Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2018-2019

4
EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Isnin, 15 Julai 2019 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR ANGGARAN PENDUDUK SEMASA, MALAYSIA, 2018-2019 PENGENALAN Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2019 membentangkan data anggaran penduduk pertengahan tahun di peringkat Malaysia dan negeri bagi tahun 2018-2019. Anggaran penduduk yang disediakan adalah berasaskan data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 dengan mengambil kira komponen kelahiran, kematian dan migrasi. SAIZ DAN KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK Penduduk Malaysia pada 2019 diganggarkan 32.6 juta orang, meningkat daripada 32.4 juta orang berbanding 2018. Jumlah penduduk merangkumi 29.4 juta orang (90.2%) Warganegara dan 3.2 juta orang (9.8%) Bukan warganegara. Kadar pertumbuhan penduduk tahunan menurun kepada 0.6 peratus pada 2019 berbanding 1.1 peratus pada 2018. Ini disumbangkan oleh penurunan kadar kesuburan dan migrasi Antarabangsa bersih. PENDUDUK MENGIKUT JANTINA Pada 2019, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan. Penduduk lelaki meningkat daripada 16.7 juta orang (2018) kepada 16.8 juta orang. Penduduk perempuan turut meningkat daripada 15.7 juta orang (2018) kepada 15.8 juta orang bagi tempoh yang sama. Penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan dalam kumpulan umur muda (0–14 tahun) dan umur bekerja (15–64 tahun). Sebaliknya, penduduk perempuan melebihi penduduk lelaki dalam kumpulan umur tua (65 tahun dan lebih) iaitu 1.13 juta orang perempuan dan 1.06 juta orang lelaki.

Transcript of Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2018-2019

Page 1: Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2018-2019

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Isnin, 15 Julai 2019

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA  

SIARAN AKHBAR

ANGGARAN PENDUDUK SEMASA, MALAYSIA, 2018-2019

PENGENALAN

Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2019 membentangkan data anggaran penduduk pertengahan tahun di peringkat Malaysia dan negeri bagi tahun 2018-2019. Anggaran penduduk yang disediakan adalah berasaskan data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 dengan mengambil kira komponen kelahiran, kematian dan migrasi.

SAIZ DAN KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK

Penduduk Malaysia pada 2019 diganggarkan 32.6 juta orang, meningkat daripada 32.4 juta orang berbanding 2018. Jumlah penduduk merangkumi 29.4 juta orang (90.2%) Warganegara dan 3.2 juta orang (9.8%) Bukan warganegara.

Kadar pertumbuhan penduduk tahunan menurun kepada 0.6 peratus pada 2019 berbanding 1.1 peratus pada 2018. Ini disumbangkan oleh penurunan kadar kesuburan dan migrasi Antarabangsa bersih.

  

PENDUDUK MENGIKUT JANTINA

Pada 2019, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan. Penduduk lelaki meningkat daripada 16.7 juta orang (2018) kepada 16.8 juta orang. Penduduk perempuan turut meningkat daripada 15.7 juta orang (2018) kepada 15.8 juta orang bagi tempoh yang sama.

Penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan dalam kumpulan umur muda (0–14 tahun) dan umur bekerja (15–64 tahun). Sebaliknya, penduduk perempuan melebihi penduduk lelaki dalam kumpulan umur tua (65 tahun dan lebih) iaitu 1.13 juta orang perempuan dan 1.06 juta orang lelaki.

 

Page 2: Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2018-2019

NISBAH JANTINA

Secara keseluruhannya, nisbah jantina kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan sejak 2013. Walau bagaimanapun, nisbah penduduk Bukan warganegara adalah tinggi dimana pada 2019, nisbah adalah 163 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Nisbah jantina bagi Warganegara menurun sedikit daripada 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan (2010–2014) kepada 102 lelaki bagi setiap 100 perempuan (2015–2019).

                

STRUKTUR UMUR

Komposisi penduduk berumur 0–14 tahun (umur muda) pada 2019 menurun daripada 23.8 peratus pada 2018 kepada 23.3 peratus. Manakala penduduk berumur 15–64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.7 peratus pada 2018 kepada 70.0 peratus pada 2019. Komposisi penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) turut meningkat daripada 6.5 peratus kepada 6.7 peratus.

Peningkatan komposisi penduduk umur bekerja dan umur tua turut memberi kesan kepada peningkatan umur penengah pada 2019. Umur penengah meningkat kepada 28.9 tahun daripada 28.6 tahun pada 2018.

   

                   

Page 3: Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2018-2019

                   

Dikeluarkan oleh:

DATO' SRI DR. MOHD UZIR MAHIDINKETUA PERANGKAWAN MALAYSIAJABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

 DrUzir_Mahidin      Dr_Uzir

15 Julai 2019 

 

Page 4: Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2018-2019

Pegawai dihubungi:

Rohaida binti MohamadPegawai Perhubungan AwamBahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan AntarabangsaJabatan Perangkaan MalaysiaTel : +603-8885 7942Faks : +603-8888 9248Emel : rohaida.mohamad[at]dosm.gov.my