Analisis Wacana.pptx

21
Analisis Wacana AHLI KUMPULAN: MUHAMAD AZRI BIN ABD RAHMAN MOHAMAD FARIS EDHWAN BIN ZAKARIA NURSYAHIRAH BINTI AROP SITI NOR SYAHIRAH BINTI KAUZI

description

wacana

Transcript of Analisis Wacana.pptx

Page 1: Analisis Wacana.pptx

Analisis WacanaAHLI KUMPULAN:

MUHAMAD AZRI BIN ABD RAHMANMOHAMAD FARIS EDHWAN BIN ZAKARIA

NURSYAHIRAH BINTI AROPSITI NOR SYAHIRAH BINTI KAUZI

Page 2: Analisis Wacana.pptx

Pengenalan

• Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993) bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan

• Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana.• Dari segi hierarki tatabahasa , wacana terletak pada

hierarki yang tertinggi selepas ayat, seperti yang tergambar dalam rajah berikut :

Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> Wacana

Page 3: Analisis Wacana.pptx

• Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan

Page 4: Analisis Wacana.pptx

Analisis Wacana

• Analisis wacana menurut Johnstone, B. (2002:2-4), memfokus kepada proses memecahkan wacana kepada bahagian kecil dengan berdasarkan kriteria tertentu dan melihat ciri setiap bahagian itu. Selain melihat ciri struktur bahagian itu, analisis wacana juga melihat fungsi bahagian itu. Menurut beliau, analisis wacana sekadar metodologi

Page 5: Analisis Wacana.pptx

• Wacana sebagai unit bahasa yang terbesar dianalisis melalui analisis wacana. Analisis wacana pula berkait dengan pandangan bahasa (Sanat,2005a:131-132).

Page 6: Analisis Wacana.pptx

• Ada tiga pandangan bahasa pada umumnya: • Pandangan positivisme-empiris yang melihat

bahasa sebagai jambatan antara manusia dengan objek di luar dirinya. Analisis wacana dalam konteks pandangan ini tidak melihat makna subjektif atau nilai yang mendasari penyataan. Sebaliknya, makna penyataan dilihat sebagai kebenaran atau ketidakbenaran sesuatu wacana dari segi aturan tatabahasa, seperti tautan dan runtutan.

Page 7: Analisis Wacana.pptx

• Pandangan konstuktivisme menolak pandangan positivisme-empirisme yang memisahkan subjek dengan objek. Subjek dianggap sebagai faktor utama dalam kegiatan wacana serta hubungan sosialnya. Subjek memiliki kemampuan untuk menguasai maksud tertentu dalam setiap wacana.

• Oleh itu, analisis wacana dimaksudkan sebagai suatu analisis untuk membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek.

Page 8: Analisis Wacana.pptx

• Pandangan kritis membetulkan pandangan konstuktivisme yang kurang sensitif kepada proses produksi dan reproduksi makna yang terjadi secara historis dan institusional. Bahasa dalam pandangan kritis difahami sebagai representasi yang berperanan dalam membentuk subjek tertentu, topik wacana tertentu, mahupun strategi di dalamnya. Oleh itu, analisis wacana dipakai untuk membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa

Page 9: Analisis Wacana.pptx

Ciri-ciri Wacana

Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ pula terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu:I. satuan bahasaII. TerlengkapIII. mengatasi ayat atau klausaIV. teratur atau tersusun rapiV. BerkesinambunganVI. KohesiVII. lisan atau tulisan VIII.awal dan akhir yang nyata.

Page 10: Analisis Wacana.pptx

• Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdapat dua ciri utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan).

• Menurut beliau lagi, terdapat juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca.

Page 11: Analisis Wacana.pptx

Tujuan

• Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan.

• Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya.

• Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan.

• Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.

Page 12: Analisis Wacana.pptx

Penerimaan

• Sesuatu wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca.

• Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.

• Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan.

• Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan

Page 13: Analisis Wacana.pptx

Maklumat• Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis,

iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Contohnya:

(1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah.

(2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh.

Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu

Page 14: Analisis Wacana.pptx

Jenis Wacana

• Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan pembicara dan pendengar.

• Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar secara langsung.

Page 15: Analisis Wacana.pptx

• Dalam wacana lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar.

• Biasanya dalam wacana lisan, pembicara akan mendapat respon daripada pendengar pada ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan adalah menerusi perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen atau radio.

Page 16: Analisis Wacana.pptx

• Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis.

• Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.

• Komunikasi yang terlibat ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan.

Page 17: Analisis Wacana.pptx

• Oleh itu, penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca. Wacana tulisan seringkali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat.

• Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis.

Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar, majalah dan buku

Page 18: Analisis Wacana.pptx

Penanda Wacana

• Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap.

• Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.

Page 19: Analisis Wacana.pptx

• Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Terdapat banyak jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana, iaitu

Page 20: Analisis Wacana.pptx

Kesimpulan

• Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana mempunyai ciri-ciri yang terdiri daripada tujuh tahap ketekstualan, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan juga interteks.

• Selain itu, penanda wacana pula terdiri daripada lima jenis yang disebut sebagai penanda leksikal, rujukan, penghubung, penggantian dan juga ellips.

Page 21: Analisis Wacana.pptx

• Wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis lisan dan wacana jenis tulisan. Wacana jenis lisan merupakan wacana yang melibatkan antara penutur dan juga pendengar.

• Sebagai contohnya ialah seorang guru yang bertanya kepada muridnya kenapa tidak hadir ke kelas. Manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan. Sebagai contohnya ialah surat rasmi yang ditulis kepada kerajaan, laporan, memo dan sebagainya