Analisis model assure

8
PENGENALAN Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai.Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai.Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE. Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direkabentuk oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancanganpengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila gurumenjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokuskepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepadasetiap pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikanpenggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalamproses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah.Malah penyerapan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid untuk lebih menguasai matapelajaran tersebut. Bagi memahamibagaimana penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajarandan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajardan Model ASSURE. Model ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu:- A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ), S = State objective ( Nyatakan Objektif ), S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ), U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ), R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) dan E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula).

Transcript of Analisis model assure

Page 1: Analisis model assure

PENGENALAN

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya

sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai.Model pengajaran yang sesuai

digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada

pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan

pengajaran guru dapat dicapai.Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk

menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang

ingin disampaikan jelas dan tepat.

Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan

dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap

dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak

dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model

reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.

Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direkabentuk oleh

R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancanganpengajaran dan

pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila gurumenjadikan model ini

sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokuskepada perancangan

pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepadasetiap pelajar. Model

rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikanpenggunaan alat dan bahan

bantuan mengajar memberi kesan optimum dalamproses mencapai objektif yang

ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah.Malah penyerapan penggunaan

teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid untuk lebih

menguasai matapelajaran tersebut. Bagi memahamibagaimana penggunaan

teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajarandan pembelajaran kita perlu

juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajardan Model ASSURE.

Model ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama

iaitu:- A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ), S = State objective ( Nyatakan

Objektif ), S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ), U =

Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ), R = Require Learner

Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) dan E = Evaluate and Revise ( Menilai

Dan Semak Semula).

Page 2: Analisis model assure

Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkahberturutan

di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yangberkait antara satu

sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yangmantap bagi satu

sesi pengajaran.

MODEL REKA BENTUK ASSURE

Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukansetiap

langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkanpenggunaan

teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagimatapelajaran Dunia

Sains dan Teknologi. Rancangan pengajaran ini adalah untukrancangan pengajaran

harian selama 60 minit untuk kelas 3 Gemilang yang memiliki seramai 38 orang

murid.

1) Analisis Pelajar (Analyze Learners)

Analisis merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompetensi khusus

peringkat masuk dan stail pembelajaran.Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap,

tingkatan dan latar sosioekonomi.Berdasarkan rancangan pengajaran ciri-ciri umum

yang boleh diperolehi ialah melibatkan murid-murid tahun satu yang berumur tujuh

tahun.Manakala kompetensi khusus peringkat masuk merupakan pengetahuan

sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.Stail pula merupakan trait

psikologi seperti persepsi.Di sini adalah seperti tahap kecerdasan yang pelbagai

iaitu lemah, sederhana dan pandai.

Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran

berlaku.Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran

dapatdilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis terhadap murid

kitadengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :-

a) Ciri-ciri umum pelajar- Tajuk pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi

Tahun 3 Gemilang adalah haiwan ( memahami ciri haiwan )yang diambil dari

Dokumen Standard Kurikulum tahun 3. Murid berumur 9 tahun.Murid-murid ini

mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana.Mereka sudah menguasai kemahiran

membaca, menulis dan mengira dengan baik.Kebanyakan mereka adalah anak

kepada penduduk pinggir bandar yang rata-rata bekerja samada di sektor swasta

mahupun kerajaan.Mereka ini sudah terdedah kepada penggunaan ICT dalam bilik

Page 3: Analisis model assure

darjah. Walaupun begitu merekamemerlukan perhatian dan aktiviti yang menarik

dan mencabar dalamproses pengajaran dan pembelajaran.

b) Kompetensi khusus peringkat masuk - Guru juga perlu melihat

pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar,selain daripada melihat ciri-ciri umum

murid. Pengetahuan lepas ataupunpengetahuan sedia ada yang terdapat pada

murid merujuk kepada araskebolehanmurid sebelum bermulanya pengajaran.

Kebolehan intelekpelajar, apa yang pernah dipelajari oleh murid, aras motivasi dan

penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada

supayapengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh murid.Di sini murid-

murid sememangnya telah sinonim dengan haiwan di persekitaran mereka,

tetapimereka tidak tahu tentang ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Mereka boleh

menyebut pelbagai jenis haiwan tetapi tidak tahutentang ciri-ciri tertentu yang

terdapat pada haiwan.

c) Stail / Gaya Pembelajaran - Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis

pelajar ialah gayapembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang

berbeza.Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang

cenderungkepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik

ataupunpergerakan murid , maka dengan inilah guru akan menentukan kaedah

pengajaran,media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat

muridsupaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Saya

mendapatimurid-murid 3 Gemilang lebih cenderung kepada penggunaan ICT,

benda-bendamaujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.

2) Nyatakan Objektif Pembelajaran( State Objective )

Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru

kearahpencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya

realistic dan sejajar denganaras kebolehan serta minat murid. Malah ianya

perludirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut

Dokumen Standard Prestasi dan Dokumen Standard Kurikulum. Malah panduan

objektif yang diambilkira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan

pelajar (Audience),peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions)

dan tingkatprestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif

tercapai. Perkara yang penting ialah guru perlu tahu bagaimana hendak

mempraktikkannya dan bagaimanaobjektif pengajaran boleh membantu guru untuk

Page 4: Analisis model assure

melaksanakan pengajaran yangberkesan sebagai contoh :-Pada akhir

pembelajaran, murid-murid dapat : 1). Mengenalpasti ciri-ciri yang terdapat pada

haiwan. Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama dan Langkah Kedua

Pengajaran di mana penglibatan semua murid untuk menyatakan ciri-ciri yang

terdapat pada haiwan.Malah aktiviti soal jawab juga dapat dilaksanakan dengan baik

apabila mendapat respon yang menggalakkan daripada penglibatan murid. 2).

Mengelaskan haiwan berdasarkan ciri pengelasan yang dipilih. Peringkat ini dapat

dilihat pada langkah keempat, murid berbincang dan bekerjasama menggunting dan

menampal gambar haiwan mengikut ciri pengelasan yang dipilih dengan baik .Di

peringkat ini juga, murid cuba membina ayat sendiri bagi menjelaskan tentang ciri-

ciri pengelasan haiwan yang dipilih secara lisan.

3) Memilih Kaedah Pengajaran (Select Methods, media and materials)

Perkara yang ketiga ialah select method, materials and media atau pilih

kaedah, media dan bahan. Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan

tingkat kebolehan pelajar dan objektif pengajaran.Oleh kerana kelas tersebut terdiri

dari murid pelbagai kebolehan, maka kaedah yang dipilih ialah penyoalan,

perbincangan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas.Media yang dipilih pula

ialah kad gambar dan persembahan power point.Manakala bahan yang dirancang

ialah lembaran kerja.Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras

dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif

pembelajaran.Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada pelajar

aktif.Misalnya kaedah perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam makmal, kajian

lapangan, pembelajaran kendiri dan sebagainya.

Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang

digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-

beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan

dengan sesi soal jawab, latih tubi dan latihan. Guru memberi penerangan dan tunjuk

cara bagaimana membuat pengelasan haiwan mengikut ciri-ciri pengelasan yang

dipilih di dalam kumpulan3 bahan yang diberikan oleh guru iaitu gambar haiwan,

kertas mahjong dan pen marker. Tujuannya adalah supaya murid dapat

melaksanakan tugasan yang diberi berjalan dengan lancer di dalam kumpulan

masing-masing.Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana

Page 5: Analisis model assure

perlukan sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk

melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama

dengan aktiviti yang dirancang ini setelah masing-masing dapat melihat tugasan

yang mereka perlu lakukan.

4) Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Utilise media and materials)

Langkah seterusnya ialah utilise media and materials atau guna media dan

bahan. Penggunaan media adalah penting supaya mesej yang hendak disampaikan

dapat dipersepsikan dengan tepat oleh pelajar. Antara cara yang boleh dilaksanakan

untuk menggunakan media dengan baik ialah, pertama beri gambaran awal tentang

bahan yang akan digunakan, kemudian sediakan bahan, sediakan persekitaran yang

sepadan untuk pengajaran yang menggunakan bahan yang dipilih, seterusnya

sediakan pelajar menerusi set induksi atau penyataan objektif dan akhir sekali ialah

sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan

berkesan dan diingati oleh pelajar. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang

dibuat, media pengajaran yang digunakan sewaktu set induksi ialah haiwan maujud.

Manakala sewaktu proses pengajaran kad gambar dan persembahan power point

digunakan.Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk

dan media; cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan

bahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai,

ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan situasi semasa.Perlu diingat guru

hendaklah menentu arah tuju pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini

penggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning, online.

5) Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)

Langkah yang kelima ialah require learner participation atau libatkan pelajar.

Ia adalah penting untuk memastikan pembelajaran benar-benar berlaku. Aktiviti-

aktiviti yang boleh dijalankan untuk libatkan pelajar ialah seperti latih tubi, latihan,

kuiz dan sebagainya.Guru juga melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan.Selain

itu, penglibatan murid juga dibuat melalui kaedah perbincangan.Bukan itu sahaja,

murid-murid juga dilibatkan melalui aktiviti penilaian yang dirancang seperti murid-

murid diminta menuliskan ciri-ciri haiwan dan mengelaskan haiwan mengikut ciri-ciri

yang tertentu.Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan

pembelajaran.Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang dan

Page 6: Analisis model assure

memberi idea.Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam

pengajaran.Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga

dapat memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement

activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak

balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan

bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan

menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam kumpulan

6) Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise)

Langkah yang terakhir dalam model ASSURE ialah evaluate and revise atau

nilai dan semak.Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan

dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran

sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar.Jika murid-

murid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.Nilai dan

semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta untuk

menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya.Penilaian

yang dibuat meliputi pencapaian pelajar berdasakan kemahiran, sikap dan

objektif.Selain itu media, kualiti media, pembelajaran, penggunaan guru dan murid

turut disemak.Untuk penilaian, guru mengedarkan kertas lembaran kerja yang

meminta murid-murid menyatakan ciri-ciri haiwan dan mengelaskan haiwan

mengikut ciri-ciri yang tertentu. Penilaian formatif memberi maklum balas semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk

membetulkan atau menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan

pembelajaran. Kadang-kadang perancangan pengajaran dan pembelajaran

kelihatan cantik dan sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan.

Justeru itu adalah penting untuk guru mencuba perancangan pengajaran ke

atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum balas keberkesanan

perancangan tersebut.Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau

peringkat pembelajaran yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh.Data yang dikutip memberikan

maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu model ASSURE

amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.Walaupun tugasan hanya

diberi pada akhir pengajaran, pelajar –pelajar telah diuji dari awal sehingga

akhirpengajaran.Latihan yang dibekalkan bukannya bertujuan untukmencari

Page 7: Analisis model assure

kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkahyang boleh membantu

pelajar yang di bawah tahap penguasaan.Di dalam contoh pengajaran dan

pembelajaran ini, latihan diberikanbertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid

terhadap prosespengajaran yang telah berlaku.

RUMUSAN

Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaranyang paling

sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukanpenggunaan media

sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk

menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapatmemastikan objektif

pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalahkerana di dalam model ini

terkandung elemen-elemen penting sepertipernyataan objektif, kaedah

penyampaian, pemilihan dan penggunaanmedia, analisis pelajar dan penilaian

diambil kira sebelum prosespengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang

dijalankan akan lebihefektif dan objektif pengajaran tercapai.

Page 8: Analisis model assure

RUJUKAN

1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar .Selangor : Amiza Publishing

Sdn.Bhd.

2. Ee Ah Meng (1998) .Pedagogi Untuk Bakal Guru.Selangor : Sri Pendidikan Fajar

Bakti.

3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam Dalam

Pengajaran .Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd.

6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah

Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor:

Meteor Doc. Sdn. Bhd.