Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri...

17
Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 1

Transcript of Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri...

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

1

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 1 - 5

2 IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI 6 - 12

3 IMPAK INOVASI 13

4

ELEMEN INOVASI

Elemen Inovatif / Kreatif 13

Elemen Keberkesanan 13

Elemen Signifikan 14

Elemen Relevan 15

5 PENGIKTIRAFAN DITERIMA 15

6 PENUTUP 16

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

3

LAPORAN INOVASI

REKOD PEMANTAUAN LORI/PEMANDU/PENGUSAHA MENGANGKUT BAHAN BATUAN YANG TERTAKLUK DIBAWAH UNDANG-UNDANG SEKSYEN 426

KANUN TANAH NEGARA 1965

“SISTEM ez S.426”

UNIT TEKNIKAL DAN PENGUATKUASAAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH

1. PENGENALAN

a. Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah terletak di tengah Bandar Alor

Gajah di atas keluasan 0.7689 hektar, di dalam Dewan Undangan Negeri,

Rembia dan Parlimen Alor Gajah. Keluasan Daerah Alor Gajah adalah

seluas 660 kilometer persegi dan terdapat 31 Mukim di dalam

pentadbirannya. Tuan Daud Bin Hassan telah dilantik sebagai Pegawai

Daerah yang ke-34 . Pegawai Daerah Alor Gajah bertanggungjawab

kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan menjalankan tugas

berkaitan pentadbiran tanah dan daerah, merancang dan melaksanakan

projek pembangunan, bertanggungjawab ke atas keselamatan dan

ketenteraman daerah serta menyelaras aktiviti semua agensi Kerajaan

Negeri dan Persekutuan di dalam Daerah Alor Gajah.

Secara amnya Bahagian Pengurusan Tanah adalah dirangkumi oleh

beberapa unit yang lain seperti Unit Pembangunan/Pelupusan Tanah,

Unit Penguatkuasaan/Teknikal dan Hasil dan Unit Pendaftaran. Unit

Penguatkuasaan dan Teknikal bertanggungjawab didalam urusan

permohonan permit bahan batuan serta melaksankan tugas-tugas

penguatkuasaan tertakluk kepada undang-undang dan garis panduan

yang telah ditetapkan merujuk kepada Kanun Tanah Negara 1965,

Malacca Land Rule serta Arahan-Arahan dari Pejabat Tanah dan Galian

Negeri Melaka (Arahan PTG).

Definisi bahan batuan dibahagikan kepada beberapa kategori dan kuasa

meluluskan bagi mengangkut serta mengalih bahan batuan juga tertakluk

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

4

kepada jenis serta kuantiti (meter padu) yang hendak diangkut atau

dialihkan. Adalah menjadi satu kesalahan apabila mana-mana individu

serta sesiapa sahaja yang mengangkut atau mengalih bahan batuan

tanpa kebenaran oleh Pihak Berkuasa Negeri. Dengan itu ianya menjadi

satu tanggungjawab kepada anggota-anggota Unit Penguatkuasa Pejabat

Tanah untuk memantau serta mengambil tindakan penguatkuasaan

terhadap kesalahan-kesalahan yang berlaku di bawah Seksyen 426

Kanun Tanah Negara 1965.

b. PENGENALAN INOVASI

i. Tujuan Projek/Inovasi

Tujuan projek ini adalah sebagai langkah supaya mana-mana individu

atau syarikat akan sentiasa mematuhi undang-undang

mengangkut/mengalih bahan batuan secara sah kerana mana-mana

individu atau syarikat yang hendak mengangkut dan mengalih bahan

batuan perlulah mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa

Negeri untuk mendapatkan permit dan doket pengeluaran yang sah

bagi tujuan tersebut. Ini adalah merupakan salah satu produk yang

menjana hasil Kerajaan Negeri Melaka. Sebagai langkah untuk

mengatasi ketirisan hasil Kerajaan Negeri Melaka, tindakan

penguatkuasaan akan diambil terhadap kesalahan-kesalahan yang

berlaku di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara iaitu mana-mana

individu atau syarikat yang telah melakukan kesalahan, boleh didenda

tidak lebih daripada RM 50,000.00 atau penjara tidak lebih daripada

lima/(5) tahun dan atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan.

Oleh itu anggota-anggota Unit Penguatkuasa Pejabat Daerah dan

Tanah Alor Gajah memainkan peranan yang penting dalam

menguatkuasakan undang-undang yang telah diamanahkan dengan

penuh dedikasi, cekap dan efisien.

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

5

ii. Objektif Projek/Inovasi

Objektif projek ini dicipta adalah bertujuan supaya anggota-anggota

Penguatkuasa tidak terdedah kepada ancaman bahaya serta rasuah

ketika menjalankan tugas di lapangan kerana apabila sesebuah lori

mengangkut bahan batuan di tahan, proses ini berlaku di bahu jalan

negeri/persekutuan yang terdedah kepada bahaya lalulintas, selain itu

juga anggota penguatkuasa akan didatangi oleh individu-individu yang

cuba untuk mengelakkan lori tersebut daripada ditahan. Pelaksanaan

projek ini juga dapat meningkatkan kecekapan dan kualiti

perkhidmatan anggota penguatkuasa apabila didedahkan dengan

penggunaan teknologi masa kini di dalam melaksanakan tugas

penguatkuasaan supaya menjadi lebih cekap dan pantas dimana satu

sistem merekod dan semakan secara atas talian dibangunkan supaya

proses kerja dilapangan menjadi lebih selamat dan pantas. Projek ini

juga dapat mengurangkan bahaya luar jangka anggota-anggota

penguatkuasa ketika melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan.

iii. Proses Pelaksanaan Inovasi

Projek ini telah dilaksanakan secara perbincangan dalaman dikalangan

anggota-anggota penguatkuasa bagi mengatasi kelemahan serta

permasalahan yang timbul ketika melaksanakan tugas-tugas

penguatkuasaan. Hasil daripada perbincangan tersebut satu sistem

telah dibangunkan sendiri oleh anggota-anggota penguatkuasa tanpa

menggunakan Khidmat Unit IT Jabatan atau mana-mana syarikat luar.

Hanya dengan menggunakan “MICROSOFT ACCESS, CELLICA

DATABASE INTERNET (Trial Version) dan APLIKASI CELLICA

DATABASE ANDROID (Free), satu pengkalan data dan Form akan

dibangunkan dengan menggunakan Microsoft Access yang bertindak

sebagai rekod pengkalan data yang akan digunakan oleh Pegawai

Penyiasat (IO) untuk mendapatkan maklumat apabila sesebuah lori

ditahan dan pengkalan data ini juga akan digunakan oleh anggota-

anggota penguatkuasa di lapangan untuk menyemak kekerapan

individu, syarikat dan pengusaha dalam melakukan kesalahan.

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

6

Pengkalan data ini akan di seragamkan (Synchronised) kedalam

Cellica Database Internet (Trial Version) dan dicapai oleh anggota-

anggota penguatkuasa di lapangan secara atas talian menggunakan

aplikasi Cellica Database Android yang dimuat turun daripada Play

Store secara percuma ke atas telefon bimbit anggota-anggota

penguatkuasa. Dengan cara ini, anggota-anggota penguatkuasa akan

mendapat maklumat dengan lebih cepat, tepat dan mudah untuk

membuat keputusan terhadap lori yang telah ditahan.

iv. Tempoh Pelaksanaan

Projek ini telah dibangunkan pada akhir tahun 2015 di mana ianya

telah diputuskan untuk diguna pakai secara menyeluruh bermula tahun

2016 dan akan diperbaiki dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Dan sehingga kini sistem ini masih lagi diguna pakai oleh anggota-

anggota penguatkuasa ketika menjalankan tugas-tugas

penguatkuasaan di lapangan.

v. Peringkat Pelaksanaan

Projek ini adalah cetusan idea bersama apabila anggota-anggota

penguatkuasa berhadapan dengan situasi yang berisiko terhadap

bahaya dan ianya telah diperbincangkan di dalam Mesyuarat Bulanan

Unit. Secara dasarnya projek ini dibangunkan secara prototaip kerana

perisian yang digunakan (Cellica Database Internet) adalah merupakan

“Trial Version” dan perlu di install semula selepas 30 hari penggunaan.

Walaubagaimanapun masalah ini tidak menghalang anggota-anggota

penguatkuasa untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan

menggunakan sistem ini dan ianya terus diperbaiki dari masa ke

semasa dan terus diguna pakai sehingga kini.

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

7

vi. Implikasi Kewangan

Bagi pelaksanaan projek ini, ianya memerlukan 2 buah Tablet dan

perisian (Cellica Database Internet) yang dilesenkan secara sah. Ianya

menelan kos yang dianggarkan sebanyak RM 4,000.00.

vii. Kaedah Pencetusan Idea

Projek ini tercetus dikalangan anggota-anggota penguatkuasa sendiri

setelah diamanatkan oleh Tuan Pegawai Daerah supaya pemantauan

pengeluaran bahan batuan perlu dijalankan dan memastikan

kesalahan-kesalahan yang berlaku diambil tindakan yang sewajarnya.

viii. Elemen Kolobrasi

Pembangunan projek ini tidak menggunakan mana-mana khidmat luar

dan tidak berkolabrasi dengan mana-mana pihak lain.

ix. Kategori Inovasi

Projek yang dibangunkan ini menjurus kepada penyampaian

perkhidmatan dan sosial kerana dengan melaksanakan tugas mengikut

garis panduan dan undang-undang Kanun Tanah Negara yang telah

ditetapkan, penguatkuasaan boleh dijalankan dengan lebih efisien dan

dapat mengelakkan unsur-unsur rasuah serta salahguna kuasa di

kalangan kakitangan perkhidmatan awam.

x. Indikator/Ciri-Ciri Utama Inovasi

Pembangunan projek ini telah mendedahkan kepada setiap anggota

penguatkuasa untuk memaksimumkan penggunaan telefon pintar di

dalam tugasan harian serta celik IT di dalam penggunaan komputer.

Disamping dapat melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih cekap,

anggota-anggota penguatkuasa juga dapat melaksanakan tugas-tugas

penguatkuasaan dalam keadaan selamat setelah diperkenalkan

dengan sistem rekod berkomputer.

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

8

2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

i. Impak Sebelum

a. Penguatkuasaan sukar dijalankan apabila buku log rondaan harian

tidak di bawa bersama dan kebarangkalian buku log tersebut untuk

hilang juga amat tinggi kerana ianya digunakan oleh 10 anggota

yang bergilir-gilir membuat rondaan harian mengikut jadual yang

ditetapkan.

b. Semakan maklumat kesalahan terdahulu mengambil masa yang

lama kerana perlu melihat satu persatu rekod yang ditulis di dalam

buku log tanpa mengikut susunan dengan purata masa yang

diambil untuk semakan rekod terdahulu mencecah 10 minit dan

lebih. Purata masa yang diambil untuk semakan di pejabat melalui

panggilan telefon pula adalah selama 10 minit dan lebih. Ianya

boleh meningkatkan kos panggilan telefon jabatan.

c. Keselamatan pegawai terancam oleh pelbagai ancaman luar jangka

kerana proses untuk mengambil tindakan terhadap lori yang di

tahan diambil terlalu lama dimana anggota-anggota penguatkuasa

terdedah kepada bahaya lalu lintas dan ancaman individu yang

mengelak daripada lori untuk ditahan.

d. Pengusaha yang menjalankan aktiviti pengeluaran dan pengalihan

batuan secara tidak sah berleluasa berlaku untuk mengelakkan

daripada membayar royalti kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk

mendapatkan permit serta doket pengeluaran yang sah dengan

menggunakan doket yang telah tamat tempoh.

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

9

BUKU LOG RONDAAN HARIAN/BERKALA

BUKU LOG RONDAAN HARIAN YANG PERLU DIBAWA SETIAP MASA

SEMASA RONDAAN DIJALANKAN OLEH PEGAWAI PENGUATKUASA

DENGAN RUANGAN YANG AMAT TERHAD UNTUK DIISI SEGALA MAKLUMAT

NAMA ANGGOTA

BERTUGAS

NO. PLAT LORI YANG

DIPANTAU

MASA LORI YANG

DIPANTAU

TARIKH OPERASI NO. SIRI DOKET

PENGELUARAN

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

10

DOKET PENGELUARAN BAHAN BATUAN

PERMIT PENGELUARAN BAHAN BATUAN

MAKLUMAT-MAKLUMAT INI HANYA BOLEH DIPEROLEHI OLEH ANGGOTA

BERTUGAS DI LAPANGAN DENGAN CARA MENGHUBUNGI KERANI PERMIT

DI PEJABAT

NO. PERMIT

PENGELUARAN BAHAN

BATUAN MENGIKUT

TAHUN

NO.SIRI DOKET

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

11

ANGGOTA PENGUATKUASA YANG SEDANG MENJALANKAN TUGAS

BAHAYA YANG TERPAKSA DITEMPUH OLEH SETIAP ANGGOTA

PENGUATKUASA KETIKA MENAHAN LORI DI BAHU JALAN

NEGERI/PERSEKUTUAN

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

12

ii. Impak Selepas Inovasi

a. Semua data berkaitan rekod kesalahan di bawah Seksyen 426

Kanun Tanah Negara yang terdahulu seperti :-

- Rekod Buku Log Rondaan Berkala (nama

pemandu/pemilik/pengusaha/no.lori)

- Maklumat permit (Borang 4c)

- Maklumat nombor siri (Doket Pengeluaran)

dimasukkan oleh staf bertugas di pejabat menggunakan perisian

Microsoft Access dan diseragamkan (Synchronised) ke dalam

telefon pintar/tablet secara atas talian internet menggunakan

perisian Cellica Database Internet.

b. Penguatkuasaan boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja

sekiranya mempunyai pegawai penguatkuasa yang cukup pada

masa itu kerana segala maklumat telah diseragam secara

automatik ke dalam telefon pintar/tablet dengan lebih tepat, cepat

dan tanpa menghubungi staf di pejabat.

c. Proses kerja penguatkuasaan menjadi lebih mudah untuk membuat

semakan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh

pemandu/pengusaha secara berulang kali bagi tindakan sewajarnya

diambil dengan lebih tegas setelah diberi beberapa kali amaran

supaya mematuhi syarat-syarat pengeluaran/pengalihan bahan

batuan secara sah.

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

13

PENGKALAN DATA YANG DISIMPAN DI DALAM KOMPUTER YANG

DIKEMASKINI OLEH STAF MENGGUNAKAN MICROSOFT ACCESS

APLIKASI MICROSOFT ACCESS (Form) YANG AKAN DIGUNAKAN

UNTUK DIPANTAU OLEH PEGAWAI PENYIASAT DI PEJABAT

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

14

PERISIAN BERLESEN “CELLICA DATABASE” YANG DIGUNAKAN

SEBAGAI PERANTARA DIANTARA KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR

SECARA ATAS TALIAN DENGAN MEMUAT NAIK PENGKALAN DATA

MICROSOFT ACCESS YANG DIBUAT KE DALAM PERISIAN “CELLICA

DATABASE INTERNET” KEMUDIAN DISERAGAMKAN (SYNCHRONISED)

KEDALAM TELEFON PINTAR/TABLET ANGGOTA PENGUATKUASA

APLIKASI CELLICA DATABASE ANDROID YANG DIMUAT TURUN SECARA

PERCUMA MELALUI PLAY STORE KE DALAM TELEFON PINTAR ANGGOTA

PENGUATKUASA

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

15

3. IMPAK INOVASI

Impak daripada projek ini telah memberi kesan terhadap ketirisan kutipan

hasil Kerajaan Negeri Melaka di mana ianya dapat dibuktikan dengan Pejabat

Daerah dan Tanah Alor Gajah telah mendapat tempat pertama kutipan hasil

tertinggi bagi tahun 2016 peringkat Negeri Melaka. Projek ini juga berjaya

mengelakkan anggota-anggota penguatkuasa terjerumus ke dalam gejala

rasuah dan secara tidak langsung memberi satu imej yang positif sebagai

kakitangan perkhidmatan awam.

4. ELEMEN INOVASI

i. Inovasi/Kreatif

a. Projek ini dibangunkan sendiri oleh anggota Unit Teknikal &

Penguatkuasa PDTAG dengan menggunakan Microsoft Access

sebagai penyediaan pengkalan data dan Form untuk tujuan

merekod, mencari serta mengemaskini data. Penggunaan perisian

Cellica Database sebagai langkah mengoptimakan kepakaran

penggunaan komputer serta telefon pintar/tablet.

b. Projek ini juga dapat mengoptimakan keberkesanan proses

penguatkuasaan dijalankan selaras dengan kehendak Pihak

Berkuasa Negeri yang menyarankan supaya tidak terlalu agresif

untuk membuat tangkapan demi keselamatan anggota dengan

mengenengahkan teori ke arah mendidik pemandu/ pemilik/

pengusaha supaya mematuhi syarat-syarat pengeluaran bahan-

batuan di Negeri Melaka.

ii. Keberkesanan

a. Penguatkuasaan boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja

sekiranya mempunyai pegawai penguatkuasa yang cukup pada

masa itu kerana segala maklumat telah diseragam secara

automatik ke dalam telefon pintar/tablet dengan lebih tepat, cepat

dan tanpa menghubungi staf di pejabat.

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

16

b. Tidak timbul isu buku log rondaan harian tertinggal atau hilang

kerana dengan sistem ini laporan boleh dicetak terus dari

pengkalan data yang dikemaskini untuk tujuan kertas siasatan

dibuka.

iii. Signifikan

Menjadikan pegawai-pegawai penguatkuasa lebih cekap dan efisien

serta celik IT dan meningkatkan mutu penguatkuasaan demi

meningkatkan hasil melalui royati permit bahan batuan dan pelbagai

denda kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara. Projek

ini juga dapat melancarkan proses penguatkuasaan penahanan lori

dengan lebih efisien serta menjimatkan masa dan mengurangkan risiko

bahaya luar jangka terhadap anggota-anggota penguatkuasa yang

bertugas yang sentiasa terdedah dengan isu keselamatan diri serta

unsur-unsur rasuah.

iv. Relevan

a. Kesan daripada projek ini dilaksanakan, pada tahun 2016 jumlah

kutipan hasil bagi bayaran royalti permit bahan batuan dilihat sedikit

berkurangan iaitu setakat dari Januari 2016 hingga Jun 2016

adalah hanya RM 1,398,200.00 manakala kutipan hasil bagi denda

pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara

dari Januari 2016 hingga Jun 2016 adalah sebanyak RM 50,000.00.

b. Ini menunjukkan bahawa individu, syarikat dan pengusaha yang

hendak mengangkut/mengalih bahan batuan tidak lagi beroperasi

tanpa mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Perkara ini

dapat dilihat melalui kutipan hasil bagi royalti permit bahan batuan

yang meningkat naik iaitu setakat dari Januari 2017 hingga Jun

2017 adalah RM 1,439,010.00 manakala kutipan hasil bagi denda

pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara

dari Januari 2017 hingga Jun 2017 telah menurun RM 23,000.00.

Secara tidak langsung projek ini telah berjaya untuk mendidik

Laporan Inovasi (ez S.426) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka

17

individu, syarikat dan pengusaha untuk mematuhi syarat-syarat

pengeluaran bahan batuan secara sah di Negeri Melaka.

5. PENGIKTIRAFAN DITERIMA

Projek inovasi ini telah dicalonkan di dalam Anugerah Inovasi Pentadbiran

Daerah dan Tanah (AIPDT) 2017 dan telah disenarai pendek di antara lima

(5) Pejabat Daerah dan Tanah yang terbaik seluruh Malaysia.

6. PENUTUP

Dengan pembangunan projek ini, anggota-anggota penguatkuasa Pejabat

Daerah dan Tanah Alor Gajah telah berjaya melaksanakan tugas-tugas

penguatkuasaan dengan lebih efisien dan selamat serta maju setapak lagi di

dalam penggunaan teknologi terkini yang membantu tugas-tugas harian

sebagai penguatkuasa yang menguatkuasakan undang-undang yang

termaktub di dalam Kanun Tanah Negara 1965 serta bebas dari unsur-unsur

rasuah di kalangan kakitangan Perkhidmatan Awam seiring dengan Moto

Kerajaan Negeri Melaka iaitu “Berkat, Cepat, Tepat”. Seiringan dengan itu

projek ini sedikit sebanyak telah membantu peningkatan kutipan hasil

Kerajaan Negeri Melaka demi mencapai hasrat Kerajaan Negeri Melaka

“Melaka Maju Fasa II”.

Disediakan oleh :

Unit Terlibat: Unit Teknikal & Penguatkuasa

i. Ibrahim bin Muhammad Sued

ii. Rahmat bin Mat Karim

Tel: 06-5591203/1204

Emel: [email protected]