ANTHONY

download ANTHONY

of 1

Transcript of ANTHONY

Selamat sejahtera kepada pentadbir sekolah,

Saya bapa kepada seorang pelajar Tingkatan 4 ingin meluahkan perasaan tentang sikap seorang guru sejarah di sekolah ini. Guru tersebut bernama En.Anthony dan telah mengajar anak saya tahun lepas dalam tingkatan 3. Boleh dikatakan anak saya tidak dapat markah yang memuaskan dalam mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan PMR kerana sikap guru ini yang mengajar sambil lewa dan telah melupakan peranan pendidik yang paling utama adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Boleh dikatakan saya sabar dan mahu melihat sejauh manakah perkara ini benar. Saya juga tidak terus menunding jari tanpa bukti. Saya telah bertanya kepada beberapa orang pelajar, mereka juga telah memberitahu saya tentang pelbagai masalah yang berlaku.

Dalam melaksanakan tanggunjawab sebagai seorang pendidik, guru tersebut tidak boleh asyik bermain telefon bimbit dan beliau mengajar dengan cuma membaca hasil rujukan dari buku teks. Kerja menyalin nota yang diberikan tidak relevan langsung kerana anak saya tidak faham apa yang disalinnya.Seorang pendidik juga mestilah menjaga akauntabilitinya selaras dengan kesucian dan keberkatan profesion ini yang melibatkan proses transformasi ilmu pengetahuan. Secara umumnya, akauntabiliti seorang pendidik merupakan perkara yang amat penting untuk dipelihara oleh setiap pendidik. Secara umumnya akauntabiliti ini merujuk kepada tanggungjawab seorang pendidik .

Pada pandangan saya guru tersebut tidak ada sikap profesionalisme, boleh dikatakan tidak mempunyai keupayaan dan kecekapan melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada panduan ilmu dan latihan, serta kepakaran. Guru perlu menjadi contoh bukan bermain telefon bimbit dan sering menggunakan sesawang untuk penggunaan sendiri. Peribadi Mulia Pendidik bukan sahaja menjadi role model atau pun ikutan kepada pelajar menerusi sifat spiritual seperti ikhlas, jujur, sabar, kasih sayang, warak dan takwa, bahkan menerusi sifat-sifat fizikal atau lahirlah seperti tutur kata dan tingkah laku. Guru ini juga boleh menjadi marah dengan tiba-tiba dan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.Justeru itu, bagi mencapai keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran serta pembentukan peribadi mulia seseorang murid, guru merupakan insan yang menjadi contoh paling utama serta saya amat berharap barisan pentadbir sekolah akan mengambil tindakan terhadap isu ini sebelum saya mengutarakan masalah ini kepada Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur. Sekian, Terima Kasih.Bapa pelajar.