdapat dalam korpus Dewan Bahasa dan

Pustaka yang tidak berdasarkan hukum kata nafi BUKAN yang terdapat dalam

buku Tatabahasa Dewan.

Contoh 3.

a) ... terbukti kerana tidak ada mogok dan tuntutan yang bukan-bukan dibuat oleh kesatuan sekerja.

| PM: Kesatuan perlu ubah pendekatan

b) ... kerana tidak ada mogok dan tuntutan yang bukan-bukan dibuat oleh kesatuan sekerja.

| PM: Kesatuan perlu ubah pendekatan

6

Page 7: Analisis korpus

7.2 Contoh kata nafi tidak yang terdapat dalam korpus Dewan Bahasa dan Pustaka

berdasarkan hukum kata nafi tidak menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh 4.

3) ... bekas Komandan Pasukan Pengaman bekas Presiden Suharto itu tidak setia kepadanya.

| Gus Dur arah TNI isytihar darurat

4) ... Dur telah menyiapkan surat pemecatan Endriartono namun ia tidak dapat dilaksanakan

apabila tindakan berkenaan mendapat tentangan daripada ... | Gus Dur arah TNI isytihar darurat

5) ``Megawati tidak bersetuju dengan cadangan Gus Dur itu

kerana ia ... | Gus Dur arah TNI isytihar darurat

6) ``Tetapi sehingga pukul 7 malam tadi, kami tidak menerima sebarang

maklumat rasmi berhubung perkara itu,'' katanya. | Gus Dur arah TNI isytihar darurat

7) Katanya, Malaysia tidak akan membuat komitmen kewangan

jika tidak dibenarkan membuat ... | Minat Malaysia beli syarikat Fokker hampir pudar

8) Katanya, Malaysia tidak akan membuat komitmen kewangan jika tidak dibenarkan

membuat penelitian dan penyiasatan dari segi kewangan ... | Minat Malaysia beli syarikat

Fokker hampir pudar

10) ``Bagaimanapun kita tidak harus ada terlalu banyak sekatan

sehingga boleh menjejaskan ... | Suruhanjaya khas perdagangan Bahrain Malaysia

ditubuh

11) Bagaimanapun tidak keseluruhan kapal ini akan dibina di

luar pantai. | Bandar raya di lautan

12) ''Bahkan jika mengikuti kapal pelayaran sekalipun, anda tidak akan mendapat

percutian selama itu dan ke beberapa ... | Bandar raya di lautan

7

Page 8: Analisis korpus

13) Bercakap pada sesi dialog tidak rasmi Mesyuarat Menteri-Menteri

Luar, Mesyuarat Asia Eropah (ASEM) ... | Malaysia pertahan pendirian sokong serangan

14) ... menyokong serangan tersebut bagi mengelak lebih banyak nyawa tidak berdosa

penduduk Albania Kosovo menjadi mangsa pembunuhan tentera ...

7.2.1 Contoh kata nafi tidak yang terdapat dalam korpus Dewan Bahasa dan Pustaka yang

tidak mengikut mana-mana unsur seperti frasa kerja mahupun frasa adjektif.

Contoh:

337) Di Kelantan, walaupun calon kaum India tidak ada tetapi kerajaan PAS

Kelantan masih memberi perhatian ...

361) Setiap penyelewengan akan dibongkar tidak kira daripada parti

pemerintah ataupun lawan.

365) Sensitiviti masyarakat bukan tidak ada tetapi telah ditutup dengan

rapat oleh pengarang, ...

398) Betapa tidak kalau Kak Banu sendiri yang menguasai

Danaudamai itu ...

8.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, didapati bahawa penggunaan kata nafi

bukan yang menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama lebih banyak

digunakan . Daripada 500 korpus kata nafi bukan yang dianalisis terdapat sebanyak 8

Page 9: Analisis korpus

319 unsur kata nafi bukan yang menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.

Manakala sebanyak 181 kata nafi bukan yang mempunyai unsur frasa kerja dan frasa

adjektif

Bagi kata nafi tidak pula, sebanyak 500 korpus telah diambil untuk menjalankan analisis

ini dan didapati sebanyak 179 korpus yang menggunakan frasa kerja sebagai unsur

bagi kata naif tidak, 269 korpus menggunakan frasa adjektif sebagai unsur dan

sebanyak 52 korpus didapati tidak mengikut rumus yang telah ditetapkan bagi

penggunaan kata nafi tidak, iaitu menggunakan kata nama sebagai unsur.

Pola penulisan pengarang akhbar yang ditemui dalam analisis korpus Dewan Bahasa

dan Pustaka lebih banyak menggunakan kata nafi bukan yang menjadi unsur nafi frasa

nama dan frasa sendi nama. Justeru, ini menunjukkan penulis lebih menerima dan

menggemari penggunaan kata nafi bukan yang menjadi unsur frasa nama dan frasa

sendi nama dalam penulisan mereka. Berbanding dengan kata nafi tidak, dapat dilihat

pengarang akhbar kebanyakannya menulis berdasarkan rumus yang betul

sebagaimana yang telah termaktub dalam Tatabahasa Dewan, walau bagaimanapun,

masih ada pengarang yang menulis mengikut kesesuaian ayat dan kesedapan bunyi

apabila dibaca. Masalah ini berlaku mungkin sama ada mereka tidak tahu hukum atau

rumus tatabahasa yang betul atau sengaja melanggarnya. Persoalannya sekarang ialah

pengarang akhbar, majalah atau apa jua bentuk penulisan perlulah berdasarkan aturan

yang betul dan tepat.

Memandangkan bahawa media cetak seperti akhbar dan majalah mendapat tempat

dalam kalangan pembaca di negara ini yang ingin mengetahui isu tertentu,

9

Page 10: Analisis korpus

sewajarnyalah media berkenaan menjadi saluran penting untuk mendidik pembaca

menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Menerusi pembacaan bukan sahaja dapat

mengetahui isi-isi berbentuk pengetahuan tertentu tetapi semua akhbar dan majalah

boleh memantapkan kemahiran penggunaan bahasa Melayu. Dalam hubungan ini,

semua tenaga produksi penerbitan berkenaan mempunyai pengetahuan dan cekap

menggunakan tatabahasa dalam penulisan masing-masing.

RUJUKAN

10