Anssignment Permainan Catur Operasi

20
Pengenalan Sebagai sebuah masyarakat yang kaya dengan budaya dan kesenian, masyarakat sudah pasti mempunyai pelbagai permainan tradisional yang telah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang selanjutnya sehingga hari ini. Permainan tradisional tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat kerana sudah dimainkan dari zaman nenek moyang kita dahulu sebagai hiburan dalam kehidupan sehari-hari mereka. Permainan tradisional kebanyakan dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat masyarakat yang suka hidup berkelompok dan juga sentiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalam masyarakatnya. Ada juga permainan tradisional yang boleh dimainkan secara perseorangan. Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat, malah ia sudah menjadi sebagai salah satu hiburan utama di sekolah. Tambahan pula, terdapat juga permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya menggunakan strategi-strategi yang bijak untuk memenangi permainan itu.

Transcript of Anssignment Permainan Catur Operasi

Page 1: Anssignment Permainan Catur Operasi

Pengenalan

Sebagai sebuah masyarakat yang kaya dengan budaya dan kesenian,

masyarakat sudah pasti mempunyai pelbagai permainan tradisional yang telah

diturunkan dari satu generasi ke generasi yang selanjutnya sehingga hari ini.

Permainan tradisional tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat kerana sudah

dimainkan dari zaman nenek moyang kita dahulu sebagai hiburan dalam kehidupan

sehari-hari mereka.

  Permainan tradisional kebanyakan dimainkan secara berkumpulan. Ini

disebabkan sifat masyarakat yang suka hidup berkelompok dan juga sentiasa

mengamalkan semangat berkumpulan dalam masyarakatnya. Ada juga permainan

tradisional yang boleh dimainkan secara perseorangan.

  Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan

semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat, malah ia sudah

menjadi sebagai salah satu hiburan utama di sekolah. Tambahan pula, terdapat juga

permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemain-pemainnya

menggunakan strategi-strategi yang bijak untuk memenangi permainan itu.

Page 2: Anssignment Permainan Catur Operasi

Pengertian Catur

Catur adalah permainan mental yang dimainkan oleh dua orang. Pecatur

adalah orang yang memainkan catur, baik dalam pertandingan satu lawan satu atau

satu melawan banyak orang (dalam keadaan informal). Sebelum bertanding, pecatur

memilih biji catur yang akan dimainkan. Terdapat dua warna yang membezakan  biji

catur, iaitu hitam dan putih. Pemegang buah putih akan memulakan langkah

pertama, yang selanjutnya diikuti oleh pemegang buah hitam secara bergantian

sampai permainan selesai.

Sejarah Catur

Dalam Wikipedia, permainan catur adalah satu permainan tradisional dan

pertama kali ditemukan di masyarakat Parsi dan Arab. Kata “catur” berasal dari kata

“chaturanga” yang dalam bahasa Sanskrit bererti “empat bahagian ketenteraan.”

Kemudian,catur tersebar ke seluruh dunia dengan pelbagai variasi permainan

sehinggalah seperti yang kita kenal sekarang.

Permainan ini pada awalnya tersebar ke Timur dan India dan menjadi salah

satu pelajaran dalam keluarga kerajaan. Pedagang yang lalu-lalang di Jalan Sutra

pula mula memperkenalkan papan catur untuk permainan ini.

Page 3: Anssignment Permainan Catur Operasi

Chaturanga masuk ke Eropah melalui Kerajaan Byzantine Parsi, dan tersebar

ke Kaisaran Arab. Pemeluk agama Islam membawa catur ke Afrika Utara, Sisilia

dan Spanyol pada abad ke-10.

Permainan ini kemudian menjadi popular di Eropah. Pada abad moden, lahir

buku-buku referensi catur, kemudian penggunaan jam catur, serta sejumlah aturan

permainan dan pemain-pemain hebat.

Kepentingan Permainan Catur

Catur adalah salah satu permainan purba di dunia. Ia telah menjadi sumber

cabaran sukan, hiburan kepada orang kira-kira 1500 tahun. Walaupun ia satu

permainan yang sudah lama, namun ia sesuai untuk orang  hari ini. Catur telah

menjadi semakin popular  dan telah dianggap sebagai “ Royal Game”.

Di sekolah, catur telah diperkenalkan sebagai sebahagian

utama kurikulum, kerana catur meningkatkan kemahiran matematik

dan sains pelajar. Catur juga meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah

pelajar. Ia meningkatkan rasa keyakinan dan martabat diri seorang pelajar. Ia juga

meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar. Catur mengajar kita 

bertanggungjawab dan bekerja keras. Catur mengajar kanak-kanak menjadi

seorang yang bertanggungjawap untuk membuat keputusan sendiri, berkeyakinan

dan berani untuk menghadapi cabaran. Catur membantu kanak-kanak untuk

mengeratkan hubungan sesama mereka. Kepentingan catur juga jelas daripada

fakta bahawa banyak organisasi dan persekutuan telah ditubuhkan untuk

memastikan pembangunan sukan catur.

Page 4: Anssignment Permainan Catur Operasi

Catur menghiburkan dan mengembangkan intelek. Catur adalah percuma.

Catur mempunyai manfaat yang tidak boleh diabaikan dalam apa jua cara. Kanak-

kanak yang bermain catur akan

cekap dalam matematik, fizik dan mereka mempunyai kemampuan yang lebih

besar untuk menjalankan penyelidikan yang cekap dan bebas. Penyelidikan telah

menunjukkan bahawa bermain catur mengoptimumkan daya penumpuan serta

keupayaan pemikiran logik kanak-kanak. Ia juga mengoptimumkan keupayaan

berdaya saing dan peningkatan kanak-kanak.

Banyak kajian dijalankan dengan bantuan catur kerana ia dianggap sebagai

salah satu bentuk kajian rekreasi. Catur mpu membuat keputusan minda yang sihat

dan mengawal setiap bahagian badan. Catur mengoptimumkan prestasi memori.

Disamping itu, catur juga meningkatkan visualisasi kerana perlu menghafal seluruh

papan catur. Ia juga meningkatkan pengiktirafan corak kerana perlu mengingat

setiap senario dan bandingkan dengan senario semasa. Permainan catur

menghalang tingkah laku yang tidak senonoh, kebimbangan dan kemurungan.

Page 5: Anssignment Permainan Catur Operasi

Langkah-langkah Pengurusan Bermain Dalam Proses Pembelajaran.

Matapelajaran : Matematik

Kemahiran : Operasi Tambah dan Tolak

Jenis Permainan : Catur Operasi

Masa : Terpulang pada guru atau pemain.

Bahan : Papan Catur Operasi, kad arahan, kad penanda (token), kertas

kosong, pensel.

Objektif : Mereka dapat menguasai kemahiran;

1) Menambah 2 nombor bulat.

2) Menolak 2 nombor bulat

Gambar dibawah adalah papan catur dicipta.

Page 6: Anssignment Permainan Catur Operasi

Antara alatan permaian ini adalah;

i.  Papan catur

ii. Penanda (token)

iii. Kad arahan

Memandangkan permainan tersebut adalah untuk digunakan pada murid

tahun tiga, maka dalam penciptaan papan catur tersebut, telah dimasukan elemen

kartun yang diminati oleh kanak-kanak pada masa kini iaitu ‘Upin dan Ipin’.  Untuk

bermain permainan ini, papan catur tersebut boleh dicetak pada kertas.

Kepelbagaian warna dimasukan pada kotak-kotak supaya murid tidak keliru, dan

tidak cuba melakukan penipuan dengan mengubah kedudukan penanda (token).  

Setiap kotak-kotak tersebut dimasukkan dengan nombor dalam gandaan 10

kerana isi pelajaran yang hendak disampaikan adalah melibatkan jumlah hingga

1000. Guru boleh menukar nombor-nombor tersebut mengikut objektif yang hendak

dicapai dalam pembelajaran tersebut. Warna latar belakang yang berwarna hitam

dimasukan supaya murid dapat melihat dengan jelas dan mudah memberi tumpuan

semasa bermain.

Dalam permainan catur tersebut, kad arahan (seperti gambar dibawah)

sebagai syarat mengerakan penanda (token). 

Page 7: Anssignment Permainan Catur Operasi

Berikut adalah contoh-contoh kad arahan.

Dalam kad arahan ini mempunyai simbol operasi seperti “+” dan “ -  “. Simbol

“+” adalah bermaksud bergerak kehadapan/menaik ( ascending) dan simbol “ -  “

bermaksud bergerak ke belakang/menurun (descending). 

Jika kad bertanda “ – 9 “ bermaksud murid perlu kebelakang sebanyak 9 mata. Bagi

kad bertanda “ + 5” pula, bermaksud pelajar perlu bergerak kehadapan sebanyak 5

mata. Kad-kad ini lah yang menjadi isi pelajaran dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik yang dijalankan. Jika objektif pengajaran adalah

menyesaikan masalah harian, guru hanya perlu menukar soalan pada kad arahan

dengan memasukkan soalan-soalan masalah harian.

            Permainan ini boleh dimainkan seberapa banyak pemain, walau

bagaimanapun dicadangkan agar bilangan pemain adalah diantara 2 hingga 4

orang. Setiap pemain akan memilih penanda (token). Token juga diambil daripada

watak “upin dan ipin” seperti dibawah.

Page 8: Anssignment Permainan Catur Operasi

Tujuan watak dalam permainan ini adalah untuk menarik minat kanak-kanak

dan menambahkan lagi keseronokan bermain. Walau bagaimanapun guru boleh

memilih atau mencipta penanda yang lain seperti gambar dibawah. 

Bagi penanda ini pula, murid hanya memilih berdasarkan warna yang diminati

bagi mewakili permainannya.

Cara bermain Catur Operasi

1. Murid membentuk beberapa kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 2 hingga

4 orang murid.

2. Setiap murid memilih kad penanda (token).

3.  Setiap murid diberi kertas kosong untuk menunjukan jalan pengiraannya.

4. Kesemua kad diletakan secara tertutup pada tempat yang disediakan pada

papan catur. ( petak yang bertanda “Tutup semua kad cabutan di sini”).

5. Setelah menetapkan giliran bermain, murid yang pertama akan

mengambilkan 1 arahan dan kad penanda (token) digerakan mengikut jumlah

pada kad arahan tersebut. Jumlah pada kad tersebut dicatat pada kertas

sebagai rekod. Sebagai contoh, katakan murid pertama mendapat kad arahan

“ +23”, murid tersebut akan mencatat “23” pada kertas dan meletakan kad

penandanya pada petak yang bertanda “21-30” kerana petak yang bertanda

“21-30” adalah untuk nilai 21 hingga 30. Pada pusingan kedua pula, jika murid

tersebut mendapat kad “ -10”, murid akan menolak melakukan operasi tolak

pada kerta iaitu “23-10 = 13” dan kad penanda diletakkan pada petak “11-20”.

Page 9: Anssignment Permainan Catur Operasi

Contoh permainan peserta pertama di pusingan pertama.

  Langkah kedua bagi peserta pertama dipusingan kedua 

1. Pemenang boleh ditentukan dengan 2 cara iaitu;

a. Siapa yang dapat menghabiskan permainan dikira sebagai pemenang.

b. Siapa yang mendapat jumlah yang paling banyak dikira sebagai pemenang.

Page 10: Anssignment Permainan Catur Operasi

Objektif Permainan Catur Operasi.

Permainan catur ini adalah dibina supaya murid dapat mengukuhkan kemahiran;

1. Menambah 2 nombor bulat.

2. Menolak 2 nombor bulat

Cara Mewujudkan Alam Pembelajaran Yang Berkesan

Catur telah lama dianggap sebagai permainan yang boleh memberi

kesan yang baik terhadap pembelajaran kepada

pembangunan, terutamanya apabila ia dimainkan dari usia muda. Permainan ini

boleh digunakan selepas habisnya topik sebagai pengukuhan. Walau

bagaimanapun, guru boleh menggunakan pada mana-mana topik dengan

mengubah suai papan catur mengikut objektif pengajaran dikehedaki.

Di bawah adalah beberapa faedah yang kanak-kanak boleh perolehi dengan

bermain catur.

Faedah bermain ‘Catur Operasi’ terhadap pembelajaran pelajar.

di dalam artikel Rochdi Simon.et.al. (2007), yang bertajuk “Model Permainan Di

Sekolah Dasar Berdasarkan Pendekatan Dap (Developmentally Appropiate

Practice)”, Moyles (1991) menyatakan bahawa bermain merupakan proses

pembelajaran yang melibatkan pemiikiran, persepsi, konsep, kemahiran sosial dan

fizik. Selain itu bermain juga dikaitkan dengan ganjaran instrinsik dan kegembiraan. 

Oleh itu, selain dari mengukuhkan kemahiran asas matematik, melalui permainan

catur operasi ini murid dapat keseronokan. Dengan ini secara tidak langsung murid

akan melakukan pengiraan apabila mereka bermain permainan tersebut.

Keseronokan inilah yang dapat menarik serta menanam minat murid terhadap

matematik dan persepsi negatif terhadap matapelajaran matematik juga dapat

diubah.

Page 11: Anssignment Permainan Catur Operasi

            Dalam aspek piskomotor pula, permainan catur memperkembangkan

kordinasi motor halus mereka. Semasa bermain murid akan melakukan pergerakan

seperti jari dan mata. Pada aspek kongnitif pula kemahiran berfikir secara kreatif dan

kritis (KBKK) dapat diperkembangkan kerana semasa bermain murid akan berfikir,

membuat perbandingan, membuat anggaran, dan mengelas.  Selain itu nilai-nilai

murni dapat dipupuk dalam permainan ini seperti berkerjasama, berdisiplin

(mematuhi peraturan mainan), toleransi, dan kepimpinan.

            Permainan catur operasi ini menjadi satu altenatif dalam menarik minat

pelajar terhadap matematik. Secara tidak disedari murid, ia juga adalah salah satu

bentuk latih-tubi dalam kemahiran matematik. Sama ada disekolah mahu pun

dirumah permainan catur operasi dapat dapat dimain dimana-mana sahaja.

Murid juga belajar untuk melibatkan diri dalam penyelidikan catur yang

mendalam dan menyeluruh yang akan membantu mereka membina keyakinan

mereka terhadap keupayaan mereka untuk melakukan penyelidikan akademik.

Apabila murid-murid bermain catur, mereka mesti  berfikiran tinggi,

menganalisis tindakan dan akibat, serta membayangkan kemungkinan pada masa

depan. Dengan ini murid akan belajar untuk memikir masa depan sebelum

membuat keputusan.

Dari segi psikologi, catur  menguji kesabaran, saraf, kuasa dan penumpuan.

Ia meningkatkan kebolehan murid untuk berinteraksi dengan guru dan orang lain. 

Ia menguji kesukanan murid dalam persekitaran yang penuh cabaran.

Suasana lokasi yang selesa dapat menggalakkan pemikiran kreatif .Dari

aspek fizikal pula catur boleh dimain dalam bilik darjah, di pusat sumber atau

dimana sahaja tempat yang sunyi . Catur juga boleh dimain di wakaf-wakaf yang

terdapat di sekolah.

Page 12: Anssignment Permainan Catur Operasi

Menurut McMilan dan Cavis (1986) pula komuniti mempunyai 4 ciri iaitu

keahlian, pengaruh, memenuhi keperluan individu dan berkongsi peristiwa atau

tindakan dan perasaan (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Bermain catur

dapat mengeratkan hubungan yang sihat antara murid-murid. Mereka dapat belajar

bekerjasama, menghormati orang lain, dan juga berdisiplin. . Menurut Choong

(2008), ciri-ciri komuniti pembelajaran merangkumi kolaborasi sesama murid melalui

pembelajaran koperatif, penglibatan murid-murid dalam pengalaman berkolaborasi

bersama rakan sebaya mereka, sumber jaringan sokongan akademik dan sosial dan

yang terakhir fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran

Rumusan

Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau

murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas.

Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan

gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam

pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu

dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan

program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk

mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.

Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada

proses pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu

Page 13: Anssignment Permainan Catur Operasi

bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah

kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama

murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.

Permainan tradisional juga salah satu kaedah bagi menghiburkan para

pelajar serta membolehkan proses pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar.

Bahan-bahan yang diguna pakai untuk permainan tradisional juga akan menarik

minat murid serta mewujudkan satu alam belajar positif diantara murid.

Kecekapan guru menggunakan pelbagai sumber dalam pengajaran dan

pembelajaran mampu merangsang pemahaman murid ke tahap yang cemerlang.

Page 14: Anssignment Permainan Catur Operasi

Rujukan

http://tradisional-bib.blogspot.com/ 1/2/2011

http://www.permainantradisi.com/ 6/2/2012

http://puadede.com/v1/permainan-tradisional/

http://www.quadcitychess.com/benefits_of_chess.html#conclude

http://clatskaniechessclub.tripod.com/id28.html

http://www.mathandchess.com/math_chess_benefits_children.html

Page 15: Anssignment Permainan Catur Operasi