Analisis Newman

3
2.12 Analisis Kesalahan Newman Berdasarkan soalan subjektif yang telah dijawab, saya telah memiliih lima orang murid yang mempunyai masalah yang sama untuk lima soalan. Soalan yang lima orang murid ini mempunyai masalah ialah soalan subjektif nombor 4, 5, 7, 9 dan 10. Saya menggunakan analisis kesalahan Newman untuk menganalisis masalah yang dialami oleh murid yang terpilih. Fasa analisis kesalahan Newman adalah seperti berikut 35 Kebolehan membaca semula soalan kepada diri sendiri dengan senyap dan meminta bantuan guru jika terdapat perkataan yang tidak difahami PEMBACAAN Kebolehan memberitahu guru mengenai kehendak soalan PEMAHAMAN Kebolehan untuk mendapatkan jawapan TRANSFORMASI Keupayaan menyelesaikan masalah tersebut dan kemudiannya memberitahu guru apa yang dia (murid) fikirkan KEMAHIRAN PROSES Kebolehan menulis jawapan dengan betul PENGEKODAN

description

analisis kesalahan newman

Transcript of Analisis Newman

Page 1: Analisis Newman

2.12 Analisis Kesalahan Newman

Berdasarkan soalan subjektif yang telah dijawab, saya telah memiliih lima orang

murid yang mempunyai masalah yang sama untuk lima soalan. Soalan yang lima

orang murid ini mempunyai masalah ialah soalan subjektif nombor 4, 5, 7, 9 dan 10.

Saya menggunakan analisis kesalahan Newman untuk menganalisis masalah yang

dialami oleh murid yang terpilih. Fasa analisis kesalahan Newman adalah seperti

berikut

35

Kebolehan membaca semula soalan kepada diri sendiri dengan senyap dan meminta bantuan guru jika terdapat perkataan yang tidak difahami

PEMBACAAN

Kebolehan memberitahu guru mengenai kehendak soalanPEMAHAMAN

Kebolehan untuk mendapatkan jawapanTRANSFORMASI

Keupayaan menyelesaikan masalah tersebut dan kemudiannya memberitahu guru apa yang dia (murid) fikirkan

KEMAHIRAN PROSES

Kebolehan menulis jawapan dengan betulPENGEKODAN

Page 2: Analisis Newman

2.12.1 Pembacaan

Bagi soalan nombor 5, murid terpilih telah membacakan soalan kepada saya.

Mereka tidak dapat memahami kehendak soalan. Saya memberitahu kepada

mereka bahawa mereka perlu menggunakan operasi tolak iaitu 451 – 321.

2.12.2 Pemahaman

Bagi soalan nombor 9, Murid bertanya kepada saya mengenai apa yang perlu

dilakukan. Saya pun bertanya kepada mereka apa kehendak soalan itu? Mereka

menjawab bahawa mereka diminta untuk melukis pelbagai tiga bentuk berlainan

untuk melambangkan satu per tiga. Mereka pun melukis tiga bentuk berlainan.

Walau bagaimanapun, mereka mengalami masalah dalam membahagikan bentuk

yang telah dilukis kepada tiga bahagian yang sama.

2.12.3 Transformasi

Bagi soalan nombor 7, saya telah menerangkan kepada murid bahawa terdapat 5

reban ayam. Di dalam setiap reban terdapat 6 ekor ayam. Saya pun menjelaskan

kepada murid bahawa soalan ingin mencari jumlah keseluruhan ayam. Saya pun

bertanya kepada murid mengenai kaedah yang mereka perlu gunakan untuk soalan

ini.

2.12.4 Kemahiran Proses

Bagi soalan nombor 4, murid mengalami masalah dalam menulis dalam bentuk

lazim. Mereka lemah dalam menyusun nombor dalam bentuk lazim mengikut rumah.

Saya pun menerangkan konsep rumah kepada mereka. Selepas itu, saya menyuruh

mereka untuk menyemak setiap langkah yang telah mereka tulis dan saya meminta

mereka untuk membetulkan kesilapan mereka. Saya juga meminta mereka untuk

membuat justifikasi berdasarkan pembetulan yang telah mereka lakukan.

36

Page 3: Analisis Newman

2.12.5 Kemahiran Pengekodan

Bagi soalan nombor 10, murid mengalami masalah dalam menzahirkan nilai

daripada gambarajah kepada bentuk nombor. Saya pun menerangkan kepada

mereka bahawa kawasan berlorek penuh melambangkan 1, dan kawasan yang tidak

berlorek penuh bermula dengan ‘‘0.’’ Berdasarkan jumlah kawasan yang berlorek.

Selepas itu, saya pun bertanya kepada mereka apa jawapan untuk soalan ini. Saya

meminta mereka untuk menunjukkan jawapan mereka.

37