GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH...

21

Transcript of GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH...

Page 1: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH
Page 2: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH
Page 3: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU

MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA

SITI AISHAH BINTI SUKAIMI

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………… …........

Nama Penulis : SITI AISHAH BINTI SUKAIMI

Tarikh : 18 APRIL 2006

Page 5: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

iii

DEDIKASI

Teristimewa Buat Ayah dan Mama yang sentiasa disayangi,

En. Sukaimi Bin Boyamin

Pn. Cimah Binti Ibrahim

Dengan doa, kasih sayang dan perhatian kalian membantuku dalam mengharungi

setiap kesukaran dalam hidup ini.

Buat yang disayangi,

Mohd Shahrul Nizam BinSukaimi

Mohd Syafiq Nazmi Bin Sukaimi

Muhamad Hafiz Bin Sukaimi

Hajah Munah Binti Wahab

Buat teman setia yang sentiasa memberi dorongan dalam semua situasi

Ahmad Faizal Bin Abd. Wahab

Untuk rakan-rakan seperjuangan 5 SPE yang sentiasa membantu sepanjang

perjuangan kita di sini. Terima kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini

adalah kejayaan kita bersama

Page 6: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah

kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Elektrik).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan

tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, En.

Kamalularifin Bin Subari atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat

yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta

sesiapa yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan

yang setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya

akan tetap dikenang hingga akhir hayat.

Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan

yang dapat dimanfaatkan oleh para pendidik dan penyelidik yang berminat serta

cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.

Siti Aishah Sukaimi

April 2006

Page 7: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pengajaran yang diamalkan

oleh guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Sekolah

Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Johor

Bahru. Gaya pengajaran yang dikaji adalah gaya pengajaran pakar, gaya pengajaran

autoriti formal, gaya pengajaran model personal, gaya pengajaran pemudahcara dan

gaya pengajaran delegator. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah gaya

pengajaran guru berasaskan gaya pengajaran Anthony F. Grasha. Sementara

pembolehubah bebas yang dikenalpasti adalah gaya pengajaran pakar, gaya

pengajaran autoriti formal, gaya pengajaran model personal, gaya pengajaran

pemudahcara dan gaya pengajaran delegator. Jumlah populasi yang terlibat adalah

seramai 63 orang guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru. Penyelidik

menggunakan semua populasi sebagai sampel kajian. Rekabentuk kajian adalah

menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif perbandingan kekerapan dan

peratusan. Instrument kajian yang digunakan adalah soal selidik dari Inventori Gaya

Pengajaran Anthony F. Grasha. Hasil soal selidik dianalisis dengan menggunakan

perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 11.5. Hasil

kajian menunjukkan kebanyakan guru menggunakan gaya pengajaran pakar

manakala gaya pengajaran yang paling kurang digunakan ialah gaya pengajaran

delegator. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah

dikemukakan bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran para guru.

Page 8: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify teaching style that used among

teachers of technical course in Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Sekolah

Menengah Teknik Johor Bahru and Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Johor

Bahru. The teaching styles are expert teaching style, formal authority teaching style,

personal model teaching style, facilitator teaching style and delegator teaching style.

In this research, dependent variable is teaching style based on Anthony F. Grasha

Teaching Style. Meanwhile, independent variable that identify are expert teaching

style, formal authority teaching style, personal model teaching style, facilitator

teaching style and delegator teaching style. Total populations that involve are 63

teachers of technical course at SMT in Johor Bahru district. Research sample were

taken from the entire population. This reseach design used descriptive servey method

with descriptive statistic comparing frequency and percentage. Questionnaires from

Learning Style Inventory Anthony F. Grasha are used as research instrument. All the

accumulated data was analyzed using Statistical Package For Social Science (SPSS)

Version 11.5 software. The finding of this result shows that most teacher used expert

teaching style. Meanwhile, the least teaching style used among teachers is delegator

teaching style. Based on the findings of this research, a number of proposals are laid

out in order to enhance teacher’s teaching style quality.

Page 9: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

vii

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop dan Batasan Kajian 6

Page 10: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

viii

1.8 Definisi Konsep dan Pengoperasian 7

1.8.1 Gaya 8

1.8.2 Pengajaran 8

1.8.3 Gaya Pengajaran 8

1.8.4 Guru-Guru Teknikal 9

1.8.5 Sekolah Teknik 10

1.9 Penutup 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pendekatan Pengajaran 11

2.2.1 Pendekatan Pengajaran Berpusatkan 12

Guru, Berpusatkan Pelajar dan

Berpusatkan Bahan

2.2.2 Pendekatan Konstruktivime 13

2.2.3 Pendekatan Induktif 14

2.2.4 Pendekatan Deduktif 14

2.2.5 Pendekatan Masteri 14

2.3 Gaya Pengajaran Guru 15

2.4 Model Kajian 21

2.4.1 Gaya Pengajaran Pakar 22

2.4.2 Gaya Pengajaran Autoriti Formal 23

2.4.3 Gaya Pengajaran Model Personal 24

2.4.4 Gaya Pengajaran Pemudahcara 25

2.4.5 Gaya Pengajaran Delegator 27

2.5 Elemen-Elemen pada Gaya Pengajaran 28

Grasha

2.6 Kesimpulan 30

Page 11: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Populasi Kajian 32

3.4 Prosedur Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 33

3.5.1 Kesahan Soal Selidik 36

3.5.2 Kajian Rintis 36

3.6 Analisis Data 37

3.7 Penutup 39

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Bahagian A 41

4.2.1 Taburan Responden Mengikut 41

Jantina dan Bangsa

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Tempoh 42

Pengalaman Bekerja

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 43

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Kelayakan 44

Ikhtisas dan Bidang Pengkhususan

4.3 Analisis Bahagian B 45

4.3.1 Persoalan Kajian 1 46

4.3.2 Persoalan Kajian 2 48

4.3.3 Persoalan Kajian 3 50

4.3.4 Persoalan Kajian 4 52

4.3.5 Persoalan Kajian 5 54

4.3.6 Persoalan Kajian 6 56

4.4 Analisis Keseluruhan 57

Page 12: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

x

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 58

5.2 Rumusan 59

5.3 Perbincangan 60

5.3.1 Persoalan Kajian 1 61

5.3.2 Persoalan Kajian 2 63

5.3.3 Persoalan Kajian 3 64

5.3.4 Persoalan Kajian 4 66

5.3.5 Persoalan Kajian 5 67

5.3.6 Persoalan Kajian 6 69

5.4 Cadangan 69

5.5 Cadangan kepada Kajian Lanjutan 71

5.6 Penutup 72

RUJUKAN 74

LAMPIRAN 80

Page 13: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

3.8

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

Elements of teaching style (Extensions of

Grasha’s categories of teaching styles)

Populasi mengikut sekolah

Item-item soal selidik Bahagian A

Pengkelasan item-item soal selidik Bahagian

B

Skala Likert dan skor

Pekali Alpha Cronbach-klasifikasi

berdasarkan kekuatan korelasi

Pengkelasan Skala 5 Tahap kepada 3 Tahap

Skala Tahap Analisis Skor

Kaedah statistik yang digunakan bagi setiap

persoalan kajian

Taburan responden mengikut jantina dan

bangsa

Taburan responden mengikut tempoh

pengalaman bekerja

Taburan responden mengikut umur

Taburan responden mengikut kelayakan

ikhtisas dan bidang pengkhususan

Analisis taburan responden mengikut gaya

pengajaran pakar yang diamalkan oleh guru-

guru teknikal semasa mengajar

28

32

34

35

35

37

38

39

39

41

42

43

44

46

Page 14: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

xii

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

Analisis taburan responden mengikut gaya

pengajaran autoriti formal yang diamalkan

oleh guru-guru teknikal semasa mengajar

Analisis taburan responden mengikut gaya

pengajaran model personal yang diamalkan

oleh guru-guru teknikal semasa mengajar

Analisis taburan responden mengikut gaya

pengajaran pemudahcara yang diamalkan

oleh guru-guru teknikal semasa mengajar

Analisis taburan responden mengikut gaya

pengajaran delegator yang diamalkan oleh

guru-guru teknikal semasa mengajar

Analisis taburan responden mengikut gaya

pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru

teknikal semasa mengajar

Taburan peratus keseluruhan bagi gaya

pengajaran guru-guru teknikal

48

50

52

54

56

57

Page 15: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSM

BPPDP

KPM

SMT

SPSS

UTM

PBK

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Sekolah Menengah Teknik

Statistical Package of Social Science

Universiti Teknologi Malaysia

Pembelajaran Berbantukan Komputer

Page 16: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Kebenaran Dari Kementerian Pendidikan

Malaysia

80

B Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan Negeri

82

C Surat Akuan Dari Fakulti

83

D Borang Soal Selidik

84

E Pengesahan Soal Selidik

91

F Keputusan Kebolehpercayaan Kajian Rintis

95

Page 17: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penyampaian pengajaran guru di dalam bilik darjah di sekolah mempunyai

impak yang mendalam terhadap keberkesanan proses pembelajaran pelajar.

Pencapaian akademik pelajar banyak dipengaruhi oleh tumpuan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan, namun begitu seorang guru yang

profesional dan prihatin dengan tugas mengajarnya perlu peka dengan elemen yang

boleh mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Mok Soon Sang (2002), menyatakan

pengajaran merujuk kepada cara atau kegiatan guru mata pelajaran untuk

menerapkan pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar bagi tajuk yang diajar.

Guru berperanan untuk berkongsi maklumat mengenai ilmu pengetahuan dan

menunjukkan bagaimana maklumat boleh digunakan bagi menerokai idea dan

menghadapi masalah. Oleh itu pengajaran adalah aktiviti-aktiviti yang bermatlamat

dan mempunyai tujuan di mana pendidik berkongsi maklumat dengan pelajar bagi

membolehkan mereka menyempurnakan sesuatu tugasan yang tidak boleh

disempurnakan sendiri sebelum itu (Shahabuddin et al., 2003).

Gaya pengajaran adalah pendekatan yang diambil oleh seseorang guru untuk

mengajar pelajar dan biasanya menggambarkan pegangan seseorang guru mengenai

pengajaran. Felder (1993) menyatakan gaya pengajaran adalah cara seseorang

mengamati dan memproses sesuatu maklumat untuk disampaikan kepada seseorang

Page 18: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

2

yang lain. Sesetengah guru banyak memfokuskan kepada fakta, data dan pengiraan,

manakala ada yang menggunakan teori-teori dan model pengajaran tertentu.

Terdapat juga guru yang memfokuskan kepada bentuk verbal seperti perkataan dan

lisan dan juga secara interaktif. Perbezaan-perbezaan ini merupakan satu aset kepada

para guru seandainya ia digunakan secara maksimum.

Grasha (1996) menyatakan gaya pengajaran bukan sahaja terdiri daripada

pengajaran secara langsung dan pengajaran secara tidak langsung. Kajian yang

dijalankan oleh beliau telah mengenal pasti lima gaya pengajaran iaitu gaya

pengajaran pakar, gaya pengajaran autoriti formal, gaya pengajaran model personal,

gaya pengajaran pemudahcara dan gaya pengajaran delegator. Perbezaan gaya

pengajaran ini merupakan satu aset kepada para guru dimana mereka boleh

menggunakan kepelbagaian gaya mengajar dengan semaksimum mungkin untuk

pencapaian akademik yang cemerlang di kalangan para pelajar setelah mereka

menyedari kekuatan pelajar tersebut.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan di negara ini dijangka lebih mencabar pada masa-masa akan

datang dimana muncul cabaran besar kepada warga guru dalam menangani pelbagai

masalah mendidik yang timbul seiring dengan kepesatan dan pembangunan negara.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah lama dilaksanakan dalam

sistem pendidikan negara tetapi terdapat sebilangan guru masih gagal

mengaplikasikannya dengan berkesan sehingga menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi bosan (Lee Ming Foong, 2001). Sebagai seorang guru,

perkara yang perlu dihadapi adalah bagaimana hendak mengajar pelajar supaya dapat

menguasai maklumat, konsep dan kemahiran yang berguna untuk mereka apabila

dewasa kelak (Slavin, 1997).

Page 19: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

3

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya memerlukan strategi

pengajaran yang baik dan tersusun. Guru harus menguasai ilmu pedagogi dan

menjadi seorang yang profesional dengan mengamalkan pelbagai kaedah dan elemen

tertentu bagi menghasilkan pengajaran yang baik dan berkesan. Antara elemen yang

perlu dititikberatkan ialah mengenal pasti objektif pengajaran yang hendak dicapai

oleh pelajar-pelajar semasa atau selepas pengajaran, isi pelajaran, bahan bantu

mengajar, strategi pengajaran, gaya pengajaran, kawalan kelas, iklim bilik darjah,

komunikasi guru dengan pelajar, interaksi dalam kelas, motivasi bagi pelajar,

penutup pengajaran dan penilaian. Menurut Peterson (1992), keberkesanan

pengajaran adalah hasil teknik pengajaran yang terancang dengan memikirkan dan

memilih sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini, guru memerlukan strategi dan

gaya pengajaran yang baik untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan di dalam kelas.

Heinich et al. (1993) menyatakan gaya pengajaran merupakan faktor yang

perlu diambil kira semasa proses pembelajaran pelajar di mana kebolehan guru

menggunakan pelbagai kaedah dan media adalah sangat penting. Manusia dilahirkan

dengan pelbagai tahap kecerdasan. Ada yang lemah, sederhana dan tinggi tahap

kecerdasannya. Oleh itu, penerimaan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas adalah berbeza-beza mengikut tahap kecerdasan

masing-masing. Guru-guru haruslah peka dalam situasi ini dan pandai memilih gaya

pengajaran yang sesuai mengikut tahap kecerdasan pelajar.

Glasman (1991) menyatakan hasil kajian mendapati faktor guru adalah

penting dan perlu diambil kira dalam mewujudkan suasana pembelajaran sekolah

yang berkesan. Bagi menjamin kejayaan setiap pelajar dalam pelajarannya, guru

sepatutnya mengenali dan menghormati para pelajar. Dengan secara tidak langsung

guru mudah untuk memilih gaya pengajaran yang sesuai dengan tahap pelajar.

Secara ideal, setiap pelajar hendaklah di bantu mengikut tahap kemampuan masing-

masing. Dengan ini, aspek gaya pengajaran harus diberi tumpuan bagi

merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan

keseimbangan dari segi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Page 20: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

4

Grasha (1996) menghuraikan gaya pengajaran sebagai orientasi dan strategi

yang digunakan oleh sesuatu institusi. Terdapat pelbagai perbezaan gaya mengajar

di kalangan para guru. Terdapat guru yang mesra kepada pelajar dan banyak

menasihat dan mengajar dengan cara yang lebih bertolak ansur dengan pelajar.

Sementara itu, terdapat guru yang lebih menekankan peraturan dalam kelas dan

mengajar pelajarnya mengikut perancangan dengan tegas.

Secara kesimpulannya, berdasarkan pendapat-pendapat tersebut, dapat dilihat

bahawa guru menggunakan pendekatan tertentu dalam pengajaran mereka yang

membawa kepada gaya pengajaran yang berbeza. Terdapat guru yang lebih

cenderung kepada berpusatkan guru dan ada yang lebih kepada berpusatkan pelajar.

Ada di antara gaya pengajaran guru sesuai kepada pelajar tertentu atau pengajaran

topik tertentu sahaja. Guru akan memilih gaya yang selesa dengan dirinya dan perlu

dipertimbangkan kesesuaian dengan pelajar (Esah, 2003).

1.3 Pernyataan Masalah

Tugas guru yang mendidik dan membentuk manusia yang mempunyai

perbezaan dari segi kebolehan kognitif, efektif dan psikomotor menuntut kebolehan

dan keupayaan yang tinggi. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab

membangunkan intelek dan sahsiah muridnya, mereka haruslah peka kepada

pelbagai gaya pengajaran yang berkesan khusus untuk perbezaan tahap kognitif

pelajar yang pelbagai. Sekiranya guru mengamalkan pendekatan yang berbeza bagi

tahap kebolehan pelajar yang berbeza, ilmu pengetahuan yang disampaikan akan

mudah difahami. Sehubungan dengan itu, penyelidik berminat untuk mengenalpasti

gaya pengajaran guru menurut Anthony F. Grasha yang terbahagi kepada lima gaya

iaitu gaya pengajaran pakar, gaya pengajaran autoriti formal, gaya pengajaran model

personal, gaya pengajaran pemudahcara dan gaya pengajaran delegator.

Page 21: GAYA PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH MENGIKUT … · 2006-04-19 · SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA PENGAJARAN ANTHONY F. GRASHA SITI AISHAH

5

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

(i) Mengenal pasti jenis gaya pengajaran iaitu pakar, autoriti formal,

model personal, pemudahcara dan delegator di kalangan guru-guru

teknikal di tiga buah sekolah teknik sekitar daerah Johor Bahru

mengikut teori gaya pengajaran Grasha.

(ii) Mengenalpasti gaya pengajaran di kalangan guru-guru teknikal

mengikut jantina.

1.5 Persoalan Kajian

Menurut Abd. Majid (2000), persoalan kajian adalah saranan sementara yang

menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini

membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu, di dalam

kajian ini persoalan-persoalan kajian adalah:

(i) Adakah guru-guru teknikal mengamalkan gaya pengajaran pakar

semasa mengajar?

(ii) Adakah guru-guru teknikal mengamalkan gaya pengajaran autoriti

formal semasa mengajar?

(iii) Adakah guru-guru teknikal mengamalkan gaya pengajaran model

personal semasa mengajar?

(iv) Adakah guru-guru teknikal mengamalkan gaya pengajaran

pemudahcara semasa mengajar?

(v) Adakah guru-guru teknikal mengamalkan gaya pengajaran delegator

semasa mengajar?

(vi) Apakah pendekatan gaya pengajaran yang paling dominan digunakan

oleh guru-guru teknikal mengikut jantina?