Ansos - Jenis-jenis Sosiolisasi

2
Tajuk : Sosiolisasi (jika kehendak soalan adalah jenis-jenis sosiolisasi) Sosiolisasi merupakan satu proses mempelajari dan menanamkan ciri-ciri budaya yang dipersetujui bersama oleh ahli masyarakat tentang cara berfikir dan berkelakuan, peraturan dan kehendak serta matlamat yang ingin dicapai oleh sesuatu budaya atau masyarakat tersebut. Terdapat beberapa jenis sosiolisasi antaranya ialah sosiolisasi asas, sosiolisasi ramalan atau harapan, sosiolisasi gender dan peranan gender, pensosiolisasian semula dan akhir sekali ialah pensosiolisasian semula menerusi institusi. Jenis sosiolisasi yang pertama adalah sosiolisasi asas. Sosiolisasi asas merupakan suatu proses yang mana seorang manusia mempelajari bagaimana bertingkah laku, nilai-nilai dan tindakan sewajarnya sesuai dengan kehendak ahli dalam budaya masyarakatnya. Sebagai contoh, orang Melayu sangat mementingkan adat dan adab dalam setiap perlakuan seharian. Setiap perlakuan perlulah sopan dan tidak melanggar adat dan adab yang diamalkan sejak turun-temurun daripada nenek moyang lagi. Anak-anak Melayu diajar makan menggunakan tangan, duduk bersila bagi lelaki dan duduk bersimpuh bagi perempuan sejak dari kecil lagi. Dengan cara ini, anak-anak akan terbiasa dan seterusnya mengamalkan apa yang dipelajari sehinggalah menjadi dewasa. Bagi sosiolisasi ramalan atau harapan pula, menurut Appelbaum dan Chamliss 1997, ia merujuk kepada proses di mana seseorang “berlatih” untuk kedudukan masa depan, pekerjaan dan perhubungan sosial. Sebagai contoh, pelajar universiti mula memperagakan pakaian yang biasanya dipakai oleh pelajar universiti setelah memasuki alam pengajian di menara gading. Jenis sosiolisasi yang seterusnya adalah sosiolisasi gender dan peranan gender. Heslin 1999 mengatakan adalah penting dalam sosiolisasi mempelajari peranan gender.

description

Ansos - Jenis-jenis Sosiolisasi

Transcript of Ansos - Jenis-jenis Sosiolisasi

Tajuk : Sosiolisasi (jika kehendak soalan adalah jenis-jenis sosiolisasi)Sosiolisasi merupakan satu proses mempelajari dan menanamkan ciri-ciri budaya yang dipersetujui bersama oleh ahli masyarakat tentang cara berfikir dan berkelakuan, peraturan dan kehendak serta matlamat yang ingin dicapai oleh sesuatu budaya atau masyarakat tersebut. Terdapat beberapa jenis sosiolisasi antaranya ialah sosiolisasi asas, sosiolisasi ramalan atau harapan, sosiolisasi gender dan peranan gender, pensosiolisasian semula dan akhir sekali ialah pensosiolisasian semula menerusi institusi.Jenis sosiolisasi yang pertama adalah sosiolisasi asas. Sosiolisasi asas merupakan suatu proses yang mana seorang manusia mempelajari bagaimana bertingkah laku, nilai-nilai dan tindakan sewajarnya sesuai dengan kehendak ahli dalam budaya masyarakatnya. Sebagai contoh, orang Melayu sangat mementingkan adat dan adab dalam setiap perlakuan seharian. Setiap perlakuan perlulah sopan dan tidak melanggar adat dan adab yang diamalkan sejak turun-temurun daripada nenek moyang lagi. Anak-anak Melayu diajar makan menggunakan tangan, duduk bersila bagi lelaki dan duduk bersimpuh bagi perempuan sejak dari kecil lagi. Dengan cara ini, anak-anak akan terbiasa dan seterusnya mengamalkan apa yang dipelajari sehinggalah menjadi dewasa. Bagi sosiolisasi ramalan atau harapan pula, menurut Appelbaum dan Chamliss 1997, ia merujuk kepada proses di mana seseorang berlatih untuk kedudukan masa depan, pekerjaan dan perhubungan sosial. Sebagai contoh, pelajar universiti mula memperagakan pakaian yang biasanya dipakai oleh pelajar universiti setelah memasuki alam pengajian di menara gading. Jenis sosiolisasi yang seterusnya adalah sosiolisasi gender dan peranan gender. Heslin 1999 mengatakan adalah penting dalam sosiolisasi mempelajari peranan gender.