Anatomi

8
Anatomi-Pembelajaran tentang struktur dan perhubungan antara struktur badan. SISTEM PEREDARAN Terdiri daripada jantung dan salur-salur darah. Bekerja rapat dengan sistem saraf pusat, pernafasan dan sistem perkumuhan. Ia adalah sihat jika: 1. jantung yang kuat mengepam darah ke seluruh badan 2. saluran darah mudah lentur, anjal dan tidak tersumbat 3. darah tidak melekit atau pekat Fungsi asasnya adalah: 1. untuk mengedarkan darah yang mengandungi nutrien penting, oksigen dan hormon 2. untuk menyingkirkan sisa daripada tisu Komplikasi kesihatan sistem peredaran yang lemah: 1. boleh menjejaskan organ lain seperti hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem pembiakan 2. Menyebabkan penyakit Kardio-Serebrovaskular (CVD) seperti: a. penyakit jantung koronari b. strok c. hipertensi d. aterosklerosis - penyakit pada arteri Serangan jantung (Gambar hiasan)

Transcript of Anatomi

Anatomi-Pembelajaran tentang struktur dan perhubungan antara struktur badan.

SISTEM PEREDARANTerdiri daripada jantung dan salur-salur darah.

Bekerja rapat dengan sistem saraf pusat, pernafasan dan sistem perkumuhan.Ia adalah sihat jika:1. jantung yang kuat mengepam darah ke seluruh badan2. saluran darah mudah lentur, anjal dan tidak tersumbat3. darah tidak melekit atau pekat

Fungsi asasnya adalah:1. untuk mengedarkan darah yang mengandungi nutrien penting, oksigen dan hormon2. untuk menyingkirkan sisa daripada tisu

Komplikasi kesihatan sistem peredaran yang lemah:1. boleh menjejaskan organ lain seperti hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem pembiakan2. Menyebabkan penyakit Kardio-Serebrovaskular (CVD) seperti:a. penyakit jantung koronarib. strokc. hipertensid. aterosklerosis- penyakit pada arteriSerangan jantung (Gambar hiasan)

SISTEM KEIMUNANTerdiri daripada nodus limfa, timus, limpa dan saluran limpatik dan ia adalah sistem pertahanan tubuh kita.

Fungsi asasnya adalah:1. untuk melawan jangkitan2. untuk melindungi tubuh daripada serangan virus dan bakteri, bahan pencemar dan penyakit3. untuk memperbaharui organ dan tisu yang rosak serta mengembalikan fungsinya

Akibat sistem imun yang tidak seimbang1. sistem imun terlampau aktifa. penyakit autoimun (contohnya Lupus)b. alahan2. Keimunan tersekat/ rendaha. mudah jatuh sakitb. lambat pulih daripada penyakit

SISTEM PENCERNAANTerdiri daripada mulut, esofogus, hati, perut dan usus.Pencernaan bermula apabila makanan memasuki mulut dan tamat di penghujung usus.Sistem pencernaan

Fungsi asasnya adalah:1. penguraian makanan secara fizikal dan kimia2. memproses makanan dan cecair supaya nutrien dapat diserapkan3. membekukan dan menyingkirkan makanan yang tidak dihadam daripada tubuh sebagai najis4. bergantung kepada pemangkin enzim untuk menggalakkan aktiviti enzim pencernaan untuk pencernaan yang sempurna

Akibat sistem pencernaan yang lemah:1. pedih hulu hati2. kembung3. ketidakhadaman4. Sindrom Rengsa Usus

Sistem pencernaan yang lemah boleh diburukkan oleh masalah-masalah berikut:1. sistem saraf yang tidak sihat2. stres3. kerisauan4. diet tidak sihat5. kualiti makanan

SISTEM PERKUMUHANTerdiri daripada paru-paru, kulit, buah pinggang dan kolon.Ia merupakan pelindung terhadap racun.Ia berfungsi rapat dengan sistem pernafasan, sistem peredaran dan endokrin untuk membebaskan tubuh daripada toksin.Ia adalah sihat apabila:1. bebas daripada najis terlonggok (pengumpulan najis di dalam usus)2. mengekalkan nisbah 80:20 yang ideal bagi bakteria baik berbanding bakteria berbahaya

Fungsi asasnya adalah:1. untuk mencegah pengumpulan toksin2. untuk membebaskan tubuh daripada sisa tubuh harian3. terutamanya terletak di:a. paru-paru- untuk mengeluarkan karbon dioksida daripada tubuhb. kolon- untuk membolehkan sisa makanan pepejal melaluinyac. buah pinggang- untuk menyingkirkan pukal sisa cecair dan nitrogend. kulit- untuk menghasilkan peluh dan mengumuh sisa metabolik

Akibat kolon yang tidak sihat:1. sembelit2. mempercepat penuaan3. penyerapan nutrien lemah4. kanser kolon

SISTEM ENDOKRINTerdiri daripada hipotalamus, pituitari (no 2 dalam gambarajah), tiroid (no 3), paratiroid, adrenal (no 5), pankreas (no 6) dan testis (lelaki-no 8, kiri dalam gambarajah)/ ovari (wanita-no 7, kanan dalam gambarajah).Organ-organ yang terlibat dalam sistem endokrinFungsi asasnya adalah:1. metabolisme2. pertumbuhan3. homeostasis (keadaan keseimbangan dalaman)4. untuk menyokong sistem organ yang lain

Akibat sistem endokrin yang tidak sihat:1. Tekanan darah tinggi (atau hipertensi)2. Paras kolestrol tinggi3. Penyakit kencing manis

SISTEM PEMBIAKAN (WANITA)Terdiri daripada kelenjar mamari, tiub fallopio, ovari, vagina dan uterus.Ia berkait rapat denga sistem endokrin yang mencetuskan haid dan menopous.Ia adalah sihat apabila:1. tiada masalah PMS2. rembesan hormon dan peredaran yang sihat dan seimbang3. tiada jangkitan kandidiasis

Fungsi asasnya adalah:1. untuk menghasilkan ovum(telur)2. untuk mengadakan hubungan seksual3. untuk menyuburkan ovum yang tersenyawa sehingga ia matang4. untuk melahirkan anak

Akibat sistem pembiakan wanita yang tidak sihat:1. kemandulan2. sindrom prahaid (PMS)3. masalah berkaitan dengan kehamilan4. kandidiasis (jangkitan yis)

SISTEM PEMBIAKAN (LELAKI)Terdiri daripada vesikel, kelenjar prostat, uretra, zakar, testis.Ia berkait rapat dengan sistem endokrin yang menghasilkan sperma dan hormon seks.Tidak berfungsi sepenuhnya sehingga akil baligh.

Fungsi asasnya adalah:1. untuk menghasilkan sperma2. untuk memindahkannya kepada wanita

Akibat sistem pembiakan lelaki yang lemah:1. mati pucuk atau erektil disfungsi (ED)ketidakupayaan yang berterusan untuk mengekalkan ereksi2. prostatik hipertrofi benigna (BPH)

SISTEM OTOT RANGKATerdiri daripada sistem otot dan rangka.Membentuk tisu yang berfungsi dengan sistem rangka.Sistem Rangka

Fungsi asasnya adalah:1. untuk mengawal pergerakan badan2. untuk membentuk, menyokong dan melindungi organ dalaman3. untuk memberikan kestabilan dan mobiliti kepada tubuh

Akibat sistem otot dan rangka yang lemah:1. Osteoporosis2. Osteoartritis (OA)3. Reumatiod artritis (RA)4. Kekakuan bahu5. sakit belakang & bahagian bawah belakang

SISTEM PERNAFASANTerdiri daripada kaviti nasal, farinks (tekak), trakea dan paru-paru.Ia bertindak selari dengan sistem peredaran untuk menghantar oksigen dan gas dari tisu dan ke tisu tubuh.Organ-organ yang terlibat deng sistem pernafasanFungsi asasnya adalah:Untuk membekalkan darah beroksigen melalui paru-paru.

Akibat sistem pernafasan yang tidak sihat:1. Asma2. Gannguan pulmonari obstruktif yang kronik (COPD)3. Bronkitis4. Pneumonia (Paru-paru berair)5. Tuberkulosis (TB) atau batuk kering6. Kanser paru-paru7. Kekurangan oksigen

SISTEM SARAF PUSATTerdiri daripada otak, saraf tunjang dan saraf-saraf yang mengawal seluruh pergerakan badan.

Fungsi asasnya adalah:1. untuk mempermudahkan komunikasi dalaman tubuh2. untuk bertindakbalas terhadap perubahan yang berlaku di luar dan di dalam tubuh3. untuk berinteraksi secara rapat dengan sistem endokrin bagi mempengaruhi sistem lain dan fungsi tubuh